Tuesday, July 17, 2007

erti cinta


"hadirlah cinta, cinta...." husna menyayi. ish, aku confuse , mana pulak dia belajo lagu cinta2 ni. radio x de, kalau ada pon mana ada lagu melayu. aku terkesima kejap.
"La....rupanya dia dengar kat internet lagu kumpulan inteem.."hadirlah cinta, cinta utama..." ish ish, cepat plak dia tngkap lagu ni. husna ni walau 4y tapi dah pandai godeh pc boleh gi favourite, cari blog2 nashid, pandai cari cartoon , padahal bukan reti baca pon sgt. rupanya dia cam word tu bila dia tgk ummi dia. boleh pilih sendiri nashid yang dia minat. lagi yang paling dia suka ialah lagi nyanyian kumpulan mirwana nagn jay jay tu. Allah, lupa dah tajuk nyer. actually aku pon suka gak lagu tu. . malah dia akan cuba ikut bait2 lagu tu..ah, budak, cepat betul dia belajar... Honestly aku kureng gemar mendengar nasheed yang lembik2, asik2 cinta walaupun di sulami dengan "ingat Yang Maha Esa", tapi nashid itu aku rasa agak kurang menyegarkan minda. aku sungguh terkesan nagn lagu nyayian asri rabbani sewaktu dulu dlm nada murni iatu lagu "munajatku". haa, nashid macam tu barulah rasa cinta sebenar...motivated sket...

kadang tu rasa 'geli tekak' bila dengar husna sebut cinta. untuk budak seumur dia, apa lah diatau erti cinta. aku sendiri jarang sebut word tu. selalu word yang keluar ialah sayang.
"along sayang ummi? " tanya aku
"sayang", ujar along sanbil mengangguk2 kepala
"kalau sayang, dengar cakap ummi, jgn ngada2 sanagt, ok?? kata aku
"OK!" sahut along....

dialog di atas antara dialog yang kerap berlaku di antara aku, along, angah dan habil

Cinta memberi makna yang berbeza pada individu yang berlainan. malah cinta bukan sahaja berkaitan manusia dengan manusia sahaja. pada aku cinta terbahagi kepada 2. 1) cinta kepada Khaliq yang mutlak sifatnya 2) cinta kepada makhluk (apa saja, insan, lion, wang ringgit, kuasa, star, gunung ganang dll atau dengan kata lain "ayat2Nya"). Yang pastinya cinta kepada makhluk mesti berasaskan cinta pada Khaliq.

Terlalu luas ruang lingkupnya. boelh buat beribu2 tesis pasal cinta ni. Cinta hanya tinggal cinta jika tiada pembuktian. apa bukti kita cinta Allah? cinta Rasul? bukti cinta suami? Ada orang , malah boleh dikatakan ramai (mungkinkah aku??) , tidak meletakkan cinta mana yang lebih utama.

3 comments:

PERANTAU said...

well done husna!!!!

Anonymous said...

kumpulan mirwana nagn jay jay ?

if x silap. tajuk lagu tu errr

akutanpacintaMu

wallahu'alam

mki said...

Puan,

Salam sejahtera.
Anak saya meminati lagu yang sama. Eh...mungkin ia mempunyai tarikan tertentu kepada kanak-kanak [anak saya 4 tahun].