alhamdulillah, ada sinar di wajah hubby bila solat camp yang dia nak buat mendapat sambutan baik masyarakat di sini. mula2 dia pening juga sebab duit persatuan x de nak buat. yelah, takkan dia yang nak bagi cermaha, dia jugak yang kena pikir pendaftaran, makanan, dewan, semua2 tuh. last2 aku dan dia bincang2 kita list senarai apa yang boleh di sumbang. Dari sapa nak sedeqah breakfast samapi spaa nak sponsor hadiah dan juga tenaga. maka x sampai sejam email di send, kami menerima banayk sumbangan. Alhamdulillah. ada yang nak sumbang tenaga (ada yang nak kerah satu family utk bertugas pada hari tu), duit , macam2 . Syukur sangat. sebab ini bukan program peribadi walaupun hubby yang initiate. mm, kalau buat personal kenala charge mahal2 no, cam nagn consultant gitu. Sekurang2nya ini adalah sumbangan kecil kami di sini. Aku dan hubby mengerah idea tentatif program yang dibuat agar sesuai yang nature budak2 yang suka main. tau jelah budak kat UK ni kat sekolah pun main aje. Tapi yang penting mesej solat sebagai tiang agama dapat disampaikan.
Di UK ni agak kesian pada budak2 yang bersekolah 9-3.30. lebih2 lagi yang dah baligh, yg kecik ok lagi. Solat jumaat akan lebur, begitu juga zuhur atau asar (tgk musim mana). Kalau musim summer ok sket balik sekoalh boleh solat zohor lagi. tapi kalau winter dah le lebur zuhur dan asar. Melainkan budak2 yang kuat semangat untuk solat di mana2. Ibu bapa le main peranan la , budak2 ni x kuat semanagt .aku pernah bertanye pada ibu bapa di sini. anak2 caner solat? dia kata x de solat pon kat sekolah. Fuhh sayangnyer...
Aku amat strict bab solat. walau susah caner pon, sakit atau leceh, solat nombor satu. pernah satu ketika kami ke tpt air terjun di tapah. aku tercari2 surau. ada rupanya, cuma seperti rumah tinggal yang usang. aku tengok keliling punyalah ramai manusia? mmm mungkin depa solat tepi jln? atau tepi sungai?Di Malaysia suaru di mana2, tak macam di sini, patutnya tiada masah. Pernah juga satu ketika masa aku undergrad tunggu bas upm depan metrojaya kot (dah x ingat, uda tolong recall). punyelah ramai umat, bas penuh yang amat, x muat. maghrib dah nak lupus. aku tercari2 surau. rupanya ada , tptnya di top floor kena lalu orang main snooker dan game ntah apa2.aku mengaajk kawan, jum lah solat sama, Dia kata naktunggu bas. takut terlepas. mmm,
yaAllah, keciknya surau. macam stor. campur pompuan lelaki hanya muat dlm 3-4 org. aku tercari2 mana paip utk wuduk, tak de. lantas aku ke toilet. dah le kena bayar dlm 20 sen kot. aku beritahu yg jaga toilet tu aku cuma nak amik wuduk jek, dia kata masuk je toilet ,bayar. tgk toilet punyelah besar!!!!! surau coek jek. bila aku siap solat aku turun bawah , kawan aku kata bas x sampai pun lagi. ALhamdulillah, sempat soalt tapi kawan aku tuh????lebur maghrib, ish ish...aku tau dia pon x sedap hati sebab x solat, dia sekoalh agama, x kan x tau hukum solat cuma masa tu syaitan goda kot. yang penting aku dah bagitau. takkan aku nak seret dia plak.
Alhamdulillah di Malaysia kesedaran solat makin baik. pernah juga aku dan kawan2 ke stadium bukit jalil semepna perhimpunan belia. waktu dah hampir petang majlis cam biasa jek. kami tercari2 surau. Ya Allah keciknya. stadium punyelah besar, toilet lagi besar. bersesak2 dlm tu. masalahnya di situ x disediakan telekung dan maklumlah ramai yang tidak menutup aurat tapi nak solat. cam aku simple, no problem. bila kita pakai lengkap nak solat senang. x perlu telekung tapi budak2 lain, sian la plak. . ada yang aku dengar depa cancel solat sebab x de telekung.
lagi satu bila kahwin. ramai aku dengar especially yg pompuan bila nak make -up 'terpaksa' lebur zuhur. yelah konon2 leceh kang nak bersanding. ish ish macam tu pulak. padahal solat ni waktu perang pon kena solat inikan pulak nak kawin. hingga nak mati pon kena solat. Banyak cara sampai boleh paling teruk islam bagi guna hati atau gerak mata. Subhanallah, banyak cara solat dan kemudahan yang Allah beri. Bukannya Islam kejam sampai yang patah kaki pon kena solat berdiri. tak leh berdiri duduk, x leh duduk baring..dan seterusnya. tu yang aku pelik segar bugar pengantin baru x nak solat demi nak cantik. tak faham....
Maaf kalau ada yang terasa pulak. tapi inilah realiti hidup. kadang ada orang yang ambil enteng bab solat. Alhamdulillah, hubby aku pernah bertugas sebagai Pegawai Agama di Kampong baru medical centre. antara tugasnya ialah memastikan semua pesakit tunaikan solat. Dia akan ajar juga nurse2 utk tayammum dan solat org sakit. bukan mudah juga. kalau dah balut sana sini kan? tapi islam bukan agama yang menyusahkan. pasti ada caranya. Teringat sewaktu aku masuk wad di Andalas medical centre( masani blom kawin lagi lah) . Nurse kat sini terkejut tengok aku susah payah solat. dia boleh kata, macam mana awak solat. kan awak sakit? alamak, siannya nurse ni. aku pon citerlah ringkas2 yang solat boleh dibuat dengan macam2 cara. mmmRupanya ramai orang yang masih tak tahu. rasany amasa sekolah belajarkan??
Masa aku di tingkatan 4, aku kena masuk wad HKL sebab sakit dada (ahh aku kerap masuk ward sebab chest pain, dari sekolah rendah lagi) . tapi alhamdulillah aku usaha juga utk solat. sampai nurse kat situ siap bagi bilik diaorang untuk aku solat. siap cakap, "hati2 tau nanti sister nampak". bagusnya depa ni. sebab sebelum tu aku menapak gi surau hospital jln kaki.
Aku sebenarnya sangat bersyukur mak ayah aku hantar sekolah agama. walaupun mereka sendiri x sekolah habis. kalau tak aku rasa aku akan jadi 'hantu' heheheh disebab kan aku ni adalah bekas penari masa sekoalh rendah. tu kena buat entry khas lagi tuh. tapi semua lima2 adik beradik aku bersekolah agama bila masuk menengah . walau masa tingkatan 4 aku bersekoah sains selangor. tapi berkat belajar 3 tahun di sekolah menengah agama hisamuddin kg jawa, amat2 mendidik jiwa aku. Ah rindu kawan2 di situ. Tarbiyyah dan disiplin di situlah yang membuatkan aku jadi 'orang' walaupun aku rasa bersalah sebab tidak terus sambung sekolah agama lepas PMR tapi memilih SBP. sebenarnya aku dapat tawaran KISAS tetapi aku menolak selepas istikhorah dan berbicang nagn sorang kakak. aku masih ingat dia dan kata2nya "laily, pergilah sekolah tu, boleh ajak orang jadi baik, di kisas tu dah ramai orang baik" Dan hingga hari ni aku rasa bersyukur.... aku telah membuat pilihan yang tepat...
Ahh kena buat entry khas ni macam mana aku boleh tercampak ke sains selangor.....
Entry ni dibuat ntuk tazkiyah nafs aku jugak. kalau ada yang terasa aku minta maaf. Anggaplah ini sebagai nasihat untuk diri sendiri dan orang lain. aku pon masih beljar untuk solat dengan sempurna. Masih banyak kelemahan dan kekurangan. Ampun Aku Ya Rabb..
Wednesday, June 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salma Laily, menarik solat camp tu? Bila nak buat? Anak-anak akak dari Notts nak join, boleh ke?
mm, kalau x silap minggu ke2 cuti sekolah, 29/7. InsyaAllah, boleh le join. kami buat dari kul 8 amsampai mlm sebab mlm tu kami buat sekali ngan parent yanghantar anak tuh. , mm, nanti saya bagi tentatif program akak tgk dulu. boleh tidur umah saya jugak. notts nagn sheffield x le jauh sgt kan. meh le meramaikan.
Post a Comment