Wednesday, May 28, 2008

you are 30 now!!



mm, cepat masa berlalu. umur sudah meningkat. harapnya amal dan iman juga meningkat.

orang pertama yang wish adalah hubby, tengah malam dia kejut just to wish "happy birthday"

thanks a lot sayang. enough for me. at least you still remember my special day. heheh .

aku pun x expect apa2 pun since dah biasa hubby jenis yang x celebrate sangat ni tapi bila balik school tadi...

BIG SURPRISE FOR UMMI.!!!!!....


oooo....
even it was simple and nobody was invited, just us, our family, tapi terharu, betul..i did, i do...

the last time hubby suap aku in front of camera was masa wedding dulu, tapi at that time gambar blur so we don't have that kind of picture in our collection.

bila naik bilik, birthday card just waiting for me, atas pc.....FOR MY WONDERFUL WIFE...

first time sejak kawin hubby buat surprise ni....

mm, now abang, you are improved so much.. i mean in terms of 'physical' appreciation. tapi bab appreciation yang lain you are superb!! better than me.

sempena umur dah 30 tiada lain yang diharapkan melainkan agar Allah memberi kasih sayangNya buat aku dan keluarga. Memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu. Memberi ilham, iltizam, hidayah yang tidak kunjung padam.

Dan yang ku damba.....HUSNUL KHOTIMAH...DAN REDHAMU

Friday, May 23, 2008

pembakat semangat juang

beberapa hari lalu , hampit luluh semangat juang aku selepas miting nagn prof davies. sampai 2-3 hari aku tak lalu makan. dgn kes si graham technician tu lagi. tup2 dpaat email dari pengarah sheffield magnetic material centre (SCAMMD)
Dear All

Our warmest congratulations go to Laily for winning the metals section
of the 2nd year poster prize competition last week.

This forms part of a very strong track record for SCAMMD students. We
have been "in the Department" long enough to have had entries in four
successive competitions. In three out of four years a SCAMMD student has
won! This is an excellent track record and, of course, those research
students currently in first year are reminded that the maintenance of
the tradition is very important! No pressure!!

Well done Laily!

Best wishes

Mike


pastu plak tetiba dapat tau yang seorang lecturer di jabatan aku entah amcam amna tau pulak aku punye blog. malu malu. dan telah mengirim ucapan tahniahnya malah memasukkan sedikit cerita aku dalam blognya. terharu...


kadang2 aku megeluh sendiri. PhD ni bukan sekadar 'ujian' untuk mengukur tahap keintelektualan/kepandaian kita dalam disiplin tertentu tetapi juga 'ujian' kita tentaang semua! life!. bagaimana nak deal dengan technician yang ego. nak deal dengan senior, dengan lanlord!, denagn cikdu sekolah anak2. cerita phD bukan sekadar dalam lab dan depan komputer saja. terlalau banyak yang aku belajar. Bila aku berbincang dengan sorang student phD dari mexico, dia seorang yang knowledgable (betul ke eja nih) , tanyelah apa saja pasal bidang dia, dia boelh jawab sellaunya. sehingga hujung2 dia menghantar tesis, dia masih juga buat eksperiemn, walau patutnya dah cukup dah result dia tuh. banyak sangat dah. bila aku dok negluh tentang tempih belajar phD yang sukar untuk habis 3 tahun, dia kata, laily, it's not the matter of time, but the knowledge you get from your phD.

mmm, aku tak kisah untuk buat phD lama2 (kalau untuk ilmu, bukan saja2) , cumanya sapa nak sponsor. itu jek masalahnya. rekod di jabatan ini selalunya 4 tahun. paling2, 3.5 tahun.

yang jelas, ilmu tidak akan habis. walau buat phD 10 tahun pun belum tentu kita pandai sepenuhnya. ia satu proses. balik nanti, kalau berpeluang, aku ingat nak buat post doc (di UK juga) . Mungkin ada rezeki, untuk teman suami pulak. hhehehe. balik upm, belajar jugak dengan senior2. belajar dan terus belajar.

Wahai hati, bertenang lah,
wahai jiwa, tabahlah
wahai minda, cergaslah
wahai badan, sihat lah
wahai akal, bijak lah
wahai emsi, stabil lah
wahai iman, kuatlah...

satu ketika, arsa kenapa lah aku ni baca dan baca tapi tak faham2. bodohkah aku? mungkin masih kurang usaha. kena baca dan bincang dan bincang dan baca.....

semalam, thomas belanja makan , nak celebrate akukatanay, aku pun x faham awat dia yang happy terlebih plak . . jgn tanya kat mana, dah tentunya di bar. aku hanya order potato wedges. harganya mak oi £3.90. potato je tuh. sueprvisor taney, tak lapar ke?, heheh aku kata aku heavy breakfast tadi. hehe apa taknyer, aku dah memulun makan nasi dulu sebab tau, aku hanya akan makan potato, salad, ehheehh. mula2 kami pergi satu bar tu. ngeri aku. semua orang minum beer. tgk situ pizza siap selepas sejam setenagh. kami pindah temapt lain. sib baik kali ni kami pilih makan kat luar sebab matahari menyinar indah plak semalam (thansk sunshine). bukan dalam bar. jadinya selesa sikit dari tengok deretan beer yang tersusun2 situ. lawaknya semua orang order juice. hehe agaknya depa respect aku kot. selalunya, mesti beer. anyway. tahnks la ye thomas....ooops, kami bukan makan berdua,kami makan dengan ahli group lain dan aku satu2nya wanita. janggal rasanya pakai tudung makan dekat bar. sabar jelah ek...thomas schrefl ni bujang . dapat professor di usia yang muda. org nye hensem, kalau aku tak kawin mahu saja aku ngurat dia, ehehheeheheh nak kenal siapa thomas . boleh cari di wikipedia. kot2 sapa2 nak cari calon. aku rekomen dia. baik sanagt. cumanya kena lah bersedia ditinggalkan selalu sebab asik2 gi overrsea saja. apa dah melalut dah ni...

minggu ni bank holiday.. nak kemana ya...may be kami akan ke york kot. pergi pagi balikpetang. busget holiday. maklumlah.....

Monday, May 19, 2008

layan blues..

hari ni seawal 615 pagi aku dah meredah sejuk. selaian dari teman shahiday anak abg din yang akan tinggal sementara di rumah ku utk beekrja, aku sebenarnya perlu bersedia untuk meeting dgn prof davies pukul 10.30 am. mmm Bagus juga nya berpagi2 an dtg ke ofis. tapi sejuk mencengkam merencat tumpuan ku. Seperti biasa, selaluny akalau miting ngan prof davis, akan berakhir denagn tahap ketegangan yang tinggi. stress dan tension. itu lah 2 perkataan, selain mengantuk. maklumlah musim summer ni tiodur x berapa betul. kang kejap2 bangun isyak, kejap2 bangun subuh.

result yang aku buat dikatakan tidak reliable. aku akui since alat tu meragam hari tu. jaidnya aku kena KIV results ni dia x bagi publish lagi. risau dah ni sebab abstract utk dublin dah diterima kang kalau x cukup data, caner nih. aku minta untuk repeat sample sebab ada yang aku tak puas hati sample tuh. namun masalahnya melt spinner tu ntah apa yang x kena, x mahu melt la plak. telah kucuba banyak kali. bikin hati aku hangat saja. aku discuss nagn senior may kita tular induction coil. so, aku tukar lilitannya. kerja ni technician yang kena buat. namun technician itu, graham buat aku hangat hati saja. ada saja yang tak kena. bila dah siap dia lupa /malas/senagja (aku kena siasat) utk letak ptfe sheets yang pada dasarnya x mampu aku b uat. ade ke patut aku kena buat. wei copper tu dah lilit, mana larat atanganaku nak selit sheets. lawaknya masa aku cakap ngan prof davies, word sheets tu sound macam shits, dia confuse, wakakaka aku sebut x berapa betul la tuh. malasnya kau nak jumpa graham tu balik suruh betulkan. aku ingat kat m'sia je ada technician malas, rupanya kat sini puuuuun. aku survey tanya senior lain pasal si graham ni. jawapan nya sama, idiot!. sebab dia nak pencen dah x lama lagi , jadi dia malas nak buat kerje sanagt. macam2

mengantuk sungguh rasa hari ni. x de mood. ish2 baru ej aritu bersemangat bagai. normal ke aku nih.....

oo ye husna dah 5y. tapi aku belum ada mood utk citer dan letak gambar2 dia.


dan tidak lama lagi , next week jek, umur aku bertambah lagi. angka depan dah jadi 3...
ngerinya...... dah 30 ek. dulu aku berazam nak dpt phD sebelum 30 tahun. namun x berjayalah ek. x pelah...

