Friday, February 22, 2008

Surat terbuka buat bakal YB W



W
saya sangat terkejut, teramat sanagt bila w buat keputusan untuk bertanding lebih2 lagi bakal melawan KJ. luluh jantung saya w. tanpa disedari saya menangis tersesak bila saya beritahu hasri tentang w. rupanya hasri dah tau lebih awal tapi dia tak beritahu sayapun pasal w.

w,
saya sendiri agak terkeliru perasaan sekarang ini. Tapi yang pasti sangat saya AMAT SEDIH. sampai hati w untuk melawan KJ, Kj itu sahabat kita w!! sahabat kita!!! awak lupa ker???? atau awak sudah tidak kisah sangat, yang penting awak menang??maaf w, bunyinya mungkin agak kasar tapi saya perlu katakan...

w
mungkin awak fikir saya terlalu emosional tetapi saya yakin dengan apa yang saya fikir. Walaupun saya tahu, dari dulu awak berminat dengan politik tetapi tidak sangka secepat ini jalan ini. Dan jalan yang awak pilih ini tidaklah saya terkejut sangat disebabkan latar belakang awak yang memang begitu dari dulu.

w,
apa pun matlamat atau tujuan awak untuk bertanding hanya awak yang tahu. Tapi masih ingatkan kata2 yangs sering awak ucapkan
"masuk politik ni macam masuh gelanggang tinju, kalau kita tak tumbuk, orang akan tumbuk kita"

dan kali awak masuk gelanggang tinju untuk menumbuk abang sendiri!!

w.
siapalah saya untuk mengubah keputusan yang awak sudah buat, namun nasihat saya sebagai sahabat yang pernah semeja bermesyuarat, sekereta berprogram, membaca buku yang sama, pernah berbincang perkara yang sama, tidur dan makan setalam denagn hasri "ia bukan seindah yang awak fikirkan dan sebenarnya tidak semudah yang awak sangkakan., mampukah awak lalui nya??"

w, saya menantikan ucapan sulung bakal YB selepas penamaan calon. agak2 apa yang w akan cakapkan??? awak sudah lebih tahu, malah lebih arif dari syaa perkara yang membarah dalam jalan yang awak pilih. awak bukan tidak tahu??? kita pernah alami dulu hasil tindakan kita sewaktu menjadi pelajar yang tidak bersekongkol dengan mereka!!! terfikirkah agak2 apa rasa Us S, apa rasa Us R, apa rasa Abg Y. apa rasa adik2 ?mereka kecewa ...malah satu ketika saya sendiri rasa malu...
w
saya sanagt sibuk waktu ini. saya septutny atengah mengadap mesin Xray tetapi hati saya tidak keruan selagi saya tidak luahkan. walaupun saya tidak pasti awak baca atau tidak. andai kata Kak W baca blog saya, tolonglah sampaikan pada w betapa kecewanya saya...
w
apapun awak tetap sahabat saya, kalah atau menanag. andainya awak jadi YB saya berharap awak jadi YB yang sentiasa mendapat redho Allah, berkata benar walaupun pahit, berjuang untuk ummah!!walau mungkin kita tidak semesra dulu. maklumlah Yb pastinya busy.

salam perjuanagn dari saya yang jauh...

laily
sheffield

12 comments:

Tentang Hidup said...

saya sebagai junior pun rasa terkilan dan hampa..tp mesti ada reason dia buat begitu. :'(..nak nak lawan sesama adik beradik sendiri pulak..
Errmm..speechless jugak..bila semua orang dok mula bising2..saya pun tahu dari dari Wira sblm penamaan calon diumumkan.. apapun..hope Abg W @ YB to be..tahu apa yg dipilih dan dibuat.. Moga Allah bersamamu dan moga apa yang dia dapat bersama kita walaupun telah menjadi picisan kenangan dapat dimanfaatkan utk masa depan..

fitrah nasuha said...

lali... tak paham la.... citer sikit...saper W dlm citer nie.. confuse pakcik...

ummu_naqeebah said...

intan: akak harap w x menang, biar dia belajar dari kesilapan. Kalau dia menang, biarlah dia jadi w yang akak kenal dulu, benci kezaliman, menegakkan kebenaran
mus: w adalah sahabat saya yang akan bertanding di satu kawasan parlimen di kelantan. w adalah nak singkatan panggilan kawan2 kepadanya. nama dia awak carilah. nama penuh AWD. gamabr di terpanpang dimuka depan utusan yang lampirkan tu. eheheheh. tak dapatlah saya nak dedahkan identiti dia kang nanti jadi tukang kempen dia plak. tak ak saya...lagipun kalau awak perasan dalam entry nostalgia cinta saya dulu ada gamabr dia ramai2 denagn saya dan hasri.

Kassim Selamat said...

saya tercari-cari siapa w tu? skg saya dah tahu.

KJ menantu PM tu mmg saya amat tidak suka....biar dia kalah! tapi KJ yg di maksudkan ni Insyaallah akan menang.

buat Dr.AWD slmt bertanding, Insyaallah sdr akan tewas.

zlaa said...

Laily,

Apa yang nak di herankan? Kuah yang tumpah ke mana lagi kalau tidak ke nasi.

ummu_naqeebah said...

ks: haaa, orang yang faham saja faham citer saya, heheehh hidup KJ!!!!
kak zlaa: entahla kak, terngiang2 suara dia 9 tahun yang lalu. sabo jelah ek...

Jannah Ibrahim said...

This is the real world Elly....
anything can happen.. maybe he has his own reason..masa mengubah pendirian seseorang..Semoga Allah menetapkan pendirian kita..

Tentang Hidup said...

ermm..bila saya baca ramai yg doakan dia tewas. sebak jgk ati saya..sbb dia seorang senior yg saya kagumi dan pendorong saya utk teruskan perjuangan dlm bidang perakaunan ni..tp...terkilan jugak dgn pilihan dia..x pelah kak..kita sama2 doa, that he will gain dan learn something.InsyaAllah

uDA said...

saya pun frust gila bila kenangkan si w ni elly. mcm sia2 je rasa apa yg ditarbiyah pada kita dulu. ntah la..malas nak cakap. tapi rasa dia kalah.

Shamsiah Mahli said...

Salam.
kenapa akak nak sokong KJ pulak. padahal KJ parti pembangkang. Maknanya akak juga bukan non partison. so, kesimpulannya org jemaah ni sokong pembangkanglah?

abcdefaiz said...
This comment has been removed by the author.
abcdefaiz said...

Salam. Terpulang pada dia la nak sokong sape pun.. Bukan ke dia layak untuk mengundi? Sama ada nak pilih pembangkang ke.. Kerajaan ke.. Itu hak dan tanggungjawab dia dan juga kita sebagai rakyat Malaysia.

Adakah maksudnya, kalau sokong kerajaan kita jadi non-partison or kita tak perlu pergi mengundi utk kekalkan non-partison tu?

Lagipun bukan jemaah yang keluar statement tapi ni pendapat individu yang 'ahli' jemaah.