saya tahu ramai yang menggunakan tajuk yang sama untuk menceritakan tentang pemergian Ustaz Asri. Saya adalah salah seorang peminat beliau sejak zaman persekolahan dulu. saya membesar dengan lagi2 nada murni. pada masa yang sama saya juga kenal ahli keluarganya. Saya kan orang Klang.
Adik Allahyarham, mashitah (saya sudah tak ingat nama penuh) pernah sekelas dengan saya, Tingkatan 3 dulu. . Adiknya menjual kecil2an kerepek pisang di dalam kelas dan saya antara orang yang selalu membelinya. housemate saya Kak hanita shahadan (kak ita) adalah adik kepada isteri allahyarham Haliza Shahdan (yang juga dikenali sebagai kak jannah) . Teringat satu ketika saya pernah menjawab telefon Ustaz Asri sewaktu beliau telefon rumah sewa (dikenali sebagai Baitul I'zzah) kami untuk jemput Kak Ita balik rumahnya. Saya gatal mulut memanggilnya Abang Asri (sebab dalam telefon tu yang berani tu, hahaha). eheh ni zaman anak dara dulu. Menurut Kak Ita ahli kumpulan Rabbani sangat sempoi, Mungkin mereka sudah biasa susah dulu semasa dalam nada murni menyebabkan mereka tahan cabaran. Apa sahaja yang dihidangkan mereka akan makan saja, tak perlu risau sedap atau tidak,
Sayangnya saya tiada gambarr Kak Ita sekarang. Memang boleh keliru antara kakaknya. Saling tak tumpah.
Kak jannah memakai telekung. Apapun orang lain kata disebabkan allahyarham menceburi bidang seni tanahair. saya tetap menyukai sebab beliau berprinsip dan bersih. Saya akan tetap mengenangnya sebagai insan yang pernah berjasa. Lagu yang paling saya suka adalah "MUnajat" sewaktu nada murni dulu.
apapun, marilah kita sama sedeqah Alfatihah...
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
eh Elly...betul ke tudung pink tu Mashitah?? lain nyer...
memang satu kehilangan besar dlm industri dakwah negara.. alfatihah..
saya agak2 je siti. dah x ingat lah. nampka cam lebih kurang. mungkin tak kot.
salam...
alfatihah juga buat ustaz Asri....kak laily!!nak tanyer sikit boleh???!!!hihi...sayer raser mcm lain sikit baca tulisan kak laily kali ni...raser mcm bukan kak laily yg tulis...hihi...tak tahu kenape???pe2 pun semoga Allahyarham ditempatkan bersama insan2 soleh...Aameen...
lagi satu nak tanyer mengaji anak2 dah start ker belum???Alif asyik tanyer jer...biler nak ngaji...sayer call kak laily selalu tak dpt...ustaz pun samer...rumah pun samer....kalau dah start bagitahu yer....sbb sayer bukak e-mail darnall x der ape2 info pun lg pasal ngaji...ok tq alot kak laily!!
salam...
eh, arsnaya ustaz dah lama bagitau pasal kelas nagji tu. dah lama dah mula zahrah. cuba call balik ustaz petang ni. atau datang je umah. petang2 kul 5-7. eh..betul. akak la yang tulis. naper? formal ke, heheh
oo, akak tau zahrah, bilka akak baca bali, akak sellau guna "aku" tapi entah tanpa sedar, kali n akak guna "saya". ahhaha
Asalam..Moga Roh Allahyarham di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.
Kebetulan saya masuk blog ini,dengan izin Allah jua:)..Anda kenal dengan Mashitah Ibrahim?..Anda boleh layari blog:http://nurdaniabalqis.blogspot.com/...dan boleh lihat gambar2 semasa hari pilu perginya Ustaz Asri dan majlis tahlil beliau,saya adalah sebahagian ahli keluarga beliau,,suami kepada Mashitah Ibrahim:)..
Kalau boleh saya dapatkan email saudari:)..
moga dengan izin saya linkkan alamt blog saudari ke blog saya:)..Trima kasih.
Post a Comment