Tuesday, January 20, 2009

ku seru...

tajuk macam ala2 lagi misha omar. memang tengah menyeru semangat. Mari listkan apa yang perlu dibuat
1) 4th Feb, 3rd year seminar (awal tahun pula dia buat)
2) 6th Feb, 2nd year viva
3) 31th Jan- abstract euromat 2009
4) 28 Feb, abstrat icm 2009
5) 2-3 session VSM di leeds (makan 2-3 hari juga)

kali terakhir present depan ramai2 adalah last september. itu juga kali terakhir aku nervous yang amat. kali ni aku kena present lagi di jabatan. walaupun bukan pertama kali, tapi kali ni gerun juga, sebab namanya 3rd yr seminar. kata lain, ala2 final yr seminar. Dan viva 2nd yr menggerunkan. jadi bulan feb adalah bulan yang menggerunkan selain menyedihkan. kenapa???

Husband akan balik M'sia 7 feb-28feb. makanya aku akan dilanda kerinduan yang paling bersangatan kerana inilah pertama kali dapat usia perkahwinan menjangkau 8 tahun, 'perpisahan' paling lama, hehe 3minggu! nasib baik, alhamdulillah lepas aku viva. Doakan hubby aku moga berjaya dengan apa yang dihajatinya!!

moga aku berjaya. paling2 present dengan baik dan paling2 jgn malukan diri sendiri. paling2 janagn sampai masa viva nanti nampak sangat 'ketidakpandaian' ku itew.

bila buat phd, aktiviti present2 ni memang x boleh dielak. aku tau itu bagus sebenarnya . cuma hormon adrenalin aku akan merembes dengan banyaknya....

Ya Allah, permudahkanlah..Allahumma Ameen

1 comment:

Miza said...

he he laily, itu baru 3 minggu berpisah dgn cik abang... akak ni, soon kena berpisah 3 bulan tau.. ini first time jugak berpisah lama gini.. hu hu hu