setelah entry aku yang lepas meruntun rasa simpati ramai orang. Terima kasih buat sahabat yang menelefon, email, mesej nagn aku. Paling x sangka, kak faizah yang bertahun2 lost contact tetiba je antar email berkenaan entry aku tuh. Tak sangka, ramai gak sahabat yang ambil berat. Terima kasih sekali lagi.
Alhamdulillah, selepas peristiwa tersebut, hubby terima byk tawaran kerje, tetapi terpaksa menimbang byk perkara. Kerja 1: weekend (7 am-3pm) . Hubby aku kurang berkenan sebab sabtu ahad kami akan sibuk nagn program dan of coz, familt first!! . Kerja 2: kol 4-6pm. weekends (soory weekdays, pembetulan)). masalahnya x de sapa nak jaga anak aku sebab aku masih di lab. kalau hubby nak gi kerje kena kuar kol 315. aku plak kena balik kol 2.30 utk sampai umah kol 315. yelah nak kena ambil alih jaga anak. mula2 huby terima kerje tuh. pastu kami try taney org sapa2 nak jaga anak kami dlm masa 2 jam semenatra aku balik. Tetapi hampa. Nampkanya bukan rezeki juga kali ni. kemudian nak jadi cerita hubby aku lupa utk check sms, rupanya ada interview kol 7.00 am. hubby dah terlepas sebab lambat tgk sms. sedih hubby aku bila managaer tu call kata dah amik org lain. Tapi entah ,mcam mana tetiba dia call back dia kata ada kerje. 6.30 am- 8.30. Yang ni hubby aku terima dan aku pon bersetuju.
Hikmahnya, kerje 2 tu rupanya di sekolah tajaan church. gaji mahal sebab pihak sekolah bayar jugak. alhamdulillah x terima. kerje yang hubby aklu terlepas dek lambat bukak sms tu rupanya kerje di tempat judi. heheh sib baik. Allah tolong. Dan lastly kerje yang hubby aku mula kerje la nih adalah sebuag shopping centre jual baju, kasut. x de jual makanan. tapi kena extend 6.30am-9.00am, termasuk sabtu. Oklah lah tu , tpt tuh di city Hall. kami bertukar tiket tram jelah jimat belanja.
Oleh itu bermulalah episod kelam kabut aku. husband kuar umah seawal 5.30am pada mula2. sian dia nak kejar tram. mula2 solat subuh tepi tram. pastu kat kaki lima kedai. tapi alhamdulillah, la ni subuh makin lambat, jadi sempat la kat umah. Aku plak??? kelam kelibut siapkan husna +hanis + habil utk kuar umah kol 845am. husna masuk school kol9. jadi aku pon menyorong mereka dengan twin push chair. kadang kena sorong sekali 3 sebab husna malas jalan kaki. adohh sakit tgn dan bahu. hati keibuan aku sungguh sayu sebab aku tak dpt masuk class husna sebab x boleh bawak push chair. leceh lak nak bawak hanis dan habil, kang nak pasang kat push chair satu hal lagi. jadi just hantar kat pintu jek. sedih sebab tengok org lain tanggalkan jaket anak, amik kan kad, tapi aku antar tepi pintu jek. alamak, masatu air mata rasa nak luruh. No, laily, u have to be strong....
kalau aku ada appointment yang perlu cepat, aku terpaksa menyorong, push chair yang membawa 20 kg manusia itu ke tram station. dan tunggu husband di situ then pass anak. ehheeh. hai letih wei, sian pon ye gak, sejuk2 budak2 tuh. nak buat macam mana sayang.....
Sian gak kat hubby, biasa pegang pensil dan mengetuk keyboard, la ni kena pegang batang mop. nula2 sakit pinggang gak dia. maklumlah, kena mop tangga 8 tinggkat. Tapi alhamdulillah, dia kata dia enjoy. Yang lawaknya anak2 siap taney, ;babah baca apa kat tpt kerje? hubby aku kata babah baca signboard jek, heheeheh.
Satu lagi, last week satu family demam, kecuali hubby. Suhu badan ku sampai 39.7. Hubby aku kata macam tidur ngan portable heater. Tapi memang meletihkan jaga anak2 yang demam + diri sendiri pon demam. fuhhhh, terible betul, aku pon x pergi school. Yang x larat jugak , x pernak aku rasa makan + minum payau. tekak x leh terima makanan. x de selera. mmm, kuruslah aku.......
MMm, aritu tu mak aku kirim daun pandan. jadi apa aku nak buat??? aku pon mula lah membuat kuih seri muka, kuih lopis dan onde2. Wah!!!! x terbayang aku akan buat seri muka. habis di makan anak2 aku. semua kuih di atas aku buat 100% menggunakan microwave. hai, mesti terkujat mak aku tgk anak dia dah pandai masak. heheeheh, hubby aku siap bagitau mertua aku yanga ku buat seri muka.
Life aku dah kembali happy dan aku akan menjadikan nya happy walaupun sebenarnya hidup ini kita tidak akan happy sepenuhnya. Ada orang ingat gi UK ni macam holiday. happy jek. Tapi hakikatnya tidak begitu kawan!!! banyak ranjauonak duri yang perlu di lalui dan aku telah pon laluinye selama 3 bulan. dan aku akan laluinya selama 3 tahun. Doakan aku moga dipermudahkan segala urusan.
Monday, February 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
alhamdulilah.. Allah selalu beserta dengan kita... ameen
betul tu laily. Ramai ingat yg best ajer kat UK ni, yg tak best dan terpaksa kita lalui mereka tak tahu. Yus pun dah selalu manangis sendiri bila ingat semua yg terpaksa dilalui. Yus percaya laily akan lebih berat menanggungnya sbb laily yg belajar, moga terus tabah. Samalah yus satu family pun demam minggu lepas, dan yus sampai hari ni masih belum sihat sepenuhnya.
lega dengar berita terbaru ni eli. semoga semakin dipermudahkan nanti.
weh, halimi nak buat gathering alumni kbm kat upm nanti. aku tatau lagi gi ke tak. baru ni along ada call. ada juga sembang2 pasal ko hehe. along pun sudah rajin baca blog sekarang. :-D
peluk cium untuk husna, hanis dan habil. nanti jadi 'strong' macam ummi dan babah okeh!
Post a Comment