wah !! dengao tajuk cam hebat. tapi actually x de mende pun. heheeh ahad aritu b'day hubby. aku dok pikir apa ek nakbagi hadiah. sellaunya aku akan buat le apa2 surprise utk dia. mmm, kali ni aku belajar buat kek sendiri. alamak, camera tinggal umah la. aku ada bukti yg kek tu aku yang buat ehheeh. nanti ek aku masukkan kemudian. Pandan layer itulah nama kek nya.
aku balik klang dengan anak2 tanpa hubby sebab dia ada tamrin qiadi di morib. sampai klang, akak aku pon ada jugak ngan anak2 dia, tanpa suami gak. husband dia outstation. Hai, masing2 balik tanpa laki, hehehehe
jam hampir 12 mlm, aku masih dok sibuk2 nak siapkan kek. konon2 buat mlm nak tunggu anak2 ku tidur, tapi nampkanya tak menjadi. si husna sibuk kacau jugak. try call hubby nak wish b'day, x dpt jugak. alamak tensionnya. aku nak jadi orang pertama wish dia. last2 aku hantar sms kat shiraj, a.lan, dan azman. aku tulis"
"urgent! minta hasri call saya<>
pastu call 3 pagi , bunyi telefon berdering, bunyi gelabah jek, hubby aku. dia tanye apa yang urgetn tuh
dalan ngantuk2 tuh aku cakap," happy b'day".
esoknya aku buatle topping kek tuh, ikut cam dalam buku tu. comotnye aku buat. maklumla first time. siap buat tulisan lagi, dalam jawi lagi, ehheh, mana nak jumpe kek tulisan jawi???
aku sms kan shiraj dan a. lan yang turut sama di morib bertamrin,
"arini b'day hasri, nak buat surprise, boleh tlg kompolkan kwn2, makan kek buatan sendiri jek"
"Ok, lepas zohor ek,
aku pon gilah morib, aku ajak adik aku tolong drive. sampai2 dah zohor. solat dulu. la rupanya baru nak majlis penutup. lambatla plak. perut berkeroncong ni. mana ada kedai dekat2 sini. sib baik kem el azhar tu ada buka kedai mini. jual maggie. so aku nagn adik aku dok pulun makan maggie dalam cup tu. kedai tu dok siapkan air panas. wah!!sekali sekala makan maggie ngan air cincau sedap plak....eh, apa kabar kek aku dlam kete, alamk cair le krim nyer...
memang betul...tak apalah, habis je tamrin, lepas salam2, peluk. diaoarang buat pengumuman.
"Pengumuman!! hari ni B'day Hasri Harun," aku pon kelam kabut gi amik kek tadi.
dalam dewan tu ramai2 nyayikan untuk hubby aku
"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan hasri harun, Allah selamatkan kamu"....
Really surprise!!!!!!(thansk br shiraj sebab bantu arrangekan)
ramai yang tak percaya aku yang buat kek tuh, hehehe ramai yang puji gak, Ini menyebabkan aku bertambah semangat nak belajar buat kek ni.....
aku juga telah membelikan sepasang baju+seluar+stokin, dia nampak happy.....aku pon happy...
mmm, may be orang rasa alahai, b'day ni every year, x perlu nak celebrate. pada aku, event2 yang penting ini perlu dirai, especially anniversary dan b'day ni. aku plak dari kecik mak suka celebrate. alah, makan2 kek , gitu2 jek. kira OKlah kan? tapi bila aku kahwin, budaya aku dan suami berbeza. dia tak biasa celebrate.
pernah haritu b'day aku. aku tunggulah sampai kul 12, dia selambe je tidur. takdele nak wish mende2. aku rasa esok kot dia nak wish. tapi bangun pagi dia selamba lagi. eee, bengang nye aku. dia gi kerje cam biasa je. x de rasa apa2 pon. bila aku sampai ofis, aku bukak le email, kot2 dia nak wish dalam emial. tapi x jugak. check sms x de jugak. sampainye hati, lupa b'day bini sendiri. ni x boleh jadi. aku antor sms
"abang ada lupa sesuatu tak harini"
dia balas
"eh, abang ada tertinggal kunci ke apa?"
aduiiiii, sakit jiwanya, ni kira dah merajuk dah ni...
tak lama kemudian aku terima email...
"sorry...abang lupa, hari ni B'day elly....., happy b'day...."
ish, ish, sabo jelah........
Itulah hubby aku. pernah aku merajuk berhari2 masa mula2 kawin dulu sebab dia x celebrate pon b'day aku. bila dah merajuk , jenuh le cik abang pujuk. ....,
Cuma istimewanya hubby aku, dia suka buat sajak untuk aku sempena b'day atau anniversary. Inilah hadiah teristimewa, x de jual di mana2. almost every year dia buat untuk aku. tapi sejak dua menjak ni, bila anak berderet, dia x sempat nak buat sajak. kira belikan kek pon dah Oklah tuh. aku pon bukan jenis nak demand tinggi. pada aku dah cukup seronok kalau tarikh istimewa itu kita dapat bersama orang yang tersayang. nanti kalau ada masa aku masukkan sajak2 yang dia pernah antor kat aku, heheheh
Actually aku nak buat second surprise kat ofis dia, tapi sebab semalam anak2 aku demam plak, x dptle aku gi ofis dia. x pelah,,,,,
Itulah aku, setiap kali b'day atau anniversary aku akan memikirkan apa surprise dan kelainan yang aku nak buat. seronokkan bila kita dapat happykan orang yang kita sayang???
Tuesday, April 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment