Thursday, October 25, 2007

(*&^UHKJLGFHB$%$£%$"£$

tengok tajuk pun ntah apa2 kan. haritu aku 'bengang' dengan supervisor aku yang asik komen, data x de la (padahal dah bagi) , itu ini, serba x kena. Last sekali aku decide aku kena buat satu file untuk dia. maka aku pun kumpulkan semua results, related articles, report, everything dlm satu file dan bagi kat dia. lepas ni harap2 dia x le le lupa mana dia letak results aku atau tak smepat nak baca atau print. semalam aku miting dengan co-supervisor aku, thomas. Dia nampak interested dengan projek ni. Cumanya lepas ni aku kena buat modelling. Haaa aku dah agak dah bende yang aku takut akhirnya jadi jugak. aku terus terang cakap, I have no basic in modelling but i'm ready to learn ( fuhh), Dia sempoi je kata, Yeah, not too complicated.....dalam hati aku; harap2 Ok lah

Ok, aku baru habis first year viva. mak oi, macam viva betul2. orang lain first year viva setenagh jam jek.aku dari 9.30-11.00. Aku dapat agak prof gibbs memang macam nak 'balun' aku dengan terlalu banyak soalan. Bab theory alhamdulillah, boleh la jawab. Dia kan lecturer aku ajar magnetic, so dia tanye macam soalan exam. fuhhh. siap bagi aku kertas, minta aku sketch, draw, buat equation, alhamdulillah tengok dia happy ngan jawapan aku. dia ni betul2 nak uji teory part. Bila masuk part method, dia byk tanya pasal theory operation dalam equipment. Haa bab ni aku lemah sket. Banyak x boleh jawab. dia tanye sanagt detail. tak macam first year viva yang kawan2 aku ceritakan. kawan2 kata byk discuss result dan cadangan idea. Tapi aku , macam kerana shoot dengan byk sgt soalan. Aduhhhh! bila last sekali aku kata aku nak buat modellng ngan result aku tu dia macam x confident. Dia kata dia hold dulu process upgrade ke phD sampai dia tahu aku happy nak buat modelling.laa, sabar jelah.happy atau tidak aku pun boleh jadi sebab nak upgrade ke???? eh, lupa lak aku nak cakap yang decision buat modelling tu miting semalam, jadi aku cakap, aku x tau aku happy ke tidak sebab aku blom sempat nak tgk. aku tau diaorang particulr bab 'happy' ke idak aku ni pasal aku tukar supervisor. dulu aku buat experiment, lepas ni kena buat teori, so agak 'berbeza'. depa takut aku 'terpaksa' buat. dan aku kena rewrite beberapa graph. ini aku setuju sebab aku mengaku aku silap format. but ini very technical kat excel jek. dlm few minutes boleh siap. Tapi x pelah. buat jelah. minor coorection jek.

pastu aku terkejut yang ada part literature review aku dikata plagiat. memang aku amik statement dari paper tu tapi aku letak le nama diaorang. mereka kata, aku patutnya rephrase dan guna word aku. mmm, Tapi yang bagusnya, depa tak blame aku. Depa kata, supervisor yang x buat kerje, x baca sanagt pon report aku. hehehehe. Laily, this is not your fault!!! (itu depa kata). semua oarang tau pasal supervisor aku. So, memang x dpt nak salahkan aku pasal report ni. dia pon kat australia masa tu. nak buat macam mana. Aku cakap aku x de masalah nak rewrite literature review sebab aku buat dalam masa yang singkat banding ngan org lain. org lain 2 sem, aku 1 sem , 5000 words. mm, depa kata, tapi la ni jgn rewrite lagi selagi tak suruh. pada aku Ok jek. aku dah buat yang terbaik sepanjang hampir setahun. sapa yang tengok result aku dan baca report aku pasti tau aku benar2 buat kerje. aku betul2 ingin berjaya dengan cemerlang. Thomas kata report aku OK dia dah baca walaupun aku bagi last minute. . memang dalam viva tadi depa asik kutuk supervisor aku. Aku tau depa x puas hati dengan supervisor aku, tapi jangan le aku jadi mangsa. prof gibbs tu almost everything nak tanye, graph, table,axis aku dlm graf pun cam ade yang dia rasa x kena. bila aku explain, baru dia angguk2. fuhh letihnya kena jawab byk soalan!!!! Anyway, aku dpt rasa macam manale aku nanti masa betul2 viva.

bila balik dari viva tadi , aku discuss kwn aku yang dah lama kat department ni, dia kata, diaorang saja je sebab aku student prof davies. Diaorang dok tunggu bila prof davies nak blah dari department sebab nak amik space, lab, alat. even diaoarang kalau boleh nak amik aku jadi student diaorang. Inilah politic dunia pendidikan di UK. lecturer kena ada student dan money. Once u x de, u r in trouble.

kesimpulannya, aku puas hati sebab aku dpt jawab soalan ala2 final exam, tapi aku tak puas hati sebab pasal plagiat tu. aku tak niat nak plagiat pun. aku tak tau apa yang benar2 dikatakan plagiat . apapun, what ever decision, paling2 mereka akan mintak aku rewrite, depa kata la. So harap2 aku dapat upgrade. Doakan aku.

perasan aku sekarang ni. Harap2 prof gibbs x jadi examiner aku lagi nanti. lepas viva ni x tau nak happy, nak sedih. campur2....cumanya lepas ni aku akan mula hidup baru dengan komputer plak lepas ni. Kwn aku usik aku, haa lepas ni boleh le bergaya sebab tak buat lab, ehheheh. Tapi for the time being aku akan habiskan work lab aku. result2, magnetic data akan di transfer untuk modelling. kiranya x delah membazir setahun aku pulun kat lab tu. boleh diguna untuk modelling. so, now, aku masuk dunia teori and modelling.... bidang yang aku x mimpi boleh masuk sini

p/s: setelah tanye kawan2 , rupanya ramai gak yang x clear macam mana yang di kata plagiat. rupanya ramai jugak yang buat macam aku buat, heheheh. espeacially bab teori. idokle aku rasa aku ni teruk bebeno. apapun, sib baik tau awal boleh buat correction.

Friday, October 19, 2007

saat kritikal

aku sibuk la ni. macam2 mende nak buat. tapi hati aku tidak keruan. minda bercelaru. baru kena sound ngan prof davies tadi. aku tidak beri dia summary result. padahal aku dah bagi sebelum table tu. dia suruh aku buat check list, apa dah buat, apa yg belum,aku tunjuk kat dia. dia x puas hati. dia kata aku kena masukkan result sekali dlm check list. aku terkesima. aku masih tidak boleh faham lagi cara kerje dia. macam mana yang dia hendak sebenarnya. dia kata aku tak bersedia betul2 untuk jumpe dia. mungkin, sebab aku tak expect dia nak tgk semua result dan result tu dia dah tengok pun. dia kelam kabut nak balik rumah. dia dtg office hanya utk beberpa jam saja. diapun kata nak jumpe sekejap je tadi. sabar laily. ini cabaran untuk bekerje lebih kuat. mungkin tak cukup kuat lagi tu...aku selalu rasa begitu 'bodoh' dihadapannya. macam semua mende tak tau. padahal aku dah study berulang2 kali. aku rasa satu hari dia akan realise yang aku tidak seteruk mana. mm, napa la ni macam tetiba masalah spark pasal dia. padahal sebelum ni, OK jek.

dan hari ni, dia decide utk ganti I.todd (co-supervisor) kepada T. Schrefl (susah betul nak eja nama dia ni). Dia akan kekal sebagai main supervisor dan akan tulis surat pada university.

So , tadi aku bergegas hantar segala report pada supervisor baru. dan aku ada akan ada meeting tergempar rabu depan. dimana esoknya aku ada viva. sangat critical situasi aku waktu ini.

moga ada hikmahnya. aku agak lega bila dengar kawan2 kata schrefl tu baik dan suka bawak student pergi conference, sanagt proaktif. Aku kena duduk dengan orang yang proaktif to be motivated. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan.

konflik

buat pertama kali dalam sejarah rasanya aku menangis depan lecturer. dapat email dari Dr. Sinclair, post graduate tutor, dia nak jumpe aku. aku ingat pasal class transferrable skills. tapi bukan rupanya.
"do you know that prof davis (my supervisor) is retired?
aku pun jawab, i don't know from the beginning, but now i know
maka bermula sesi heart to heart yang aku tak sangka aku begitu emosi sekali...

dr sinclair membaca report aku , dia dapati prof davis tak sign pun meeting report. jadi dia suspect supervisor aku macam tak buat kerje la gitu. So aku cakap la he was in australia masa tu. tapi dr siclair ni macam tau2 je perasaan aku yang agak di abaikan. dia tau prof davies ni jarang datang ofis. tehn dia mula taney how frequent meeting la, how do you feel, happy or unhappy...bla...bla

aku tau aku byk citer yang best je pasal superrvisor aku ni. kisahnya dia ni dah pencen. atau kata lain semi retired. jadi hanya aku satu2nya student aku dia lani. ada sorang jela tingal lagi itupun dah nak submit. jadi bayangkan, semua aku kena buat sendiri. walau aku tau prof davies tu baik, tapi meeting dah lama tak buat padahal aku plak yang banyak kali tanye bila nak meeting. dia mula sibuk ngan family, isteri diaplak sakit, baru major operation. kadang2 tgh cakap ngan aku asik menguap je. dia kata dia dok jaga wife dia. aku lihat dia sungguh penat.

Dr. sinclair cukup bijak korek perasaan aku. mata aku berkaca2 bercerita bagaimana banyak mende aku buat sendiri, i have no senior to refer to, no group, feel alone , ntah apap2 aku cakap, satu ketika aku tak boleh tahan, bercucuran jugak air mata aku ni. aduh apsal aku nangis nih.sebak sungguh. dengan machonya dia hulurkan tisu pada aku. dan biarkan aku 'stabil'.malu plak rasa nangis depan orang camtu.

Dia pon share jugak pengalaman dia, dia faham apa yang aku rasa, dia pernah lalui, susah nak buat kerje tanpa group. dia tak niat nak buat aku sedih. tapi honestly, air mata tu kuar automatik, aku cuba tahan tapi idok le teman berjaya. aduhh. tapi aku respect ngan dia sebab dia very good listener. bila aku cakap, dia akan dengar samapi aku berenti cakap dan tunggu samapi aku nampka macam x nak cakap baru dia cakap.

last2 dia tanye, sama ada aku nak tukar supervisor ke? co-supervisor aku tak menyumbnag sangat sebab bukan bidang dia pun. entahlah. co-sueprvisor aku ni bagus cuma dia ni asik contrast je pendapat dengan sueprvisor aku. entah kenapa dengan dr, siclair yang aku tak biasa ni, aku mampu bercerita secara jujur apa yang aku rasa. sampai satu ketika dia taney kalau2 aku nak tukar study room. dia baca report aku dan dia tau aku buat kerja walaupun supervisor tak 'aktif'.

pada ketika ini aku rasa syahdu. aku tak salahkan prof davies sangat. aku dengar ada oarangkata dia amik aku jugak jadi student dia sebab dia nak stay longer. entahlah, aku keliru. apapun, aku tak nafikan kebaikan dia pada aku. cuma dia tak proaktif sebab sibuk hal family.

accessor aku, prof gibbs punya hubungan yang kurang baik ngan prof davis. kawan2 minta aku hati2, sebab dia agak prejudis dgn student prof davies. aku takut viva aku bermasalah sebab konflik mereka. mana tau depa yang gaduh, kita plak nanti jadi mangsa....

sahabat2, doakan aku moga smeua dipermudahkan

apapun lastly aku cakap, aku boleh survive ngan prof davies. So, biarlah aku belajar untuk merebut 'masa' nya. esok aku ada meeting ngan dia. aku harap aku ada kekuatan utk berterus terang....di UK ni, prof davies antara yang terkenal bagi siapa yang buat magnetism. sungguh sayang kalau aku tidak dapat merebut ilmunya, tatkalau orang lain kagum denganya.

Monday, October 15, 2007

salam perantau



semua terkejut!! raya jumaat?? fuhh apa pun x ready. periuk pun x beli lagi. daging , ayam pun x de, kacang pun baru nak beli,. lantas malam raya kami bertebaran di bumi darbnall mencari bahan kerana kami kena sediakan kuah kacang utk 200 orang??? fuuhh tak terbayang kami boleh melakukankan. tapi alhamdulillah...raya di sini penat sungguh!!!

tak sangka plak, ucapan perantau yg dah berkurun aku hantar akhirnya kuar jugak surak khabar. best gak ek. baru masuk salam perantau, belum masuk surat khabar menang anugerah ke apa, tu pun hati dah kembnag berbunag2. ish ishh buat malu jek,


seawal lepas subuh kami dah bermaafan. selalunya hanya isteri akan cium tangan suami di pagi raya tapi hubby aku tidak kisah untuk cium tangan aku juga (eh, suami pun byk dosa jugak tau) , malah kalau bukan raya pun, lepas solat atau nak pergi kerja dia tidak kisah untuk cium tangan aku juga (tapi lepas aku cium tangan dia la) . pada dia tidak 'jatuh' taraf 'kesuamianya' dengan buat begitu. lelaki melayu ni payah sket nak buat gitu (ego sket, hehehe), kalau mat salleh tu perkara biasa cium tangan pompuan...ce cewah... eh, apa motif aku citer mende2 ni? kuar tajuk daaa..sekadanr berkongsi , mana tau lepas ni ada husband2 yang nak buat ke? gugur dosa2 dicelah2 jari tau, bagus tu...


harini ala2 monday blues, kepala pun pening2 letih makan dan raya sakan. penat sungguh. buat open house 2 kali, raya pertama dan ketiga. jadi penat le tapi yang seronok. hilang rindu kampung halaman.

aku telah mendapat email utk viva first year. cepatnyer!!!Doakan aku...

Wednesday, October 10, 2007

Eid mubarak


Buat semua,
Kullu a'm wa antum bikhoir....

ampuan maaf di pinta di atas segala salah silap kami selama kita saling mengenali di alam cyber ini. kad di atas juga Uda yang buat. credit untuk tintacreative.com!!!

jemput2 lah datang ke rumah. raya kali ni kami nak celebrate b'day habil. sian dia sebab masa 1st b'day tak sambt pub sebab kelam kabut nak dtg sini. husna dan hanis masa 1st b'day beria ummi ngan babah.

Buat yang telah menengenali saya di alam sebenar, saya juga mohon maaf atas segala2. alangkah bagus jika dapat berjabat salam dan peluk2. huhuhuuhu . Rindu you all semua!!1

Tuesday, October 09, 2007

terharu

Alfatihah buat baby yg rentung kebakaran. Mak baby itu meninggalkan anaknya, 5y, 3y, dan setahun lebih kerana pergi bekerja. bilik itu dikunci mungkin mak nya fikir lebih selamat begitu. Aku dapat rasa yang mak baby tersebut terpaksa buat begitu untuk menyara hidup. macam mana nak kerje dengan anak2 yang kecik begitu. Ahh mereka semua hampir sebaya dengan anak2 aku nan 3 itu. Memnag jika difikirkan tak selamat tinggal anak2 usia begitu dirumah. Tapi aku rasa sanagt sedih. Mak baby itu tak berniat untuk cuai aku rasa tapi keadaan memangsa. Nak hantar untuk orang jaga , nak duit lagi. Nak kerje sapa nak jaga anak plak. mmm, dalam kes ini mana pergi bapak budak ni??? dipahamkan mereka bercerai hidup. Jadi bapanye hidup lagi. patutnya bapanya sara lah anak2 tu. Kesian sungguh ibu tunggal nak jaga anak kecik2 macam tu. Ni yang aku nyampah lelkai yang tak bertanggungjawab ni. Dia ingat dah cerai semua masalah setel?? tanggungjawab dah tak de??

sedih membaca berita yang mayat baby itu rentung, aku tak terbayang. Jika di UK, anak2 mendapat child benefit. mak2 x yah kerje pun x per. ada elaun utk yg x kerje. pendek kata, anak2 bila lahir jek x yah risau dah. Duit utk susu, nappy, ubat semuanya free. in fact pram pun dapat free. Tu yang orang pakistan suka ada ramai anak kat sini. omputih je x suka anak ramai. kira kebajikan anak2 kecik di jaga sungguh di UK ni.

mana2 badan yang berkaitan, bantulah ibu tunggal tu. sian sungguh. hanaya tinggal dibilik yg katil satu, dengan 3 anak. situlah, makan, situlah tidur, situlah main. suasana yang sgt tidak baik utk perkembangan anak2. Hai, bila tengok ramai org susah macam ni, tak sanggup aku nak beli baju baru. Pakai jelah yang ada. kalau kat carboot jual baju kurung dah lama aku beli hehheh

Monday, October 08, 2007

sanah hilwah ya habil


hari ni genapla habil 2 tahun. kejap je rasa. Mlm tadi dia tak boelh sebab selsema, batuk, demam. tidur nye asyik terjaga jek. dia memang begitu dari kecik. pernah aku tidak tidur langsung semalaman sebab dia demam. dia akan merengek , serba tak kena dibuatnya. kakak2 dia kalau demam x delah macam tu sangat. agaknya itulah penangan anak bongsu. (pst...setakat ni...)

nampkanya hajat aku untuk berentikan dia breastfeeding tidak juga kesampaian disebabkan aku tak sampai hati plus inilah satu2nya ubat nak berentikan dia dari merengek. teringat zaman2 awal menyusu dia. aku sungguh bersemanagt untuk menyusu sepenuhnya kerana ingin mem'balas dendam' hajat aku yang tidak kesampaian utk hanis dan husna.

kehadiran habil tidak dirancang langsung. malah pada awalnya aku sukar menerima yang aku pregnant lagi setelah baru berslainkan hanis yang baru 5 bulan. Malah, mengikut fakta sainsnyanya, aku tidak mungkin pregnant. mana mungkin. namun kuasa Allah jauh mengatasi segala2nya.

mari imbas kisah habil....jeng...jeng....

hari tu aku ambil cuti sebab nak uruskan family day abim selangor di sungai congkak. aku jadi pengarah program masatu. jadi terpaksa ambik cuti untuk beli2 barang. aku mambawa kereta sendiri bersama adik2 usrah aku ke alamanda. tetiba dlm2 jln2 tu aku ternampak watson. saja 'menggatal' beli pregnancy test. balik2 umah, tengahri waktu tu aku terus test. masyaAllah, 2 line (kepada yg tak tau 2 line makna positve, 1 line makna negative, x de line maknanya alat tu rosak, , sorry ek kena bagitau pasal line ni sebab ramai rupanya tak tau, huhuh, bagi yg blom kawin la kan) . hati aku berdetup kencang. hormon adrenaline merembes dengan banyaknyer. rasa nak pitam, nak tumbang. betul ke ni???? rsa nak nangis tapi ku tahan2. Aku ingin segera telefon hubby. tapi kang kalau aku tepon bibik dengo la plak. lantas aku kuar rumah dan telefon hubby dalam kereta.
"Bang... (masa ni dah startt nak nangis dah, huhuh)
Hubby: kenapa ?
aku: bang...(kelu lidah aku nak berkata2..dan aku nagis dan nagis dlm tepon, terpaksa le hubby dengo aku nangis dulu)
hubby: kereta kena langgar ke? accident ke? ( sebab dia tau aku drive ke alamanda tadi)
aku: elly pregnnat bang...hhuhuu (nangis lagi)
hubby: (dia pun terkedu, terdiam)
aku; nak buat camner bang....
hubby: tunggu abnag balik, nanti kita bincang (ah ini ayat standard yang sellau dia pakai kalau aku gusar)

selepas telefon hubby, aku termenung sendiri. bagaimana akan aku hadapi semuaorang? apa kata ketua jabatan? apa kata mak? ohhhh tidak!!!!!!!!aku sungguh tension. Malah waktu itu ada syaitan yang jahat berbisik, alangkah bagusnya kalau tetibanya gugur. kan bagus. x yah pikir mende2 tu semua. sampai ke situ otak jahat aku berfikir. Astaghfirullah...

Menuggu hubby balik terasa sungguh lama. Tatkala hubby melabuhkan diri di sofa bed, aku memegang lengannya dan mengigit kuat2. haa kau berbekas. hubby aku senyap jek .dia biar je lengan dia kena gigit. hhehh sebabnya aku pernah cakap kat dia kalau aku pregnant lagi aku akan gigit dia. sebab itu dia senyap jek bila aku gigit lengan dia. heheeh ade ke patut??

hari2 yang dilalui sungguh tension dan menghibakan. Sedih, geram, menyampah kat hubby , ntah macam2 aku rasa. Jahat sungguh aku. sadis sungguh bila aku masih juga susukan hanis tatkala aku pregnant. Tak sanggup aku berentikan dari menyusu hanis. kesian sungguh dengan hanis. Sayu melihat deretan susu yang aku express. samapi hanis 8 bulan rasanya aku terpaksa habiskan susu2 tu. sedih sangat, Tuhan je yang tahu. sebab itu agaknya la ni dia banayk rengeknya sebab tak puas bermanja dengan aku. Hubby aku cuba memujuk aku macam2. apa taknya. aku asik nangis je aku waktu tu. sikit 2 nangis. sensitif benar. aku tak boleh terima yang aku pregnant lagi waktu hanis belum pun merangkak!!!

