Friday, November 07, 2008
ranjau sepanjang jalan
aku di sebelah thomas dan kawan2 di depan Trinity College, Dublin
Membuat phD bagi orang yang telah selesai phdnya mungkin akan berkata "alah, mudah je, baik dgn supervisor, ikut je cakap dia, dpt lah phD" . Malah jika PhD dibuat di oversea maka orang akan berkata "bestnye study kat UK, boleh main snow, holiday, jalan2, bawak balik mercedes..." . lebih2 lagi bila tengok gambar di blog atau fotopages betapa gembiranya kita tersenyum sambil pegang snowball, berbaju tebal, pakai glove segala macam, atau enaknya BBQ di musim summer.
Hakikatnya tidaklah begitu indah. untuk menikmati extra duit untuk berjalan sekali sekala, atau makan enak sikit, bukan boleh harapkan duit scholarship yang cukup2 makan tu. muka kena tebal, tulang empat kerat dibanting, lantai di tonyoh, toilet bowl di berus. haa baru la merasa nak jalan2.
Dulu masa duit scholarship naik, aku happy walaupun hanya naik ~£300. tapi la ni dah x de makna kenaikan tu. walaupun usia kenaikan tu baru setahun. beras yang dulu harga 20kg , £14 kini sudah berharga £25. itupun baru kurang, dulu £32. ayam dulu boleh dpt 1kg £1.25 la ni dah £2.50. tambang bas dulu £5 seminggu la ni dah £9. Lamb dulu 1 kg £3.50 la ni dah £5. bab bil air, api, gas, tu x payah cakap.
itu bab kehidupan. pada aku , masalah susah hidup, bukanlah masalah baru atau besar bagi aku. Tetapi masalah yang besar pada aku la ni ialah cabaran intectual, cabaran keilmuan, cabaran keyakinan pada diri sendiri, cabaran takut pada kebodohan, cabaran malu tidak bertempat, cabaran kesungguhan, cabaran emosi. Semua nya ini berlingkar2 disekeliling aku.
umpama kita berjalan. ada kala laju, adakalah pelan. jika silap kita terjatuh. kadang2 tu bukan kita silap tapi dah jalan tu berlubang, kita pulak tak nampak. cepat2lah bangun. andai x larat, pautlah ranting2 disekeliling. jika tiada, jeritlah "help, help". Moga2 ada orang yang mendengar. jalan tetap kena jalan. sekurangnya kita bergerak kedestinasi. daripada duduk di situ menunggu dan menanti orang membantu. jika jalan pun dah x boelh, merangkaklah, mengesotlah. yang penting kita kena gerak ke depan bukan ke belakang. lagipun jalan yang kita lalu bukan jalan biasa. tak ramai orang yang lalu.
aku kini sudah dipenghujung tahun 2. x lama lagi akan viva second year. dan kemudian akan mula memasuki fasa tahun akhir. gementar dan sesak nafas juga. lebih2 lagi thomas tersayang akan berpindah ke austria. ada yang bercdang utk aku ikut dia. tapi pada aku kalau masih di tahun 1 mungkin boleh juga , ini dah masuk tahun akhir. namun setakat perbincangan kami, dia akan remain sebagai supervisor aku sampai aku grad. Ameen. cuma jadi PJJ lah pulak. Moga Allah permudahkan jalan.
report patut hantar last week, tertangguh lagi sebab report tu la ni masih di tangan thomas dan davies. mereka masih membaca lagi. thomas kata, janagn tergesa2, buat elok2, sebab apa yang aku tulis ni itulahjuga akan dimasuukan dalam thesis. alhamdulillah, kami telah mula berbincang thesis outline. nampaklah juga bayang2 phd tu cuma samar2 lagi. huhuhu. harap2 3-5 bulan tu bayang2 tu nampaklah sikit.
terima kasih pada hubby ynag lately ni kuat memberi semangat dan dorongan. buat anak2 ummi, maafkan ummi. andai ummi kurang beri perhatian. kadang2 rasa bersalah dan cemburu terbit dihati. anak2 lebih rapat dengat babah dari ummi. apa nak buat. umi kena berjuang ni nak....sedaya upaya masa terluang hujung minggu memang aku pastikan quality time dengan anak2.
Moga Allah beri hidayah dan petunjuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tahniah kerana anda telah memasuki fasa terakhir sebelum bergelar seorg Doktor Falsafah..kuatkan usaha dan tingkatkan tekad bagi menggapai kejayaan yg lebih gemilang..
Jumpa anda di puncak kejayaan..
syukran jaziilan
mahal jugak ye kos idup kat uk tuh? ye la.. sbb dgr citer biasiswa kat sana mewah2..
apa2 pun tahniah sbb abg bakal menjadi doctor nanti.. =)
Post a Comment