Semalam kami sekeluarga makan di restauran estikutum dan ini adalah pestime kami makan diluar sejak 7-8 bulan di sini. Plan asal hanya nak makan berdua dengan hubby tapi x sampai hati tinggal anak2 dirumah. lantas last minute aku kerah anak2 bersiap.
Anak2 sungguh excited dapat makan di luar tapi tau jela makan dengan anak2 ni x keruan rasa. hanis sibuk nak bawak mangkuk ais krim sampai jatuh pecah. dah le glamer kami. husnaa dan hanis berlari2 dlm restaurant tu. mula dia nak minum coklate pastu x nak la plak..eeeei gerrrram. si habil plak comot2 dengan aiskrim. bawa anak2 makan luar ni kena kesabaran tahap gaban sungguh!!!
Bila dah hampir 6 tahun kawin, masa kami kini byk disibukkan dengan hal anak2. Anak2 plak dah biasa ke mana2 bawak mereka. Kadang2 teringin nak keluar berdua2an, dinner bersama, cuma aku yg x sampai hati, rasa guilty pplak nak tinggal anak2 even la ni wa ada kat umah. Tapi sebenarnya penting juga untuk kita spend masa HANYA berdua dengan hubby. untuk semarak cinta gitu...
Kadang2 bila dah lama kawin, kita rasa dah secure. x perlu nak cantik2 di rumah, x perlu lah control ayu, x yah le surprise2. Tapi hakikatnya tidak begitu. kekadang kena gak buat sesuatu agar mahligai kita indah, ceria dan berbunga2 cinta. memang la kita x gaduh, x bertengkar, tapi rutin harian kadangkala amat membosankan. Jangan salahkan orang lain jika ini berlaku. Buatlah sesuatu , fikirla secara creatif. Kita nak hidup bersama selama2nya.
Dalam kepala macam2 idea. tapi nak buat bukan senang. ada kawan2 dok citer, boring la kawin padahal baru je 4-5 bulan. maklumlah dah berkawan dulu 5-6 tahun. ish, kalau kita 'bijak' banyak sangat aktiviti boleh dibuat. ada yang rasa dah cukup kenal husband masing2 sebab lama berkawan. Tapi percayalah bila dah kawin itu semua x semuanya benar...
Alhamdulillah, aku di takdirkan Allah untuk lambat dapat anak sulung. Ada hikmah rupanya. Kami betul2 honeymoon. Bayangkan setiap bulan aku akan hantar kad "selamat ulang bulan perkahwinan " . sebabnye masa tu rasa lambatnya nak sambut first anniversary. Kami akan saling bertukar puisi. rupanya kami ni sma2 suka tulis puisi. malah aku pernah pos ke pejabat dia surat cinta gitu. ni kes x de kerje la nih. ish2...rasa hangat bercinta sungguh. bercinta lepas kahwin lebihhhhh indah. maklumlah kami dulu x de dating2 macam org lain. heheh
Almost everyday kami masak bersama, dan makan bersama tentunya lah kan dan istimewa sekali kami makan sepinggan hinggalah husna lahir...Paling syahdu kami akan solat jemaah setiap waktu dah tadarrus bersama. Tapi itu masa x de anak la kan. Bila dah ada anak kenalah pandai2 sesuai diri. Bukan kata nak makan sepinggan, nak makan pun susah...
Life dah berbeza, tapi anak2lah pengikat kasih sayang.....
mmmmBayangkan selepas 10 tahun kahwin tetiba suami anda mengirim surat cinta yang di hanatr oleh postman ?
Atau sejambak bunga yang kali terakhir anda terima ialah masa nikah dulu?
Atau apa2 lagilah attempt to semarak cinta....
ada orang kata cinta dalam hati x perlu ditunjuk2. PAda aku cinta sama seperti iman, perlu ada dalam hati, perkatan mahupun perbuatan. Mungkin suami yang kaya raya diamond rafflesia itu satu lambang cinta yang hebat!! tapi dia ada pompuan lain la plak. Ada suami yang rajin tolong isteri tapi x kaya raya, itu juga lambang cinta!!!pada aku, cinta perlu ditunjukkan denagn cara yang kita mampu.
Aku sokong kenyataan PAK lah (yang ni jelah aku sokong). " Allah telah cipta banyak ruang dalam hati kita untuk mencintai ramai manusia, cinta isteri, anak2, MIL,FIL, mak ayah, adik...)
tapi harap2 jgn gunakan ayat ni untuk tambah lagi SATU plak ek!!!!
cuma jangan di lupa, dengan mencintai ALLAH kita akan dapat lebih banyak cinta manusia
Thursday, June 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum,
dah lama saya nak cari blog kak laily, baru kini saya jumpa. Alhamdulillah!!!
oo ye ker? apa khabar?
Post a Comment