hari ni tetiba si nacho (mexican) bertanye tentang apa yang muslim women pakai kalau ke beach. lantas aku tunjukkan gambar dari 2 web burqini dan satu lagi swimwear. dah lama aku simpan web ni sebab teringin nak beli. Ini betul2 merubah persepsi mereka selama ini.
bercerita bab tudung mengungkap banyak sejarah peribadi aku sendiri. pertama nak citer berkenaan tudung dan aurat. ramai org bertudung tetapi tidak tutup aurat. peliknya byk pesepsi dibuat, pakai tudung sudah di kira menutup aurat. sebab itu byk sekali kita lihat ramai muslimah memakai tudung tetapi kain belah hingga ke peha (ni biasa bila pakai kebaya ) , baju lengan pendek yang sendat, malah aku penah lihat yang pakai tudung tetapi pakai jeans hanya sampai lutut!!!ini apa citer ni?????? Moga Allah beri hidayah..
Satu lagi yang buat aku agak hangin bila melihat gambar ini dan komen yang diberikan. Boleh rujuk citer lanjut di sini.
Tak faham hingga kini.
‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya
Ini masalahnya bila artis buat camni ramai la plak nanti buat gitu...
Islam agama yang mudah tetapi tidak memudah2kan sesuka hati. aku teringat satukes yang sangat terkesan di sanubari aku. kejadian ini berlaku masa aku belajar di sains selangor. dari sekolah agama ke situ merupakan satu cabaran yang sangat hebat. bayangkan aku x pernah tengok pompuan pakai seluar pendek tapi di situ aku di sajikan dengan aksi2 itu. Depa pakai seluar pendek kat asrama je tapi kat luar pakai tudung. Fuhh masa mula2 sampai rasa nak balik!!!!!homesick giler... Kejadian bermula sewaktu hari sukan. kami form 4 kena la marching (betul ke eja ni). aku x tau yg masa hari sukan nanti smeua kena pakai tudung ikat belakang. last2 minute baru aku tau. gelabah yang amat. dengan cousin pon aku x tunjuk leher inikan pada hari sukan yang punye le ramai umat. ooo tidak!!!!!aku berjumpa kakak2 senior yang aku rasa islamic la sket. namun aku kesal dengan kenyataan yang diberikan"memang macam ni kat sekolah ni , kena gak pakai tudung ikat belakang, ala kejap je lepas perbarisan tu pakailah tudung balik"
Fuhh!!! jengkel sungguh aku. ramai tahu 'masalah' aku. ada yang bagi sokongan dan ada yang memujuk utk aku ikut jek 'budaya' sekolah tu. "kejap jek....lepas tu pakai balik" itulah alasan depa2 ni....
Hati aku sungguh tidak keruan. geram, sakit hati, sedih, takut...semua ada. aku x de kawan yang sanggup 'berjuang' mempertahankan aurat bukan hanya tudung. Siapa lagi kalau tidak Allah yang Maha Mengetahui. menjelang hari sukan, aku makin gelabah. setiap malam aku soalt hajat mohon Allah beri petunjuk. "Ya Allah, bantulah hambaMU yang lemah ini"
nak jadi cerita masa rehersal aku demam. (selamat aku!! tapi nanti??) kemudian dada aku mula sakit. cikgu bawa aku ke hospital. mmm masuk wad dan nama aku di kecualikan dari perbarisan!!! MasyaAllah!!!!! Alhamdulillah....Allah dah bantu aku...
Masa hari sukan aku dah pulih tapi aku tidak menyertai mana2 aktiviti pun. Tapi sedih tengok kawan yang terpaksa 'korban'kan leher utk tatapan umum....
tidak ramai sebenarnya muslimah yang benar2 bertahan untuk menjaga aurat. Ramai yang terpaksa 'korban' kan diri terutama sewatu kawin, bila sakit di hospital, dgn sedara mara like sepupu, ipar duai, atau even mandi2 di pantai.
mmm, takut juga ada yang kata begini
"i pon tutup aurat juga, x dedahkan rambut sebab i dah botak"
ehheheehheeh
Monday, July 02, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment