Monday, April 07, 2008
sekian lama
entah kenapa, lately ni rasa malas nak memblog. kalau ikutkan byk sanagt isu nak dikongsi. entah, may be sebab aku takut akan akan tertulis episod yang sedih plak, malklumla bila menulis, kita cenderung ubntuk bercerita current issue kan. Jadi episod sekrang sedih tu sudah berlalu. Kita bukak buka buku baru. Dalam hidup ini ujian dan ujian akan terus berkunjung. Cuma kita yang kena bijak untuk mengurusnya. Ujian yang dtg2 betul2 mematangkan kita dan yang bagusnya Moga dapat meningkatkan darjat di sisiNya. InsyaAllah
oklah, ada byk cerita ni. Tapi slow2lah.
Tahun ini masuk tahun ke 7 kami melayar bahtera keluarga. Alhamdulillah, aku bersyukur, denagn izinNya, impian aku untum memiliki 'rumahku syurgaku' ini bolehlah dikatakan tercapai. Aku bukan orang yang layak berkongsi tip2 kebahagiaan rumahtangga ni. masih baru lagi. Tapi ada sorang sahabat tanya aku, jadi based dari penagalaman yang ciput ni lah kan. Aku akui aku BUKAN isteri solehah, cuma dalam proses menuju ke arah itu. Dalam diri aku ni banayk yang tidak sempurna dan hari demi hari aku cuba belajar untuk 'menampal' ketidaksempurnaan itu.
Alangkah bahagia sebagai isteri jika...
1) bila suami buat salah, dia tidak malu dan segan untuk mengucup tangan kita dan berkata "Maafkan abang sayang.."
2) Bila suami memuji masakan kita,
3) Bila suami memuji wajah kita, "cantiknya isteri abang..."
senario di atas nampak simple, tapi memberi kesan yang sangat mendalam bagi isteri. Maunye tersenyum sorang2 sepanjang hari. baru la ada semangat sikit nak jadi solehah.tak gitu. Cam aku ni orang nya agak snensitif dan manja. kalau boleh dikatakan sangat2 manja. mm, susah orang lain nak percaya aku ni manja ngan hubby, eheheheh cepat merajuk tapi senang dipujuk. dan aku agak ego. selagi hubby tak pujuk, muncung jek....heeheheh . mungkin sebab itu aku dapat suami nama hasri harun yang tahan dengan aku ni.
Cuma persoalan nya macam mana nak wujudkan suasana kemesraan seperti senario di atas itu? kalau keluarga yang berantakan, takkan mungkin suami nak memuji dan merendah diri mohon maaf kan??? ahh!! sukar lelaki ingin mohon maaf. paling2 dia akan buat baik (tanda minta maaf), tapi nak cakap "minta maaf" susah betul. apapun. kebahgaian mesti wujud dari kedua2 pihak. Tak jadi jika hanya isteri sorang terkial2 mencari sakinah , tapi suami buat dek jek.
sebenarnya, bukan suami saja perlu didik isteri. isteri juga perlu didik suami. walaupun suami kita adalah ustaz atau agamawan atau professor atau apa saja. sebab suami juga ada kekurangan. sapa lagi yang paling dekat untuk menasihati kalau tidak isteri. Jadi wahai isteri2 (termasuk akau la), kena proaktif juga. Jgn asyik komplen sumai kita tu kan malas betul, suami kita tu asik itu ini, bla, bla, pot pet pot pet, tapi kita sendiri tak berusaha untuk mendidik dia.
contoh, ada suami yang malas. semuanya nak isteri buatkan. kalau bagi aku, amboi2 banyak cantik. kerja dapur bukan tugas hakiki isteri. cari nafkah adalah tugas hakiki suami, tapi kita isteri turut terpangggil untum membantu. jadi, apa salahnya tugas2 didapur dikongsi bersama. jadi mainkan peranan anda untuk didik suami agar faham, Rasulullah pun bantu isteri, malah, kasut dan baju yang koyak pun Baginda jahit sendiri tau. Kita bukan queen control kita cuma nak suami kita faham yang kita sama2 penat, sama2 kerja, sama2 ada anak. jadi kita kena sama2 bantu membantu. Takut nanti kita lupa, asik menjadi ibu lupa yang kita juga adalah isteri...
Menjadi isteri yang kreatif.. Bagaimana caranya
Suami kita berbeza... Namun percayalah suami yang kita miliki adalah yang TErbaik untuk kita yang dipilih Allah. Jauhkan diri dari dok compare, "best kan hubby dia, belikan ityu ini, best kan hubby dia tu hensem betul......bla.."
untuk creative kita perlukan masa, proses dan experiment. tak semestinya dengan masakan saja. Contoh, buat sesuatu yang lain dari yang lain. Hubby aku tak pernah seumur hidup buat facial dan mandi lulur.mm, may be satu idea untuk lakukan bersama? masa father's day aku pernah bawa hubby ke salon, aku belanja dia mengurut sebab tpt tu ada sediakan perkhidmatan mengurut uhtk lelaki dan perempuan dan kami mandi sauna bersama2. Tapi hehe suami aku serik, panas katanya. Tapi experience yang menarik...
yang paling penting banyak berdoa. bila aku lihat suami aku susah hati aku berdoa..Ya Allah berikan kegembiraan dan ketenangan jiwa buat suami ku....
kadang2 agak pelik juga bila ada yang kata dah x de feel ngan suami. macam mana aku nak komen bab tu. Mohonlah Allah agar berikan rasa mawaddah dan rahmah. at least jika dah tiada mawaddah (cinta), rahmah itu boleh membantu.
sorry, tak tersusun sangat point2 di atas. Cuma sekali sekala mungkin kita boleh duduk dan fikir, agak2 apa idea yang boleh dibuat untuk 'memaniskan' ikatan suami isteri..takkan hari2 rutin yang sama aje. carboot, asda, bangla bazaar, gi school, tonyoh lantai, urus anak2. Jadi tepuk dada, tanya selera,.....fikir2kanlah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment