Wednesday, April 19, 2006

isteri YDP 2

mmm, aku pernah buat entry berkenaan isteri YDP. so kali ni aku letak angka 2 menunjukkan ini kali kedua pengkisahan aku sebagai isteri YDP. Bukan sesuatu yang patut dan perlu dibanggakan menjadi isteri YDP ini. YDP bukan jawatan tasyriff tapi satu taklif, amanah umat. Entry ini dibuat sekadar ingin berkongsi rasa dan emosi yang aku alami lebih2 lagi selepas peristiwa malam tadi. harap2 tiada orang salah faham.

aku tak tau hendak mula dari mana. aku sendiri malam tadi hingga saat ini masih rasa sebak dan hiba dengan apa yang berlaku. hasi harun yang aku kenal bukan orang yang menagih jawatan. jawatan itu amanah, diberi bukan diminta2. Tetapi apabila ada orang mempertikaikan kredibiliti dia bagi aku sesuatu yang TIDAK ADIL pada dia. Aku tahu dia pon bukan hebat pun, ramai lagi yang jauh lebih terserlah ketokohan, lebih senior, lebih STABIL dari dia. Kalau nak harap dia menjadi MURABBI memanglah jauh, usia yang muda begitu susah orang nak respect. aku tahu. tapi kita diajar untuk wala' pada pimpinan walau siapa pon dia, berapa pon usia dia. Syura yang memilih , bukan dasar individu. 2 tahun yang lalu sewaktu dia hendak dipilih TIDAK ADA orang yang sanggup pon hendak memikul amanah itu. Aku yakin jika ada orang yang sanggup , hasri harun tidak akan jadi YDP. percayalah!!!! Pada waktu itu tidak ada pun orang mempersoalkan stabilkah dia, family dia macam mana? kerjaya dia? kalau ikutkan waktu itu dia hanya naik kancil jek. dan pada waktu itu dia tengah study. Tidak ada orang bertanye macam mana study? boleh buatke kalau jadi YDP? anak setiap tahun bertambah, stabilkah ekonomi keluarga dia? cukup makan ke dia?heheh, kalau tengok body cam x cukup makan jek. hehehehe

Tetapi atas dasar harapan sahabat2 yang berjanji pada waktu itu hendak membantu, memberi sokongan, menyebabkan dia kuatkan hati juga terima amanah. dia telah menjadi tua sebelum waktunya. dalam entry yang pertama dulu aku ada nukilkan saat2 sukar yang dia harungi. pada aku bukan untuk menagih simpati. Tetapi apa yang telah berlaku seolah2 menunjukkan dia tidak menjalankan tugas dengan baik. Subhanallah!!! Aku sebagai isteri, insan yang sangat rapat, berkongsi suka duka bersama sangat2 terkilan. Ya, AKU TERKILAN!!! Takkanlah hanya kerana dia tidak dapat hadir satu program kerana memang betul2 dia sakit. siap ada surat MC lagi dari Doktor!! orang dah mencurigai kewibawaan dia.

Komitmen dia pada amanah yang diberi sangat tinggi jauh lebih tinggi aku rasa dari komitmen dia pada keluarga. Dia x pernah amik cuti walau aku sakit atau anak sakit pon. Tapi dia akan amik cuti semata2 hendak attend meeting mahupun rasmikan program. dan sebahagian besar cuti tahunan dihabiskan untuk itu. Tidak ada orang tahu pon. Dia sangat berkira2 untuk amik cuti walau cuti raya mahupon cuti aku bersalin!!! dengan alasan, nanti cuti nak guna untuk meeting dan program!!.

Ahh, terlalu banayk hendak aku tulis di sini apa yang dia telah korbankan demi memikul amanah itu. Tapi biarlah Allah sahaja yang menilai. Siapa kita nak menilai pengorbanan dan kerje2 orang lain. Kadangkala kita mudah menuding jari mengkritik , orang ni tak buat ini, tak buat itu, tapi pernah terfikir 4 jari menuding ke arah kita balik, bertanyakan perkara yang sama. Aku sendiri pon terus terang kadang kala terlalu penat untuk hadir segala program. Tapi dia sebagai YDP , tiada istilah penat pun. Dia akan cuba sedaya upaya untuk hadir semua program, dari sekicik2nya hingga sebesar2nya. Tidak pernah keluar perkatan malas atau mencari alasan. Tetapi sahabat2 yang lain?? heheh termasuk aku juga?? sebab aku tak buat kerja sangat jadi aku tak berani dan persoal orang dah buat apa.

Untuk menjadi YDP kita perlu orang yang stabil dan matang dari segi usia. YES!! AKU SETUJU!!. Kalau stabil itu dimaksudkan, mestilah ada kerjaya mantap, ekonomi kukuh, keluarga setel, anak dah besar2. Berapa ramai orang di luar sana yang dah sampai tahap itu. Tetapi di manakah mereka??? Stabil tu macam mana? aku juga boleh kata aku tak stabil, beranak tiap2 tahun, fully brestfeed, baru start kerje, aku juga boleh create alasan untuk aku tidak berada di sini. tetapi, aku masih larat untuk pergi usrah berbanding sahabat yang dikatakan telah stabil di luar sana. aku ni, Kehulu ke hilir mengusung anak. sangat tidak adil bagi aku stabil itu hanye dikaitkan dengan luaran sahaja. Kalau macam tu sampai bila2 aku akan berada dalam tahap tidak stabil selagi aku belum berhenti beranak. Yang penting dalaman, sanggup ke korbankan masa, kerjaya , masa depan,wang, keluarga untuk semata2 pikul amanah? Tanyalah pada diri sendiri.

aku harap tidak ada memangdang serong pada entry aku yang PEDAS ini. AKu bukan nak pertahankan dia sebab dia suami aku. Mungkin sebab aku insan terapat, jadi aku paling terasa. JAuh sekali nak mengharap dia mempertahankan jawatan itu. kita bukan seperti persatuan lain. berebut2 nak jawatan. kalau ada orang yang sanggup aku rasa lebih baik berikan amanah itu pada orang yang berhak. cuma persoalan yang besar, siapa yang sanggup!!Kita di ajar tasamuh, berlapang dada, husnuzzon, oleh itu aku cuba positif. Kritikan penting, amat penting, kalau tidak kita tak boleh maju, tetapi biarlah kritikan itu ADIL dan tidak menyebabkan orang DOWN. Pada aku, kita mesti bersedia menerima teguran, itu yang aku cuba sematkan dalam hati ni. bukan mudah nak terima teguran tau. tapi kita mesti didik hati kita untuk terima, InsyaAllah. orang tegur maknanya orang sayang kat kita. semua nak yang terbaik kan?

banyak akhlak mulia yang aku belajar dari suami aku. sesungguhnya bertuahnya aku bersuamikan dia. walau apa pon dia tetap percaya, menyumbanglah dari apa yang kita ada.Tidak perlu ada jawatan untuk menyumbang. tunggu stabil??? entah bila. bergeraklah dengan apa yang ada. Kalau tak sekarang BILA, kalau tak kita , SIAPA??

Mungkin Allah nak beri rehat seketika buat kita sekeluarga. Lagipon aku akan sambung belajar nun jauh di sana. InsyaAllah , kalau Allah beri rezeki duniawi, kami akan cuba 'stabilkan' luaran kami. mungkin ada orang tengah tunggu kami bawa balik mercedes mata belalang!!!!


lepas ni, Boleh lah kita cuti2 Malaysia selepas ini??? Ahh, isteri mana yang sanggup berjauhan dengan suami hampir setiap malam. Ahhh, selepas ini, harap2 kami punye masa untuk berdating-datingan...., bershoppingan, jom jalan-jalan!!!!

Maaf pada yang terasa dengan entry ni. cuma sematkan satu jek . POSITIF. kalau anggap positif, positifla jadinya. kalau tidak, tidakla.

4 comments:

ummu_naqeebah said...

my world: tulah, kadang kala setengah orang asik dok pertikai orang tapi diri sendiri tak buat apa sepatutnya dia buat. in fact byk tugas, org lain tolong buatkan untuk dia. tapi orang tu x pernah sekalipun ungkit, ?HEi...orang dah buat kerja awak, awat nak bising2?? alamak, kasarlah plak bunyinye....heheh, ni kena tarik balik pemenang esei budi bahasa ni, eheheh

akie, akak tak rasa itu ,mistake pon. clearly, memang ada concrete reason tak boleh attend. awat la dok ungkit2.x paham.....nak kiamat pon dunia ni. sebab orang dah pikir pelik2...dah ada alasan logik pon boleh putar belit...ish....

ummu_naqeebah said...

lupa lak nak jawab soalan myworld. saya tau kesusahan dan keperitan dah mennati di sana. tapi kami (aku dan hubby) telah nekad. disebabkan anak kami cam keretapi dia tangguh dulu phD dia. bagi saya dulu. InsyaAllah, saya akan ke sheffield end of this year jika da rezeki. tgh dok isi borang schorlarship. mm, katanya la ni pensyarah senang nak lepas. harap2 ada lah rezeki

ummu_naqeebah said...

mm, thanka satas sokongan sahabat semua. eh bie, u UIA ke? my husband pon UIA, grad 2000, kenal ke?

Insan Biasa said...

Assalamualaikum elly,

hmmm tak sangka lak boleh jumpa kat alam siber nie. mmmm comel2 anak elly. Masih ingat saya... Lina.. Pernah duk satu rumah dulu...Bila nk sambung study? di mana?..Kekadang kagum ngan elly, masih mampu menguruskan semua disamping usrah lagi.. Sedih gak membaca blog elly...Sememangnya awak memang orang yang tabah... Jumpa lagi...