Monday, November 03, 2008

celik undang2 syariah


Bonda, kami malu...
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya malu dan semua pihak yang terbabit dalam urusan perkahwinan kami juga malu berikutan kenyataan bonda (Afida Es) seperti disiarkan Metro Ahad, semalam.

“Namun, saya dan keluarga tidak menyalahkan bonda kerana sebelum ini, perkara sebenar tidak pernah kami ceritakan kepadanya.

“Malah, kenyataannya yang mendakwa saya menipu suami (Aziz M Osman) juga tidak benar kerana sebelum berkahwin dengannya, Aziz yang dikenali ketika mengerjakan umrah dari 9 hingga 20 Mac lalu, mengetahui keadaan sebenar saya dengan suami terdahulu,” kata Nor Radhiah Ramli, 22, dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro, semalam.

Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur.

“Justeru, tidak timbul isu edah kerana perkahwinan saya dengan suami terdahulu tidak sah mengikut hukum syarak. Namun, selepas dirujuk kepada seorang peguam syarie di sini, kedudukan saya ketika berkahwin dengan Aziz adalah istibrak, iaitu perkahwinan kami sah, namun saya tidak boleh bersekedudukan dengannya selama dua kali suci iaitu selama dua bulan selepas disahkan mahkamah perkahwinan terdahulu tidak sah.

“Saya hairan dengan kenyataan bonda konon pernikahan saya dengan Aziz tidak sah dan sudah dirujuk kepada mahkamah, namun kenapa surat menyatakan perkahwinan kami tidak sah itu tidak dikeluarkan.

“Saya kecewa dengan kenyataan itu kerana dibuat tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya dan keluarga. Disebabkan kenyataan itu, kami sekeluarga terpaksa menanggung malu dan individu yang terbabit turut mempersoalkan kenyataan itu,” katanya.

Menurutnya, selepas menyambut 1 Syawal bersama Aziz di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung pada hari raya kedua, dia tidak lagi bertemu suaminya. Malah, setiap kali menghubunginya, Aziz tidak pernah menjawab telefon selain SMS dihantar juga tidak dibalas.

“Saya hairan dengan tindakan Aziz kerana dia seperti mahu menggantung saya tanpa tali dan cuba melarikan diri daripada masalah itu. Malah, sepanjang konflik itu, dia tidak pernah mahu bersemuka dengan saya bagi menyelesaikan masalah itu secara baik.

“Sepanjang tempoh itu, saya cuba memujuknya dan meminta penjelasan, namun dia hanya berdiam diri seperti sudah tawar hati dengan saya,” katanya.

Nor Radhiah berharap kenyataan ini dapat memulihkan kembali hubungannya dengan Aziz selain kekeliruan seperti dilaporkan Metro Ahad semalam dapat diperbetulkan.

“Saya sudah letih menjawab soalan diajukan sanak-saudara dan rakan berhubung kenyataan bonda yang mendakwa saya bernikah ketika masih dalam edah selain menipu Aziz hingga membuatkan orang ramai menghukum saya seperti seorang ustazah yang jahil.

“Walaupun kami orang miskin, kami masih mempunyai maruah dan harga diri. Malah, kami tidak jahil mengenai ilmu agama kerana jika mereka tahu saya masih dalam edah, keluarga sudah pasti melarang perkahwinan itu, malah saya sendiri yang mengetahuinya juga tidak akan berkahwin,” katanya.

Nor Radhiah berkata, semua itu berlaku kerana kesilapan mereka berdua terlalu gopoh mahu mendirikan rumah tangga tanpa berfikir panjang dan tidak menerangkan masalah sebenar yang dihadapi sebelum ini kepada ibu Aziz.

“Selepas laporan itu disiarkan akhbar semalam, Aziz menghantar SMS kepada saya dan memberitahu dia tidak pernah menuduh saya penipu seperti dilaporkan akhbar.

“Tetapi mungkin itu yang disangka bonda hingga dia memberi kenyataan berkenaan kepada media, namun sekali lagi, saya jelaskan kami sekeluarga tidak menyalahkan bonda, malah masih menyayangi bonda seperti ibu saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, abang Nor Radhiah, Mohd Radhi Ramli, 27, berkata kenyataan balas dikeluarkan adiknya itu bukan bermaksud untuk bermusuhan dengan keluarga Aziz, tetapi bagi membetulkan keadaan dan tohmahan orang ramai kepada keluarganya.

“Kami berharap Aziz dapat bekerjasama untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu dengan cara baik dan menghuraikan segala perselisihan faham itu.

“Kami sudah menganggap Aziz dan keluarga seperti sebahagian keluarga kami. Walaupun malu dengan kenyataan itu, kami sekeluarga tidak akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.



komen saya
Di atas adalah serpihan daripada cerita2 yang memalukan umat islam. ramai sebenarnya antara kita tidak ambil tahu atau peduli tentang undang2 keluarga islam. apatah lagi bila berkaitan denagn nikah dan cerai, hak anak2, dan lain. Aku ni bukan bidang syariah atau law. tetapi serba sikit ada pengetahuan tentang apa yang berlaku tetapi tidaklah begitu detail.

rujuk kes di atas, kita kena ingat di Malaysia mahkamah syariah berkuasa menentukan perkahwinan atau perceraian itu sah tau tidak,. dan sebarang tarikh cerai atau nikah bergantaung keoada tarikh yang disahkan oleh mahkamah syariah sahaja.

contoh: mengikut cerita dia atas (sefaham saya) , mahkamah sahkankan batal perkahwinan pada julai walaupun berkahwin april. jadi eddah bermula dari julai bukan april. jadi ikutkan memang dia nikah waktu masih dalam eddah sebab dia kahwin bulan depannya (ogos) . walaupun mungkin ada pendapat kata boleh juga nikah (rujuk di atas) , tapi 2 bulan x boleh bersetubuh . Namun perkahwinan ini pendapat saya tidak patut terjadi. walaunpun asasnya pernikahan yang sebelum tu (yang bulan april tu) dikatakan tidak sah, pastinya ada berlaku hubungan suami isteri juga dlm tempoh april hingga julai. Wallahu a'lam. perkahwinan yang shubhah kita patut elakkan. katakan dia pregnant? bagaimana keturunannya nanti? apa salahnya tunggu betul2 bersih eddah 3 bulan dan berkahwin? mereka munghki ada sebab yang saya tak tau. tapi anggap ini case staudy la .

itu bab kahwin. elakkan kahwin tanpa ikut syarat2 sah terutama bab wali.jangan ambil mudah, oo kalau 2 marhalah dari wali boleh ambil wali hakim. cam jadi kes dia atas, last2 tersilap, nikah di pengkalan kubur, masih dalam wilayah m'sia bukan di narahiwat. sebab mana2 kawasan dalam m'sia mesti nikah guna jurunikah tauliah. bukan main nikah2 jek. amboi, pandai2 jek , ambil mudah. jangan ambil mudah nanti bila perkahwinan itu tidak sah atau tak laku di negara kita , satu hal lagi kalau suami tu buat x reti ke apa. anak2 dah 2-3 orang. nak masuk kes mahkamah tau jelah turun naik bertahun2. nak kawin lain tak boleh. sebab x de surat cerai. surat nikah yang dulu pun x sah. pheww!!! wanita jugak la jadi mangsa, anak2 merana. bila tiada dokumen2 yang sah, nak tuntut harta ke ,anak ke dah le payah.

lagi satu bab cerai. jangan cerai diluar mahkamah!!!! . seandainya terbabas juga tercerai diluar mahkamah (kena denda kalau cerai luar mahkamah) . cepat2 failkan cerai di mahkamah. contoh dulu ada kes cerai sms. hantar sms kata clear: "aku cerai kau talak 3"pada januari. dan kemudian masuk mahkamah. mahkaamh sahkan talak tu sah pada mei. pada eddah bermula mei bukan januari. jangan ambil mudah.


lagi satu. lafas cerai yang senyap. maknanya, suami dah lafaz cerai tapi x failkan kat mahkamah. pastu dah banyak kali dah lafaz cerai pada waktu2 berbeza. (maaf boleh rujuk kes nurul dan ajai) atau kes nora danish. eheeh aku ikuti jugak kes2 artis cerai berai ni, menarik utk dikaji. memanglah kita faham, kalau dah cerai talak satu dan kemudian kita buat hubungan suami isteri itu dikira rujuk balik. namun setiap cerai kena disahkan mahkamah. jgn pandai2 dah cerai, rujuk sendiri2. tup2 pregnant (kes nora danish)memanglah anak tu anak yang sah, tapi kesian la pada isteri yang sarat pregnant tapi suami tiada. kalau mati tu lain citer. ni sah2 ada. atau macam kes noraniza idris dan faris. beria2 kata dah cerai, tup2 mahkamah kata TAK CERAI, MASIH SUAMi ISTERI . la, x cerai pulak. setelah beebrpa bulan pastu baru la 'betul2' cerai. failkan lain pulak . (fuhh aku ni boleh jadi lawyer artis ni, kui kui)


aku busy sebenarnya tapi terpanggil jugak nak tulis ni. walaupun aku tak pakar (pada yang pakar sila bantu, komen ke tambah kat blog aku ni). ada orang yang suami cerai dengan lafaz, tapi tak fail mahkamah. tapi selamba je kata dia dah cerai dan bertitle janda. suka2 hati je nak kahwin dan konon nak bercinta lagi. pelik2 zaman ni

aku pun masih belajar, tapi undang2 keluarga adalah asas. paling2 ambil tau. janagn ingat tak de kena mengena. siapa sangka kejadian seperti berita di atas terjadi pada seorang ustazah! mungkin masa tu beliau tidak terfikir perkara ni. MOga Allah permuidahkan urusan mereka. Tunjukkan jalan yang terbaik. jika perlu nikah semula. lakukanlah. maruah terjalar depan manusia boleh dicover, tapi depan Allah, hanya maghfirahNya yang didamba.

Moga Allah memberi hidayah!

3 comments:

mirah said...

k laily, good view and points. Kebetulan pula saya tak baca paper metro smlm, ni baru tau dr k kalily yg nun jauh di sana..
Tp mmg, penting ada asas undang2 keluarga ni, sbb kita tak boleh nak jangka apa akn berlaku dlm keluarga kita sendiri (nauzubillah lah kn), jd boleh amik iktibar.
Isu ni tak boleh pantang remeh, sebab keluarga lah asas pembentukan generasi bagaimana akn datang...

wallahuallam

Chuckiesd said...

ala macam-macam skang ni..sebenarnyer bender banyak berlaku..tapi disebabkan deorang tu selebriti...tu ynag dapat liputan meluas...cuba kalau deorang orang biaser...tak saper yang tau..mungkin ahli keluarga jer..

suffiyah solehah said...

salam.. bagus la kak laily.. saya baru jek ambik subjek undang2 keluarga islam.. kak laily bleh jadi tempat rujukan nih.. hehe.. tambah satu point, istilah berkahwin tapi tak bleh bersama suami isteri adalah " khulwah sahihah".. hehe