Friday, February 01, 2008

AJalnya sudah tiba...


Beginilah pengakhiran riwayat nissan serena yang amat kami sayangi. amat berjasa kepada dan sunguh meninggalkan kenangan memori yang tidak mungkin kami lupakan.

Jasadnya sudah tidak boleh diselamat lagi , hanya yang mampu adalah di scrapkan (betul ke eja ni). van ini lah jua yang menyambut kami waktu mula2 sampai ke bumi ukini, umur juga cukup setahun, terpaksa kami lepaskan.

Siapalah manusia durjana (sorry ek kasor sikit) yang sanggup memperlakukan harta kami , melanyak cukup2, membelasah sampai punah ranah, membuang car seat yang tiga tuh, mengopak pintu, memporak puranda kan hati kami. pedih sungguh hati ini, sayu dan pilu...

Apakan daya kami, terpaksa dilepaskan jua. nasib baik amsa kena angkut tu aku tak de, kalau aa mahu aku nangis kat situ....

Melihat gambar (hubby amik, aku kat school waktu tuh) van itu seolah2 melihat keranda yang diusung ke perkuburan.....

Ajalnya sudah tiba...bila pula ajal kita...

Alfatihah buat mantan Mufti Selangor yang tercinta, insan yang sungguh istimewa, pernah berjumpa dengannya, allahyarham insan yang sungguh mengagumkan!!! entah bila akan dapat mufti yang sehebatnya...

2 comments:

zahrah said...

Salam

kak laily...setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya...semoga Allah 'menggantikan' dengan yg lebih baik...tak esok...lusa..tak lusa...mungkin di akhirat nanti...wallahua'lam

Unknown said...

sabar ye kaklaily.. insyallah ada hikmahnya. "Sesungguhnya Allah bersama dengan org2 yang sabar". mungkin kejadian ini menandakan yg DIA nak bersama kaklaily sekeluarga.