Thursday, June 28, 2007

semarak cinta

Semalam kami sekeluarga makan di restauran estikutum dan ini adalah pestime kami makan diluar sejak 7-8 bulan di sini. Plan asal hanya nak makan berdua dengan hubby tapi x sampai hati tinggal anak2 dirumah. lantas last minute aku kerah anak2 bersiap.
Anak2 sungguh excited dapat makan di luar tapi tau jela makan dengan anak2 ni x keruan rasa. hanis sibuk nak bawak mangkuk ais krim sampai jatuh pecah. dah le glamer kami. husnaa dan hanis berlari2 dlm restaurant tu. mula dia nak minum coklate pastu x nak la plak..eeeei gerrrram. si habil plak comot2 dengan aiskrim. bawa anak2 makan luar ni kena kesabaran tahap gaban sungguh!!!

Bila dah hampir 6 tahun kawin, masa kami kini byk disibukkan dengan hal anak2. Anak2 plak dah biasa ke mana2 bawak mereka. Kadang2 teringin nak keluar berdua2an, dinner bersama, cuma aku yg x sampai hati, rasa guilty pplak nak tinggal anak2 even la ni wa ada kat umah. Tapi sebenarnya penting juga untuk kita spend masa HANYA berdua dengan hubby. untuk semarak cinta gitu...

Kadang2 bila dah lama kawin, kita rasa dah secure. x perlu nak cantik2 di rumah, x perlu lah control ayu, x yah le surprise2. Tapi hakikatnya tidak begitu. kekadang kena gak buat sesuatu agar mahligai kita indah, ceria dan berbunga2 cinta. memang la kita x gaduh, x bertengkar, tapi rutin harian kadangkala amat membosankan. Jangan salahkan orang lain jika ini berlaku. Buatlah sesuatu , fikirla secara creatif. Kita nak hidup bersama selama2nya.

Dalam kepala macam2 idea. tapi nak buat bukan senang. ada kawan2 dok citer, boring la kawin padahal baru je 4-5 bulan. maklumlah dah berkawan dulu 5-6 tahun. ish, kalau kita 'bijak' banyak sangat aktiviti boleh dibuat. ada yang rasa dah cukup kenal husband masing2 sebab lama berkawan. Tapi percayalah bila dah kawin itu semua x semuanya benar...

Alhamdulillah, aku di takdirkan Allah untuk lambat dapat anak sulung. Ada hikmah rupanya. Kami betul2 honeymoon. Bayangkan setiap bulan aku akan hantar kad "selamat ulang bulan perkahwinan " . sebabnye masa tu rasa lambatnya nak sambut first anniversary. Kami akan saling bertukar puisi. rupanya kami ni sma2 suka tulis puisi. malah aku pernah pos ke pejabat dia surat cinta gitu. ni kes x de kerje la nih. ish2...rasa hangat bercinta sungguh. bercinta lepas kahwin lebihhhhh indah. maklumlah kami dulu x de dating2 macam org lain. heheh

Almost everyday kami masak bersama, dan makan bersama tentunya lah kan dan istimewa sekali kami makan sepinggan hinggalah husna lahir...Paling syahdu kami akan solat jemaah setiap waktu dah tadarrus bersama. Tapi itu masa x de anak la kan. Bila dah ada anak kenalah pandai2 sesuai diri. Bukan kata nak makan sepinggan, nak makan pun susah...

Life dah berbeza, tapi anak2lah pengikat kasih sayang.....

mmmmBayangkan selepas 10 tahun kahwin tetiba suami anda mengirim surat cinta yang di hanatr oleh postman ?
Atau sejambak bunga yang kali terakhir anda terima ialah masa nikah dulu?
Atau apa2 lagilah attempt to semarak cinta....

ada orang kata cinta dalam hati x perlu ditunjuk2. PAda aku cinta sama seperti iman, perlu ada dalam hati, perkatan mahupun perbuatan. Mungkin suami yang kaya raya diamond rafflesia itu satu lambang cinta yang hebat!! tapi dia ada pompuan lain la plak. Ada suami yang rajin tolong isteri tapi x kaya raya, itu juga lambang cinta!!!pada aku, cinta perlu ditunjukkan denagn cara yang kita mampu.

Aku sokong kenyataan PAK lah (yang ni jelah aku sokong). " Allah telah cipta banyak ruang dalam hati kita untuk mencintai ramai manusia, cinta isteri, anak2, MIL,FIL, mak ayah, adik...)

tapi harap2 jgn gunakan ayat ni untuk tambah lagi SATU plak ek!!!!

cuma jangan di lupa, dengan mencintai ALLAH kita akan dapat lebih banyak cinta manusia

Wednesday, June 27, 2007

sheffield banjir besar!!!


Hari ni masuk 2 hari rumah dah x de letrik. mlm ni mlm ke3.x sangka seteruk ini banjir berlaku. fuhh aku sendiri nyaris2 kandas. alhamdulillah selamat. Kak MAs samapi dekat 8 jam dlm bas. jln jem sana sini. air ada yang samapi ke leher!!!

hari ni dan esok university plak power cut. ni pon tgh tunggu power cut anytime. sekolah husna tutup dah 2 hari. rumah aku kelam kabut. makana punyelah byk kat freeezer. udang 4 kotak. ayam 5 ekor, ikan berbelas2 bungkus. sosej +fries,semua aku hantar rumah kawan. samapi 3 rumah aku tumpang makanan. sayur2 pagi ni aku suruh wa buat sup. termasuk daging masak semua. hantar ke rumah a azhari sebab nak angkut brg ke kontena hari ni. kontena x sampai2. x boleh masuk sheffield. aku plak dah serabut, nak buat kerje lab helium yang diorder x leh masuk hignway ke sini tutup. jln ke sheffield melalui motorway semua tutup la ni.

semalam rasa sheffield lumpuh. public transport x de . tengahri baru ada. kat kawasan aku teruk sikit tapi umah aku uphill ok sket. hubby dah 2 hari x boleh gi kerje, jln semua tutup, lori je boleh masuk. fuhh anak2 aku keboringan, letrikx de. air panas x de sebab letrik x de. pagi2 kena masak air kat periuk, sian plak anak2 mandi. takkan nak mandi air sejuk . Fuhh la ni musim summer tapi suhu 11C. bila heater x de, air panas x de, dah la sejuk yang amat nak amik wuduk pepagi buta. semalam aku x larat nak mandix larat sejuk + air pon sejuk, hehe hari ni kena masak air jugaklah sebab hari ni nak gi school. sampai school plak, dpt email anytime power cut.

ujian sungguh. bila banjir, semua jadi kelam kabut....

boleh lihat gambo2 menarik dari BBC...

Friday, June 22, 2007

TAKUT DAN HARAP

Hari ni hari jumaat. penghulu segala hari. hujan renyai2 diluar sana. Tadi aku berbincang dengan aku punye technician berkenaan muslim and islam . ah Paul ni jenis byk tanye. aku cuba jawab semampu yang boleh

Paul: Laily, katakan saya accidentally ternampak awak x pakai scraf, apa yg berlaku
aku: x de apa2, apa2 yg x sengaja x berdosa (dia tau pasal dosa n pahala)
Paul: Laily, katakan tiba2 ada fire, boleh ke saya dlm emergency pegang u?
aku: dlm islam kalau emergency boleh, x de pilhan, even makanpork pon boleh kalau dah terdesak, kelaparan melampau, yg halal x de (dia tau juga pasal halal food)
Paul: Laily, boleh ke sebenarnya muslim women ckp ngan lelaki
aku: Boleh, no problem, asalkan dlm keadaan baik, good manner
paul: katakan laily, dekat street , saya nak ckp nagn muslim woman, boleh tak
aku: boleh, (dlm hati geramnyer tanye pelik2)
paul: nanti ada muslim lain nampka dia bagitau husband dia ke?
aku: dlm islam x salah nak communicate ngan lelaki, asalkan dgn baik
paul: laily, awak x sama macam muslim woman yang saya kenal, awak liberal, socialize dgn orang, communicate, saya tgk muslim woman hanya ckp sesama mereka jek.
aku: islam memang tolerance religion tapi ada tpt2 nya. bukannya tolerate setiap masa. kalau u miintak i minum wine atau beer , of coz BIG no. tapi kalau u ajak i makan coklat ke , sadwith tuna ke, no problem. byk vegetarian product kat Uk ni.
paul: u memang beza, i rasa kalau orang lain tak nak communicate sangat. nanti husband x bagi
aku: even my husband from islamic studies ( dia tau) , dia tak kisah as long as i jaga prinsip.
paul: u ada freedom
aku: freedom tgk tempat
paul: kenapa ada muslim tutup muka (burqah)
aku: terpulang pada selesa masing.budaya. islam simple. asalkan cover yg patut dicover
paul: apa yg patut cover
aku:semua kecuali muka dan tapak tgn. tapi u nak pakai style apa, what colour, fesyen apa, terpulang
paul: saya suka tgk awak pakai tudung, cantik. mm katakan awak pakai tudung cam nak attract org lelaki camenr?in fact i suka colour purple, scarf yang u pakai
aku: bukan lah niat i nak attract orang. i pakai ikut apa yg islam suruh.

panjang lagi sebenarnya tapi dah x larat nak tulis...yang paling kelakar soalan hingga hari ni aku ingat.
paul: laily u memang pakai tudung all the time ke?
aku: ya, kalau kat luar
paul: kalau u mandi macam mana , u pakai tudung jugak?
aduhh apa soalan ngarut2 nih...
aku: ish, masa mandi x delah...i kata kat laur rumah je i pakai tudung bukannya all the time, dlm rumah x pakailah....

tadi aku solat zuhur di surat di mechanical eng. lelaki x de gi solat jumaat. pompuan pon x de juga. lepas zuhur aku rasa macam sedikit kosong. lantas ku ambil al quran dan terselak surah At taubah. aku pun mula membaca. malah aku membaca dengan agak kuat sebab aku rasa puas begitu. ahh indahnya ayat2Mu. makin ku baca makin menusuk sanubari. seakan tak mahu berhenti. ingin baca danbaca. itulah kenikmatan yang hebat. walaupun aku membca quran tanpa terjemahan, aku masih boleh faham sikit2 ayat2 nyer. samapi satu ayat. hati aku rasa luruh.



Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang- orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Entah kenapa, mungkin aku maish terkesan dengan kes lina joy dulu? sebab aku mengikuti kes ini sebelum dtg ke uk NI.

Aku teruskan bacaan terjumpa pula ayat ni. bergetar rasa waktu membca nya. aku mengulang byk kali. aku cuba tadabbur ayat ini. "la tahzan, innaallaha maa'na
Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita.....




sungguh terkesan ayat ini. mungkin kerana sebelum ini aku hadapi banyak masalah dan peristiwa yang sedih. Ayat ini memotivasikan aku. Laily, LA TAHZAN LAILY, LA TAHZAN, INNA ALLAHA MAA'NA!!! INNALLAHA MAA'NA..........

Sebenarnya aku MALU pada Allah, waktu susah baru nak ingat Dia. kalau senang, tak berapa nak ingat. agaknya sebab itu Allah bagi ujian supaya aku terus ingat pada Dia. Atau Allah rindu untuk mendengar dua' HambaNya.

Pernah satuketika , Saidina Umar mengeluh. Dia rasa diri dia senang je. x de ujian. Dia takut Allah lupa kan dia. Sebab ujian tanda Allah kasih juga. Antara kata2 Umar yang sering aku sebut2 ketika usrah suatu waktu dulu,

" aku takut kalau Allah kata hanya sorang yang masuk neraka dan orang itu adalah aku. Tapi andai kata Allah kata Hanya sorang je masuk syurga, aku harap itulah Aku"

Ya, sentiasa berada dalam TAKUT DAN HARAP...

tentatif Solat camp

Bagi yang berminat, boleh la lihat2 tentatif program ini. ini modul utk 7-12 tahun. Jika ada cadangan, komen, komplen, di alu2kan..Kalau di luar sheffield pon boleh, tiada masalah.


Ahad ( 29 Julai 2007)

8.00 pagi – Pendaftaran

8.15 pagi - Briefing Kem

8.30 pagi - Sarapan Pagi

9.00 pagi - Ceramah 1

Tajuk : Wuduk & Bersuci dalam Islam

10.00 pagi - Minum pagi

10.30 pagi - Amali – Wuduk & Bersuci/Thaharah

12.00 tgh - Makan Tengahari

1.30 tgh - Solat Zuhur Berjemaah

2.30 petang - Ceramah 2

Tajuk : Falsafah Solat dan Kepentingannya

3.30 petang – Praktikal Solat dan Kaedahnya

5.00 petang – Minum petang

5.30 petang - Solat Asar Berjemaah

6.30 petang - Modul Bermain sambil belajar
(Treasure Hunt)

7.30 malam - Kedatangan Ibu Bapa

8.00 malam - Makan malam

9.00 malam - Kuliah Tafaqquh Fiddin
Tajuk : Solat membentuk jatidiri -Ust Hasri Harun

9.15 malam - Persembahan Multimedia Aktiviti Anak-anak
( Aktiviti sepanjang hari anak-anak)

9.30 malam - Penyampaian Ikrar Solat

9.45 malam - Solat Maghrib Berjemaah bersama Ibu bapa

10.00 malam - Bersurai

Sekian. Wallahu a''lam Bis Sawab

Wednesday, June 20, 2007

Solat camp

alhamdulillah, ada sinar di wajah hubby bila solat camp yang dia nak buat mendapat sambutan baik masyarakat di sini. mula2 dia pening juga sebab duit persatuan x de nak buat. yelah, takkan dia yang nak bagi cermaha, dia jugak yang kena pikir pendaftaran, makanan, dewan, semua2 tuh. last2 aku dan dia bincang2 kita list senarai apa yang boleh di sumbang. Dari sapa nak sedeqah breakfast samapi spaa nak sponsor hadiah dan juga tenaga. maka x sampai sejam email di send, kami menerima banayk sumbangan. Alhamdulillah. ada yang nak sumbang tenaga (ada yang nak kerah satu family utk bertugas pada hari tu), duit , macam2 . Syukur sangat. sebab ini bukan program peribadi walaupun hubby yang initiate. mm, kalau buat personal kenala charge mahal2 no, cam nagn consultant gitu. Sekurang2nya ini adalah sumbangan kecil kami di sini. Aku dan hubby mengerah idea tentatif program yang dibuat agar sesuai yang nature budak2 yang suka main. tau jelah budak kat UK ni kat sekolah pun main aje. Tapi yang penting mesej solat sebagai tiang agama dapat disampaikan.

Di UK ni agak kesian pada budak2 yang bersekolah 9-3.30. lebih2 lagi yang dah baligh, yg kecik ok lagi. Solat jumaat akan lebur, begitu juga zuhur atau asar (tgk musim mana). Kalau musim summer ok sket balik sekoalh boleh solat zohor lagi. tapi kalau winter dah le lebur zuhur dan asar. Melainkan budak2 yang kuat semangat untuk solat di mana2. Ibu bapa le main peranan la , budak2 ni x kuat semanagt .aku pernah bertanye pada ibu bapa di sini. anak2 caner solat? dia kata x de solat pon kat sekolah. Fuhh sayangnyer...

Aku amat strict bab solat. walau susah caner pon, sakit atau leceh, solat nombor satu. pernah satu ketika kami ke tpt air terjun di tapah. aku tercari2 surau. ada rupanya, cuma seperti rumah tinggal yang usang. aku tengok keliling punyalah ramai manusia? mmm mungkin depa solat tepi jln? atau tepi sungai?Di Malaysia suaru di mana2, tak macam di sini, patutnya tiada masah. Pernah juga satu ketika masa aku undergrad tunggu bas upm depan metrojaya kot (dah x ingat, uda tolong recall). punyelah ramai umat, bas penuh yang amat, x muat. maghrib dah nak lupus. aku tercari2 surau. rupanya ada , tptnya di top floor kena lalu orang main snooker dan game ntah apa2.aku mengaajk kawan, jum lah solat sama, Dia kata naktunggu bas. takut terlepas. mmm,

yaAllah, keciknya surau. macam stor. campur pompuan lelaki hanya muat dlm 3-4 org. aku tercari2 mana paip utk wuduk, tak de. lantas aku ke toilet. dah le kena bayar dlm 20 sen kot. aku beritahu yg jaga toilet tu aku cuma nak amik wuduk jek, dia kata masuk je toilet ,bayar. tgk toilet punyelah besar!!!!! surau coek jek. bila aku siap solat aku turun bawah , kawan aku kata bas x sampai pun lagi. ALhamdulillah, sempat soalt tapi kawan aku tuh????lebur maghrib, ish ish...aku tau dia pon x sedap hati sebab x solat, dia sekoalh agama, x kan x tau hukum solat cuma masa tu syaitan goda kot. yang penting aku dah bagitau. takkan aku nak seret dia plak.

Alhamdulillah di Malaysia kesedaran solat makin baik. pernah juga aku dan kawan2 ke stadium bukit jalil semepna perhimpunan belia. waktu dah hampir petang majlis cam biasa jek. kami tercari2 surau. Ya Allah keciknya. stadium punyelah besar, toilet lagi besar. bersesak2 dlm tu. masalahnya di situ x disediakan telekung dan maklumlah ramai yang tidak menutup aurat tapi nak solat. cam aku simple, no problem. bila kita pakai lengkap nak solat senang. x perlu telekung tapi budak2 lain, sian la plak. . ada yang aku dengar depa cancel solat sebab x de telekung.

lagi satu bila kahwin. ramai aku dengar especially yg pompuan bila nak make -up 'terpaksa' lebur zuhur. yelah konon2 leceh kang nak bersanding. ish ish macam tu pulak. padahal solat ni waktu perang pon kena solat inikan pulak nak kawin. hingga nak mati pon kena solat. Banyak cara sampai boleh paling teruk islam bagi guna hati atau gerak mata. Subhanallah, banyak cara solat dan kemudahan yang Allah beri. Bukannya Islam kejam sampai yang patah kaki pon kena solat berdiri. tak leh berdiri duduk, x leh duduk baring..dan seterusnya. tu yang aku pelik segar bugar pengantin baru x nak solat demi nak cantik. tak faham....

Maaf kalau ada yang terasa pulak. tapi inilah realiti hidup. kadang ada orang yang ambil enteng bab solat. Alhamdulillah, hubby aku pernah bertugas sebagai Pegawai Agama di Kampong baru medical centre. antara tugasnya ialah memastikan semua pesakit tunaikan solat. Dia akan ajar juga nurse2 utk tayammum dan solat org sakit. bukan mudah juga. kalau dah balut sana sini kan? tapi islam bukan agama yang menyusahkan. pasti ada caranya. Teringat sewaktu aku masuk wad di Andalas medical centre( masani blom kawin lagi lah) . Nurse kat sini terkejut tengok aku susah payah solat. dia boleh kata, macam mana awak solat. kan awak sakit? alamak, siannya nurse ni. aku pon citerlah ringkas2 yang solat boleh dibuat dengan macam2 cara. mmmRupanya ramai orang yang masih tak tahu. rasany amasa sekolah belajarkan??

Masa aku di tingkatan 4, aku kena masuk wad HKL sebab sakit dada (ahh aku kerap masuk ward sebab chest pain, dari sekolah rendah lagi) . tapi alhamdulillah aku usaha juga utk solat. sampai nurse kat situ siap bagi bilik diaorang untuk aku solat. siap cakap, "hati2 tau nanti sister nampak". bagusnya depa ni. sebab sebelum tu aku menapak gi surau hospital jln kaki.

Aku sebenarnya sangat bersyukur mak ayah aku hantar sekolah agama. walaupun mereka sendiri x sekolah habis. kalau tak aku rasa aku akan jadi 'hantu' heheheh disebab kan aku ni adalah bekas penari masa sekoalh rendah. tu kena buat entry khas lagi tuh. tapi semua lima2 adik beradik aku bersekolah agama bila masuk menengah . walau masa tingkatan 4 aku bersekoah sains selangor. tapi berkat belajar 3 tahun di sekolah menengah agama hisamuddin kg jawa, amat2 mendidik jiwa aku. Ah rindu kawan2 di situ. Tarbiyyah dan disiplin di situlah yang membuatkan aku jadi 'orang' walaupun aku rasa bersalah sebab tidak terus sambung sekolah agama lepas PMR tapi memilih SBP. sebenarnya aku dapat tawaran KISAS tetapi aku menolak selepas istikhorah dan berbicang nagn sorang kakak. aku masih ingat dia dan kata2nya "laily, pergilah sekolah tu, boleh ajak orang jadi baik, di kisas tu dah ramai orang baik" Dan hingga hari ni aku rasa bersyukur.... aku telah membuat pilihan yang tepat...

Ahh kena buat entry khas ni macam mana aku boleh tercampak ke sains selangor.....

Entry ni dibuat ntuk tazkiyah nafs aku jugak. kalau ada yang terasa aku minta maaf. Anggaplah ini sebagai nasihat untuk diri sendiri dan orang lain. aku pon masih beljar untuk solat dengan sempurna. Masih banyak kelemahan dan kekurangan. Ampun Aku Ya Rabb..

Monday, June 18, 2007

kembali ceria

byk cerita nak citer..firstnyer, lab aku berasap!!!! ntah caner sebleum balik aku terlintas nak check lab. tetiba helium kuar dari dewa. aku dah panic giler. awat ni. aku dah tutup semua. aku pon x tau nak buat apa, call emergency 4444, ehhehedah le kelam kabut kat jabatan. aku dok ingat helium leak. call porter x angkat. aku call kawan minta dtg and panggil tecnician. fuhhh, panic yang amat tgk gas tu kuar kepul2. aku siap panggil lecturer yang berdekatan, dia pon panic x tau nak buat apa. diapon kata nanti dia cari loecturer lain. laaast sekali si nacho (budak mexican) dtg dia dok pulas je 1 turn. terus OK, fuhh rupanya aku tak equalize pressure dia. patutla gas tu kuar. ehheeh mana la aku tau. technician tu pon x tau nak buat apa, aku lagi la kan??? aku x pernah hadapi masalah ni sebelum ni. pucat lesi aku dibuatnyer. ish, dah le terglamer aku....bikin ribuuuut

then sabtu, rumah aku host usrah bulan ni. adik2 lelaki yang dtg umah aku dok pulun la makan tom yam. wa ni memang pandai masak. dia pon masa kat mesia kerje tukang masak kat gerai makan. jadi tom yam dia sebijik cam kedai. sian kau tgk adik2 tu , umah aku kecik depa dok tidur sampai ke dapur. heehehanak2 aku mulalah manja2 bila abang2 tu dtg.



esoknya kami bawak adik2 tu gi BBQ geng melayu tinsley. so pagi esoknye kelam kabut sket la nak bawak makanan ke BBQ. depa ni ringan tulang siap tolong sikat + minyak lagi kat si hanis tu.




Si akyun (leeds) dgn si payat (notts) mengerjakan rambut angah yang kusut tu.


ni depa dah boring nak tunngu bila nak g BBQ lantas turut tolong buat kerje dapur


akmal (notts) dan brahim (warwick) sibuk potong nasi impit. satu periuk tu rojak buah.


x larat makan BBQ, sate, udang, sampai perut senak dibuatnyer...
penat tapi seronok....dan alhamdulillah nampka ceria di wajah wa. boleh lihat gambar2 kami di foropage la. sebeno nye fotopage ni hubby aku yang letak jadi ayatnyer dia le yg reka.

Friday, June 15, 2007

abah

wah 2 post arini. aku lotih ni baru fill helium dan angkut nitrogen dan aku kena tunggu ~2 jam utk start meaasurement. la nikul 2.35pm. kang kul 3 baru start, bila nak balikwei???? aku dah buktikan walaupun aku pendek, metot (kat UK ni terasalah), dah dianggap lemah, wanita , tapi aku berjaya isi helium yang lazimnya tugas itu dibuat oleh 2 orang. tong dia saja sudah melebih tinggi aku. nak isi bukan senang. aku seriau betul. kena manjat2 yang buat lutut aku ketaq. kerje ni agak kasaq, habis tudung baru aku. ni masih terasa sakit pinggang dan badan.jadi aku memangle x leh melawa ke lab. sebab kerje aku byk libat fizikal dgn kata lain x leh ayu2 gitu.

ntah kenapa tetiba rindu kat family. weekend ni father's day. even for me father's day is every day. kat Uk ni dema excited le celebrate ntah apa2 day. of coz fisrt person come to my mind is my beloved hubby and not to forget my own abah.

let me story mory pasal abah. anak sulung dari 10 yang kemudian jadi 9. berenti sekolah takat form 4 untuk sara adik2 yang sekarang ni hampir semuanya menjadi guru. abah keturunan jawa sabak bernam, namun dia x menurunkan kejawaan itu pada kami. heheehjadi aku yo orak iso ngomong jowo. sitik2 waie...

abah seorang yang sangat2 rajin. dia membuat semua tugasan rumah tanpa merungut. dia akan basuh kain, kemas rumah, mop, almost everything,sebba mak aku bisneswoman la gitu. dia bekerje shift sebagai jaga. waktu terluang akan diguna untuk bantu mak aku di kedai runcit kami. aku membesar di rumah kedai. sejak kecil aku di asuh untuk membantu parent berniaga. seawal usia 9 tahun aku sudah boleh gosok baju snediri. bangun awal utk bantu mak yang juga jual nasi lemak.

