Monday, November 24, 2008

Go Ummi go!

Berikut adalah reply dari Thomas, eheheh

Dear Laily

you should not be worried about your work
your second year report is fine - after you have done
the changes I suggested you can submit it.

I will be in Leeds on Tuesday and can ask
whether it is possible to use the VSM there.

concerning your work: actually it is the strength
and beauty of your work that you combine both
modelling and experiment. Just remember your talk
at the JEMS conference, the people liked it because
you did both.

I can understand that it is not easy to run a family
and to do research on the PhD. Please believe me
it is important that take care of your children and
keep time free from work/research.

have a nice evening and see you tomorrow
tom


bak kata Habil

Go ummi go!!!!

entahlah



entahlah, dengan saki baki kekuatan yang ku kumpul hari demi hari ku gagahi kaki melangkah ke depan. walau lemah longlai, ku redahi jua. apa tidaknya, rabu ini prof davies akan pergi ke Australia, 2 bulan. dan thomas pula akan pindah ke austria lagi 2 bulan (jan) ini. internal examiner sudah mula bertanya report 2nd year aku. lantas aku pon menghantar email.
"I'm so sorry for the delay but i think you know why"

report aku diperam oleh prof davies. dia memberi alasan. last week dia unwell. ok, yang ni aku boelh terima tapi bila dia kata.
"i have to help my daughter to look after my grandchildren....bla..time consuming..."

aku tak tau aku ni manja ke, malas ke, terlebih rajin ke, buduh sangat ke,ok ke, bercampur baur, mengada2 ke. entah la.

lantas aku hantar email secara agak emosi kepada thomas. harap thomas x salah sangka ke apa. aku ni dah jadi macam x tentu arah. buat ni tak kena , buat itu x kena. hantar sample ke mexico ingat dapat cepat, rupanya alat kat sana pulak problem, berbulan2. nak buat vsm prof davies dok tak dpt contact org di manchaster. nak buat modelling , cluster nak shutdown dlm masa terdekat ni. naik bingung dibuatnya. macam menunggu2. ingatkan buat phd kat uk takdelah masalah macam ni.

la ni spend time buat correction yang thomas bagi dan prepare for viva 2nd year. di samping itu aku dah berpatah arang dengan sample yang hantar ke mexico tuh. aku akan gi training minggu ni dan nak mintak depa pulang balik sample tu dan buat sendiri kat sheffield.thomas kata nak cepat buat di vienna. haa aku malas nak buat sample ciput sampai ke vienna. lagila dgn tinggal anak2. aku bukan jenis 'kuat' nak travel sorang dan idup sorang2. tapi kalau dah memang problem juga, terpaksa, pergi jelah kan. ada ke org melayu di vienna?dahle aku ni perut melayu, heheh





adakah aku ini terlalu letak high expectation terhadap diri sendiri? nak habis on time (keep telling to supervisor nak abis cepat) , nak jadi best student seperti Kak wan (ehheeh agak mustahil dengan english yang masih berterabur ) , nak publish banyak paper (high impact punya) , nak pergi present kat banyak international conference di merata alam. Pada masa yang sama nak jadi ummi mithali kat anak2, nak jadi isteri sejati kat hubby. Dan tak lupa juga amanah sebagai dai'e. Salah kah aku dengan angan2 ni?

dahlah musim winter yang sejuk menyengat ni. rasa beratnya nak angkat duvet...kan best kalau datang bercuti saja di uk ni,,,,heheeh . impian yang paling mengarut.

"sanggup ke nak bayar RM600K?" . kalau sanggup tak pe ....

awat tengok orang ada masa jalan2 ke sana sinun..yang aku ni alahai, nak keluar dari sheffield pun berchenta inikan nak gi europe ke , mana ke. jeles..jeles

tolong....nak balik cepatttttt

Wednesday, November 12, 2008

should I stop at 3?


(sila abaikan katil yang bersepah yang telah dijadikan trampoline oleh anak2 ku, aduh!!!)

isu berapa anak cukup untuk sebuah keluarga bukan isu baru. May be orang dolu2 x kisah perkara. berapa saja Allah nak beri. jangan ditahan2. x perlu family planning ke apa.

aku memiliki 3 anak waktu usia 27 tahun. 4 tahun kahwin dengan 3 anak waktu itu. habil sekarang sudah 3 tahun. jeoulus juga tengok orang pregnant tapi bila kennagkan kena bnagun malam, cepat2 aku padamkan keinginan tu. Lebih2 lagi, bila musin sejuk ni, anak2 kerap bangun, nak minum, nak gi toilet. Ahh! asik terganggu tidur ku. Bila anak2 demam berselang minggu, tidur pun x lena. Fuh!! bila kenang2kan , ok ke aku stop kat takat 3 orang jek? heeheheh berjaga malam nak study pon bercinta, nak jaga malam jaga baby ...mmmmmm aku kadang2 aku ni x boelh nak sabar bila asyik kena bangun je waktu tidur. kejap2 habil, kejap angah, kejap2 along. lagi stau cabaran di sini. selain pastikan mereka mengaji, ikut2 solat dan sewaktu dengannya, aku bergelut dengan bratz, high school musical (husna sudah jadi peminat gabriela) , barbie, peppa pig , power rangers, spiderman. tak terlawan aku.

kadang kala aku dan hubby punye pendapat berbeza tentang berapa anak yang cukup. ehehehh. PAda aku, mengandung dan melahirkan, oklah, x de la masalah sangat. Cuma yang agak berat ialah membesarkan. sebab anak adalah tanggungjawab dah amanah yang besar.

kagum dan respect denagn orang yang boleh jaga anak ramai2. zaman ni, 5 anak tu dah kira ramai kan? aku respect!! tabik spring!!! untuk mengasuh (bukan sekadar membela) perlukan tahap keimanan dan kesabaran yang bukan calang2. dan aku?? masih lagi mendaki tangga keimanan dan kesabaran.

Moga Allah memberi kekuatan mendidik dan mengasuh anak2 umi, moga jadi anak soelh dan solehah..

ameen

entahlah, biarlah masa yang menentukan. yang pastinya bukan masa terdekat ni.namun kerja Allah sapa tahukan?

Tuesday, November 11, 2008

tomboy and penkid



setelah fatwa harapkan penkid ramai yang beri respon positif, x kurang juga yang negatif. pada aku, penkid ni x yah nak masuk fatwa2 bak kata Dr MAZA, confirm dah haramnya. lama dah haramnya. sanagt clear. tapi ada juga orang yang x faham2. macam video kat atas. setahua ku fatwa ni untuk muslim, awat yang agama lain dok sibuk2 komen dan komple pasal majlis fatwa

"short hair is not a crime!","kami bukan lesbian"!", "lawan semua fatwa, tindas perempuan!"

Gila! siapa kata rambut pendek tu crime. eeeei geramnye aku...

"bongok!"

aku geram betul statement menghina yang dikeluarkan oleh mereka. ini jelas2 menghina islam!!! kalau yang buat ni pembangkang dah lama masuk ISA ni. kalau tak faham pasal islam, jagan membabi buta buat tuduhan merapu. geram geram!!!

sudah jelas lagi bersuluh, perempuan x boleh menyerupai lelaki. apa yang susah sangat.bukan maknanya perempuan x leh pakai seluar, x boleh rambut pendek. x boleh pakai cap. cuba la faham sikit konsep tu.islam itu maha adil. aku manajdi muslimah 30 tahun , tidak pernah walau sekali rasa tertindas, malah silam la yang menaikkna taraf umat islam. ada seoarang kwan di upm dulu, punyalah nak tunjuk konon2 macho, lalu di ikat b****t denagn kain supaya nampak dada tu rata je. nak tergelak pun nyer. sebab walau macam mana pun girl tetap girl. aku tengok tangan je dah tau, girl ke boy. buat apa susah2 kan diri? kerje gila.

bila masuk toilet , tau pulak pergi toilet perempuan, x de pulak kata, toilet for everybody pun, share toilet is not a crime ker!.

inilah tanda2 kiamat sudah dekat????? perempuan suka menyerupai lelaki???

Friday, November 07, 2008

ranjau sepanjang jalan


aku di sebelah thomas dan kawan2 di depan Trinity College, Dublin

Membuat phD bagi orang yang telah selesai phdnya mungkin akan berkata "alah, mudah je, baik dgn supervisor, ikut je cakap dia, dpt lah phD" . Malah jika PhD dibuat di oversea maka orang akan berkata "bestnye study kat UK, boleh main snow, holiday, jalan2, bawak balik mercedes..." . lebih2 lagi bila tengok gambar di blog atau fotopages betapa gembiranya kita tersenyum sambil pegang snowball, berbaju tebal, pakai glove segala macam, atau enaknya BBQ di musim summer.

Hakikatnya tidaklah begitu indah. untuk menikmati extra duit untuk berjalan sekali sekala, atau makan enak sikit, bukan boleh harapkan duit scholarship yang cukup2 makan tu. muka kena tebal, tulang empat kerat dibanting, lantai di tonyoh, toilet bowl di berus. haa baru la merasa nak jalan2.

Dulu masa duit scholarship naik, aku happy walaupun hanya naik ~£300. tapi la ni dah x de makna kenaikan tu. walaupun usia kenaikan tu baru setahun. beras yang dulu harga 20kg , £14 kini sudah berharga £25. itupun baru kurang, dulu £32. ayam dulu boleh dpt 1kg £1.25 la ni dah £2.50. tambang bas dulu £5 seminggu la ni dah £9. Lamb dulu 1 kg £3.50 la ni dah £5. bab bil air, api, gas, tu x payah cakap.

itu bab kehidupan. pada aku , masalah susah hidup, bukanlah masalah baru atau besar bagi aku. Tetapi masalah yang besar pada aku la ni ialah cabaran intectual, cabaran keilmuan, cabaran keyakinan pada diri sendiri, cabaran takut pada kebodohan, cabaran malu tidak bertempat, cabaran kesungguhan, cabaran emosi. Semua nya ini berlingkar2 disekeliling aku.

umpama kita berjalan. ada kala laju, adakalah pelan. jika silap kita terjatuh. kadang2 tu bukan kita silap tapi dah jalan tu berlubang, kita pulak tak nampak. cepat2lah bangun. andai x larat, pautlah ranting2 disekeliling. jika tiada, jeritlah "help, help". Moga2 ada orang yang mendengar. jalan tetap kena jalan. sekurangnya kita bergerak kedestinasi. daripada duduk di situ menunggu dan menanti orang membantu. jika jalan pun dah x boelh, merangkaklah, mengesotlah. yang penting kita kena gerak ke depan bukan ke belakang. lagipun jalan yang kita lalu bukan jalan biasa. tak ramai orang yang lalu.

aku kini sudah dipenghujung tahun 2. x lama lagi akan viva second year. dan kemudian akan mula memasuki fasa tahun akhir. gementar dan sesak nafas juga. lebih2 lagi thomas tersayang akan berpindah ke austria. ada yang bercdang utk aku ikut dia. tapi pada aku kalau masih di tahun 1 mungkin boleh juga , ini dah masuk tahun akhir. namun setakat perbincangan kami, dia akan remain sebagai supervisor aku sampai aku grad. Ameen. cuma jadi PJJ lah pulak. Moga Allah permudahkan jalan.

report patut hantar last week, tertangguh lagi sebab report tu la ni masih di tangan thomas dan davies. mereka masih membaca lagi. thomas kata, janagn tergesa2, buat elok2, sebab apa yang aku tulis ni itulahjuga akan dimasuukan dalam thesis. alhamdulillah, kami telah mula berbincang thesis outline. nampaklah juga bayang2 phd tu cuma samar2 lagi. huhuhu. harap2 3-5 bulan tu bayang2 tu nampaklah sikit.

terima kasih pada hubby ynag lately ni kuat memberi semangat dan dorongan. buat anak2 ummi, maafkan ummi. andai ummi kurang beri perhatian. kadang2 rasa bersalah dan cemburu terbit dihati. anak2 lebih rapat dengat babah dari ummi. apa nak buat. umi kena berjuang ni nak....sedaya upaya masa terluang hujung minggu memang aku pastikan quality time dengan anak2.

Moga Allah beri hidayah dan petunjuk

Monday, November 03, 2008

celik undang2 syariah


Bonda, kami malu...
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya malu dan semua pihak yang terbabit dalam urusan perkahwinan kami juga malu berikutan kenyataan bonda (Afida Es) seperti disiarkan Metro Ahad, semalam.

“Namun, saya dan keluarga tidak menyalahkan bonda kerana sebelum ini, perkara sebenar tidak pernah kami ceritakan kepadanya.

“Malah, kenyataannya yang mendakwa saya menipu suami (Aziz M Osman) juga tidak benar kerana sebelum berkahwin dengannya, Aziz yang dikenali ketika mengerjakan umrah dari 9 hingga 20 Mac lalu, mengetahui keadaan sebenar saya dengan suami terdahulu,” kata Nor Radhiah Ramli, 22, dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro, semalam.

Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Katanya, dia berkahwin dengan suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melaksanakan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand, sebaliknya di Pengkalan Kubur.

“Justeru, tidak timbul isu edah kerana perkahwinan saya dengan suami terdahulu tidak sah mengikut hukum syarak. Namun, selepas dirujuk kepada seorang peguam syarie di sini, kedudukan saya ketika berkahwin dengan Aziz adalah istibrak, iaitu perkahwinan kami sah, namun saya tidak boleh bersekedudukan dengannya selama dua kali suci iaitu selama dua bulan selepas disahkan mahkamah perkahwinan terdahulu tidak sah.

“Saya hairan dengan kenyataan bonda konon pernikahan saya dengan Aziz tidak sah dan sudah dirujuk kepada mahkamah, namun kenapa surat menyatakan perkahwinan kami tidak sah itu tidak dikeluarkan.

“Saya kecewa dengan kenyataan itu kerana dibuat tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya dan keluarga. Disebabkan kenyataan itu, kami sekeluarga terpaksa menanggung malu dan individu yang terbabit turut mempersoalkan kenyataan itu,” katanya.

Menurutnya, selepas menyambut 1 Syawal bersama Aziz di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung pada hari raya kedua, dia tidak lagi bertemu suaminya. Malah, setiap kali menghubunginya, Aziz tidak pernah menjawab telefon selain SMS dihantar juga tidak dibalas.

“Saya hairan dengan tindakan Aziz kerana dia seperti mahu menggantung saya tanpa tali dan cuba melarikan diri daripada masalah itu. Malah, sepanjang konflik itu, dia tidak pernah mahu bersemuka dengan saya bagi menyelesaikan masalah itu secara baik.

“Sepanjang tempoh itu, saya cuba memujuknya dan meminta penjelasan, namun dia hanya berdiam diri seperti sudah tawar hati dengan saya,” katanya.

Nor Radhiah berharap kenyataan ini dapat memulihkan kembali hubungannya dengan Aziz selain kekeliruan seperti dilaporkan Metro Ahad semalam dapat diperbetulkan.

“Saya sudah letih menjawab soalan diajukan sanak-saudara dan rakan berhubung kenyataan bonda yang mendakwa saya bernikah ketika masih dalam edah selain menipu Aziz hingga membuatkan orang ramai menghukum saya seperti seorang ustazah yang jahil.

“Walaupun kami orang miskin, kami masih mempunyai maruah dan harga diri. Malah, kami tidak jahil mengenai ilmu agama kerana jika mereka tahu saya masih dalam edah, keluarga sudah pasti melarang perkahwinan itu, malah saya sendiri yang mengetahuinya juga tidak akan berkahwin,” katanya.

Nor Radhiah berkata, semua itu berlaku kerana kesilapan mereka berdua terlalu gopoh mahu mendirikan rumah tangga tanpa berfikir panjang dan tidak menerangkan masalah sebenar yang dihadapi sebelum ini kepada ibu Aziz.

“Selepas laporan itu disiarkan akhbar semalam, Aziz menghantar SMS kepada saya dan memberitahu dia tidak pernah menuduh saya penipu seperti dilaporkan akhbar.

“Tetapi mungkin itu yang disangka bonda hingga dia memberi kenyataan berkenaan kepada media, namun sekali lagi, saya jelaskan kami sekeluarga tidak menyalahkan bonda, malah masih menyayangi bonda seperti ibu saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, abang Nor Radhiah, Mohd Radhi Ramli, 27, berkata kenyataan balas dikeluarkan adiknya itu bukan bermaksud untuk bermusuhan dengan keluarga Aziz, tetapi bagi membetulkan keadaan dan tohmahan orang ramai kepada keluarganya.

“Kami berharap Aziz dapat bekerjasama untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu dengan cara baik dan menghuraikan segala perselisihan faham itu.

“Kami sudah menganggap Aziz dan keluarga seperti sebahagian keluarga kami. Walaupun malu dengan kenyataan itu, kami sekeluarga tidak akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.



komen saya
Di atas adalah serpihan daripada cerita2 yang memalukan umat islam. ramai sebenarnya antara kita tidak ambil tahu atau peduli tentang undang2 keluarga islam. apatah lagi bila berkaitan denagn nikah dan cerai, hak anak2, dan lain. Aku ni bukan bidang syariah atau law. tetapi serba sikit ada pengetahuan tentang apa yang berlaku tetapi tidaklah begitu detail.

rujuk kes di atas, kita kena ingat di Malaysia mahkamah syariah berkuasa menentukan perkahwinan atau perceraian itu sah tau tidak,. dan sebarang tarikh cerai atau nikah bergantaung keoada tarikh yang disahkan oleh mahkamah syariah sahaja.

contoh: mengikut cerita dia atas (sefaham saya) , mahkamah sahkankan batal perkahwinan pada julai walaupun berkahwin april. jadi eddah bermula dari julai bukan april. jadi ikutkan memang dia nikah waktu masih dalam eddah sebab dia kahwin bulan depannya (ogos) . walaupun mungkin ada pendapat kata boleh juga nikah (rujuk di atas) , tapi 2 bulan x boleh bersetubuh . Namun perkahwinan ini pendapat saya tidak patut terjadi. walaunpun asasnya pernikahan yang sebelum tu (yang bulan april tu) dikatakan tidak sah, pastinya ada berlaku hubungan suami isteri juga dlm tempoh april hingga julai. Wallahu a'lam. perkahwinan yang shubhah kita patut elakkan. katakan dia pregnant? bagaimana keturunannya nanti? apa salahnya tunggu betul2 bersih eddah 3 bulan dan berkahwin? mereka munghki ada sebab yang saya tak tau. tapi anggap ini case staudy la .

itu bab kahwin. elakkan kahwin tanpa ikut syarat2 sah terutama bab wali.jangan ambil mudah, oo kalau 2 marhalah dari wali boleh ambil wali hakim. cam jadi kes dia atas, last2 tersilap, nikah di pengkalan kubur, masih dalam wilayah m'sia bukan di narahiwat. sebab mana2 kawasan dalam m'sia mesti nikah guna jurunikah tauliah. bukan main nikah2 jek. amboi, pandai2 jek , ambil mudah. jangan ambil mudah nanti bila perkahwinan itu tidak sah atau tak laku di negara kita , satu hal lagi kalau suami tu buat x reti ke apa. anak2 dah 2-3 orang. nak masuk kes mahkamah tau jelah turun naik bertahun2. nak kawin lain tak boleh. sebab x de surat cerai. surat nikah yang dulu pun x sah. pheww!!! wanita jugak la jadi mangsa, anak2 merana. bila tiada dokumen2 yang sah, nak tuntut harta ke ,anak ke dah le payah.

lagi satu bab cerai. jangan cerai diluar mahkamah!!!! . seandainya terbabas juga tercerai diluar mahkamah (kena denda kalau cerai luar mahkamah) . cepat2 failkan cerai di mahkamah. contoh dulu ada kes cerai sms. hantar sms kata clear: "aku cerai kau talak 3"pada januari. dan kemudian masuk mahkamah. mahkaamh sahkan talak tu sah pada mei. pada eddah bermula mei bukan januari. jangan ambil mudah.


lagi satu. lafas cerai yang senyap. maknanya, suami dah lafaz cerai tapi x failkan kat mahkamah. pastu dah banyak kali dah lafaz cerai pada waktu2 berbeza. (maaf boleh rujuk kes nurul dan ajai) atau kes nora danish. eheeh aku ikuti jugak kes2 artis cerai berai ni, menarik utk dikaji. memanglah kita faham, kalau dah cerai talak satu dan kemudian kita buat hubungan suami isteri itu dikira rujuk balik. namun setiap cerai kena disahkan mahkamah. jgn pandai2 dah cerai, rujuk sendiri2. tup2 pregnant (kes nora danish)memanglah anak tu anak yang sah, tapi kesian la pada isteri yang sarat pregnant tapi suami tiada. kalau mati tu lain citer. ni sah2 ada. atau macam kes noraniza idris dan faris. beria2 kata dah cerai, tup2 mahkamah kata TAK CERAI, MASIH SUAMi ISTERI . la, x cerai pulak. setelah beebrpa bulan pastu baru la 'betul2' cerai. failkan lain pulak . (fuhh aku ni boleh jadi lawyer artis ni, kui kui)


aku busy sebenarnya tapi terpanggil jugak nak tulis ni. walaupun aku tak pakar (pada yang pakar sila bantu, komen ke tambah kat blog aku ni). ada orang yang suami cerai dengan lafaz, tapi tak fail mahkamah. tapi selamba je kata dia dah cerai dan bertitle janda. suka2 hati je nak kahwin dan konon nak bercinta lagi. pelik2 zaman ni

aku pun masih belajar, tapi undang2 keluarga adalah asas. paling2 ambil tau. janagn ingat tak de kena mengena. siapa sangka kejadian seperti berita di atas terjadi pada seorang ustazah! mungkin masa tu beliau tidak terfikir perkara ni. MOga Allah permuidahkan urusan mereka. Tunjukkan jalan yang terbaik. jika perlu nikah semula. lakukanlah. maruah terjalar depan manusia boleh dicover, tapi depan Allah, hanya maghfirahNya yang didamba.

Moga Allah memberi hidayah!