Tuesday, December 18, 2007

winter gathering misg abim uk eire 2007


Bersama kenalan lama, Kak Hasni yang juga merangkap isteri penghulu manchaster. Kami sempat ziarah selepas program.

hai, anak2 aku ni dengan abang2 ni seronok sungguh!!!!


Bersama kawan baik angah, aishah


sorry makcik jie, kena jadi kuda tungganagn habil plak ek

Helwa2 kita ...


ini kali ke2 aku menyertai winter gathering sejak sampai ke UK. Tahun lepas, di Notts dan tahun ni di manchaster. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dan keluarga di beri kekuatan untuk kesekian kalinya menyertai program2 pkpim/abim. pejam celik , tahun ini kiranya sudah 11 tahun aku bersama pkpim/abim. Terlalu banyak yang aku pelajari dari madrasah ini. Terlalu banyak kenangan dan suka duka. Di madrasah ini juga aku bertemu jodoh dan di madrasah ini juga kami sama2 membina keluarga bahagia. Husna, Hanis dan Habil membesar dalam halaqah usrah, tamrin dan program. Aku sudah biasa memdengar ceramah sambil mendokong anak, meriba anak, menyusu anak. Masa mula2 dulu, terasa kekok dan letih, tetapi lama kelamaaan aku sudah lali. Husna seawal 2 bulan sudah di bawa ke Tamrin Qiadi lantaran kami berdua terlibat, tiada maid lagi. Terpaksa la husna ke gendong ke sana sini. Begitu juga dengan Hanis, lagi awal, sejak 40 hari. Habil pula aku rasa sejak 2-3 bulan gitu. Lantas anak2 aku menajdi 'mesra rakyat dengan sesiapa'. Alhamdulillah, ada saja adik 2 lelaki mahupun perempuan yang sudi tolong sama2 jaga anak2 aku. Kurangla sikit penat ummi ni haa....

Ukhuwwah yang terjalin moga terus manis dan indah. Ukhuwwah yang bertaut atas dasar rabbaniy. Moga allah memberkati. Rindunya zaman2 di upm dulu. naik motor beramai2. lasak sungguh aku masa tuh. denagn tudung 360 darjah, aku seperti tidak hirau tentang keayuan. ke sana kemari dengan motor kapcai tuh, yamaha 80 (kat kg motor tu buat angkut kelapa dan tong gas). mm, dalam2 'comot' tu rupanya ada juga lah orang jatuh centa tuh... Jadi jangan le risau adik2 ku di luar sana. Percayalah, tidak semua lelaki suka pompuan yang ayu2, cakap2 lembut2, tudung berpusing2 dan berbelit2, muka ada kaler2 (make up), baju mesti sedondon ngan tudung. Just be yourself!!Allah knows best!!! InsyaAllah...ada la tuh nanti..

No comments: