Thursday, December 20, 2007

Qurratu Akyun...



Cop, ni bukan citer pasal akyun OK! tapi nak citer pasal qurratu akyun buah hati ku, pengarang jantungku, intan payung ku. sapa lagi? along, angah dan habil lah.....

Membesarkan anak2 merupakan satu cabarang yang sangat ehbat. Amanah sebagai ibu bukan sekadar jaga keselamatan, makan minum , pakaian. Mereka perlukan didikan, tarbiyyah, ruhiyyah, jasmaniyyah,ruhaniyyah emosi dan macam2 lagi. BUkan mudah!!! Menjawat jawatan ibu lebih 4 tahun sungguh mencabar. Sejak lahir husna hingga kini, tidur malam sering terganggu. Eeeeeii, susahnya nak dapat tidur yang lena dan nyenyak. Kadangkala terasa iman di siat2 tengok aksi meragam yang tak tahu hujung punca. Geram!! tensen!! rasa nak lari dari dunia keibuan....Namun itulah amanah yang amat mulia di SisiNya. Sewaktu amarah di uji itulah Allah ingin menambah pahala kesabaran yang bukan calang2. Tarik nafas....fuh...perlu kekuatan yang tiada tolok bandingnya...

Semakin lama, aku mula belajar seni mendidik anak. Satu ketika, api tidak boleh di lawan dengan api. bila mereka meragam tahap gaban, kita juga tidak boleh marah tahap gaban. gaban lawan gaban tiada siapa yang akan menang. Maka kitalah yang berakal dan berilmu ini terpaksa jadi 'barbie'. keras lawan lembut. Tapi untuk menjadi 'barbie' yang berdepan dengan gaban bukan mudah. kreatif, cool, bijak dan rasioanl. antara kata kunci yang cuba aku terap dalam jiwa aku yang kadang kala ingin memberontak melihat sikap 'gaban2' ini. Tapi aku tidak suka didik anak dengan berlembut setiap masa. Mereka perlu di 'ajar' bila masanya perlu dihadapi denganlembut dan ada masanya kena tegas. Tegas! bukan tengking. #

Banyak teknik yang aku belajar tapi x semua nya praktikal untuk anak2 aku. Antaranya untuk buat naughty (betul ke eja noti ni) corner. sukar sikit, melainkan naughty room. Aku pernah buat, dan adakala menjadi juga. Biar dalam 2-3 minit then Ok lah. satu lagi ialah teknik bercerita. Percaya atau tidak sewaktu si hanis tgh tantrum tahap power rangers, aku cuba tukar tune pada bercerita. angah ni kuat teriak. asik suruh dokong jek, aku dah letih. lantas aku cakap "duduk kejap, angah nak dengar citer? ada sorang budak ni baik sangat, dia suka tolong ummi dia. Allah sayang sungguh kat dia. nak tahu nama dia? nama dia angah... (panjang lagi citer nya, anda perlu creative sungguh2 untuk reka citer ni) . lepas tu, dia terus Ok!! bayangkan kalau tengah tantrum tadi aku cubit sikit peha dia, sure nangis giler2 lagi dan lagi dan lagi.

satu lagi teknik namanya berlakon. eheheh. satu ketika bila anak2 aku ngada2 sanagt2, aku pura2 la aku ni sakit. " aduh....ummi sakit la, aduh...sakit belakang ni, cepat2 tolong picit, aduh, lutuut ummi nak tercabut ni....siannya ummi ni" depa tgh bising tadi akan kerumun dan cubalah konon2 nak picit2 ummi. " Haa, tengok ni, ummi penat, skait2 badan dah ummi ni...bla bla.. cubalah pimpim ummi ni, angkat ummi ni kejap...." Lantas si angah tadi pun hulurkan tangan konon2 nak angkat danpimpim aku..." pelan2 angah2 jangan kuat2..." tapi teknik berlakon ni tak bolehselalu nanti kurang berkesan.

Satu lagi teknik ialah teknik diplomasi dan provokasi. Jangan tak caya cara ni sesuai untuk budak 4y, 3y, 2y. Semalam selepas solat, kebetulan tiada siapa dirumah hanya aku dan anak2. Depa dok panjat2 cabinet2 dapur, ntah apa2 di ambiknya. geram betul aku. nak marah aku dah x de suara lagi, sebab kena tonsilitis, lantas aku amibik pendekatan provokasi. " Ok, semua orang x sayang ummi lagi, semua orang x nak sdengar cakap ummi, kalau macam tu, biarlah ummi lari dari rumah ni" (masa ni pastikan muka anda menggambarkan rasa kecewa sanagt....)
Lantas husna menajwab cemas "ummi tak boleh tinggal kami, kami ni anak2 ummi " (nak tergelak plak aku dengo husna jawab, pandai le plak tuh)
aku pun duduk atas sofa dan menagrah kan tiga2 anak2aku duduk mengahadap aku. habil tu ngikut jek apa kakak2 dia buat.
"semua duduk sini, cepat!!!!" (masa ni suara aku dah tinggi)
Aku cuba berdiplomasi plak kalini
"dengar sini anak2 ummi (chewah macam cakap dgn rakyat jelata la palk) ..sayang ke ummi lagi, along ? (along angguk), angah? (angah jawab: sayang) , habil ? (habil jawab : ayang)
"Ok, kalau semua sayang ummi kenapa tak dengar cakap ummi, ummi kata jangan panjat2, tapi buat juga, nanti kalau patah kaki ummi ngan bahah masuk penajra, siapa nak jaga husna, hanis, habil, ummi kata jangan gaduh, tapi buat jugak, bla......."
semau anak2 diam jek, terpaku dengo ummi dia bercakap macam cakap ngan student kat lecture hall. hehe.
" lepas ni ummi tak nak dengar angah nagis kuat2 faham??" (angah jawab : faham)
panjang jugak khutbah aku , dalm 5-10 minit jugala brain wash tu.

"Ok, lepas ni, salam ummi..."
bila aku kata salam ummi jek, husna terus nagis, peluk2 aku, hanis dan habil pun turut nangis sekali....jangan tak caya, Habil salam aku dan cakap "maaf".....

Hai insaflah anak2 aku tu adalah dalam 1/2-1 jam. dudk pun elok2 jek. cakap pun sopan2 je dgn ummi...

dalam hati aku..nampaknya aku kena terokai pelbagai teknik lagi lepas ni.....kalau tidak aku akan stress!!!!!!!!!

No comments: