Friday, June 22, 2007

TAKUT DAN HARAP

Hari ni hari jumaat. penghulu segala hari. hujan renyai2 diluar sana. Tadi aku berbincang dengan aku punye technician berkenaan muslim and islam . ah Paul ni jenis byk tanye. aku cuba jawab semampu yang boleh

Paul: Laily, katakan saya accidentally ternampak awak x pakai scraf, apa yg berlaku
aku: x de apa2, apa2 yg x sengaja x berdosa (dia tau pasal dosa n pahala)
Paul: Laily, katakan tiba2 ada fire, boleh ke saya dlm emergency pegang u?
aku: dlm islam kalau emergency boleh, x de pilhan, even makanpork pon boleh kalau dah terdesak, kelaparan melampau, yg halal x de (dia tau juga pasal halal food)
Paul: Laily, boleh ke sebenarnya muslim women ckp ngan lelaki
aku: Boleh, no problem, asalkan dlm keadaan baik, good manner
paul: katakan laily, dekat street , saya nak ckp nagn muslim woman, boleh tak
aku: boleh, (dlm hati geramnyer tanye pelik2)
paul: nanti ada muslim lain nampka dia bagitau husband dia ke?
aku: dlm islam x salah nak communicate ngan lelaki, asalkan dgn baik
paul: laily, awak x sama macam muslim woman yang saya kenal, awak liberal, socialize dgn orang, communicate, saya tgk muslim woman hanya ckp sesama mereka jek.
aku: islam memang tolerance religion tapi ada tpt2 nya. bukannya tolerate setiap masa. kalau u miintak i minum wine atau beer , of coz BIG no. tapi kalau u ajak i makan coklat ke , sadwith tuna ke, no problem. byk vegetarian product kat Uk ni.
paul: u memang beza, i rasa kalau orang lain tak nak communicate sangat. nanti husband x bagi
aku: even my husband from islamic studies ( dia tau) , dia tak kisah as long as i jaga prinsip.
paul: u ada freedom
aku: freedom tgk tempat
paul: kenapa ada muslim tutup muka (burqah)
aku: terpulang pada selesa masing.budaya. islam simple. asalkan cover yg patut dicover
paul: apa yg patut cover
aku:semua kecuali muka dan tapak tgn. tapi u nak pakai style apa, what colour, fesyen apa, terpulang
paul: saya suka tgk awak pakai tudung, cantik. mm katakan awak pakai tudung cam nak attract org lelaki camenr?in fact i suka colour purple, scarf yang u pakai
aku: bukan lah niat i nak attract orang. i pakai ikut apa yg islam suruh.

panjang lagi sebenarnya tapi dah x larat nak tulis...yang paling kelakar soalan hingga hari ni aku ingat.
paul: laily u memang pakai tudung all the time ke?
aku: ya, kalau kat luar
paul: kalau u mandi macam mana , u pakai tudung jugak?
aduhh apa soalan ngarut2 nih...
aku: ish, masa mandi x delah...i kata kat laur rumah je i pakai tudung bukannya all the time, dlm rumah x pakailah....

tadi aku solat zuhur di surat di mechanical eng. lelaki x de gi solat jumaat. pompuan pon x de juga. lepas zuhur aku rasa macam sedikit kosong. lantas ku ambil al quran dan terselak surah At taubah. aku pun mula membaca. malah aku membaca dengan agak kuat sebab aku rasa puas begitu. ahh indahnya ayat2Mu. makin ku baca makin menusuk sanubari. seakan tak mahu berhenti. ingin baca danbaca. itulah kenikmatan yang hebat. walaupun aku membca quran tanpa terjemahan, aku masih boleh faham sikit2 ayat2 nyer. samapi satu ayat. hati aku rasa luruh.



Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang- orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Entah kenapa, mungkin aku maish terkesan dengan kes lina joy dulu? sebab aku mengikuti kes ini sebelum dtg ke uk NI.

Aku teruskan bacaan terjumpa pula ayat ni. bergetar rasa waktu membca nya. aku mengulang byk kali. aku cuba tadabbur ayat ini. "la tahzan, innaallaha maa'na
Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita.....




sungguh terkesan ayat ini. mungkin kerana sebelum ini aku hadapi banyak masalah dan peristiwa yang sedih. Ayat ini memotivasikan aku. Laily, LA TAHZAN LAILY, LA TAHZAN, INNA ALLAHA MAA'NA!!! INNALLAHA MAA'NA..........

Sebenarnya aku MALU pada Allah, waktu susah baru nak ingat Dia. kalau senang, tak berapa nak ingat. agaknya sebab itu Allah bagi ujian supaya aku terus ingat pada Dia. Atau Allah rindu untuk mendengar dua' HambaNya.

Pernah satuketika , Saidina Umar mengeluh. Dia rasa diri dia senang je. x de ujian. Dia takut Allah lupa kan dia. Sebab ujian tanda Allah kasih juga. Antara kata2 Umar yang sering aku sebut2 ketika usrah suatu waktu dulu,

" aku takut kalau Allah kata hanya sorang yang masuk neraka dan orang itu adalah aku. Tapi andai kata Allah kata Hanya sorang je masuk syurga, aku harap itulah Aku"

Ya, sentiasa berada dalam TAKUT DAN HARAP...

3 comments:

fitrah nasuha said...

Pandainya Paul cakap melayu...
Satu perbincang yg bagus...

Muzz

ummu_naqeebah said...

terpaksa dimelayukan supaya orang kampung aku paham

zlaa said...

Salam. Anak2 tak dpt joinlah kem solat tu. Clash tarikh. Ada program lain. Frust jugak. Tapi, kalau ada apa2 program lain, bagitahu ye. Tq