aku cuba rahsiakan pada semua orang. malah aku warning bibik aku jangan bagitau mak aku. Terasa perit rasanya untuk terima hakikat ini. apatah lagi hendak berhadapan dengan ketua jabatan nanti. aku baru je cuti bersalin, tup2 nak cuti lagi?? sapa nak ngajar? kita tak cukup orang?? aduhh!!!!!mak aku hanya tau aku pregnant dalam 5-6. sebab masa tu dah tak boleh sembunyi lagi dah. kira lama juga aku keep secret ni. Tapi aku ni kalau pregnant perut memnag besar giler, nak sembunyi macam mana. aku pun cuba untuk ngubat hati dengan INgat yang Allah yang takdirkan ini smeua berlaku. tiada salah sesiapa. manusia sehebat mana pun tak dpat lawan kuasa tuhan. Aku cuba belajar menerima kehadiran habil. rupanya ramai jugak yang lalui apa yang aku rasa.

Hati aku bertambah seronok bila dpaat tau yang bakal lahir nnati baby boy. melihat hubby teruja aku juga turut terasa girangnya dia. maklumlah, dah 2 girl sebelum ni. seperti kandungan yang sebelum ni, aku tak byk masalah sangat. Cuma sakit pinggang tu memnag tak boelh nak kata. Aku bag1 lecture 2 jam berturut2, macam nak pengsan rasa.

aku dijangkan berslain bulan puasa. hai, nakbuat macam mana, puasa ke 4.pagi tu kami bangun nak bersahur. perut aku dah start memulas2. ingat sakit perut nak buang air besar. asik ke toilet jek. pagi tu sabtu, hubby kena bagi kuliah subuh di bangi. dia kata kalau aku aku sakit dia cancelkan kuliah tu. aku kata, x payahlah. apa2 hal aku akan tepon.

menjelang subuh, perut aku terasa contraction, main kerap. aku gagahi utk solat subuh. Lepas solat subuh, pop!! water bag dah pecah!!!!!!! aku jerit bibik, bibik aku panic juga. aku tepon hubby . hubby kata ok, Ok. aku tunggu punyelah lama , x juga dia sampai. last2 bibik aku tepon, "ustaz, nak bersalin dah ni....". tunggu2 tak juga sampai. aku pikir nak call ambulance je. mana pergi la laki aku ni. Bibik aku lantas bertindak mengambil tikar, bantal dan kain batik. "berslain sini jelah, jom baring". ....aduh, dah le hanis dalam kete. takkan habil plak dalam rumah. apa lah nasib aku ni...

akhirnya hubby aku sampai.
"macam mana? elly nak salin kat ruma? berslain kat umah jelah.."
aku: tak nak bang, biar le bersalin dln kete dari dlm rumah, jom pergi hospital, ummi x larat dah ni" aku masa tu agak bengang nagn hubby, org nak berslain ni dia masih lagi mampu teruskan kuliah tu. dia kata tak kan nak break mengejut. dia kena bagi penutup. ish....tapi satu surau tu tau aku nak berslain. lawaknya lepas aku bersalin depa siap call hubby, dah berslain ke??hehehehe

kali ni aku baring dalam kete. sebab kalau aku dudk, kang jadi kes macam hanis lagi. udah la, cukuplah. sebab gravity kalau duduk baby lagi mudah keluar. sampai dihospital, kepala si habil dah kuar sikit?
hubby aku panggil nurse "nurse, babay nak kuar dah, kepala dah kuar dah"
lantas nurse pun selak , " kepala dah nampka dah tu, tahan2 jgn teran..." lantas dia sorong aku pakai wheel chair. Bayang kan bed semua penuh aku dibaring atas strecher (eh caner eja ni) . x de bantal, x de tabir pun. sib baik wkatu subuh. x de lelaki kat situ. lagi kat tepi toilet plak. ish, sadis sungguh tempat aku berslain. malah bantal pun x de.
"saya rasa nak terkuar dah ni"...aku cakap
"sabar2 jangan teran..tahan2.....(ish, boring betul, depa dok cari file la, pad la, aku ni nak berslain dah wei...)
aku komenlah, aku nak tabir, nak bantal. depa gi amik cadar, gumpal2 jadi le bantal.letak bawah kepala aku. pastu depa kata tpt penuh ni.
dalam hati aku , sabo jelah.sib baik aku tak lama. Tup2 teran2 kuarlah la habil.
"sennag benor awak berslain" kata si nurse tu......dah lega..cuma aku masalah masa kuarkan uri. Doc terpaksa seluk. aduh ...lagi sakit dari bersalin. ngeri2...tapi alhamdulillah, walaupun tanpa bilik, hanay kakitangan pompuan yang handle aku, pastu plak tpt tu agak privacy jadi terlindung gak aku walau x de tabir pun. sekurang2nya terjaga juga aurat aku. mmula2 mereka cakap agak kurang mesra. tapi bila tau aku lecturer upm, tup2 terus tune jadi lemah lembut. nyampah aku!!! semua orang jadi baik plak .....ade ke patut???

