Tuesday, February 26, 2008

pilihan

dalam hidup ini kita punye banayk pilihan, maka buatlah piliohan yang bijak.

dalam sejarah kita juga kita dipilih dari banayk pilihan2 yang lain.

sewaktu kejadian kita, berjuta2 sperma berebut2 untuk menembusi 1 ovum. Hnaya yang kuat, hebat dan terpilih saja berjaya. Allah telah memilih yang terbaik.
sewaktu kita dalam rahim ibu, Allah punye byk pilihan untuk buat kita cacat, bibir sumbing , bisu, dll tapi Allah memilih untuk sihat semuanya, lengkapnya untuk kita.
sewaktu kita lahir Allah punya pilihan untuk buat kita terbelit tali pusat dan mati, tertelan najis dan lemas, tersangkut bahu dan macam2 tapi Allah memilih kita untuk lahir dengan sempurna. MasyaAllah.... tengok tu, yang terbaik saja untuk kita...

Oleh itu, kita perlu memilih yang terbaik untuk kita. tapi yang terbaik utk kita belum tentu terbaik bagi Allah. Tapi yang terbaik bagi Allah, tentulah terbaik buat kita....bergantung kepada iman kita untuk menilainya.

Apabila masih ada peluang, pilihlah, takut satu ketika , hanya ada 2 pilihan, hidup dan mati, dan Allah memilih untuk matikan kita kerana itu yang terbaik. namun bila sudah mati, tiada lagi pilihan yang ada. hanya bergnatung kepada pilihan2 yang pernah buat dahulu sewaktu hayat ada.

pilihnya sesuatu yang padanya terdapat redhoNya.......

demi maruah!



apa kan daya tahun ni x dapek den nak ngundi. pilihanraya tergempar, x sempat tukar alamat dari seri serdang ke UK. apapun saya berdoa agar hanya pemimpin yang ikhlas dan menjaga maruah ISLAM saja yang menang!!

tapi nostalgia bersama sahabat2 di atas sangat aku kenang. kami berkempen bersama2 untuk pilihnaraya 1999. Aku yang tak pernah berekempen sebelum ni memang all out untuk bantu calon2 sahabat kami. maklumlah masatu baru grad. siap bawa adik2 dari universiti lagi. mmmacam le aku ni terror benar. satu satu mereka dipanggil pulang oleh family mereka,. tinggal la aku dan beberapa ketui yang tahan cabaran hingga ke hari pilihanraya. aku ni dah le jadi ketua kawasan tu, tapi sebenonya mak aku pun cari aku juga. dia tau aku kempen utk sapa, tapi apa kan daya, semua anak2 nya bertebaran di bumi Malaysia, kakak aku di terengganu (masa tu terengganu mennag!!) , kempen kat sana, adik aku kat N9. tidak terkata mak aku....

walaupun calon yang aku kempen kalah, tapi kalah di dunia. Moga2 tidak kalah di depan ALLAH!!!

tahun 2004, aku hanay gi ngundi, x daya nak berkempen, tengah sarat pregnnatkan hanis dan masa tu dah jadi lecturer. x boleh la all out sangat kan.

Moga Allah selamatkan megaraku Malaysia dari tanagn2 yang tidak takutkan MU, YA Allah

ameen

Friday, February 22, 2008

Surat terbuka buat bakal YB W



W
saya sangat terkejut, teramat sanagt bila w buat keputusan untuk bertanding lebih2 lagi bakal melawan KJ. luluh jantung saya w. tanpa disedari saya menangis tersesak bila saya beritahu hasri tentang w. rupanya hasri dah tau lebih awal tapi dia tak beritahu sayapun pasal w.

w,
saya sendiri agak terkeliru perasaan sekarang ini. Tapi yang pasti sangat saya AMAT SEDIH. sampai hati w untuk melawan KJ, Kj itu sahabat kita w!! sahabat kita!!! awak lupa ker???? atau awak sudah tidak kisah sangat, yang penting awak menang??maaf w, bunyinya mungkin agak kasar tapi saya perlu katakan...

w
mungkin awak fikir saya terlalu emosional tetapi saya yakin dengan apa yang saya fikir. Walaupun saya tahu, dari dulu awak berminat dengan politik tetapi tidak sangka secepat ini jalan ini. Dan jalan yang awak pilih ini tidaklah saya terkejut sangat disebabkan latar belakang awak yang memang begitu dari dulu.

w,
apa pun matlamat atau tujuan awak untuk bertanding hanya awak yang tahu. Tapi masih ingatkan kata2 yangs sering awak ucapkan
"masuk politik ni macam masuh gelanggang tinju, kalau kita tak tumbuk, orang akan tumbuk kita"

dan kali awak masuk gelanggang tinju untuk menumbuk abang sendiri!!

w.
siapalah saya untuk mengubah keputusan yang awak sudah buat, namun nasihat saya sebagai sahabat yang pernah semeja bermesyuarat, sekereta berprogram, membaca buku yang sama, pernah berbincang perkara yang sama, tidur dan makan setalam denagn hasri "ia bukan seindah yang awak fikirkan dan sebenarnya tidak semudah yang awak sangkakan., mampukah awak lalui nya??"

w, saya menantikan ucapan sulung bakal YB selepas penamaan calon. agak2 apa yang w akan cakapkan??? awak sudah lebih tahu, malah lebih arif dari syaa perkara yang membarah dalam jalan yang awak pilih. awak bukan tidak tahu??? kita pernah alami dulu hasil tindakan kita sewaktu menjadi pelajar yang tidak bersekongkol dengan mereka!!! terfikirkah agak2 apa rasa Us S, apa rasa Us R, apa rasa Abg Y. apa rasa adik2 ?mereka kecewa ...malah satu ketika saya sendiri rasa malu...
w
saya sanagt sibuk waktu ini. saya septutny atengah mengadap mesin Xray tetapi hati saya tidak keruan selagi saya tidak luahkan. walaupun saya tidak pasti awak baca atau tidak. andai kata Kak W baca blog saya, tolonglah sampaikan pada w betapa kecewanya saya...
w
apapun awak tetap sahabat saya, kalah atau menanag. andainya awak jadi YB saya berharap awak jadi YB yang sentiasa mendapat redho Allah, berkata benar walaupun pahit, berjuang untuk ummah!!walau mungkin kita tidak semesra dulu. maklumlah Yb pastinya busy.

salam perjuanagn dari saya yang jauh...

laily
sheffield

Monday, February 18, 2008

ma'had hisamuddin, kg jawa


entah kenapa setelah habis solat isha' berjamaah bersama hubby di hujung minggu (hari lain x dpaat sebab kerja) aku berteleku di atas sejadah. entah kenapa juga aku terhimbau nostalgia silam sewaktu aku di sekolah menengah agama hisamuddin Kg. Jawa (ada lagi sekolah yang sama tapi di. Sg. Bertih, klang juga).

Aku rindu kenangan bersama dengan sahabat2 di bilik D12, C24, D22. bayangkan hampir 15 tahun aku tinggalkan sekolah tu, aku masih ingat nombor2 bilik aku. Aku rindu gemersik suara Ustazah Sarah memberi nasihat, terngiang 'tempikan 'ibu (ustazah rubiah merangkan warden asrama) bila kami bising2 di bilik. Rindu kuliah subuh ustaz syukur. Rindu dengan cikgu aini, cikgu achmad, cikdu r (alamak nama x ingat, siti tolong ingatkan, yang ajar kemahiran hidup tu??).

terllai banyak yang manis di situ. Di situlah aku belajar erti hidup. pertama kali basuh baju sendiri. pertama kali berpisah. pertama kali dapat keluar bandar, jalan2 di bandar klang. pertama kali makan sambal belacan.

aku masih teringat menu2 makan di dewan makan. nasi lemak dengan telur sebijik (telur kupas sendiri). lauk masak lemah labu dengan ikan sambal. sup ayam dengan samabl kicap. nasi ayam dia sedap sebab dalam nasi kami korek ayam lagi dalam kawah. kira 2 ketul ayam dapat. seronok berpuasa sunat ramai. study ramai di bawah lampu koridor. esok nak periksa malam baru nak study, tapi boleh score 99%. aku mampu hafal banyak hadith masa tu. A'zeem!!!

Assembly dalam bahasa arab. seronok kan!! selawat beramai2. aku mampu menulis karanagn bahasa arab panjang2. ah!! dah lama skill tu hilang. teringat juga kenangan wakil sekolah masuk kuiz perdana peringkat daerah. kami adalah peserta termuda. yang masih teringat penjaga masa (PM) dalam kuiz tu handsome!! kui kui kui, itu je yang aku ingat! patut kalah!!sekolah tu dari form 1 smapai upper six. lelaki hanya ada utk 2 class sahaja. 4 (1) dan 5 (1). jadinye lelaki kat sekolah tu jadi glamer lah. ketika aku belajar dulu pengetua adalah Allahyarham Ustaz Paidi Keromo dan Sahibus SAmahah Ustaz Tamyes (sekarang mufti selangor). untung sungguh aku sempat bersma ustaz tamyes!! sempat menadah ilmunya walau hanya seketika.

di sekoah inilah aku mengenal usrah. Buku ma za ya'ni di baca waktu form 1. mengenal Alma'thurat , mengenal solat tasbih, solat tahajud , solat hajat. di sinilah tapak pertama yang mendidik aku hinggalah jadi seperti aku pada hari ini meskipun selepas tingkatan 4 aku lari ke sekolah menengah sains selangor, walaupun aku telah mendapat offer dari KISAS (sekolah idaman aku sebenarnya, jaraknya hanya walking distance dari sekolah ini). apapun aku tidak menyesal kerana memilih sekolah bukan agama kerana aku benar2 rasa aku membuat pilihan yang sangat tepat!

Dan buat pertama kalinya peperiksaa besar PMR (masa SPM aku malas) aku benar2 bersedia zahir batin. semua buku latihan, buku kerja, khatam latihan dibuat. solat hajat, bacaan yaasin 3 kali berturut2 setiap minggu. malah yang paling takjub, kami kena salam minta maaf dengan smeua warga sekolah. inilah sangat yang paling syahdu sebelum exam. kami kena pergi setiap bilik , (ada 4 blok, satu blok 4 tingkat). kami kena salam setiap orang , mohon restu dan minta maaf . Malah kami diberi kebenaran khas balik sebelum exam untuk mintak maaf dengan parent. kami kena pergi jumpa semua guru2 untuk minta maaf. Sebab kalau kita terror macam mana pon, kalau banyak dosa, ilmu belum tentu lekat!! Al I'lmu Nuraa. Sebab itulah agaknya aku dapat result yang baik utk PMR. ada subjek yang tak pernah seumur hidup dapat A, tapi PMR boleh dapat A. Alhamdulillah, berkat doa sahabat2, guru2dan ibu bapa.

masih ingat kisah awan dilangit?? awan yang melihatkan bentuk wanita ditarik rambut, klaimah Allah tertulis clear, pokok tunduk arah qiblat dan tegak kembali esoknya. aku saksikan semua tuh!! pertama kali aku solat taubat dalam keadaan yang takutkan Allah!!! sejurus peristiwa itu.

Aku benar2 dewasa dan matang di sini. aku rindu. InsyaAllah, aku akan kembali semua ke sekolah ini nanti.


hampir 15 tahun sudah berlalu. MOga nostalgia itu dapat memberi semnaagt pada aku untuk belajar bersungguh2 dan kembali kesokalh itu untuk menabur budi .

Ahh, panjang lagi nak citer, tapi badan rasa tak sedap. .............

Tuesday, February 12, 2008

ujian pahit dan manis-update

maaf, aku terlalu busy untuk update blog ini. terlalu banayk yang hjendak ditulis dalam senggang waktu menuggu untuk amik balang oxygen.

kereta MPV ford galaxy kami asik buat ragam. baru saja 2 bulan pakai, dah banyak kali insiden tak boleh start. kami habis banayk duit pasal kereta. dahlah kereta aritu dah scrap. entahlah. ujian sungguh.

ujian lagi semester ini labwork sanagt banyak. aku seperti bekerja kilang. handle mesin yang besar2 buat aku terasa kerdil. mm aku terjatuh masa nak check pressure di melt spinner. terseliuh kaki. sakitnyer....

semesti ini juga aku akan 'berperang' dengan dunia simulation. satu perkara yang amat aku tak suka tetapi terpaksa aku tempuhi.aku akan arsa nak muntah tengok pc lama2.

hubby sudah mula bekerja fulltime di hull, 8-4 petang (mon-fri) denagn gaji yang lebih baik. alhamdulillah, cuma ujiannya kerjanya agak berat, biasalah cleaner di port, kilang volvo. mula2 hubby berat sebab hull tu jauh, tapi boss dia amik depan pintu rumah, hantar depan pintu rumah. mula2 berat sebab masjid jauh, camner nak solat jumaat. tapi boss dia sediakan teksi untuk amik dan hantar ke masjid masa solat jumaat. so, hubby aku tiada alasan untuk tolak kerje tu. boss tu sungguh2 betul nak hubby kerje ngan dia. sebab boss tu adalah supervisor tempat kerje lama dia. dia dah tau tahap kerajinan hubby. heheh paling kurang, sabtu ahad tak kerja. anak2 ceria bangun tidur nampak babah. rezeki kami, baru sehari hubby kerja, gajinya telah dinaikkan!!! alhamdulillah...

aku sudah mula bekerja 2 jam sehari, 5-7 (mon-fri) di sheffield city council, hari ni hari ke 3. ku gagahi diri untuk bekerja dengan masa mula2 tu rasa malu tengok orang sambil pegang plastik sampah . dalam hati "laily, apa ke jadahnya kamu ni kerja kutip samaph ni??? " tapi demi untuk cover duit kami yang dah macam air terjun habis untuk kereta dan helper yang datang 6 bulan sekali, ku buang rasa malu tu jauh2.....yang penting ini kerja halal. aku bukan minta duit orang....

aku bisness jual rojak mamak la ni di warung sekolah melayu. aku baru try sekali je buat kuah dia, tup2 hubby kata , jom jual?? lantas aku pun buatlah...so far alhamdullillah, setiap kai buat, habis...lawaknya mak aku pon terkejut, "reti ke buat rojak tu???" ehheeh kat sini, semua jadi...

supervisor pertama sedang enak dibuai ombak, bercuti atas kapa ke caribbean. supervisor kedua asik nak jumpe memanjang. huh!! la ni cuti sekolah, sian anak2 umi sibuk, babah sibuk....nak jalan pon kereta tak de, kat workshop. ujian sungguh!!

sabar ye anak2 ku sayang, nanti cuti easter kita jalan2, InsyaAllah.......

Friday, February 01, 2008

AJalnya sudah tiba...


Beginilah pengakhiran riwayat nissan serena yang amat kami sayangi. amat berjasa kepada dan sunguh meninggalkan kenangan memori yang tidak mungkin kami lupakan.

Jasadnya sudah tidak boleh diselamat lagi , hanya yang mampu adalah di scrapkan (betul ke eja ni). van ini lah jua yang menyambut kami waktu mula2 sampai ke bumi ukini, umur juga cukup setahun, terpaksa kami lepaskan.

Siapalah manusia durjana (sorry ek kasor sikit) yang sanggup memperlakukan harta kami , melanyak cukup2, membelasah sampai punah ranah, membuang car seat yang tiga tuh, mengopak pintu, memporak puranda kan hati kami. pedih sungguh hati ini, sayu dan pilu...

Apakan daya kami, terpaksa dilepaskan jua. nasib baik amsa kena angkut tu aku tak de, kalau aa mahu aku nangis kat situ....

Melihat gambar (hubby amik, aku kat school waktu tuh) van itu seolah2 melihat keranda yang diusung ke perkuburan.....

Ajalnya sudah tiba...bila pula ajal kita...

Alfatihah buat mantan Mufti Selangor yang tercinta, insan yang sungguh istimewa, pernah berjumpa dengannya, allahyarham insan yang sungguh mengagumkan!!! entah bila akan dapat mufti yang sehebatnya...