Monday, February 18, 2008

ma'had hisamuddin, kg jawa


entah kenapa setelah habis solat isha' berjamaah bersama hubby di hujung minggu (hari lain x dpaat sebab kerja) aku berteleku di atas sejadah. entah kenapa juga aku terhimbau nostalgia silam sewaktu aku di sekolah menengah agama hisamuddin Kg. Jawa (ada lagi sekolah yang sama tapi di. Sg. Bertih, klang juga).

Aku rindu kenangan bersama dengan sahabat2 di bilik D12, C24, D22. bayangkan hampir 15 tahun aku tinggalkan sekolah tu, aku masih ingat nombor2 bilik aku. Aku rindu gemersik suara Ustazah Sarah memberi nasihat, terngiang 'tempikan 'ibu (ustazah rubiah merangkan warden asrama) bila kami bising2 di bilik. Rindu kuliah subuh ustaz syukur. Rindu dengan cikgu aini, cikgu achmad, cikdu r (alamak nama x ingat, siti tolong ingatkan, yang ajar kemahiran hidup tu??).

terllai banyak yang manis di situ. Di situlah aku belajar erti hidup. pertama kali basuh baju sendiri. pertama kali berpisah. pertama kali dapat keluar bandar, jalan2 di bandar klang. pertama kali makan sambal belacan.

aku masih teringat menu2 makan di dewan makan. nasi lemak dengan telur sebijik (telur kupas sendiri). lauk masak lemah labu dengan ikan sambal. sup ayam dengan samabl kicap. nasi ayam dia sedap sebab dalam nasi kami korek ayam lagi dalam kawah. kira 2 ketul ayam dapat. seronok berpuasa sunat ramai. study ramai di bawah lampu koridor. esok nak periksa malam baru nak study, tapi boleh score 99%. aku mampu hafal banyak hadith masa tu. A'zeem!!!

Assembly dalam bahasa arab. seronok kan!! selawat beramai2. aku mampu menulis karanagn bahasa arab panjang2. ah!! dah lama skill tu hilang. teringat juga kenangan wakil sekolah masuk kuiz perdana peringkat daerah. kami adalah peserta termuda. yang masih teringat penjaga masa (PM) dalam kuiz tu handsome!! kui kui kui, itu je yang aku ingat! patut kalah!!sekolah tu dari form 1 smapai upper six. lelaki hanya ada utk 2 class sahaja. 4 (1) dan 5 (1). jadinye lelaki kat sekolah tu jadi glamer lah. ketika aku belajar dulu pengetua adalah Allahyarham Ustaz Paidi Keromo dan Sahibus SAmahah Ustaz Tamyes (sekarang mufti selangor). untung sungguh aku sempat bersma ustaz tamyes!! sempat menadah ilmunya walau hanya seketika.

di sekoah inilah aku mengenal usrah. Buku ma za ya'ni di baca waktu form 1. mengenal Alma'thurat , mengenal solat tasbih, solat tahajud , solat hajat. di sinilah tapak pertama yang mendidik aku hinggalah jadi seperti aku pada hari ini meskipun selepas tingkatan 4 aku lari ke sekolah menengah sains selangor, walaupun aku telah mendapat offer dari KISAS (sekolah idaman aku sebenarnya, jaraknya hanya walking distance dari sekolah ini). apapun aku tidak menyesal kerana memilih sekolah bukan agama kerana aku benar2 rasa aku membuat pilihan yang sangat tepat!

Dan buat pertama kalinya peperiksaa besar PMR (masa SPM aku malas) aku benar2 bersedia zahir batin. semua buku latihan, buku kerja, khatam latihan dibuat. solat hajat, bacaan yaasin 3 kali berturut2 setiap minggu. malah yang paling takjub, kami kena salam minta maaf dengan smeua warga sekolah. inilah sangat yang paling syahdu sebelum exam. kami kena pergi setiap bilik , (ada 4 blok, satu blok 4 tingkat). kami kena salam setiap orang , mohon restu dan minta maaf . Malah kami diberi kebenaran khas balik sebelum exam untuk mintak maaf dengan parent. kami kena pergi jumpa semua guru2 untuk minta maaf. Sebab kalau kita terror macam mana pon, kalau banyak dosa, ilmu belum tentu lekat!! Al I'lmu Nuraa. Sebab itulah agaknya aku dapat result yang baik utk PMR. ada subjek yang tak pernah seumur hidup dapat A, tapi PMR boleh dapat A. Alhamdulillah, berkat doa sahabat2, guru2dan ibu bapa.

masih ingat kisah awan dilangit?? awan yang melihatkan bentuk wanita ditarik rambut, klaimah Allah tertulis clear, pokok tunduk arah qiblat dan tegak kembali esoknya. aku saksikan semua tuh!! pertama kali aku solat taubat dalam keadaan yang takutkan Allah!!! sejurus peristiwa itu.

Aku benar2 dewasa dan matang di sini. aku rindu. InsyaAllah, aku akan kembali semua ke sekolah ini nanti.


hampir 15 tahun sudah berlalu. MOga nostalgia itu dapat memberi semnaagt pada aku untuk belajar bersungguh2 dan kembali kesokalh itu untuk menabur budi .

Ahh, panjang lagi nak citer, tapi badan rasa tak sedap. .............

5 comments:

zahrah said...

salam

kak laily...sayer pun rindu gak kisah silam yang teramat manis tu masa kat asrama dulu...hu...hu...sedih plk biler ingatkan kengkawan dan cikgu2...rindu raser nak jumper diaorg sumer....

Jannah Ibrahim said...

Salam...
Wah like walking down memory lane.....ahaks...

oklah tuh... setiap yang berlaku tu ada hikmahnya... biarpun jalan berlainan destinasi tetap sama...

Mimi said...

Salam Laily,
Just curious....bila ur study year kat hisamuddin tu ye...
...and tahun bila yg nampak 'benda2 ajaib' tu

AmyZana said...

akak laily..sekarang ni bangunan tu dah jadi bangunan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa. Hishamuddin dah pindah dekat tempat lain.

Saya sekarang ni masih belajar dekat sekolah rendah agama tu...

Sedihnya bila baca...

Omar Abdul Aziz said...

السلام عليكم

Saya sedang mencari nama sebenar Ustaz Paidi, tiba-tiba terjumpa blog ini. Seronoknya dapat baca nukilan yang dituliskan dan lepas rindu saya pada sekolah ini kerana pernah bersekolah disini dahulu. Sedih bila mendengar Ustaz Paidi telah meninggal dunia. Fatihah untuk arwah. Masa tu saya duduk di Asrama Gagak Hitam bersebelahan sekolah. Teringat lagi saya dengan Ustaz Khairullah dan beberapa orang guru. Bila bangunan baru sekolah ini siap, saya terpaksa berpindah ke sekolah biasa kerana tidak larat turun naik tangga kerana sakit. Saya save gambar sekolah ni ye. Saya nak buat kenang-kenangan. Saya minta izin. Terima kasih.