aku kagum melihat dia yang tidak berkira buat kerje rumah. untung sungguh mak aku. sebab itu aku x suka suami2 yang malas goyang kaki asik nak order teh tarik jek. dia juga sangat ambil berat keselamatan kami. kalau boleh dia nak jadi body guard kami. hehehe. aku dulu bersekolah di Sekolah Menengah sains selangor. kaka aku sekolah di hisamuddin kg jawa. adik aku dia samtaj shah alam. kami duduk asrama dan dia akan 'kutip' kami dari klang, shah alam, dan bandar tun razak. dia kalau boleh tak nak kami naik bas. dia risau sungguh. dia cukup jaga kebajikan kami. kami 5 beradik semuanya lepas form 1 kena hantaq sekolah asrama. x de sorang pon terkecuali. heheheh.kaalau aku nak shopping ke dia hantarkan dan warning "abah tunggu kat sini, tunggu sini dlm masa 2 jam" fuhhh, ingat lagi dulu, ehheeh mak aku cukup x suka shopping ngan abah sebab nak cepat saja.

ingat lagi waktu aku nak kawin. mak aku excited nak beli macam2 tapi x suka ajak abah jadi dia ajak aku naik motor." berani ke mak naik motor ni???" mak kata " mak malas ikut abah kau, leceh" hehehe maka berderuuuuuuuum la motor aku bawa dan mak aku x abis2 menjerit kat belakang, pelan sket, pelan sket, heheheeheh

abah jarang marah2 dan pukul kami tapi sekali dia marah teruk dibuatnyer. tak macam mak. aku ni ntah baper kali kena cubit sebab malas tolong mak asik nak tgk citer cina kul 6.ish buruk beno perangai aku. patutla si husna ngikut. asik tgk tv memanjang....

sewaktu aku duduk asrama di hisamuddin bersama kakak aku sebelum aku ke smss, setiap minggu tanpa putus abah akan dtg dengan motor kapcai membawa makanan untuk kami. kadang tu rasa bersalah pon ada. kami sekeluarga x de kereta sehingga aku usia 14tahun. jadi motorlah kenderaan kami. untuk elak kami dari penat turun naik bas balik asrama. mak akan sewa kereta untuk kami balik dari asrama. abah sedaya upaya ingin memberi kami keseronokan macam anak2 lain. walaupun dia x mampu pakai kereta kami tetap jalan2 jugak. ingat lagi dulu, kami akan naik bas lompat2 ke Kl. bayanghkan kami 7 beranak naik bas. bersesak2. kami ke zoo dan muzium negara. bawak makanan punye la byk sebab kang beli mahal plak. mak aku siap bawa air oren dlm botol kaca. jadi dahle bising berlaga2 botol tuh. ish buek malu jek. tapi itulah kenangan terindah kami anak beranak...

sessiapa yang kenal abah aku pasti kagum semangatnyer membesarkan kami. walaupun tidak bersekolah tinggi dia pastinya syukur sebab semua anak2nya berjaya dlm pelajaran. kakak aku, graduan UPm perkakaunan, aku anak ke2, alhamdulillah, di sini, anak ke3, lulusan diploma politektik ( aku suruh buat degree nath bila nak mula ntha) anak ke4, sedang buat first degree di UniKl, anak bongsu di UM buat usuluddin.

demi membesarkan kami abah hanya tidur beberapa jam saja . aku rasa dlm 3-4 jan malah kurang lagi. sebab abah akan overtime menjadi jaga. kadang2 abah akan bawak baju2 dirumah utk dilipat dan digosok ditpt kerje. sebab dia kesian tgk mak aku aku yang penat seawal subuh jual nasi lemak dan hingga mlm buka kedai runcit. dan paling aku x leh lupa abah cukup jimat, dia hanya pakai baju t shirt yang dpt percuma sebba beli barang. kan mak aku ada kedai runcit. jadi baju yang dia pakai adalah baju batery, pepsi, ntah apa2 lagi. sapai lusuh baju2 tu dia pakai. kami adik beradik akan kumpul duit lebih2 duit saku sekolah belikan dia t-shirt berjenama.

satu kelebihan lagi, dia suka iron baju. t-shirt pon dia gosok. baju sekolah adik2 aku semua dia gosok. cuma aku je gosok baju sendiri.dia dia akan cukup segak memakai baju kemeja yang 'tajam' lantaran gosokan yang padu itu. hehehhe. sehingga ke hari ni dia cukup suka berkemeja kemas cam orang nak gi ofis gitu. wajah nya nampka mudah, rambut hitam berkilat, umur 55 tahun tapi rupa macam 40 an. ehehehheh

to be continued.....

Saturday, June 09, 2007

hikmah di hujung rindu

Alhamdulillah, syukur teramat...after struggling for 7 months, stress, sorrow yang amat, tension tahap gaban, headache rumah cam tongkak pecah, extreamely exhausted, hectic day everyday, cepat naik hangin, AT LAST, our mission alhamdulillah to bring my hubby's cousin was successful. I know problems will not completely settled by her 'existence' but at least i have someone to look after for my anak2 ku yang ngada2 itu. Fuhhh actually, after the 'nightmare' and traumatic incident due to my previous helper, cam serik nak bawak sapa2 even my own parent. But after kenkawan give advice and ala2 mendesak gitu sebab tersangat kesian tgk kami, kami start to think sapa la yang nak gi Uk ni...

my hubby was thinking about her cousin at Tapah. mm, dia pon kerja gitu2. Then my hubbby decided to ring his Mak andak. at the same time her Ateh, his auntie as well, willing la plak to come here. So we have two choices. my MIL prefer bring her adik, ateh tu la. But at the end of the day her Ateh got problem la plak, tuntutan nafkah dia kat court x setel. so we ended up by 'taking' WA (his cousin).

Alhamdulillah, we received many strategic plans to bring 'orang' to Uk from sahabat2. First option, follow one of the doctor, he is a malaysian doctor working here for 9 years!! and alhamdulillah dia sanggup nak bawak wa. but the problem, flight full. kami dah putus harap. 2nd option, Tetiba kami dapat call, sorang abang tu, mak and kakak dia nak mai sini. Truly, trauma lagi ni. tapi after fikir sooooo many times, kami decided try jelah.ini last attempt rasanye.....

Thanks to Abang R and Kak C. both of you are very kind. Infact kami saling membantu sebab mak dan kakak dia tak boleh baca at least our cousin can help them, even masa convincing with the imigration, wa ni dlm2 x reti omputih, boleh jugaklah 'layan' imigration officer. lepas la pulak,

Yesterday, i planned to send my children to somenone's house, But semua org busy. aku lak dah prepare, highly motivated nak gi lab. after calling2, x deorang nak jaga anak. so my hubby kata, x perlah , bawak je anak2 naik van gi airport. AKU???? tidak tega biar husband bawak anak nan3 itu ke manchaster sensorang. dilemma, hati nak gi lab, tapi sian kat hubby. Argggh. last2 aku sacrifice, oklah jomle kita pi semua...

Ya Allah, jem le sesangat. dlm hati, gedebuk debak. lepas ke tak, lepas ke tak....aku dok zikir Ya Allah, permudahkan, rabbi yassir wala tuassir. aku cukup suka doa ini. ini antara amalam aku since student lagi. espeacially waktu motor rosak kat highway. doa ni le acapkali dia baca.hehehe

Call abang A, he said, flight delay for 1 hour, so baru landed je ni. fuhh, kami trapped dlm jem ( kalau roti jem sedap jugak). terseksa nyer. after 1/2 an hour call lagi. he said, dah ada org kuar dah, tapi depa x kuar lagi. hati dok debaq. after 1/2 hour kami call lagi. he said, semua org dah kuar, depa x kuar pon lagi. debaq lagi. then masa tu kami dah putus harap. Ny hubby said, this is teh last one. enough is enough' , biarlah kita harungi jugak hidup di sini. aku dah sedih.....bang. kita terima la ye hakikat yang terjadi kalau x lepas ....

masa nak parking, Abang A call, depa dah lepas dah. depa orang yang last sekali fuhh ahlahmdulillah,,,,,aku terus peluk hubby and kissed him, alhamdulillah, tanpa sedar airmata dah nak berlinang...anak2 aku pelik2...hehhehe sorry tindakan luar kawal..

Alhamdulillah our strategy to give Wa a lot of money as a dummy berjaya. depa ni tgk org bawak duit confident la dtg as a tourist.....

at the same day jugak, hubby got job as a cleaner (apa lagikan?) at rotherham city council, siap ada pension lagi tuh. Alhamdulillah,,,, moga2 aku less stress, dan boelh focus pada study.and ada extra money to jalan2 as well!!! i'm going to submit my fisrt year report soon.So study maut sket no.. aku x anggap his cousin as maid pon,even kami bayar dia byk jugak . tapi at least lepas ni aku dan hubby ada sweet time, hurrraayy!!!!!!!!!but ummi still akan cook juga, babah suka ummi masak.....ahh dari dulu, maid aku cuma sedia bahan, masak tetap aku...

Allhamdulillah, Thank you Allah, kini aku benar2 memamahamai HIKMAH DIHUJUNG RINDU....