Actually apabila tau aku hamilkan anak lelaki, kami punye beberapa nama. Yang pastinya mesti bermula dengan H. antaranya Harraz, Hafiy, Hasif, nama habil tu ntah macam mana boleh terpacul dari mulut hubby. agak jarang orang melayu nama habil. nabil adalah. apabila orang bertanya nama anak aku, kebanyakaan akan mengerut kening dan bertanya, apa makna habil? lantas aku menjawaab mudah, ambil sempena nama anak nabi adam yang soleh, Habil . Bukan Qabil tau!! tapikan ada juga orang namakan anak dia Qabil.mmm kesiannya....lain kali check dulu , org selalu confuse yang mana baik, habil ke qabil?
ok, kembali pada tajuk. Habil yang cheeky2 bom ini sangat2lah manja teramat lantaran memegang title adik paling lama, hampir 2 tahun kini, malah kemungkinan besarnya lebiiiiih lama. sabtu lepas kami visit yah dan hairul yang akan balik m'sia disamping 'mengutip' brg2 yang dia nak let go terutmanya lesung batu yang aku lama idamkan. Dia kata ini pon lesung batu zaman berzaman diperturunkan. heehh ah melayu, kat englang pon masih nak jugak makan sambal belacan. betul lah takkan melayu hilang di dunia. Kami di sini masih makan masak lemak cili api, rendang ayam, ikan bakar cicah air asam. malah aku rasa makanan aku di sili lebih 'melayu' dari waktu aku di m'sia. yang menariknya, habil sungguh teruja sangat tengok baby twin milik yah n hairul. ah!!! sian habil nak main ngan baby...
Ahad lalu, hari memasak. dlm kul 2 lebih petang semua tidur kecuali aku dan habil. nak tengok tv ngan dia, boring plak, lantas teringat ada jagung dlm tin yang telah di buka tapi anak2 x nak makan. sabo jelah. aku juga tengok ada tamar yang berkurun dlm peti ais. lantas terfikir membuat cekodok jagung+ tamar. hasilnya amat memberangsangkan. licin. pastu aku siap buat inti karipap. aku suka buat byk2 sebab inti ni byk kegunaanya. selain karipap boleh dibuat inti murtabak, popia, chicken roll, pau, malah boelh juga jadi topping pizza!! jadi aku akan bungkus ikut utk sekali makan. nanti sennag nak masak ikut suka apa. ini cara akula. nanti defrost jek, pecahkan telur dah jadi murtabak!! sennag anak aku nak breakfast atau sebagai lunch box. kemudian aku masak sayur. siap gubag batang daun jadi bunga ros. ini kes x de kerje le ni. then aku kukus ikan. pastu aku buat kuah kacang utk makan ngan nasi impit. Fuhhh, dengan penuh teruja menanti suami balik dari ngajar utk dinner bersama. tup2 dia balik bawa makanan jugak!!! mee kari dan roti jala. Fuhhh penuh meja..... untuk mengelakkan habil dari kacau aku masak aku terpaksa buat adunan utk dia jugak....
habil ini sungguh feminine. pantang aku tanggal tudung , suka beno dia amik dan memakainya. pantang aku ikat rambut along dan angah dia juga nyibuk utk ikat rambut jugak. malah, periuk belanga kat dapur dia la yang suka buat main masak2. anak ummi sungguh...
ini dia cekodok corn-dates
habil yang comel itu, buat aksi manja bila camera nokia n73 ini nak amik gambo dia bermain adunan menemani ummi masak
Tuesday, July 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment