Monday, April 10, 2006

Yang terbaik hanya untukmu sayang

mmm, sabtu lepas genap la habil 6 bulan. dan pada hari itulah pertama kali habil merasa makanan selain dari susu ibu. baru cuba2 semi-solid food utk dia. mula2 tengok dia cam pelik jek. dia cuma makan 2 susu kecil je nestum tu. actually buat dah blender nasi, tapi tak sempat nak bagi. sebab nak balik kg. Sampai kg dah basi la plak. so, nestum pon Oklah....

Alhamdulillah....seperti tidak percaya. aku telah berjaya memberikan susu ibu SEPENUHNYA kepada habil sehingga6 bulan!!!!, tanpa beri apa2 makanan!! dan aku berazam untuk memberikan susu ibu sepenuhnya hingga 2 tahun. sejak beli breastpump baru, avent, alhamdulillah, susu pon keluar dengan banyak. Aku berjaya buktikan cakap2 orang bahawa baby boy ni kuat nyusu, mampu ke nak susukan, engkau kan kerja. cukup ke susu tuh, dan bermacam2 suara2 yang menyebabkan kurang motivasi. tapi alhamdulilla, walau aku ni wanita bekerjaya, aku mampu berikan. ramai yang tidak percaya, tapi itulah hakikatnya. so, x de alasan kenapa surirumah sepenuh masa tidah boleh susukan sendiri anak mereka. aku selalu bagi nasihat berkenaan penyusuan kepada ibu2 muda di ofis Ok. sampai aku ni jadi seolah2, kaunselor laktasi tidak bertauliah. heheheheeh.

aku bukanlah ibu yang terbaik. aku tidak mampu nak berikan pakaianan mahal2, mainan yang branded, rumah besar dah mewah, bawak anak2 bercuti di tpt hebat2. aku hanya mampu berikan SUSU IBU sebagai yang terbaik yang boleh aku berikan. aku puas melihat anakku membesar bagai johan , hehe, senyum gembira dengan hasil susu ibu. hilang rasa penat lelah memerah susu. sebelum ni aku hanya pakai yang murah je, brand anakku, beli masa offer, breastpump, RM23. bayangkan aku pakai since hanis lagi. ~setahun lebih dah , sampai ke habil boleh pakai. berapa penjimatan tu!! susu lembu la ni mahal!!!

aku tengok ibu2 moden la ni, sibuk nak belikan mainan fisher price, toy R us la, kalau boleh susu yang paling mahal, hantar nursery yang terkenal, semua nak yang terbaik tapi tidak sedar yang terbaik itu ada pada diri kita sendiri. kalau nak yang terbaik untuk anak kita, berila susu ibu!!!
memang , masa mula2 dulu rasa cam mustahil je boleh nyusu sepenuhnya, tapi lama2 , malaysia boleh, aku berjaya. sekadar berkongsi dengan sahabat2...

jika kita ingin nyusu sepenuhnya, berikut merupakan tips personal yang boleh aku share
1) Yakin boleh!!!!! percaya atau tidak sebenarnya susu dari badan kita ini cukup untuk 6 orang budak!!! (ada kajian buat). so x de alasan la kata susu saya x cukup. yakinlah!!!!kalau anak merengek2 walaupun anda dah susukan dia, dan orang kata lapo tu, x cukup susu tuh, bagi jele susu formula. JANGAN PERCAYA, even yang cakap tu ibu anda, atau ibu mertua anda!!!! (bercakap dari pengalamanla ni) . may be anak anda perlukan belaian atau masalah lain.
2) support group. saya sendiri join support group untuk breastfedding mom, ummikusayang.com, susuibu.com, momslittleones.com.Ini penting supaya kita boleh berkongsi aspirasi yang sama, x la tension, share masalah. percaya, really helpful!!!!
3) ilmu, la ni banyak kursus, pergilah, kalau malas carile buku, majalah, website. InsyaAllah, bila kta ada ilmu kita akan yakin dan motivasi. contohnya, saya dulu sakit masa breastfeed, inverted nipple, rupanya kita boleh guna shield, so kurangla sakit dan kita boleh improve sket nipple tuh.
4) kemahiran+ pengalaman. biasanya anak pertama susah sket. saya pon gitu. saya sendiri start fully breastfeed masa anak kedua, hanis dan habil. anak first full masa dalam pantang jek, pastu start le campur.jadi kita pon dah rasa masalah2, inverted nipple, bengkak, demam, berdarah. saya pernah menyusu anak sambil nangis2. tahan sakit. percayalah, sekejap sahaja. lepas 2 minggu, anda akan biasa, dan anda akan rasa satu perasaan yang menabjubkan. cubalah sendiri
5) breastpump yang sesuai
masa anak first saya guna breastpump yang picit2 tuh. penatnya. sampai suruh hubby tolong picit getah tu. bila x larat picit. sikit je susu kuar, dah le fed up. lama2 pakai susu formula je la....pastu my sister introduce pump yang tarik2. tu yang guna anakku tu. pastu letih la plak. tu yang try guna avent plak. mahal la gak rm196, beli sebabkwn jadi dealer. Ni pon teringin rasa nak beli yang terbaru avent, tapi mahal la plak. x pelah. InsyaAllah, ada rezeki beli...so, try la guna breastpump yang OK, macam avent atau medela. boleh beli online kat susuibu.com atau momslittleones.com
6) sokongan suami. ajakla husband anda gi kursus antenatal + penyusuan. suami pon kena ada ilmu jugak. alhamdulillah, my husband memang supportive. in fact sekarang ni, bila habil nangis waktu mlm, dia yang ambil dari baby cot dan letak tepi saya. saya cuma bertugas susukan sambil mata terpejam. bila saya dah terjaga dan habil dah pon tidur balik kekenyangan , kejut hubby, "bang, letak balik habil"....senangkan tugas anda????

6) contact dgn certified lactation councelor (betui ke eja ni) . dulu masa aku ada masalah nipple confuse aku call dr adlina suleiman (kat pa n ma tu). no tepon pon dpt dari support group aku. kekdang aku email kat rita momslittleones. lagipon la ni byk volunteer kaunselor laktasi, just call. mereka sedia melayan anda. aku pon pernak call kak norjinnah, presiden persatuan penyusuan ibu malaysia . mereka ni sangat membantu.....
7) Doa, penting sangat. susu tu kan rezeki dari ALLAH. pohonlah, moga anda di beri kekuatan. "Faiza A'zamta, fatawakkal"...

saya tahu bukan mudah. sebab saya pernah melalui juga saat2 yang sukar, dimana saya pregnant 3 tahun berturut2. saya pernah rasa kecewa yang teramat kerana tidak dpt bagi susu ibu sepenuhnya pada hanis kerana ketika dia 5 bulan saya sudah pon pregnnat kan habil. dan saya masih fully breastfeed hingga hanis 6 bulan setengah dan kemudian saya mula campor susu kerana saya tidak mampu lagi nak full. walaupon pregnnat tapi saya cuba juga susu kan hanis sampai kandungan saya ~4-5 bulan.

Aku harap tips di atas dapat dikongsi bersama. aku pon plan gak ni nak gi kursus. teringin gak nak jadi kaunselor bertauliah. heheh nak bantu ibu2 yang lain. kang kalau tak bertauliah aku cakap org x percaya la plak. ehhehe





Ni antara wajah terbaru habil. sihat nye!!!!! tembam teramat


ni gambar terbaru anak2 ku nan 3 itu!!!!. Ummi harap u all jadi anak2 yang soleh+solehah. Doakan ummi moga jadi ummi yang terbaik.......

percayalah anak2 ku..
Yang terbaik hanya untuk mu sayang.......

1 comment:

ummu_naqeebah said...

mm, actually saya lmbat gak dapat baby. saya tau saya pregnat anak first tu bila lagi seminggu nak first anniversary. pastu terus berderet2.
utk petua dpt baby tuh,,,mmm, selain berusaha, bolehlah amalkan doa nabi zakaria tuh selain buatlah juga solat hajat bersama suami. InsyaAllah, ada rezeki tuh...mungkin Allah nak bagi sekaligus banyak2 mana tau kan??