Saturday, December 29, 2007

departure dan arrival


Sewaktu menghantar aki dan ika di Manchaster airport


Bergambar sewaktu menghantar jie dia robin hood airport

sejak 2 menjak ni kami kerap sangat ke airport, menjemput dan mengambil orang di area departure dan arrival. Aku memerhati manusia2 dia dua tempat yang berbeza ini. Haritu menghantar wa balik, nagis2 dia nak berpisah, tak lama kemudian kami menerima tetamu dari Malaysia, seronok sungguh jumpa kawan2 lama.
Di arrival, aku melihat manusia di situ sungguh teruja, menagis kegembiraan menerima sahabat mahupun keluarga. berpeluk2, cium2, sungguh terharu bila bertemu. Di departure, aku melihat manusia menagis kesedihan untuk berpisah. Aksi yang sama yang ku lihat (dan aku juga rasai) di arrival, berpeluk2 dan cium2 tapi emosi dan perasaan yang berlawanan.

Bertemu dan berpisah itu lumrah alam. sungguh ni'mat bila dapat bertemu setelah lama berpisah. Dan sungguh a'zab rasa bila berpisah setelah sekian lama bertemu. sesungguhnya kita akan lebih menghargai pertemuan bila kita di 'anugerahi' dahulu dengan perpisahan. Susah juga mendidik diri untuk SEDAR dan INSAF yang kita tidak selamanya dapat bersama. Satu hari kita akan BERPISAH jua. Namun kali ini kita hanya dapat bertemu di alam lain. Di alam yang yang tiada apa yang lebih bermakna dari amalan soleh...

Sepanjang hidup ini, aku telah melalui banyak kali proses bertemu dan berpisah. Alhamdulillah, setakat ini, aku belum di uji untuk berpisah 'mutlak' denagn keluarga terdekat, ibu ayah atau adik beradik. Namun perpisahan paling sedih yang aku alami dalam persahabat ialah tatkala 2 sahabat baik aku meninggal dunia.

Pertama, Allahyarham A. Zul. Orangnya sungguh budiman dan baik. Dia adalah dulu timbalan presiden kbm upm sewaktu aku belajar dulu. Baru je kami berprogram bersama di Kem kemensah anjuran Yapeim. Kami dijemput menjeadi fasilitator waktu itu. Masih terngiang suara dia yang lunak merdu bila bernasyid. Yang palih shahdu, dia meninggal dunia kerana accident sewaktu balik dari program. Waktu itu dia memakai jubah , membonceng motor bersama sahabat aku juga, idham (yang gambar kawin dia baju biru aku letak aritu). Aku masih ingat sewaktu dia koma di di hospital aku di suruh menelefon keluarga nya di kampung. Terketar2 suara aku di hujung telefon mengkhabarkan berita itu pada keluarganya. malam kejadian aku ziarahnya di wad neuro HKL. Esoknya aku berhajat ingin ziarahnya selepas class, namun ajalnya sudah samapi. Jenazahnya dimandi, kapan dan disolatkan di masjid upm. Aku pun turut sama solat jenazah. Ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa sedih aku waktu itu. Kami , sahabat2 beliau nekad untuk menghantar jenazahnya ke kampung arwah di melaka walaupun esoknya aku exam. Ramai yang ada exam esok namun atas dasar ukhuwwah yang sekian lama terjalin, kami terpanggil untul menghanatr sahabat kami hingga ke liang lahad. Rumah arwah mudah dicari, betul2 dihadapan masjid al azim, masjid negeri melaka.

Kami balik ke upm dah hampir 4 pagi. Ya Allah esok aku exam pukul 8 pagi, paper material science! . pagi esok dengan mata yang nak terpejam, aku gagahi naik motor untuk exam, tapi alhamdulillah, exam di tunda petang, heeh adi aku balik sambung tidur , bukannya study, ish ish...

tapi sesungguhnya ukhuwwah yang terjalin antara kami amat terasa keikhlasannya. Arwah seorang yang komited dalam gerakan dan sanagt bijak mengendalikan adik2. sesiapa yang menegnali belaiu pasti akur akan kata2 saya.

Kedua, Allahyarhamah Haliza Haris Fadhilah yang aku panggil Kak ija. Yang ini lagi sedih sebab kami serumah, berkongsi suka duka bersama, makan bersama, tidur bersama, siang ikan bersama, masak bersama, malah dia sempat temankan aku membeli rantai kahwin aku. masih terngiang dia bercakap
"Elly pandai tawarlah, nanti kalau kak ija nak beli masa kawin nanti elly boleh tolong tawarkan." Kebetulan masa tu dia baru bertunang, dan aku plak lagi seminggu nak walimah..
. Kami masa student, tinggal umah sewa tak mampu beli katil, jadi kami tidur atas toto ramai2. Kami akan solat jemaah bersama dan membaca alma'thurat bersama, usrah bersama , ahh! indah sungguh saat itu....

Pada mulanya dia hanya sakit2 kepala. kerap keklinik. aku plak amsa tu sudah pindah rumah sebab dah kawin. Jadi aku tak ikuti sangat proses tu. Tup2 aku dapat berita, Kak ija kena tumor!!! Ya Allah, berderau aku. Lantas bersama sahabat2 kami melawatnyer di Hospital Ipoh, waktu itu dia baru lepas operation. MasyaAllah!!!! hampir kami tidak mengenali arwah...Terbayang saat2 dia menggenggam tanagn aku lanatran dia x boleh bercakap. bila aku cakap, tangan dia akan bergerak2, mengusap jari jemari aku. Ya Allah, sedihnya. Sewaktu aku, sampai, aku jumpa mak arwah yang memang kami sudah saling mengenali dan berpeluk2an. Mak arwah sungguh tabah dan dapat kurasa kehangatan tubuhnya sewaktu kami berpeluk, masih terbayang tangisan mak arwah. Tunangnya , Sani, sungguh tabah dan mulia. Ahh, cinta sejati. Sempat juga kami kenudian menxiarahi arwah sekali lagi selepas itu sebelum kami mendapat berita tentang kematiannya.

Waktu itu aku sarat mengandungkan husna. aku plak masa tu kat kampung hubby, di Trolak, hp kami dia situ kira jadi botol air jek, x leh dapat mana2 line. Jadi kawan2 x dapat hubungi kami. Alhamdulillah, rupanya masih ada yang simpan kad kawin kami dan akhirnya mereka dapat hubungi kami di kampung. Rasa nak putus nyawa mendernagr berita yang Kak ija sudah tiada lagi. Lantas kami bergegas ke Ipoh untuk menziarahi jenazahnya. dan Aku kagum denagn semangat tunnagnya yang tetap mahu kahwin dengan Kak ija, dan tidak mahu putus kan tunnag walaupun keluarga menyuruh. katanya biarlah, ajal saja yang memutuskan pertunangan mereka. Dan benarlah, ajal jua yang memutuskannya.

sayangnya aku tak dapat nak letakkan gambar sahabat2 aku yang telah benar2 berpisah dengan ku. Alfatihah buat mereka.

Thursday, December 20, 2007

Qurratu Akyun...



Cop, ni bukan citer pasal akyun OK! tapi nak citer pasal qurratu akyun buah hati ku, pengarang jantungku, intan payung ku. sapa lagi? along, angah dan habil lah.....

Membesarkan anak2 merupakan satu cabarang yang sangat ehbat. Amanah sebagai ibu bukan sekadar jaga keselamatan, makan minum , pakaian. Mereka perlukan didikan, tarbiyyah, ruhiyyah, jasmaniyyah,ruhaniyyah emosi dan macam2 lagi. BUkan mudah!!! Menjawat jawatan ibu lebih 4 tahun sungguh mencabar. Sejak lahir husna hingga kini, tidur malam sering terganggu. Eeeeeii, susahnya nak dapat tidur yang lena dan nyenyak. Kadangkala terasa iman di siat2 tengok aksi meragam yang tak tahu hujung punca. Geram!! tensen!! rasa nak lari dari dunia keibuan....Namun itulah amanah yang amat mulia di SisiNya. Sewaktu amarah di uji itulah Allah ingin menambah pahala kesabaran yang bukan calang2. Tarik nafas....fuh...perlu kekuatan yang tiada tolok bandingnya...

Semakin lama, aku mula belajar seni mendidik anak. Satu ketika, api tidak boleh di lawan dengan api. bila mereka meragam tahap gaban, kita juga tidak boleh marah tahap gaban. gaban lawan gaban tiada siapa yang akan menang. Maka kitalah yang berakal dan berilmu ini terpaksa jadi 'barbie'. keras lawan lembut. Tapi untuk menjadi 'barbie' yang berdepan dengan gaban bukan mudah. kreatif, cool, bijak dan rasioanl. antara kata kunci yang cuba aku terap dalam jiwa aku yang kadang kala ingin memberontak melihat sikap 'gaban2' ini. Tapi aku tidak suka didik anak dengan berlembut setiap masa. Mereka perlu di 'ajar' bila masanya perlu dihadapi denganlembut dan ada masanya kena tegas. Tegas! bukan tengking. #

Banyak teknik yang aku belajar tapi x semua nya praktikal untuk anak2 aku. Antaranya untuk buat naughty (betul ke eja noti ni) corner. sukar sikit, melainkan naughty room. Aku pernah buat, dan adakala menjadi juga. Biar dalam 2-3 minit then Ok lah. satu lagi ialah teknik bercerita. Percaya atau tidak sewaktu si hanis tgh tantrum tahap power rangers, aku cuba tukar tune pada bercerita. angah ni kuat teriak. asik suruh dokong jek, aku dah letih. lantas aku cakap "duduk kejap, angah nak dengar citer? ada sorang budak ni baik sangat, dia suka tolong ummi dia. Allah sayang sungguh kat dia. nak tahu nama dia? nama dia angah... (panjang lagi citer nya, anda perlu creative sungguh2 untuk reka citer ni) . lepas tu, dia terus Ok!! bayangkan kalau tengah tantrum tadi aku cubit sikit peha dia, sure nangis giler2 lagi dan lagi dan lagi.

satu lagi teknik namanya berlakon. eheheh. satu ketika bila anak2 aku ngada2 sanagt2, aku pura2 la aku ni sakit. " aduh....ummi sakit la, aduh...sakit belakang ni, cepat2 tolong picit, aduh, lutuut ummi nak tercabut ni....siannya ummi ni" depa tgh bising tadi akan kerumun dan cubalah konon2 nak picit2 ummi. " Haa, tengok ni, ummi penat, skait2 badan dah ummi ni...bla bla.. cubalah pimpim ummi ni, angkat ummi ni kejap...." Lantas si angah tadi pun hulurkan tangan konon2 nak angkat danpimpim aku..." pelan2 angah2 jangan kuat2..." tapi teknik berlakon ni tak bolehselalu nanti kurang berkesan.

Satu lagi teknik ialah teknik diplomasi dan provokasi. Jangan tak caya cara ni sesuai untuk budak 4y, 3y, 2y. Semalam selepas solat, kebetulan tiada siapa dirumah hanya aku dan anak2. Depa dok panjat2 cabinet2 dapur, ntah apa2 di ambiknya. geram betul aku. nak marah aku dah x de suara lagi, sebab kena tonsilitis, lantas aku amibik pendekatan provokasi. " Ok, semua orang x sayang ummi lagi, semua orang x nak sdengar cakap ummi, kalau macam tu, biarlah ummi lari dari rumah ni" (masa ni pastikan muka anda menggambarkan rasa kecewa sanagt....)
Lantas husna menajwab cemas "ummi tak boleh tinggal kami, kami ni anak2 ummi " (nak tergelak plak aku dengo husna jawab, pandai le plak tuh)
aku pun duduk atas sofa dan menagrah kan tiga2 anak2aku duduk mengahadap aku. habil tu ngikut jek apa kakak2 dia buat.
"semua duduk sini, cepat!!!!" (masa ni suara aku dah tinggi)
Aku cuba berdiplomasi plak kalini
"dengar sini anak2 ummi (chewah macam cakap dgn rakyat jelata la palk) ..sayang ke ummi lagi, along ? (along angguk), angah? (angah jawab: sayang) , habil ? (habil jawab : ayang)
"Ok, kalau semua sayang ummi kenapa tak dengar cakap ummi, ummi kata jangan panjat2, tapi buat juga, nanti kalau patah kaki ummi ngan bahah masuk penajra, siapa nak jaga husna, hanis, habil, ummi kata jangan gaduh, tapi buat jugak, bla......."
semau anak2 diam jek, terpaku dengo ummi dia bercakap macam cakap ngan student kat lecture hall. hehe.
" lepas ni ummi tak nak dengar angah nagis kuat2 faham??" (angah jawab : faham)
panjang jugak khutbah aku , dalm 5-10 minit jugala brain wash tu.

"Ok, lepas ni, salam ummi..."
bila aku kata salam ummi jek, husna terus nagis, peluk2 aku, hanis dan habil pun turut nangis sekali....jangan tak caya, Habil salam aku dan cakap "maaf".....

Hai insaflah anak2 aku tu adalah dalam 1/2-1 jam. dudk pun elok2 jek. cakap pun sopan2 je dgn ummi...

dalam hati aku..nampaknya aku kena terokai pelbagai teknik lagi lepas ni.....kalau tidak aku akan stress!!!!!!!!!

Tuesday, December 18, 2007

winter gathering misg abim uk eire 2007


Bersama kenalan lama, Kak Hasni yang juga merangkap isteri penghulu manchaster. Kami sempat ziarah selepas program.

hai, anak2 aku ni dengan abang2 ni seronok sungguh!!!!


Bersama kawan baik angah, aishah


sorry makcik jie, kena jadi kuda tungganagn habil plak ek

Helwa2 kita ...


ini kali ke2 aku menyertai winter gathering sejak sampai ke UK. Tahun lepas, di Notts dan tahun ni di manchaster. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dan keluarga di beri kekuatan untuk kesekian kalinya menyertai program2 pkpim/abim. pejam celik , tahun ini kiranya sudah 11 tahun aku bersama pkpim/abim. Terlalu banyak yang aku pelajari dari madrasah ini. Terlalu banyak kenangan dan suka duka. Di madrasah ini juga aku bertemu jodoh dan di madrasah ini juga kami sama2 membina keluarga bahagia. Husna, Hanis dan Habil membesar dalam halaqah usrah, tamrin dan program. Aku sudah biasa memdengar ceramah sambil mendokong anak, meriba anak, menyusu anak. Masa mula2 dulu, terasa kekok dan letih, tetapi lama kelamaaan aku sudah lali. Husna seawal 2 bulan sudah di bawa ke Tamrin Qiadi lantaran kami berdua terlibat, tiada maid lagi. Terpaksa la husna ke gendong ke sana sini. Begitu juga dengan Hanis, lagi awal, sejak 40 hari. Habil pula aku rasa sejak 2-3 bulan gitu. Lantas anak2 aku menajdi 'mesra rakyat dengan sesiapa'. Alhamdulillah, ada saja adik 2 lelaki mahupun perempuan yang sudi tolong sama2 jaga anak2 aku. Kurangla sikit penat ummi ni haa....

Ukhuwwah yang terjalin moga terus manis dan indah. Ukhuwwah yang bertaut atas dasar rabbaniy. Moga allah memberkati. Rindunya zaman2 di upm dulu. naik motor beramai2. lasak sungguh aku masa tuh. denagn tudung 360 darjah, aku seperti tidak hirau tentang keayuan. ke sana kemari dengan motor kapcai tuh, yamaha 80 (kat kg motor tu buat angkut kelapa dan tong gas). mm, dalam2 'comot' tu rupanya ada juga lah orang jatuh centa tuh... Jadi jangan le risau adik2 ku di luar sana. Percayalah, tidak semua lelaki suka pompuan yang ayu2, cakap2 lembut2, tudung berpusing2 dan berbelit2, muka ada kaler2 (make up), baju mesti sedondon ngan tudung. Just be yourself!!Allah knows best!!! InsyaAllah...ada la tuh nanti..

Wednesday, December 05, 2007

Tinggal kenangan








tidak sampai 24 jam van kesayangan kami telah dijumpai semua, Di area Darnall jugak, hasil ronda2 hubby dan A. nuar dan A. khir. Namun keadaannya amat menyedihkan. Enjin sudah tidak boleh di start lagi. banyak yang dah rosak, dashboard, lampu pecah, wayar2 putus, gear box. Yang geram tu, 3 car seat anak2 ku yang pun hilang jugak!! Apa ke jadah yang buat kerje ni (sorry geram ni, jadi bahasa kasor sket, ampun). Terpaksa la di tow van tu ke rumah. Bila telefon polis bagitau dah jumpe, dia bagi pilihan, kalau nak investigate letak kat garage dia, kami kena bayar, forensic kena bayar. Fuhh. bukan sekejap. LAst sekali kami amik pilihan kami setelkan sendiri. Tak faham, jahat betul siapa yang buat kerje ni. Ni mesti orang di luar area aku sebab aku duduk tempat pensioner. mana ada budak2. Entahlah, sampai sekarang aku dan semua orang confuse camne dia boleh bawak kereta tu dan area aku di tempatnye harmoni aman sejahtera.

Namun, kami belajar banayk perkara. Se awal pagi kami terima call, sms, YM , email untuk tanye kabar. Terima kasih buat sahabat2 yang prihatin. namun bersyukur juga sekurang2 nya bangkai 'mayat' van kami ditemui. Bila hubby bagitau yang van tu dijumpai dalam keadaan menyayat hati terus minda dan hati ku menyorot peristiwa NUrin, "camne lah agaknya kan, aku ni hilang van, jumpe balik dalam keadaan teruk pun sedih sangat rasa, inikan parent dia terima mayat anak dengan menyayathati.Sekurang2 van mampu beli lagi walaupun semput juga rasa, Tapi anak" mana nak cari???"

Hilang dan jumpa adalah satu proses untuk uji keimanan. Rasa putus nyawa rasa maklumlah kami ni bukan banyak duit boleh senang2 beli baru. Namun aku perlu akui
" haa ni baru kereta Allah amik dah gelabah, belum yang lain2 lagi, baru Allah uji sikit je tu"

Aku baru je cerita tentang apa yang kita miliki ni sementara je. Haa kali ni betul2 praktikal tarbiyyah nye. Sabar Laily, Orang lain lagi teruk ujian nya. Adalah tu, mungkin kurang sedeqah ke, ada yang x berkat mana2, atau Allah rindu dengar rintihan hambaNya atau Alah nak beri yang lebih baik. Biasalah kita ni, kalau tak susah, berat betul nak mengadapNya sungguh2.

Tuesday, December 04, 2007

Hilang depan mata!!!

Baru tadi, pukul 6.15pm, aku melihat hubby baryu balik kerja dengan van itu. Pukul 8.30 pm, hubby jenguk, van tu telah tiada!!! di depan rumah!! kawsan kami ni dikira kawasan yang paling selamat di area darnall. Report police telah dibuat. peliknya macam mana dia bawa kereta tu, kunci van di tangan kami, stearing telah di lock. Menurut jiran, sekitar 6.50 mereka perasan yang van tu sudah takde. La, jadinya dalam setengah jam lepas hubby parking la. Van tu parking betul2 depan pintu rumah!! Kat jalan tu banyak MPV, kereta lawa, awat van buruk kami yang jadi mangsa!!

Sedih teramat, kami ni bukannya nya banyak duit nak beli lagi. Sob sob, sob...jiran depan rumah tenangkan aku yang rasa menggeletar dibuatnya. Itulah bila pikir2, itu baru hilang van, blom hilang anak seperti Arwah Nurin tu. Untuk memujuk hati "Sesungguhnya harta, anak pinak, kuasa semua tu milik Allah, boleh di ambil bila2, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik, adalah hikmahnya tu, ya Hikmah di hujung rindu.."

Monday, December 03, 2007

menjawab



hai, anak2 dara aku sudah makin membesar, dah pandai berhias, melaram, gediknya, pantang di puji catek. La ni kemaruk sungguh mereka dengan Barbie. Semuanya Barbie, semaalm sempat beli boot Barbie, 2 pasang £14, campur Habil punye Boot, Bob d builder £7, Fuhh...aku dulu pakai jenama "ayam" jek.

sejak 2 menjak ni mereka pandai betul menjawab
Husna: Ummi, Ummi, Ummmmiiiiiiiii (sambil menjerit)
aku: Husna, don't shout
Husna: along pangil pelan2 ummi x dengar, along jerit la
aku: eei, nampka tak ummi tengah cakap ni...
Husna: yelah, tapi ummi x dengar, along jerit la...

insiden 2
Ummi: Along, don't run, nanti fall
Aong: Alah, nanti kalau jatuh nagis kejap jek, cakap je ouch!!!
Ummi: eeeei

insiden 3
Ummi: Along, tolong masukkan kasut ummi dalam almari tu sekali
Along: Ala, Ummi masuk la sendiri
Ummi, Along good, along nak masuk jannah tak?
Along: abih tu ummi x nak masuk jannah
Ummi: yelah, ummi nakbagi peluang padaalong masuk jannah
Along: Abih tu, ummi nak masuk jannah tak?
Ummi: Nak
Along: kalau nak , masuk kan sendiri

Ummi: sabo je anak aku ni


insiden 4
Anagh: Umi, angah nak air
Ummi: ummi nak solat ni, lepas ni ek
Angah: Ala, ummi amik air utk angah dulu, lepas tu ummi solat la
Ummi, eeei budak ni...

Pastu along tu dah padnai lak, kalauhabil rengek bangun malam, dia boelh sibuk cakap "Ummi, habil nak t*t*k la tuh". Habil plak la ni makin sedap arsa nye dia menyusu. Langsung tiada tanda akan berenti. Malah makin kerap plak la ni. sabo jelah

Saturday, December 01, 2007

Jimat cermat

Aku mula belajar erti sebenar jimat cermat masa aku belajar matrik. Masa tu aku dan kakak belajar di UPM. adik2 aku 3 orang di asrama. Demi untuk mengurangkan kos aku bersama seorang kawan berkongsi makan. MAsa tu tahun 1996. nasi kosong 40 sen, sayur 40 sen, lauk beasas telur 40 sen. kalau ayam atau ikan dalam RM1 gitu. Apa yang kami buat ialh kami akan isi bekas polisterine tu banyak2 nasi, kasi padat2, letak sayur dan pilih ikan/ayam yang paling besar then kami share berdua. Kemudian bila aku masuk first degree, kami sebilik 3 orang. Kami beli makanan untuk 2 orang, share bertiga. begitulah aku. Musin exam adalah musim beruzlah. maklumlah aku ni busy berpersatuan, masa exam week betul2 aku gunakan. Sebab mak aku ada kedai, aku pulun bawak roti sweeties bun coklat berpeket2. 1 peket ada 6 ketul. 2 ketul utk sarapan, 2 ketul utk lunch dan 2 ketul utk dinner. Itulah makan utama masa minggu exam.

Bila akhir first year aku sudah duduk rumah sewa. Kali ni juga aku belajar jimat cermat. Setiap bulan aku kena bayar duit makan RM30. Kami ada jadual pegi pasar, siang ikan, buang sampah, masak. Disebabkan kami semua student yang sengkek2, penjimatan amat perlu. Kami ada dalam 10 orang satu rumah. pergi pasar beli ikan cukup2 10 ekor. kadang beli yang satu dulang atau kadang tu orang jual tu saja bagi kami lebih. Beli ssayur secekak RM1 tu atau 3 cekak dapat RM2. satu cekak sayur masak untuk 10 orang. kalau ayam, beli seekor, potong 10. sorang satu jek. fuhh.Tapi kami bahagia. Kami seronok makan bersama2 ala kadar. Makn di atas tikar yang usang. kalau sapa2 nak masak spesel, boleh amik skit dari tabung makanan. Cukup seronok kalau ada makanan lebih2 dari program surau. dapatlah makan lebih dan sedap sket.

Bila aku dalam tamrin, KBM (PKPIM UPM) , aku juga belajar berjimat. Kami akan makan dalam dulang. kalau duit kami sikit. seekor ikan makan sampai 6-7 orang. Tapi alhamdulillah, ada keberkatan di situ. Kami belajar itu terima segala kekuranagn dan kelebihan sahabt2. Makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang. Jadinya badan ringan nak bangun malam, nak solat.

Bila melangkah ke dunia baru, berkahwin, begitujuga. ketika kami hanya berdua, kami akan beli cukup2 utk 2 orang makan. Nak tergelak kalau ke kedai kami cuma minta kelapa separuh , Cili 2-3 batang. sayur 3-4 helai. Maklumlah masa tu x de fridge. Nak kata kami sengkek, idokle juga masa tu. aku adalah tutor di UPM dan cuti belajar buat master dan suami adalah pegawai tadbir di UIA. entah, mungkin sebab kami dah biasa tidak bermewah2 walau ada duit. Sebab memikirkan kami ada tanggungjawab terhadap adik2 yang masih belajar. Di rumah , sejak kami kawin sehingga belum lahir husna kami akan share pinggan dan cawan, mudah nak basuh. Mkalumlah masa tu blom ada meja makan. Kami beli meja makan setelah 8 bulan kahwin, dan sofa bed, 2 seater, di beli bila aku pregnantkan husna. Tak larat duduk bawah tengok TV. heheh Kami hidup sungguh simple. Hinggalah aku anak 3, macam tu lah juga. Tiada perabot2 mahupun sofa. Biar lapang sennag anak2 nak main. Hiasan aku adalah rak2 buku, di sebabkan kami gila beli buku, jadinye itulah hiasan utama rumah kami. Siapa pernah datang rumah aku amsa kat Sg. ramal dalam dulu pasti tau, betapa simple nye rumah aku.

Kadang2 mak aku komplen, gaji banyak (bagi dia kira lecturer tu gaji byk la ) napa x beli baju lawa2. nanti orang kata apa nanti. heheh aku masih juga pakai baju masa belajar dulu utk kerje even masa lecture pun. alah, elok lagi. Entah,aku bukan jenis bergaya beria. Yang penting kemas, bersih dan biar kena tempat. heheheh

Antara zaman terhebat era penjimatan ialah sewaktu aku sampai ke UK. Denagn suami yag belum dapat kerja, dengan scholarship yang ciput, aku cuba sedaya upaya untuk jimat mana yang perlu. Barang2 semua jenama asda hijau. hehehe Ayam beli sekilo 2 kali masak. nak kasi nampak banyak letak potato, carrot, tomato byk2. Ikan mahal, teringin nak makan kami beli Fish fingers, adalah dalam 8 batang kot, 99p. itu lauk kalau dah x de mende makan, selain telur. Kadang2 beli juga 'ikan mayat' kat tai sun. udang? maaf , aku takut nak beli sebab hubby tak kerje lagi. Kemana2 pergi kami bawa bekal. Jangan harap nak beli kedai. Bila dah 3 bulan kat UK, hubby dah dapat kerje, masa tu Subhanallah, sedapnya makan ikan mackarel bakar. Masa tu berani dah beli udang kat bangla bazar, itupun yang halus tu, £1.++. Bila wa datang, hubby dapat kerja satu lagi waktu petang, ha masa tu aku beli udang yang besar 6 kotak dekat £40dekat adam. Masa tu baru la kami pergi pestime makan sama2 kat luar. Alhamdulilillah.


Bila aku fikir2 kembali. sejak hubby dah kerje, aku dah kurang berkira bab makan. sekilo ayam sekali hadap jek. hehehehe. tak delah nak catu2 sangat dah. Cuma perangai berjimat aku memang sentiasa ada. Sewaktu kami ke Scotland 5 hari 5 malam, kami hanya berhabis dalam ~£300 sahaj, termasuk minyak, souvernier, tiket, sebagai. Kami rasanya hampir langsung x membeli makan di kedai. kalau beli pun air kotak, makanan budak2, itupun sebagai ubat penenang budak2 ni. semuanya bekal. Kmai siap membawa frozen rendang, sambal tumis, frozen daging dendeng, frozen karipap, donut, segaal2. kami x nak susahkan tuan rumah. Jadi kami yang hidang makanan kat tuan rumah, heheheh. Sampai depa kata sapa ni yang tuan rumah, sapa jamu sapa, hehehe. Sehinggakan kami ke oxford, siap bawak kacang hijau yang siap rebus di frozen kan utk buat bubur!

Tapi itulah, besar periuk besarlah kerak.Since scholarship dah naik ni, terasa oklah sikit nyawa tuh. Kadang2 pelik tengok orang jalan sana sini. Banyak nye duit diaorang ni, Banyak nye masa diaorang ni...dalam hati teringin juga tapi tulah, masa dan duit. Tengok rumah orang ada italian dan chesterfield , teringin juga, tapi dok fikir2 , takpelah . tengok orang dok kompol cawan royal albert, dan sewaktu dengan nye, teringin juga tapi tak pelah. Masing2 ada citarasa masing2. nasib baik aku dan hubby punye citarasa yang sama. Bila kawan datang dari Hull datang terkejut tengok rumah kami, "Hai dah setahun pun x beli apa2 lagi perabot?".

Entah, x tau nak cakap apa. Yang ada di living room kami adalah, tv landlord, sofa landlord, rak buku Kak chom bagi, dapur role play masak2 Kak fadhila bagi. Itu jek. Cesterfield kami dari freecycle.

Kewangan kami belum sekukuh orang lain di bumi UK ni. Jadi kami tak berani nak beli yang bukan keperluan. Jangan terikut2 dengan orang lain. Biarlah, mereka ada duit dan mereka suka. Biarlah kita dengan cara kita.........

Sorry ek, panjang bebeno, sebab hari ni x gi lab sebab semalam gi lab smeua orang suruh balik sebab muka demam, mata berair, selsema, batuk. yelah, bila terserempak dengan orang , dok kata "you look bad laily , go home". Jadi malas nak dengo org berleter, jadi hari ni x gi class la......konon nak rehat. Jangan harap. Ummi kat rumah, Fuhh berkepit la apa lagi!!!!