Saturday, December 29, 2007

departure dan arrival


Sewaktu menghantar aki dan ika di Manchaster airport


Bergambar sewaktu menghantar jie dia robin hood airport

sejak 2 menjak ni kami kerap sangat ke airport, menjemput dan mengambil orang di area departure dan arrival. Aku memerhati manusia2 dia dua tempat yang berbeza ini. Haritu menghantar wa balik, nagis2 dia nak berpisah, tak lama kemudian kami menerima tetamu dari Malaysia, seronok sungguh jumpa kawan2 lama.
Di arrival, aku melihat manusia di situ sungguh teruja, menagis kegembiraan menerima sahabat mahupun keluarga. berpeluk2, cium2, sungguh terharu bila bertemu. Di departure, aku melihat manusia menagis kesedihan untuk berpisah. Aksi yang sama yang ku lihat (dan aku juga rasai) di arrival, berpeluk2 dan cium2 tapi emosi dan perasaan yang berlawanan.

Bertemu dan berpisah itu lumrah alam. sungguh ni'mat bila dapat bertemu setelah lama berpisah. Dan sungguh a'zab rasa bila berpisah setelah sekian lama bertemu. sesungguhnya kita akan lebih menghargai pertemuan bila kita di 'anugerahi' dahulu dengan perpisahan. Susah juga mendidik diri untuk SEDAR dan INSAF yang kita tidak selamanya dapat bersama. Satu hari kita akan BERPISAH jua. Namun kali ini kita hanya dapat bertemu di alam lain. Di alam yang yang tiada apa yang lebih bermakna dari amalan soleh...

Sepanjang hidup ini, aku telah melalui banyak kali proses bertemu dan berpisah. Alhamdulillah, setakat ini, aku belum di uji untuk berpisah 'mutlak' denagn keluarga terdekat, ibu ayah atau adik beradik. Namun perpisahan paling sedih yang aku alami dalam persahabat ialah tatkala 2 sahabat baik aku meninggal dunia.

Pertama, Allahyarham A. Zul. Orangnya sungguh budiman dan baik. Dia adalah dulu timbalan presiden kbm upm sewaktu aku belajar dulu. Baru je kami berprogram bersama di Kem kemensah anjuran Yapeim. Kami dijemput menjeadi fasilitator waktu itu. Masih terngiang suara dia yang lunak merdu bila bernasyid. Yang palih shahdu, dia meninggal dunia kerana accident sewaktu balik dari program. Waktu itu dia memakai jubah , membonceng motor bersama sahabat aku juga, idham (yang gambar kawin dia baju biru aku letak aritu). Aku masih ingat sewaktu dia koma di di hospital aku di suruh menelefon keluarga nya di kampung. Terketar2 suara aku di hujung telefon mengkhabarkan berita itu pada keluarganya. malam kejadian aku ziarahnya di wad neuro HKL. Esoknya aku berhajat ingin ziarahnya selepas class, namun ajalnya sudah samapi. Jenazahnya dimandi, kapan dan disolatkan di masjid upm. Aku pun turut sama solat jenazah. Ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa sedih aku waktu itu. Kami , sahabat2 beliau nekad untuk menghantar jenazahnya ke kampung arwah di melaka walaupun esoknya aku exam. Ramai yang ada exam esok namun atas dasar ukhuwwah yang sekian lama terjalin, kami terpanggil untul menghanatr sahabat kami hingga ke liang lahad. Rumah arwah mudah dicari, betul2 dihadapan masjid al azim, masjid negeri melaka.

Kami balik ke upm dah hampir 4 pagi. Ya Allah esok aku exam pukul 8 pagi, paper material science! . pagi esok dengan mata yang nak terpejam, aku gagahi naik motor untuk exam, tapi alhamdulillah, exam di tunda petang, heeh adi aku balik sambung tidur , bukannya study, ish ish...

tapi sesungguhnya ukhuwwah yang terjalin antara kami amat terasa keikhlasannya. Arwah seorang yang komited dalam gerakan dan sanagt bijak mengendalikan adik2. sesiapa yang menegnali belaiu pasti akur akan kata2 saya.

Kedua, Allahyarhamah Haliza Haris Fadhilah yang aku panggil Kak ija. Yang ini lagi sedih sebab kami serumah, berkongsi suka duka bersama, makan bersama, tidur bersama, siang ikan bersama, masak bersama, malah dia sempat temankan aku membeli rantai kahwin aku. masih terngiang dia bercakap
"Elly pandai tawarlah, nanti kalau kak ija nak beli masa kawin nanti elly boleh tolong tawarkan." Kebetulan masa tu dia baru bertunang, dan aku plak lagi seminggu nak walimah..
. Kami masa student, tinggal umah sewa tak mampu beli katil, jadi kami tidur atas toto ramai2. Kami akan solat jemaah bersama dan membaca alma'thurat bersama, usrah bersama , ahh! indah sungguh saat itu....

Pada mulanya dia hanya sakit2 kepala. kerap keklinik. aku plak amsa tu sudah pindah rumah sebab dah kawin. Jadi aku tak ikuti sangat proses tu. Tup2 aku dapat berita, Kak ija kena tumor!!! Ya Allah, berderau aku. Lantas bersama sahabat2 kami melawatnyer di Hospital Ipoh, waktu itu dia baru lepas operation. MasyaAllah!!!! hampir kami tidak mengenali arwah...Terbayang saat2 dia menggenggam tanagn aku lanatran dia x boleh bercakap. bila aku cakap, tangan dia akan bergerak2, mengusap jari jemari aku. Ya Allah, sedihnya. Sewaktu aku, sampai, aku jumpa mak arwah yang memang kami sudah saling mengenali dan berpeluk2an. Mak arwah sungguh tabah dan dapat kurasa kehangatan tubuhnya sewaktu kami berpeluk, masih terbayang tangisan mak arwah. Tunangnya , Sani, sungguh tabah dan mulia. Ahh, cinta sejati. Sempat juga kami kenudian menxiarahi arwah sekali lagi selepas itu sebelum kami mendapat berita tentang kematiannya.

Waktu itu aku sarat mengandungkan husna. aku plak masa tu kat kampung hubby, di Trolak, hp kami dia situ kira jadi botol air jek, x leh dapat mana2 line. Jadi kawan2 x dapat hubungi kami. Alhamdulillah, rupanya masih ada yang simpan kad kawin kami dan akhirnya mereka dapat hubungi kami di kampung. Rasa nak putus nyawa mendernagr berita yang Kak ija sudah tiada lagi. Lantas kami bergegas ke Ipoh untuk menziarahi jenazahnya. dan Aku kagum denagn semangat tunnagnya yang tetap mahu kahwin dengan Kak ija, dan tidak mahu putus kan tunnag walaupun keluarga menyuruh. katanya biarlah, ajal saja yang memutuskan pertunangan mereka. Dan benarlah, ajal jua yang memutuskannya.

sayangnya aku tak dapat nak letakkan gambar sahabat2 aku yang telah benar2 berpisah dengan ku. Alfatihah buat mereka.

No comments: