Thursday, February 01, 2007

Aku bingung

hari ni, aku dan suami masih lagi bermuram durja. terasa lemah longlai badan. berserabut. macam2 ada dlam kepala. Aku betul2 bingung dan bengong ( eh sama lah tu kan). hubby pon gitu. Helper kami x lepas imigresen. Dia di hantar balik ke Malaysia setelah diberi 3 hari temporary admission. Duit kami telah habis RM3500 utk bawak dia ke mari. Duit tiket RM4700 yang dulu untuk dia dtg sini pihak MAS masih tak refund. Bayangkan betapa banyak berabis kami nak bawak dia. Tu x termasuk visa dia + passport+ duit gaji dia lagi. Dah le husband x dpt kerje lagi kat sini. memang kami sengkek, sesengkek sengkeknyer....

tension, stess, sedih , geram, %*&^()*_ x tau nak ckp. pihak BRitidh High Comm masih blom beri result keputusan visa helper aku. Aku betul2 geram, sian kat husband dia dah plan nak kerje tapi la ni terpaksa back to normal, jaga anak yang 3 tuh. Yelah, dia pon ada family jugak utk dia bagi duit. mesti family dia tertunggu2 sebab memang setiap bulan husband akan bagi duit kat mereka. terutama adik dia yang kat UIA tuh. Dia pon jadi pening lah ni. Apa yang mampu di buat?? Nak kerje, tapi kena jaga anak, kerje part time dah apply sana sini, x dpt jugak. kalau ada pon waktu x sesuai. aku kat lab sapa nak jaga anak. kalau ada pon kerje kat bar atau cafe atau pasaraya jual arak atau tempat game. Ish, nagrut!!. Duit biasiswa £850, apalah sangat kat sini. memang kami betul2 miskin di sini. yelah, x delah sampai x makan tapi kena catu sikitlah. aku x delah cerita kesengsaraan aku kat sini kat family tapi mereka tau jugak, mak aku sampai nangis2 kat tepon bila aku kata helper aku kena balik jugak. dah depa suspect dia dtg utk jaga anak2 aku, so apalah daya aku. rasa nak hamun jek imigresen tuh. letih dah kata dia dtg sebab holiday. mati2 depa x caya. masih terngiang sedu mak aku kat tepon. dok kata aku x boleh mewah2 kat sini. x perlah mak. dtg sini bukan nak mewah2, sekadar cukup makan boleh lah... heehhe tepon pun kena potong sebab x bayar bil, hee pagi ni baru aku setelkan. harap2 oklah esok.

husband aku x biasa duduk umah. kat mesia nature hidupnye sangat sibuk. keje awal pagi balik lewat ptg, pastu kuar balik lepas maghrib, balik lewat mlm. hujung minggu pon dia sangat sibuk. tapi di sini? Dia akan bangun awal dari aku, sebab katanya dah nak muntah tidur. hantar husna gi school sambil bawak 3 anak. kang amik anak kol 11.30 bergendong rombongan che'kiah ke school. sian dia dukung anak kiri kanan. kang kat umah nak bagi anak makan, kencing berak semua. dia kata bukan dia x nak jaga anak tapi otak dia beku kat umah. dah internet satu hal. UK ni teruk bab internet. itu kena buat entry lain citer internet nih. lagi sakit jiwa. dia pon x larat tgk scooby doo, tom n jerry, crocodile hunter , cartoon ntah apa2 tuh. terpaksa tgk gak, dah anak nak tgk kan? dia boring2 dia akan masak. Kerje satu hal. pastu bab belajar. aku memang sanjung tinggi niat dia nak belajar. tapi biasiswa x nampak bayang pon la ni. kalau dpt pon sapa nak jaga anak?? UIA tu mcm tipis jek sebab itu bukan bidang dia ketua jabatan dok pertahan dia tapi board lain x setju sebab dia langsung x de background library studies. so x tau lah, ada rezeki ada, kalau tak, kerje dia jaga anak jelah. Aku tau dia punye cita2 tinggi. takkan 3 tahun kami kat sini dia hanya jaga anak jek. at least kalau dia kerje kaya jugak kami bila balik nanti. atau pon dia study , ok jugak. ini dua2 tak boleh. minggu ni dia asik termenung jek. makan pon x lalu. sib baik ada tempoyak mak aku kirim. ehheehh . tapi aku sebagai isteri x sampai hati tgk dia macam tuh. senyap jek. x nak cakap sangat. aku buntu, dia pon buntu. sampai bila kami nak lalui semua nih....aku serba salah....

semalam aku meeting ngan supervisor. dia pon concern maslaah aku nagn helper aku tuh. dia pon geram kat imigresen tuh. tapi alhamdulillah, dia memang baik. rezeki aku dpt supervisor baik. selalu tanye pasal family aku. kwn2 kat sini pon bila tau citer aku nagn helper pon semua simpati , ada yg dtg umah ziarah. ada yang call. terima kasih. memang bukan rezeki kami.

harini , husna x sekolah sebab bangun lambat. pelik aku tidur kol 8pm pon bangun lambat. pagi ni gak aku x de mood. sebab tgk husband x de mood. Aku x boleh jadi supermom all the time. kadang kala badan aku terasa letih tahap gaban. seharian di lab, balik ngan anak2, tidur x lena, kejap2, husna banngun, kang hanis plak, pastu habil plak. Sib baiklah husband aku ringan tulang. SAmpai kadang tu aku jadi seorang pemarah! pantang anak aku silap sikit, mulalah suara aku sampai langit ke tujuh. kalau ganas lagi, tangan aku pon jalan sekali. YA Allah, apa kena ni laily. Dulu x macam ni...

Kesian kat anak2 sebenarnya. Kadang tu aku malu nagn diri aku. bila aku suara tinggi. Husna akan tegur: 'ummi, cakap elok2, jgn jerit2'. kalau aku kemas2 rumah sambil campak2 brg sebab geram + penat. Husna akan kata'ummi, letak brg elok2, jgn campak2'. Then aku sedar, aku silap. aku akan kata pada husna; ok, ummi salah, ummi silap. ummi mintak maaf'. Rupa2nya anak2 aku belajar dari aku sebab aku yang selalu tegur depa kalau depa campak2 brg, tapi aku pulak yang buat macam tu. Is, ummi apa aku nih....

Aku rasa betul2 di uji dan teruji hidup di sini. Allah nak tengok sejauh mana kuat atau tidak iman aku. Jadi aku lani slowly utk realize yang aku kena hadapi semua ni dengan tennag dan tabah. kalau aku sabar dan relax, anak2 dan suami pon akan cool. Semua orang ada masalah masing2. aku x boleh lari dari masalah. jadi tidak boleh tidak aku kena hadapi jugak semua nih.

Aku telah memilih jalan nih. Terlalu byk ranjau duri utk sampai ke tahap ini. aku patut bersyukur. satu hari lepas abis class, aku di tegur sorang budak malysian. dia tanye aku tinggal mana, aku kata di tinsley. dia terkejut. jauhnya. aku kata aku tinggal ngan family. Dia ternganga terkejut. Budak thailand sebelah dia pon terkejut bila tau aku dah kawin. akukatalah , aku ada 3 anak. lagi lah siminah nagn mamat tu terkejut badak. tak caya, x caya....kata budak tuh. La...
budak pompuan tu cakpa, untungnya awak kat sini ada family, saya sorang2 jek, x kawin lagi. bila aku cakap aku anak rapat2. dia kata bestnya. dia teringin nak jadi macam aku, ada family dan ramai anak. mmm, dalam hati aku,,,pelik gak...rupanya org lihat aku cam best plak....

Doakan aku agar menjadi isteri solehah yang sentiasa INDAH di mata suami. memberi ketenangan dan menggembirakan hati. Doakan agar aku dapat menadi ummi mithali, menjadi contoh baik untuk anak2, dapat mendidik anak2 ke jalan di Redhai. Doakan aku dpt menjadi pelajar cemerlang, dipermudahkan segala urusan, di beli ilham untuk memahami ilmu. Doakan aku untuk jadi anak solehah buat parent aku dan parent in law. .....

Inilah mungkin di katakan hikmah dihujung rindu. aku masih belom jumpa hikmahnya yang pasti ada. pasti ada!!! Allah tidak akan menguji melainkan Dia tahu kita dapat melaluinya. Jadikan ujian sebagai cabaran. Semua orang yang berjaya tidak boleh lari daripada masalah. susah dulu senang kemudian. Aku kena berjiwa besar. Kuat dan tabah. dekatkan diri dengan Allah. Sesungguhnya hanya Dialah sebenar-benar Penolong. jangan gundah gulana, ujian itu tanda sayang Allah pada kita. Mungkin Allah rindu ingin mendengar rintihan kita.
mungkin kita ada banyak dosa2. Mungkin kita ada buat silap di mana2, atau dengan sesiapa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

5 comments:

yus said...

sabar yer laily. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, duduk sini memang perlu banyak bersabar, harap laily terus kuat untuk menghadapinya. Yus yg perempuan duduk rumah ajer pun rasa sebu kepala, inikan pulak hubby laily yg dah biasa sibuk tu kan. yus yakin laily dan suami kuat dan tabah orangnya, mungkin hikmahnya belum sampai....Laily boleh..InsyaAllah.

MissMultazam said...

sabar le laili..mula2 mmg camtu takes time to settle down..ade yg lambat ade yg cepat..Insya Allah x lama lagi dpt keje la hubby tu..ade hikmah disebalik kejadiaan ni Insya Allah..
so dont worry be positive..
p/s sofea pon selalu cakap cam husna tu kalau akak marah die hehehe.."ummi why you so grumpy" ish ..malu aje kat anak..

fitrah nasuha said...

everything that happened as a reason behind.. sama-samalah kita renungkan hikmah disebaliknya

suzana said...

assalamualaikum kak laily....

bersabar byk2..inshaAllah mula2 ni kaklaily akan terasa sgt beban yg ditanggung..tapi bila masa semakin berlalu inshaAllah kaklaily akan dpt laluinya..percayalahh..dah try tanya nursery utk habil? dgr citer mahal erk..takde rate for student ker..
saya kat japan ni alhamdulillah ade kemudahan utk anak2.anak2 saya dua2 pergi sekolah(nursery) dari kol 9 sampai 530.actually yuran mahal but for student dpt murah sgt...tapi dugaannya jauh dgn suami pulak..alhamdulillah die dpt peluang keje yg baik tp terpaksa tinggal berjauhan(4hours journey) dan akan byk outstation luar japan.terpaksala saya terkontang kanting hadapi beban kat lab n kat umah sorang2..nakbuat cemana..terpaksala kuatkan hati demi utk anak2...sama2 kita
kuatkan semangat ye kak..demi anak2 kita agar dorang jadi anak yg soleh dan solehah..saya doakan semoga urusan kaklaily dipermudahkan...

Hariz Erzam said...

laily,
mmg kebykan husband yg ikut wife study mmg akan totally berubah rutin hariannya. berdoa moga kita sama2 tabah , dah ini yg kita setuju lalui bersama. Insya Allah, lama2 ok la dia duduk rumah tu.mula2 mmg kesian, tapi nak buat mcm mn kan...rasanya susah kalau dua2 study at the same time without maid nak tlg jaga anak2. takpe, laily settlekan study laily dulu, giliran dia akan tiba juga nanti.