Saturday, December 01, 2007

Jimat cermat

Aku mula belajar erti sebenar jimat cermat masa aku belajar matrik. Masa tu aku dan kakak belajar di UPM. adik2 aku 3 orang di asrama. Demi untuk mengurangkan kos aku bersama seorang kawan berkongsi makan. MAsa tu tahun 1996. nasi kosong 40 sen, sayur 40 sen, lauk beasas telur 40 sen. kalau ayam atau ikan dalam RM1 gitu. Apa yang kami buat ialh kami akan isi bekas polisterine tu banyak2 nasi, kasi padat2, letak sayur dan pilih ikan/ayam yang paling besar then kami share berdua. Kemudian bila aku masuk first degree, kami sebilik 3 orang. Kami beli makanan untuk 2 orang, share bertiga. begitulah aku. Musin exam adalah musim beruzlah. maklumlah aku ni busy berpersatuan, masa exam week betul2 aku gunakan. Sebab mak aku ada kedai, aku pulun bawak roti sweeties bun coklat berpeket2. 1 peket ada 6 ketul. 2 ketul utk sarapan, 2 ketul utk lunch dan 2 ketul utk dinner. Itulah makan utama masa minggu exam.

Bila akhir first year aku sudah duduk rumah sewa. Kali ni juga aku belajar jimat cermat. Setiap bulan aku kena bayar duit makan RM30. Kami ada jadual pegi pasar, siang ikan, buang sampah, masak. Disebabkan kami semua student yang sengkek2, penjimatan amat perlu. Kami ada dalam 10 orang satu rumah. pergi pasar beli ikan cukup2 10 ekor. kadang beli yang satu dulang atau kadang tu orang jual tu saja bagi kami lebih. Beli ssayur secekak RM1 tu atau 3 cekak dapat RM2. satu cekak sayur masak untuk 10 orang. kalau ayam, beli seekor, potong 10. sorang satu jek. fuhh.Tapi kami bahagia. Kami seronok makan bersama2 ala kadar. Makn di atas tikar yang usang. kalau sapa2 nak masak spesel, boleh amik skit dari tabung makanan. Cukup seronok kalau ada makanan lebih2 dari program surau. dapatlah makan lebih dan sedap sket.

Bila aku dalam tamrin, KBM (PKPIM UPM) , aku juga belajar berjimat. Kami akan makan dalam dulang. kalau duit kami sikit. seekor ikan makan sampai 6-7 orang. Tapi alhamdulillah, ada keberkatan di situ. Kami belajar itu terima segala kekuranagn dan kelebihan sahabt2. Makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang. Jadinya badan ringan nak bangun malam, nak solat.

Bila melangkah ke dunia baru, berkahwin, begitujuga. ketika kami hanya berdua, kami akan beli cukup2 utk 2 orang makan. Nak tergelak kalau ke kedai kami cuma minta kelapa separuh , Cili 2-3 batang. sayur 3-4 helai. Maklumlah masa tu x de fridge. Nak kata kami sengkek, idokle juga masa tu. aku adalah tutor di UPM dan cuti belajar buat master dan suami adalah pegawai tadbir di UIA. entah, mungkin sebab kami dah biasa tidak bermewah2 walau ada duit. Sebab memikirkan kami ada tanggungjawab terhadap adik2 yang masih belajar. Di rumah , sejak kami kawin sehingga belum lahir husna kami akan share pinggan dan cawan, mudah nak basuh. Mkalumlah masa tu blom ada meja makan. Kami beli meja makan setelah 8 bulan kahwin, dan sofa bed, 2 seater, di beli bila aku pregnantkan husna. Tak larat duduk bawah tengok TV. heheh Kami hidup sungguh simple. Hinggalah aku anak 3, macam tu lah juga. Tiada perabot2 mahupun sofa. Biar lapang sennag anak2 nak main. Hiasan aku adalah rak2 buku, di sebabkan kami gila beli buku, jadinye itulah hiasan utama rumah kami. Siapa pernah datang rumah aku amsa kat Sg. ramal dalam dulu pasti tau, betapa simple nye rumah aku.

Kadang2 mak aku komplen, gaji banyak (bagi dia kira lecturer tu gaji byk la ) napa x beli baju lawa2. nanti orang kata apa nanti. heheh aku masih juga pakai baju masa belajar dulu utk kerje even masa lecture pun. alah, elok lagi. Entah,aku bukan jenis bergaya beria. Yang penting kemas, bersih dan biar kena tempat. heheheh

Antara zaman terhebat era penjimatan ialah sewaktu aku sampai ke UK. Denagn suami yag belum dapat kerja, dengan scholarship yang ciput, aku cuba sedaya upaya untuk jimat mana yang perlu. Barang2 semua jenama asda hijau. hehehe Ayam beli sekilo 2 kali masak. nak kasi nampak banyak letak potato, carrot, tomato byk2. Ikan mahal, teringin nak makan kami beli Fish fingers, adalah dalam 8 batang kot, 99p. itu lauk kalau dah x de mende makan, selain telur. Kadang2 beli juga 'ikan mayat' kat tai sun. udang? maaf , aku takut nak beli sebab hubby tak kerje lagi. Kemana2 pergi kami bawa bekal. Jangan harap nak beli kedai. Bila dah 3 bulan kat UK, hubby dah dapat kerje, masa tu Subhanallah, sedapnya makan ikan mackarel bakar. Masa tu berani dah beli udang kat bangla bazar, itupun yang halus tu, £1.++. Bila wa datang, hubby dapat kerja satu lagi waktu petang, ha masa tu aku beli udang yang besar 6 kotak dekat £40dekat adam. Masa tu baru la kami pergi pestime makan sama2 kat luar. Alhamdulilillah.


Bila aku fikir2 kembali. sejak hubby dah kerje, aku dah kurang berkira bab makan. sekilo ayam sekali hadap jek. hehehehe. tak delah nak catu2 sangat dah. Cuma perangai berjimat aku memang sentiasa ada. Sewaktu kami ke Scotland 5 hari 5 malam, kami hanya berhabis dalam ~£300 sahaj, termasuk minyak, souvernier, tiket, sebagai. Kami rasanya hampir langsung x membeli makan di kedai. kalau beli pun air kotak, makanan budak2, itupun sebagai ubat penenang budak2 ni. semuanya bekal. Kmai siap membawa frozen rendang, sambal tumis, frozen daging dendeng, frozen karipap, donut, segaal2. kami x nak susahkan tuan rumah. Jadi kami yang hidang makanan kat tuan rumah, heheheh. Sampai depa kata sapa ni yang tuan rumah, sapa jamu sapa, hehehe. Sehinggakan kami ke oxford, siap bawak kacang hijau yang siap rebus di frozen kan utk buat bubur!

Tapi itulah, besar periuk besarlah kerak.Since scholarship dah naik ni, terasa oklah sikit nyawa tuh. Kadang2 pelik tengok orang jalan sana sini. Banyak nye duit diaorang ni, Banyak nye masa diaorang ni...dalam hati teringin juga tapi tulah, masa dan duit. Tengok rumah orang ada italian dan chesterfield , teringin juga, tapi dok fikir2 , takpelah . tengok orang dok kompol cawan royal albert, dan sewaktu dengan nye, teringin juga tapi tak pelah. Masing2 ada citarasa masing2. nasib baik aku dan hubby punye citarasa yang sama. Bila kawan datang dari Hull datang terkejut tengok rumah kami, "Hai dah setahun pun x beli apa2 lagi perabot?".

Entah, x tau nak cakap apa. Yang ada di living room kami adalah, tv landlord, sofa landlord, rak buku Kak chom bagi, dapur role play masak2 Kak fadhila bagi. Itu jek. Cesterfield kami dari freecycle.

Kewangan kami belum sekukuh orang lain di bumi UK ni. Jadi kami tak berani nak beli yang bukan keperluan. Jangan terikut2 dengan orang lain. Biarlah, mereka ada duit dan mereka suka. Biarlah kita dengan cara kita.........

Sorry ek, panjang bebeno, sebab hari ni x gi lab sebab semalam gi lab smeua orang suruh balik sebab muka demam, mata berair, selsema, batuk. yelah, bila terserempak dengan orang , dok kata "you look bad laily , go home". Jadi malas nak dengo org berleter, jadi hari ni x gi class la......konon nak rehat. Jangan harap. Ummi kat rumah, Fuhh berkepit la apa lagi!!!!

2 comments:

baby said...

Laily syukur , kitorg kat London ni dah masuk 3 thn pun takde sebijik pun cawan albert ke, perabot jauh sekali...rumah ada 1 bilik saje...kereta merc?? jauuuuuuuh sekali!!!tapi takpe,yg ptg happy!

KLin

K@ssim Sel@m@t said...

sedih lak baca cite nii, lebih kurang mcm cite kita masa mula2 kawen dulu.

apa2 pun kehidupan bersederhana tuu pilihan yg bijak.