Thursday, July 12, 2007

mak


Mlm tadi aku tidur lewat dok surevy2 accomodation utk pergi scotts. bila dah sampai kul 1 pagi aku tetiba terngin tepon mak. dah laam rasanya x tepon.

Aku; Assalamua'laikum mak
mak: waa'laikumusalam
aku; mak, ni Kak wik ni ( kak wik adalah panggilan mak dan adik2, abah aku panggil aku elly, hubby pangil elly gak)
mak: Kak wik?? (nada seronok)
aku: mak sihat ke?
mak: sihat, husna sihat? (mm, husna yg paling dia ingta)
aku: semua sihat, hanis makin tembam, husna pon
mak: mak rindu kat husna (masa ni suara dia dah slow). kat sini ada anak cikgu tu muka dia macam husna, mak sellau bagi dia kek, mak rindu kat husna (masa ni mak aku nak nagis tapi di tahan2)
aku: husna nak masuk sekolah dah, hanis pon, ( aku cuba elakkan dari mak rasa sedih, tapi aku tau mak aku ni x suka tunjuk yg dia sedih)
mak: mak terkilan la x dpt hantar brg kat wa aritu
aku: x pelah mak , nanti ada kwn tu balik mak boleh kirim brg, isi dlm kotak kecik ke
mak: tulah, mak tgk byk baju kakwik kat almari tu, mak hantar la
aku: x yah la mak, baju kurung bukannya pakai sgt kat sini. mak pos baju raya utk husna, hanis ngan habil jek. kitorang x per.

aku sebenarnya memiliki hampir semua sifat mak.antaranya yang x suka tunjuk sedih depan orang. aku akan tahan2 rasa sedih dan rindu tu. macam tu juga mak. even masa mak hantar aku kat airport pon aku tau mak sedih amat tapi dia control, aku pon camtu.

last2 mlm tadi x leh tidur kul 3 pagi baru tidur. teringta mak. maklumlah setiap bulan aku tak pernah miss balik kampung. lagipun kelibat anak2 aku membuat hati 'nenek' nya terusik.

memang dlm byk2 cucu dia lebih sayang husna. aku x leh kata apa. sebab masa husna, ku x de maid, jadi kalau aku outstation, mak aku akan jaga husna jadi husna tu rapat sungguh dengan dia. masa husna lahir dia excited sangat, makumlah cucu pompuan pertama. segala mala dia beli. sayang sungguh dia. tapi bila hanis lahir dan kemudian habil bisness mak agak tergendala lantaran terpaksa menjaga nenk aku yang tersangat uzur. mak berenti berniaga utk jaga nenek. walaupun ada maid tapi maid x nak jaga sangat sgt org tua , dia lebih suka kemas + kerje2 lain+bantu2 jek, dia x sanggup basuh berak semua. bukan sennagg sebenarnya jaga orang tua. nenek aku tu kencing berak semua kat tpt tidur.

yang paling sayu selepas seminggu aku sampai di UK, nenek aku pon meninggal dunia. lagipun lama sangat dia sakit terlantar. (alfatihah

yang paling lawaknya bila aku cerita kat husna, yang nyang (moyang) dah meninggal dunia . aku guna istilah mati sebba dia mudah faahm. tapi dia boleh tanye nyang mati kena tembak ke? ish ish budak ni dia ingat cam kat movie apa?

mmm, masih teringat waktu seklah dulu, walau mak aku sekolah x abis dia begitu menghargai ilmu. bila aku study dia akan tunggu dan buat susu nespray!! itu yang membesar bagai johan!!!

ahhhh rindu mak!!!

2 comments:

PERANTAU said...

amboi....

ummu_naqeebah said...

cup cup, apa yg amboi tu???