Thursday, June 26, 2008

pendidik berjiwa murabbi

Alhamdulillah baru selesai 'mengerjakan' melt spinner. Tadi hampir2 putus asa sebab generator tidak berfungsi. segera ku panggil technician. 2 orang datang cuba untuk mengesan apa lah masalahnya, tekan sini, tekan sana, cuit itu ini, tak menajdi. last2 baru perasan ada orang tertekan emergency button. sabar jelah, technician tu tersenyum dan menyebut" OK, give me five" sambil tangannya menghala ke arah aku minta disambut, eheheh, aku senyum " sorry, i cannot touch your hand, " . Dia tersenyum tanda faham (agaknya la). akupun senyum saja...tapi aku puas..kerana hasil ribbon yang ku tunggu akhirnya di depan mata. Jadi mulai hari ini bermula lah kerja2 kilang aku....fuh....

apa kaitan nye dengan tajuk entry ni... bersemanagt ni sebab baru denagr talk oleh Cikgu Sidek.

Aku seorang pendidik. sejak kecil lagi aku memang bercita2 menjadi cikgu. Dan aku anggap hingga kini cita2 itu masih meresapi dalam diri. Pensyarah juga cikgu, juga pendidik. Cuma tambahan kerje bagi pensyarah ialah research. Asas kerja pensyarah adalah mengajar dan menyelidik. tambahan mungkin serba sedikit kerja pentadbiran, mungkin sebagi auditor, mungkin sebagai ajk itu ini, serba serbi. Cukup kah tugasan itu mengangkat martabat pensyarah sebagai pendidik? Jauh sekali. Apatah lagi bila dikaitkan dengan pendidik dengan murabbi.


Berjiwa Murabbi

Aku ingin menjadi pendidik berjiwa murabbi. bukan sekadar melakukan tugas asasi tetapi juga mentarbiyyah. Murabbi yang 'aura'nya boleh dirasa oleh pelajar. bagaimana? aku ingin mendidik pelajar2 agar Kenal diri,kenal Tuhan, tahu tujuan hidup, apa akhirnya hujung hidup kita. namun aku mengajar Fizik, bukan ilmu agama, bukan tamadun islam. Bagaimana itu ya?

Menulis mahupun bercakap, apatah lagi berteori tidak semudah realiti. Dulu2 kita di ajar simple harmonic motion contohnya. kita belajar tentang damping. kita kaitkan dengan macam2 contoh, ombak, buaian, pendulum. apa saja yang back and forth melalui path yang sama. Graf yang amplitudnya makin berkurang dan berkurang. Jika kita berfikir di luar kotak, kita boleh kaitkan dengan putaran hidup kehidupan. Tiada kuasa Yang jauh lebih hebat dariNya. Akhirnya lama2 kita akan tiada juga seperti hilangnya nya amplitud dalam graf itu melainkan ada force dari luar. motion sudah tiada, tiada harmonic lagi. Namun force itu tidak dapat mengalahkan force Allah. Yang tiada tolok bandingnya. Aku pernah mengajar subject mechanic and waves. topik ini. bila aku tanye pada pelajar, rupanya ada juga yang boelh berfikir. Bukan mudah memaknakan fizik dalam kehidupan. aku letak gambar Hanis dalam buaian. hehe student aku pasti ingat, rasanay akulah satu2nmya pensyarah yang letak gambar anak2 sebagi object dalam nota kuliah. kita buai buaian, lama2 dia berhenti, kita buai lagi. bila kita berhenti buai, buaian pun berhenti . Namun ada orang mencipta buai electric. boleh set berapa jam nak buai .haa, masa ni betul simple harmonic motion berlaku. tiada damping. namun lepas tempoh tu berakhir, buai itu akan berhenti juga.Allah Maha Berkuasa. Tiada yang akan lebih padaNya. dia sentiasa lebih hebat. Maha Agung, Maha mengetahui.

Cukupkah sekadar bijak?

Kita lihat ramai manusia di luar sana yang bijak dalam belajar, tetapi ilmunya tidak dapat dimaknakan dalam kehidupan. Lihat kisah tragis Sufiah. Seorang yang bijak. setakat kalkulus dan algebra tu pejam mata je orang kata. Namun beliau diuji Allah dengan ketidakmampuan untuk mengenal, memilih dan membeza, apatah lagi ingin mengaplikasi matematik dalam nilai Hidup. Moga Allah beri hidayah padanya dan kekuatan kepada keluarganya. Allhumma Ameen. Teringat kata2 kak halimahtun, ibu sufiah, katanya "pandai bermakna tahu membezakan yang baik dan yang buruk". Lihat, murabbi perlu semai nilai murni agar pelajar boleh menilai , bukan sekadar denagn akal tapi menilai dengan jiwa rabbani.

Mendapat deretan A bukan bermakna segala2nya. Namun janagn jadikan itu alasan untuk tidak perlu mendapatA. Alangkah bagus jika bijak dalam ilmu dan bijak juga dalam mengatur hidup. Sudah terlalu banyak contoh2 ulaam' islam yang hebatnya bukan kepalang. Malah sekarang ini juga sudah ramai golongan yang bukan aliran agama namun boleh berbicara tentang agama. Bukankah itu satu kelebihan yang tiada tolok bandingnya?

Nilai tambah bagi pendidik
Kita mahu menjadi pendidik yang punya nilam tambah. Nampka hebat dengan ilmu di dewan kuliah tapi juga harus hebat dengan akhlak di depat keluarga, depan masyarakat.






Mencari Kebenaran

Sukar sebenarnya hendak menjadikan ilmu yang kita pelajari sebagai satu tautan kita dengan Ilahi. APtahlagi subjek kita nampak macam sekular. Kajian, pemerhatian, analisis, modelling, sebagainya adalah salah satu cara kita mencari kebenaranNya. Penyelidikan yang kita buat untuk mencari, menyelongkar, mengekplorasi rahsia Ayat-ayat Allah. atau mudahnya tanda2 kebesaran Allah. Sebab Allah suruh kita berfikir, berfikir dan berfikir, "afala ta'lamuun" tidakkah kamu mengetahui? bagaimana harus tahu jika tidak mengkaji?

jejak2 mencari kebenaran pastinya penuh onak dan duri. Pastinya kita tidak sama dengan dengan Thomas Edison, si pencipta mentol dan Henry ford, orang yang memajukan kereta.Yes, mungkin kita boleh berkongsi semangat tidak mahu kalahnya, tetapi kita mahu lebih dari itu. Kita mahu jadi perubah ! bukan sekadar merekacipata sesuatu yang bermanfaat untuk umat tapi juga mengubah sikap dan pemikiran. In jauh lebih sukar.

Ilmu tahap tinggi

Kalu ilmu silat mungkin ilmu tahap tingginya kebal atau tidak lut kena parang atau, boleh ghaib tiba2. kalau bagi pendidik a.k.a apakah ilmu tahap tinggi? Jika dalam dunia pendidikan, plaing tinggi adalah menda[pat phD , jika dalam dunia pekerjaan pendidikan, paling tinggi adalah menjadi professor. Siapa yang tidak mahu jadi professor? lebih2 lagi pada usia muda. sekarang ni, sudah ramai professor berusia bawah 40 an. Agak2nya aku dapat tak prof sebelum 40? Namun bukan itu taruhannya. aku mahu biarlah jawatan sama taraf dengan ilmu, malah biar ilmu yang lebih tingi dari jawatan. Itu lebih baik.

Memang target duniawi ingin bergelar professor tetapi biarlah seiring dengan target ukhrawi. Allah berjanji untuk mengangkat darjat orang yang berilmu. Itu janji Allah yang pastinya tidak akan dimungkiri. darjat yang Allah beri pastinya jauh lebih tinggi dari darjat yang manusia beri.

Iltizam murabbi

Aku tidak tahu amal soleh yang mana yang akan membantu aku masuk syurga. Aku juga tidak tahu dosa mana yang mungkin menghumbankan aku dalam neraka. Aku kin dalam Takut dan Harap. takutkan azabNya dan Harapnya RahmatNya.

Aku sedar diri. Aku bukanlah golongn yang lahir dengan akal yang bijak, dan pandai. Aku sedar, terlalu banyak kelemahan yang tertampung dalam diri. pPada aku yang penting, aku tahu, apa yang aku tidak tahu. Tetapi aku tidak mahu jadikan kelemahan tidak tahu itu menjadi tidak tahu selama-lamanya. aku tidak mahu menjadi rendah diri tidak bertempat. Iltizamnya, kelemahan adalah untuk di tangani, bukan dirintihi. Sekurang2 mungkin sedikit kelebihan mampu menaikkan rasa yakin bahawa Allah jadikan manusia itu sebaik2 kejadian. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing2.

Aku ingin jadi seperti aku. Aku mahu jadi pendidik berprinsip. Yang tahu membeza dosa, pahala. tahu membeza, benar salah. Juga beretika. Sangat penting dan amat2 penting. Ilmu bukan untuk dimegahkan apatah lagi untuk minta disanjungi. Ilmu adalah untuk dimanfaat, dan satu 'tool' untuk mendekat diri pada yang Maha Esa.

Doa Murabbi

Ya Allah Rabbul Jalil, Yang menjadikan Alam, Yang mematikan, Yang menghidupkan
Ya Allah, Ya Karemm, Aku ini lemah yang Allah, maka kuatkanlah aku
Aku ini hina ya Allah, maka muliakan aku di sisiMu,
Terlalu banyak yang aku tidak tahu YaAllah, berikanlah aku sedikit IlmuMU....

Ya Allah, Jadikan hidupku, matitu, amalanku, ibadatku, ilmu ku hanya keranaMU. Tidak lain dan tidak bukan hanya keranaMu. Jadikan Ilmu ku bermanfaat untuk diriku dan Umatku, jadikan ilmu ku menaikkan darjatku di sisiMU.

Janganlah jadikan aku angkuh dengan ilmu, takabbur dengan kemewahan, riak dengan kepandaian. Jadi aku aku hamba yang selalu ikhlas, redha dan kuat semangat juangnya. seperti semangat juang Rasul2Mu, para sahabat, dan para tabi'en...

Andai aku leka Ya Allah, kejutkanlah aku, bantulah aku...Kurniakan aku sahabat yang soleh yang boleh menyedarkan salah silapku, yang boleh berkongsi inspirasi, yang boleh berkongsi suka dan suka.

Permudahkan urusan ku Ya Allah
Permudahkan urusan ku Ya Rahman
Permudahkan urusan ku Ya Rahim

Ameen Ya Rabb













p/s: entry ini sangat panjang kerana aku memakan masa yang lama untuk buat, sebanyak 3 kali aku tapi akhirnya barulahsiap dan bersedia untuk dipublishkan.sekadar berkongsi.

Friday, June 13, 2008

gambar aritu


ramai dah bertanya bila nak belanja. naik bosan juga. masalahnya, duitnya enggak dapat lagi. aku ni nak beli lap top. nampak gaya kena dulukan duit sendirilah....

gambar dan berita di aats aku copy paste dari buletin jabatan.

bila tengok gambo ni, rasa semangat balik. laily , you can do it!!! huhuhuh

serba tak kena

<
perjalanan phD aku bagai serba tak kena.macam2 la plak masalahnya
1) Curie temperature. aku mula2 guna DSC tapi tak de significant peak. may be oxidised masa heat up. walaupun buat dalam argon. then i emd up using tga, which more reliable. ok dah dapat peak yang ok, namun peak tu pelik la plak. instead of just weigh loss ada pulak cam gain, macam gunung everest la palk. aku refer tu supervisor, dia pun cam pelik, then we decided utk discuss dgn technician yang buat measurement tu. sorang faham lain, sorang faham lain, aku plak, jadi x faham. mmm, ulang lagi experiment, tapi masih sama juga. hari ni aku rujuk graf tu kat lecturer lain termasuk thomas yang tak pernah buat tga. so, appoinment aku adalah isnin ni. fenin2.....kenapa org lain senang je nak dpt resulty. aku ni payah betul....technician tu kta may be aku boelh dapat nobel prise dgn graf camtu...eee sabo jelah.
2) scherrer formula. ke hulu hilir tanye orang pasal standard. akhirnya standard quartz dah ada kat tangan. so, next week, boleh measure. cuma yang geramnya, bila baut slow scan peak tak menyerlah la plak, padahal masa scan baisa ada jek dia keluar. aduh...caner nih..
3) melt spinner- haritu berbulan nak setelkan induction coil. dahla dengan perabngai technician yang buat aku hangat hati. haa, dia nak pencel awal. lepas ni orang lain ganti. lega. harap2 lebih baik dari dia. ada saja yang tak kena. dia x letak ptfe sheets, dia x bend, salah letak nuts, dia x letak ring. jadinya banyak kali la aku ekna jumpe dia. ok la ni induction coil tu dah fix dalam melt spinner. patutnya hari ni. pukul 3 aku ada appoinement dengan senior nak work out guna sample dia dulu sebab dah tau melting point. tapibatang idung dia x nampak. ke hulu hilir lagi cari dia. aduh....

kawan2 doakanlah melt spinner tu boleh berfungsi denganbaik, ok. nyawa tuh..

sekiranya ketiga2 perkara di atas dapat selesai leganya rasa. baru cerah rasa boleh la nampak apa nak buat lepas ni. sebab bila result x dapat aku dah stuck untuk modelling sebab aku perklu result experiment juga.

lega juga setelah berhari2 nak setelkan hotel untuk conference kat london termasuk train. so, la ni untuk family aku dah setel , tinggal aku jelah. tunggu quote dari agent. so, bab tu dah setel.

sebab nak gi london by train, kami kena ada beg yang sesuai, push chair yang elok sikit, termasuk yang ada buggyboard, nak beli pop up tent, fuhh aku jugak ke kena fikir tu smeua? termasuk nak beli vouche 2 in 1 gi london zoo. fuhh....

berminggu2 amsalah di atas x dapat selesai jugak. sampai rasa kalau selesai arsa nak buat kenduri.

pastu pulak masalah emosi aku dengan sueprvisor yang retired tu. dia kata priority dia family , dia dah retired. x patut dah katanya datang office. angin aku. aku kata , u still have a student. senyap je dia, tulah dulu orang dok tanye apsal ganti supervisor, dia nak jugak supervise aku, pastu x nak bagi commitment. hangin tau. bila minta duit untuk conference katanya , dia x de grant. duit dia univ. ambil sebab dia retired. alhamdulillah ada thomas yang ensem itu sanggup sponsor aku. padahal project aku tiada pun dalam list grant dia. aku plak rasa serba salah bila da orang cam pertikai, prof davies x de duit jadi cam menumpang ke thomas untuk beli itu dan ini. nakbeoi helium tanya thomas, nak beli stool, lab coat la. abih tu, aku nak minta duit sapa. x kan aku nak beli stool sendiri dan letak kat lab. macam anak tiri jek rasa. aku pulak cam sensitif bila depa ni kata gitu. masa aku menang poster aku tulis juga nama prof davies as main, thomas as co. padahal thomas yang bayar poster dan edit poster aku, davies, x tengok pun. peliknya bila jabatan keluar list, nama thomas dulu, baru davies, aku dah confuse, sapa sebenonya main supervisor aku ni....

haritu aku jumpa davies di bilik. bawak graf nak discuss,a da la few minutes, dia kata dia rushingamik cucu balik scholl. aduh!!! setiap kali jumpa, dia rushing, amik cuuclah, amik wifela, amik SIL, la. mm, aku cuma menuntuk hak aku sebagai
adent. jumep dia sellau dlm keadaan tergesa2. entahlah, aku dah jauh hati dengan dia, aku tau dia baik, cuma dia kurang bagi comittment. bila jumpa, sorry laily, I'm so busy..salah ke aku merungut. aku cuma nak clear. aku ni bawah sapa. kadamg2 terfikir aku nak tukar tajuk je ke modelling. abih citer. aku malas nak dela dgn alat2 yang asik masalah dan perlu duit utk maintanence.

bulan 7 aku conference di london, bulan 8 kena submit 2nd eyar report. bulan 9 kena present conference kat dublin. tapi yang aku rasa fenin nye, result2 aku x banyak mana nak direpsentkan pun. bukan aku malas ke apa. tulah, kerje nye ke hulu hilir x tentu arah.

berkecamuk arsa dalam kepala. nak pikir itu dan ini. nak conference, pada masa yang sama nak bercuti jugak.

satu ketika aku x tau nak mula yang mana. serba x kena . buat ni x jadi, buat ni x jadi. normal ke aku nih...

ya Allah bantulah aku...

ok lah, meh tengok gambo aku dan grup magnet aku yang selepas grup presentaion kami ke HOpe, peak district.


thomas yang pakai baju merah tu. aku biasalah duk belakang2.


depa ni apa lagi, beer la. aku dah tau depa ni sure nak minum beer. so aku cari geng2 vege dan yang minum orange juice . heeeh



sib baik geng2 india ni walau non muslim tapi depa x drink dan vege.


lepas habis minum2, kami buatlah aktiviti walking. aku dah cungap. depa ni sambil jalan boleh discuss pasal magnet lagi. aku dah cungap . aku cakap aku x leh cakap, nanti penat. fuhh pancit la aku jalan kaki jauh2 ni.



nak jadi citer masa nak pergi ke bar tu, aku x tahan nak wee wee. depa dok kata , dekat lagi dekat lagi,. aku plak x tahan. dah la aku jln slow, dokla belakang sekali. last2 aku nekad, aku singgah rumah orang tumpang toilet. sib baik dia bagi. lega aku. dahla depa perasan aku dah hilang,. masing2 patah balik cari aku. tup2 aku muncul dari rumah orang. ehheehhe sorry... payah betul kat UK ni. toilet mmg susah.

bila bercampur dengan mereka baut aku sedar, aku kena berprinsip. ada sorang muslin lagi, lelaki , asif namanya, daroi pakistan. aku harap bila dia ada dalam grup kami, aku ada geng la. mmm. dia x solat pun. aku solat kat luar bar, tepi jalan, buat dek je kete lalu lalang. yang dia pulak selamba jek sampai luput waktu zohor x solat pun. ish, teruk betul. bukan nye boelh jama'. dekat je dari sheff. aku x tau mazhab mana dia pakai.

aku balik awal sebab kena kerje petang. yang depa ni dok hiking sampai puncak. ampuuun , aku serik nak hiking. separuh jalan je aku arsa nak tumbang.




gambar aku x de sebab dah balik. depa kata sib baik laily x ikut sampai puncak. sebab penat sungguh!.........

ok, entry di atas dibuat selepas aku dah fed up tengok graf2 depan mata yang aku tak tau nak analyse macam mana. harap2 dapat release tension.

semalam abg shah buat ujian emosi guna alat apa ntah. memang confirm, aku stress maxiumum!

apa nak buat nih.....hujung minggu ni, gi carboot, masak2, makan2, hubby lawan bola, layan anak....harap2 aku lebih semangat. thomas nak jumpe aku bincang pasal2 perkara2 dio atas,isnin 9.30 pagi.

wahai laily, study sikit2 no...(aku x jamin bawak buku hujung minggu dapat baca, ehheh)

Thursday, June 12, 2008

siaran tertunda: aktiviti potong rambut

sewaktu bank holiday haritu, kami x kemana. ni bank holiday yang bulan 3 aritu, bukan yang may. jadi kami, aku dan hubby, betul manfaatkan masa dengan anak2. antara aktivitinya adalah GUNTING RAMBUT.




mula2 kena habil dulu. kalau tidak bising satu alam. selalu nak menang, almaklumlah anak bongsu (setakat ni)

next angah plak.


pastu along pulak.


Hubby bolehlah dikatakan pandai jugaklah gunting rambut. jadi kepada sapa yang nak amik dia untuk potong rambut dipersilakan. tapi untuk anak2 saja ok!tengoklah gambo terbaru mereka, cantek tak hubby potong?

mari mengaji

di suatu petang, setelah balik dari school...
umi: da
angah: da
umi: zha
angah: zha
lantas aku tunjuk huruf dal,
umi: apa ni angah
angah : ha (dgn confidentnya)
ok sabar lagi aku..
ku ulang lagi dan lagi ...kali ni,
umi: da
angah: da
umi: ulang lagi
angah: da, da, da, da, da
ok good, aku tunjuk lagi huruf dal,
ini apa angah?
angah: HA (denagn makin confidentnya)
umi: ANGAH!!!!!!
aku dah hangin,
aku: apa ni angah , semua huruf x kenal ni, (denagn suara dah meninggi)
ku lihat mata angah dah berkaca...dan berderailah tangisnya....

aduh, macam mana mahu sabar ajar anak ngaji...

la ni aku terpaksa gilir ajar ngaji, selalu hubby aku. dia lebih sabar. aku ni nak marah jek. heheeheh


gambar dia atas waktu babah dia ngajar sebelum ni. ujian betul ek ajar anak sendiri.

aku ni kurang sabar agaknya.

Saturday, June 07, 2008

siaran tertangguh: Husna is 5




ini gambar terbaru husna. ayu kan? ala2 model gitu. ehehehgamabr di ambi di pantai Bray, Dublin. akan ku buat entry khas untuk misi rahmatallil a'lamin di bumi duvlin,
ok topiknya adalah Husna.


ini adalah kek b'day husna yang ke 5. beli saja di asda. hee ummi sibuk kerana waktu yangs ama jadi ajl hadiah dan sukaneka family day. jadi nak jimat masa dan wang, heeh buat cake cutting ceremony sekali dengan family day. Huna a.ka.a along dipaksa rela untuk memakai tudung.namun tau jelah si angah pun nyibuk2 jugak. dia naggap dia pun b'day juga.





ini gambar sukanekanye. caner ek nak lari2 dok pakai baju gown.

husna sudah bagai anak dara. petah beercakap. bijak dan matured. sudah pandai bergaya apatah lagi bile dihadapan camera. fuh. tau saja gayanya. FOTOGEDIK!

Menyedari yang dia anak sulung, along cukup banyak beralah. kadang2 sabar, kadang2 angin juga dia dengan adik2nya. vocab englishnya makin baik. sudah mula boleh membca. tapi english jelah. melayu x tau. huhu. test2 membaca yang cikgunya buat juga nampka positif.

oo rambutnya sudah diptong pendek. sebabnya aku x larat nak sikat pagi2. nama je rambut dia lurus, tapi nak sikat susah. jadi rambut pendeklah jalan penyelesaian. babahnya la tukang gunting rambut dari dulu hingga kini. percaya tak aku sendiri seingat aku, x pernah gunting rambut anak,. itu semua tugas hubby. rambut aku pun kadang2 hubby yang jadi stylist. di malasyai rajin gak gi salon, tapi kat sini mana nak cari yang untuk muslimah, mungkin ada tapi susah kot.

husna anak yang dinanti2. sewaktu husna seumur habil dia sudah punya 2 adik. tapi mungkin sejak dia lahir, dia membesar sepenuhnya dengan kami tanpa maid, jadi dia begitu berdikari. bangun pagi tanpa di suruh, sudah tau gosok gigi, dan buat apa yang patut. dan dress up sendiri untuk kesekolah. mm,

dia sangat suka menari. apa lagi cerita high school musical itu selalu di tonton. sedap2 gak lagunya. aku pun kadang2 naik suka juga. agaknya along ni ikut ciri2 aku kot. mm aku ni bekas penari. betul, tak tipu. aku pernah wakil sekolah menari sampai peringkat negeri. malah pernah masuk TV, 2 kali. eheheh. itu semua sejarah silam aku masa sekolah rendah.....tapi aku menari zapin, inang.

suka berborak denagn husna. satu hari
"ummi along sakit skeleton,
"haa??" aku terkejut.
"bone along ni..."
kui kui budak nih....

bagusnya dia suka cakap bm jugak walau salah. sewaktu kemas2 barang utk ke dublin. dia dah biasa tengok aku gulung2 baju untuk jimat space.
"tengok ummi, along guling baju nih.."
"mmm, bukan guling, gulung.."
satu hari kami tengok movie sama2. taujelah movie kat sini. mesti ada kissing2 punye. pastu hubby cepat2 tukar channel lain. nak tau apa dia kata?
"ummi, budak kecik tak boleh tegok ek? budak besar je boleh?
mmm,

kat sini x yah beli vcd lucah. semuanya depan mata bila on tv terutama pukul 10.00 ke atas.

oklah. mata dah ngantuk . tunggu isyak 11.30 mlm. fuh!