Tuesday, July 31, 2007

tidak keruan

Dalam2 hati seronok untuk untuk berpindah rumah hati aku dan huby menjadi tidak keruan. serba tak kena rasa. Aku yang tension untuk menyiapkan report selalu marah2 dan satu ketika marah2 juga dengan hubby. Nasib baik cepat sedar yang berdosanya tinggi suara dengan suami. Lantas aku segera mintak maaf sambil mencium tangannya. Ah!! kenapa la aku emotional sangat. Banyak sangat yang aku tensionkan. Dengan rumah baru yang tak sempurna lagi, penat kemas rumah lama, letih dengan ngadap buku, tension dengan alat kat lab rosak, baju bertimbun2 x kering sebab radiator rosak, karenah anak2, nak transfer telepon, internet, sky, macam2. Baru hajat hati nak siapkan, kerja anak2 dah menyibuk, baru nak pegang buku, anak2 dah merengek. Aduh!!! pening aku. si habil asik nak menenggek kat riba. asik nak bergayut x habis2 nak menyusu. Sungguh meletihkan. Demi untuk menyiapkan kerje terpaksala aku korbankan waktu tidur. Waktu orang lain lena dibuai mimpi, aku berperang menyiapkan kerje. hai, seronoknya kalau dtg UK ni utk honeymoon , bukan untuk study....(ish, jahatnya impian)

Geram juga kat supervisor. aku dah bagi report lebih 2 bulan baru dia pulang balik. Subhanallah, tuliasan dia aku x paham. dahla tu ada part yang dia x puas hati lalu da menulis 5 pages utk aku. berchenta rasa nak baca tulisan dia. pastu dia bagi aku tempoh 2 minggu utk aku bagi balik kat dia. Aduh, dgn sibuk nak pindah rumah lagi, ngan lab lagi. Due sebenar (official) nak hantar lagi 2 minggu (17/8) . Byk correction yang perlu dibuat. kalau dia pulang balik kat aku awal boleh la aku cari bahan2 tu. Ni dah panic sebab apa yang dia minta aku x jumpe cari. puas aku buka katup buku + journal+internet. Mati aku, esok kena hantar kat dia (utk dia tengok sebelum hantar pada 17/8!!! dia pulak tgh bercuti di Australia then NZ.Selepas 1-17/8 dia x boleh di access sebab bercuti di NZ. Jadi 1/8 adalah last utk segala2nya. Confirm byk lagi correction!! Aku x tau la larat ke tidak , atau aku terus terang yang aku x jumpe, aci tak minta dia yang cari, heheheh

Fuhhh, awatle professor (rasanya x semua kot) tulis macam malas2 je, tulisan tarik2 yang buat aku rasa nak terkeluar anak mata membacanya.....Harap2 lama2 aku dah boleh familiar ngan gaya tulisan dia yang pelik itu. Bayangkan dia tulis 'the'. sengkang (-)pada huruf t ditulis selepas 'e'. Harap2 kalau aku jadi professor satu hari nanti aku tidak mahu mendera student aku membaca handwritting aku!! paling kurang biorle tulisan tu boleh di baca kalau x lawa pun.

1 comment:

Jannah Ibrahim said...

salam...

yup..That's life..semoga tabah menghadapinya...insya'allah..
BTW nape nk pindah rumah?