dan habil waktu sungguh comel sekali. dan aku bersyukur dan tidak sekali2 menyesal melahirkan dia.

Friday, October 05, 2007

belum pandai

sebenarnya aku berjanji dengan diri aku selagi aku tak puas atau dengan kata lain x cekap atau tidak berjaya dalam sealing off aku tak nak memblog. Aku selalu kata pada diri aku yang aku belum pandai bukannya aku tidak pandai. Untuk menjadi pandai perlukan proses. Untuk melalui proses itu aku akan diuji, dibelasah jiwa raga, tension dan sewaktu dengannya. dan Alhamdulillah hari ni aku berjaya lakukannya dengan ZERO DEFECT. selalunya dari pagi sampai petang aku struggle nak siapkan satu tube. tapi tadi dalam 1-2 jam aku berjaya seal 3 tube. ohhh laily, good, good (seperti Dr betancourt kata sewaktu jenguk aku buat kerje). fuhh , lepas ni aku tak perlu risau sangat dah!! bayangkan untuk berjaya buat mende simple tu aku amik masa 2 minggu practise. Hanya 6 tube jek aku nak seal sebenarnya. aku mencuba lebih 10 kali. asik meletup jek.kalau ikutkan satu hari boleh siap ini smapai berminggu. teruk betul. ish buek malu je. Takpe laily, permulaan yang baik. man jada wajada!!

Sukar sebenarnya utk pompuan amik bidang yang memerlukan deal dengan pump dan valve yang banyak ni. aku fenin!! diffusion pump, rotary pump, backing , roughing, backing, baffle,bla..bla....bikin aku confuse sellau. aku dikelilingi denagn mesin2 utk steel making. oleh itu aku kena lasak sikit. tak boleh ayu2 ek. kena strong ok, takmo lembik2. ahh aku kena makan tongkat ali gamaknye, hehehehe.

sakit pinggang, skait tangan, sakit badan. Ini yang kena aku lalui 2 tahun lagi. Harap2 final year aku tak perlu process material lagi. Hhuhu

Aidil fitri makin menjelma, cepat betul ramadhan nak berakhir. Aku akui ini lah ramadhan paling teruk in term of solat terawih. di sini pompuan tak de solat di masjid. kalau ada pun di islamic centre yang jauh dari rumah. Sejak aku habis sekolah hinggalah sebelum dapat husna aku tidak pernah walau sehari pun ponteng solat terawih. Betul ni. kalau aku tak ke masjid aku akan buat dirumah. kalau aku tak smepat malam, sebelum sahur aku buat. tapi bila dah ada anak, baru 4 rakaat anak dah nangis. Tapi bila dah aada bibik. aku boleh pergi terawih. Tapi di sini, bukan aku tak buat terawih cuma lubang2. kadang buat kadang tak buat. aku terlalu letih. aku seperti balik dari kerje kilang. Tapi aku cuba cover dengan tadarus bersama hubby atau sendiri. Teruknye aku...lepas maghrib aku rasa macam nak tidur dah. Alhamdulillah wa ada untuk prepare iftar. Kalu tidak kelam kabut. aku sampai umah pun 615pm. iftar pukul 6.40. Moga Allah abgi kekuatan untuk sisa2 ramadhan ynag pastinya lebih hebat ganjarannya dengan hadiah lailatul qadr.

Teringat masa aku sekolah agama dulu. Lailatul qadr memang dinanti. Qiyamullail meriah. Seronok menyambut ramadha masa di asrama biarpun jauh dari keluarga. walau hanya makan di tray.

ayuh sahabat2, masih ada masa, belum terlambat, rebut malam yang lebih baik dari seribu bulan!!!!!! mana nak dapat, di ramadhan saja.....