bila b'day teringat mak kat kampung yang selalu beli hadiah dan buat kek. kat sini x tau lah ada ke orang nak buat kek untuk kita kan.....



teringat masa bertunang dulu, dok bayangkan bila raya dapat kad, "selamat hari raya tunang tersayang" namun kad raya tyang aku dpaat adalah kad raya UIA dan tunang aku tu sign jek. Bila birthday terbayang kot2 dapat bunga ke, jam ke. memang dapat jam, tapi jam UIA. aduhh tunnag aku . harap bekas tunang aku tu memahami maksud tersirat ku sempena menjelang usiaku ke 30. ehehheheheheh

teringat masa first time b'day tatkala sudah menjadi isteri, aku siap nagis2 lagi sebab hubby x celebrate dan bagi hadiah pun, merajuk panjang. sebab aku ni dah biasa jenis2 celebrate ni, surprise2, dia pulak x biasa. maka bertentanganlah budaya itu. tapi lama2 aku dah x heran dah. wish pun dah ok. sebab aku rasa x de hadiah yang dapat menandingi hadiah kasih sayangnya pada aku dan anak2. Sesungguhnya dia suami yang penyayang buat aku dan anak2.

tapikan kalaulah ada orang nak bagi hadiah kan. ini aku ada lah nak listkan cadangan2 dan impian hadiah kan. kot2 la kan, yang x de idea nak bagikan , hadiah untuk aku kan.....
1. teringin nak beli jubah2 dan skirt kat http://www.shukr.co.uk/
2. teringin gak tudung butik munawwarah design..please postla kat sini please.(ni utk orang M'sia la nih) .http://www.munawwarah.com/
3. teringin nak lap top dell, yang high spec (http://www.dell.co.uk),utk modelling aku la nih.
4. teringin nak beli buku satu set "developments in permannet magnets" http://www.intertechpira.com/publicationSearch.asp?step=3&ecommProductID=49AC186180E664FAFB1E180E6649AC186180E6652B17EA180E66|2CA024|1491BE
5. teringin untuk pergi ke disneyland , paris, sapa2 nak bagi ini untuk hadiah boleh la ke , ehehh http://www.perantauholidays.com/destinasi/pakej-exclusive/

jadi list hadiah sudah tersedia. ehheehuntuk memudahkan anda smeua membuat pilihan...kui kui kui

Wednesday, May 14, 2008

alhamdulillah

cerita husna pause dulu sebab nanti birthday dia 16h may boelh sekalikan citer .
ni nak citer lain

" the best poster award goes to Miss..(masa ni dah pikir bukan aku ni) ....norlaily m saiden

Haa, aku ker tuh...

Ya Allah, alhadulillah..rezeki , siapa sangka. hadiahnya adalah wang tunai £500 (hadiah termahal pernah dpt , kalau convert RM lah) dan nama anda akan terukir di jabatan.

Aku sangat nervous hari ni. mlm tadi tidur x lena. gara2 competition tu. melihat poster orang lain bikin hari gerun. judges adalah dari pihak industri dan pensyarah tertentu.. aku sedar diri. aku ni x pandai. memang aku inferior. sangat2. aku rasa projek aku buat x best. orang lain lagi best. english aku berterabur. kadang2 aku x faham mendelah aku buat. namun itulah berkat doa hubby dan anak2...siapa sangaka

mula2 akufikir biarlah harini berlalu dengan cepat. aku takut. bila judges dah jln2, dalam hati aku harap jgnlah pergi poster aku. kang takut aku tak boleh jawab. aku sedar. aku x pandai. Namun alhamdulillah, skill masa mengajar di upm dulu amat2 membantu aku. x ku sangka aku boleh bercakap almost 2 hours!

ada sorang judges datang bertanya soalan di luar kotak.
"Why Malaysia sponsors you for this work?"
"Do you enjoy doing this? aku jawab dengan muka sungguh2! yes of coz, i have to , this is my life. ehheh tersonyum2 judge (ni dari company mana daaa)

ada lecturer datang dan berkata
"ok, i don't know about magnet, can you explain from the beginning?"
ada lecturer yang nak investigate how frequent aku jumpa prof daveis. mm sajalah tu . nak bagi aku hangat hati. dah tau prof davies dah retired. aku just cakap
" i just "fully utilize" thomas"

sememangnya prof davies seperti kurang berfungsi. namun dia sangat2 bagus dalam check writting aku. . yang berfungsi hanya thomas. heehaku dah mula panggil dia thomas. sebelum ni berprof2.

yang x bestnya bila nama aku di umum, kena la plak salam. apa nak buat dah semua mata memandang, lensa kamera dah tertuju. salamlah aku dengan sapa ntah (maybe pengaarah company yang sponsor hadiah tu kot) dengan berat hati. ish kalau tau nak menang boleh pakai sarung tanagn heheheh. dia kata "congratulation for your bright poster". hehe poster aku mmg colurful giler and bright colur.

dari depan aku lihat sorang judge tersenyum pada aku sambil angkat tangan tanda bagus. yang kelakarnya kami salam jek. majlis nya beria.hadiahnya nanti. ish sabo jelah. lepas habis konon2 dpt hadiah tu, maka thomas pun meluru pada aku
"congratulation laily", sambil hulur tangan...alamak, salam lagi (lemahnye aku!!!!). judge yang tadi pun pergi dekat aku. memuji aku di depan supervisor "u answer my question very well"
(Ya Allah, berbunganya...hati aku)

bila aku gulung poster, datang sorang lecturer, " i got comment from the judges, they said, you can answer their questions inteligently"
aku: ooo tahnk you, thank you... (apa lagi yang boleh ku kata)

dari naik lift, kuar lift , turun lift, tidak putus2 aku terima ucapan tahniah. terharunya. ada ke patut depa kat "you should go to pub tonite"

supervisor aku plak "laily, we sholud celebrate, ok next week, we can have lunch together" (alamak lemahnya aku, kat bar la nih...)

orang pertama yang dibagiatu, sapa lagi. hubbyla, nak nagis rasa, nangis gembira. heheheh....

rupanya seronok ek kena puji. tapi kita kena beringat sellau pujian ni boleh makan diri. nanti jadi riak, bermegah2, hilang keikhlasan. ambillah yang positif. selepas kemenagan ini, aku jadi lebih termotivasi. ex co-supervisor aku langsung x jenguk poster aku tapi bile dah umum keputusan dia wish.ini cukup menggembirakan aku. aku jadi lebih bersemangat. aku lebih yakin. Moga Allah beri hidayaha dan petunjuk.

(bicara dlm hati )
sebeno nya laily, kamu idok le teruk bebeno. jgnle kamu rasa rendah diri. paling2 koman, deme paham apa yang kamu cakap. oklah tu. sudah2 le rendah diri x abis2. bangun laily, bangun........bangun.....buat apa kamu risau bebeno. kamu je yang rasa teruk. kamu boleh laily, ayuh!!!! langkah harus lebih yakin selepas ini...

moral of the story, yakinlah pada Allah. mintalah padaNya. Dia Maha pemberi rezeki. rezeki kemudahan, ketenangan, rezeki kebahagian, rezeki keyakinan.

dapat duit tu nanti nak beli laptop. heeh harap duit tu x ke lain.

nak inform juga helper baru aku, sudah sampai denagn jayanya. Alhamdulillah. syukur teramat. itu kena buat entry lain plak. oo ye. gambar2 masa competition natilah aku minta jabatan. kalau aku tau aku nak menang , aku bawak camera. heheeh. tulah pasal sebab malu. kang beria2 bergambar, orangtanye x reti jawab, malu la plak.

Moga Allah permudahkan urusan aku memperoleh ilmuNya. PhD hanay lah tool saja. matlamat utama mencari kebenaranNya. Ya kebenaranNya. kebenaraNya yang di cari...

Wednesday, May 07, 2008

husna nan ceria.


x sempat nak karang. letak gambar dulu

adik nan cerdik- terkini


dia suka buat memek muka macam ni kaalu bergambar. Ni gambar dekat tepi rumah kami.gambar ni cute sanagt.




suka gambar ni, waktu usrah di birmingham


tekun dengao story telling cikgu angah waktu visit ke grave art galleries



masih di park. ni waktu lain rasanya



main pasir di Hazel Park


dengan songkok usang itu mas ab'day ababh


maaf ek, sila lihat dalam keadaan senget. heheheini gamabr waktu program smsa day out.

habil akan berusia 3 tahun oktober ni. Alhamdulillah, dah banyak cakap. heeh sebab aku takut sungguh dia ada speech difficulty. walaupun tidaklah selancar along dan angah waktu seusianya, namun kami boleh faham, itupun cukup...along waktu umur cam habil ni dah ada 2 adik dah...tapi habil masih lagi adik. mana tak manja yang amat. pantang along atau angah manja2 ngan umi dan baabh, mulah dia nyempit2.

"shushu mi lees" (susu umi please)- ni bila dia nak menyusu aku. la ni dia jarang2 nak nyusu. ada waktu2 giannya. kiranya dia telah 97% cerai susu. tinggal 3% lagi.
satu hari hubby cium dia sebab nak gi kerje.
habil: "babah gi ne ?
hubby: babah nak gi kerje
habil: nape babah gi je
hubby: babah nak cari duit
habil: naper babah ri wit?
hubby: nak beli mainan habil...
fuhh, x lama kemudian lepas babah dia kerje
habil: mi, ne babah?
ummi: babah gi kerja:
habil: babah gi beli menan habil?
ummi: yer.....
fuh..banyak cakap betul la ni. terutama bila nak tidur.
dah pandai baca doa tidur. namun yang paling clear..."wa amuuuut"

tadi dia borak ngan babah dia.masih dalam ruang lingkup kerje babah dia. sejak babah dia tidurkan dia, dia sangat2 rapat ngan hubby. aku sengaja x nak tidurkan dia sebagai langkah2 memutuskan penyusuan..
"babah, babah gi ner... babah jwb: gi kerje
"babah, hebe (habil) nak gi je....

satu yang aku pelik. dia sanagt2 suka pakai songkok. songkok tu macam nyawa dia. kemana2. kalu dia mandi, tau pulak letak kat tepi, pastu lepas mandi, amik balik. nak tidur, dia letak kat rak, bangun tidur pi cari songkok dia. aduh, ni kenan apa nih. even ke farm, ke london, ke asda. sampai satu ketika aku sorok. kemudian songkok tu terbasuh dlm wash machine. sedih tengok dia pegang songkok yang dah lembik dan basah tu.
"shian okok hebe " (kesian songkok habil)
maka berdirilah dia di tepi heater sambil meemgang songkoknya. konon2 nak keringkan la tuh. nantilah kalau aku ada masa, nak compile gambar2 dia bersongkok merata alam kat uk nih. naik lunyai songkok nan satu tu. aku telah memesan 2 songkok habil minggu ni. semenatara ni aku pujuk dia pakai kopiah sebab x sanggup tengok dia pakai songkok yang dah usang, macam belacan dah.

gambar di atas adalah yang terbaru. aksinya sungguh comel di mata aku

Thursday, May 01, 2008

angah yang keletah!


yang aku puji angah ni dia suka pakai tudung. macam along x suka sanagt. malah angah lagi rajin pakai tudung pergi school.

wajah yang dirindu setiap hari


nak buat caner lagi x tau. masih isap jari lagi.....


ini gambar terbaru. balik dari carboot. crown tu 20p beli terus pakai. make up tu beli seklai dgn beg. along yang make up kan angah.mmm, sabo jerlah...

Anak dara aku yang nombor 2 ni dah besar, dah pandai melaram, dah pandai bergaya. dulu kaku je depan camera . la ni pantang lensa kamera ke arahnya.

idea gila2 dia ni. kalau nak bangun pagi utk ke school payah betul. pandai nya alasan pelik2 direka.
" ummi, i'm so tired...."
" kaki angah sakit, kena gigit shark"
"ummi, angah arsa angah ni demam la "

dia selalu ngigau. lawaknya dia akan bercakap dengan suara yang sangat clear. satu hari dia ngigau cakap
"umi,sayang ummi, cup cup cup..."
ada tu dia ngigau sebut pasal Malaysia..macam2...

kalau nak pergi sekolah sangat2 paling getir dalam hidup aku sekarang ni. dari nak bangun, gosok gigi sampai lah dia nak sampai sekolah. fenin dibuatnya. bila dia dah ni sekolah, fuhh aman dunia. heeheheh .tapi bila dia x de sunyi je rasa rumah. windu plak....

dia mengaji pon OK. tapi taujelah mentang2 babah dia ajar. main2 je lebih. tapi kali ni hubby dah x bagi muka sangat. abih tu la ni baru ni rajin sikit. suka tengok dia ngaji. sebutan nya jelas dan makhraj pun betul. rasa nya ada peluang dia pintas along ni. itupun kalau dia rajin. eheheh aku berharap by the time dia balik M'sia dah boleh baca quran. Ameen.