Sunday, July 19, 2009

pilihlah aku

sejak menggunakan FB, blog ni sudah jarang di jengah. Lagipun, sejak 3 minggu ni kesibukan aku sangat luar biasa. inilah tempoh paling sibuk dalam sejarah buat phd rasanya. tapi aku suka sibuk! bila sibuk aku tidak rasa bersalah sebab minggu depan ni aku akan berconference+bercuti. last sekali bercuti adalah masa easter haritu. kebetulan pulak kali ni memang anak2 semua cuti sekolah.

dalam tempoh 3 minggu ini juga terlalu banyak suka duka yang aku lalui. bagi yang ada fb mungkin faham dengan status yang selalu aku buat.
Apapun, aku sangat percaya bahawa Allah itu Maha Adil kepada hambaNya. Ada masa Allah susahkan, ada masa Allah mudahkan. Allah itu Maha Bijaksana. Satu masa kita akan tahu, sungguh cantiknya perancangan Allah.

Menghadapi momen2 sedih dalam hidup amat memerlukan kekuatan luar biasa. Dan kekuatan itu hanya terdapat PadaNYa. Mintalah PandaNya.
ungkapan ini sering aku ulang2. Allah memberi kita ujian kerana Allah rindu hendak mendengar rintihan dan rayuan hati dari kita. Sebab Allah tahu, manusia biasa seperti aku, lebih mengingat Allah bila susah, Ahh! malunya dengan Tuhan, bila senang lupa Dia, bila susah baru mencari!.Bukan lupa Tuhan cuma kurang akrab dan intim berbanding masa susah. Ahh lemahnya iman.

Rasulullah juga diuji, dan Baginda sabar. sabar dalam ertikata proaktif. ujian baginda tersangat jauh bezanya dengan yang kita lalui sekarang. hanya sekelumit. ahh sebesar zarrah! tapi kita sering mengeluh. Ahh lemahnya iman.

Ilmu itu Nur, cahaya. hanya akan dimiliki oleh bersih, luar dan dalam, dan orang itu pasti orang yang dipilihNya.

Ya Allah, pilihlah aku untuk memiliki setitis ilmuMU. Muliakan aku dengan ilmuMu, Kuatkan aku dengan ilmuMu.

Pilihlah aku Ya Allah
Pilihlah Aku Ya A'ziz, Ya Rahman
Pilihlah aku

1 comment:

Nany said...

salam ziarah..visit us for LATEST TUDUNG EKIN COLLECTIONS in town!!

http://mama-homebiz.blogspot.com