Wednesday, January 10, 2007

caca merba

entah, x tau nak buat tajuk mende. sejak dua menjak ni aku rajin mencuba resepi baru yang rasanya masa aku mesia dua pon boleh buat sebenonya tapi kemalasan melanda. since sabtu lepas aku menerai hingga mlm tadi aku telah cuba:
1) buat daging dendeng. agak menjadi. yg pastinya habis di makan. husna suka sangat
2) puding roti. ( buat guna microwave, hubby kuar gi interview b&Q aku x start masak lagi, bila dia balik, dah abis, sorry la bang). rasanya dari segi rupa x jadi , tapi yg ptg anak2 nan 3 itu sgt suka
3) mashed potato + gravy- habil giler makan . suka bebeno dia. gravy kurang pekat tapi hubby kata dah ada rupa ala2 KFC punye. kira oklah tuh kan?
4) puding karamel- since kat mesia nak cuba buat, tapi sebab ada jual dah siap tu yg malas tuh. tapi mlm tadi anak aku pulun makan sampai terpaksa sorok kan simpan utk hubby. kang jd batu belah batu bertangkup laks. itupon tinggalkan dia sket jek sebab anak dah raung nak lagi. aduh. nanti ummi cuba lagi ek. dari segi rupa (bab ni aku selalu kantoi) x jadi gak, tapi rasa kira Oklah. kena improve. pestime

mm,isnin aritu pestime aku x tinggal makanan kat umah sebab aku posa. aku saja jek. eheh, nak tgk hubby masak tak utk aku buka nanti. chewah. Alhamdulillah, bila aku balik umah, macm2 dia masak. thanks abang. dan semalam dia masak lagi . wah!!! abang dah mula masak la nih.

masa mula2 dtg UK, bila aku pergi lab, aku prepare semua. dia hanya jaga anak SAHAJA. itupon tunggang langgang umah. maklum dia x biasa jaga 3 anak. dulu maid jaga. selang baper hari, dia dah mula pandai disiplin kan budak2 tuh. at least aku balik x yah pikir nak basuh dah sidai baju. dia dah pandai buat dah. la ni dia dah mula masak memasak. improvement yg sgt baik. Alhamdulillah. dulu hati aku x keruan kat lab, teringat umah jek, boleh ke hubby handle budak 3 tuh. so la ni syukur.....tapi aku x boleh harapkan dia buat semua. aku kena buat juga. husna sellau ckp babah masak x sedap, ummi masak sedap, hehehehe.

Aku x tau sampai bila hubby aku kena duduk umah. Sian kat dia. Dia dah dpt tpt Phd di Durham. agak jauh dari sheffield tapi x de scholarship. Dia cuba contact UIA kot2 ada peluang di sana. Tapi uia nak dia tukar bidang. x perlah. KJ tu kata buat kat sheff pon OK gak. moga murah rezeki dia utk dpt uia tuh. kalau x dpt, nampkanya kena try cari scholar lain plak. tapi aku dah nekad, kami mesti balik berdua dgn PhD. cukuplah sengsara kami masa dia buat master dgn duit sendiri.

4 comments:

Hazim & Hariz said...

Laily, kaklin ni. dah sampai sheffield ye? All the best!

Unknown said...

waah..dah mcm2 laily cuba masak yer...

ummu_naqeebah said...

kak lin: haa tu lah x sempat inform akak, nanti kalu kita ke london boleh la singgah umah akak
yus: sorry lah aritu anak2 saya meragam x tentu pasal umah awak. pasu gi umah kak kina oklah pulak, boleh main sampai kol 11 lebih.
sian kat alia kerepek pisang tu. padahal kat umah x makan pon. nanti kita ganti kerepek baru ek

Unknown said...

laily..kat rumah Kina, si Hadi tu baik jer...takde kawan ajak berebut oklah kot,plus tak kuarkan mainan bebanyak. Alia suka nak berebut, tu yg kecoh sikit..hehe, biasalah tu, mintak maaf gak yer, anak yus tak pandai nak share..