Monday, May 18, 2009

sekolah rendah dan tarian

hari Guru, 16 may sungguh significant dalam hidup aku bukan saja kerana perkataan "guru" itu, tetapi kerana tarikh inilah, kali pertama saya bergelar "UMMI". Husna lahir pada 16 may 2003, setelah hampir 2 tahun usia perkahwinan kami. pastinya kehadiran husna sangat dinanti2. dan yang paling menarik sekali husna lahir tepat 1.05 tengahari. iaitu waktu murid2 balik sekolah!

guru, sekolah dan rumah. 3 perkara yang sangat dekat di hati. rumah ku (rumah kedai) berada diantara dua sekolah, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. dan aku adalah pelajar yang baik (x caya tanya cikgu aku) , huhu tidak pernah ada masalah disiplin yang teruk. cuma pernah sekali ponteng sekolah agama sebab pergi kelas tarian (huhuhu).dan aku di rotan di hadapan kelas oleh Ustaz Mashkur. ini gara2 terlalu taksub menari. padahal aku adalah penolong ketua pengawas yang selalu membaca doa sewaktu assembly lantaran ketua pengawas (lelaki), yang tidak fasih membaca doa . ish ish, x patut x patut

ramai pastinya terkejut jika aku katakan aku adalah "BEKAS PENARI". ni zaman sekolah rendah la ye. dan aku sangat memberi komitment pada bidang ini. sehingga pernah masuk pertandingan ke zon, daerah, peringkat negeri, dan 2 kali masuk TV. adakala grup tarian aku dijemput untuk menari hari kanak2 sedunia, di agensi kerajaan dan RTM, utuk sambutan aidil adha (awatlah masa tu x de astro, ) . huhu dan aku bersyukur lepas tu masuk sekolah agama, kalau tidak aku mungkin sekarang tengah menari di istana budaya agaknya, kalau tak pun jadi pengkritik di AF atau sehati berdansa. antara tarian yang aku mahir, zapin dan inang. dan banyak alat2 yang pernah guna untuk menari, antaranya, nyiru, tempurung, selendang, kipas, payung, tepak sirih. sebab itu aku tidak heran melihat husna dengan "cekap" nya menari musical dance . kat uk x de zapin, ok! berbanding dengan hanis, hanis, agak kayu sikit (agaknya ikut babah dia), heheh, husna badan nya, lentuk lentik sikit.

hingga kini, aku tak boleh lupa saat dan momen indah sekolah rendah dan pastinya Ustaz Hasri terkejut tahap gaban melihat zaujahnya boleh menari dengan "anggun" nya. dan mengikut teori, kalau dah nama bekas penari, tak kisahlah zapin ke apa, tarian ala2 high musical pon bisa jugak. inilah yang buat ustaz pening kepala. dan aku adalah ummi yang ranggi dan sporting. Tapi syaratnye di rumah saja lah. kira untuk senaman tegang2 urat gitu.

memasuki sekolah agama pada zaman itu tidak mendapat sokongan yang baik dari saudara mara. tetapi mak aku nekad hantar jugak, pedulikan kata orang . pada waktu yanga sama aku dapat sekolah convern bukit nanas (fuhh kalau aku pergi confim menari lagi). mula2 aku pun belah bagi tapi aku teruskan je sekolah agama. dan inilah keputusan yang mengubah cara hidup aku. AKu mula mengenal usrah dan qiyamullail, mengenal jati diri dan ukhuwwah. yang pastinya mengenal hidup di sini. Malah aku menjadi "gadis" di sini dengan bantuan kakak2 senior yang tersangat baiknya. tiada ragging, adik2 baru dilayan seprti adik sendiri. momen2 indah (tak gitu siti dan lin?)

dan yang paling indah mengenali guru2 yang sangat dedikasi. antaranya Ustazah Sarah, beliau mengajar bahasa arab. waktu itu beliau guru kelas, dan beliau tahu latar belakang aku . beliau selau menghulur duit waktu rehat.
terserempak di tanggga..
"laily, enti dah makan"
"belum ustazah"
"nah , ambil duit beli.."

terharu sungguh. adakala jika aku membantu dia (sebab aku ketua kelas) , dia akan menghulur duit kepada aku. mak aku ada kedai, jadi aku selalu makan roti dari kedai mak aku je. x de beli2 sangat kat kantin (sebab itu aku tembam). pernah satu ketika , aku tak ingat aku sakit apa masa tu, aku berjumpa beliau di bilik guru dan beliau menghulur duit di bawah meja, untuk elakkan guru2 lain melihat beliau memberi duit. sungguh pemurah. pernah satu ketika dia beri aku pinjam pen, rasanya masa tu untuk tolong kira markah ke apa, x ingat, dan aku terhilangkan pen tu. aku takut, sebab nampak macam mahal pen tu. aku cuba elak dari bertembung dnegan dia, tapi mana boleh kan. bila dah bertemu aku denagn takut2 cakap pen tu dah hilang. yang buat aku terkejut, dia kata tak pe. dan buat aku lagi terkejut, dia bagi duit lagi. ya Allah. aku hilangkan pen, aku dapat duit.

sewaktu aku mahu berpindah ke sains selnagor, aku dapat rasa dia sedih sangat sebab berpindah ke sekolah biasa dari sekolah agama. mungkin belaiu takut aku hilang kekuatan. tutur katanya lebut menembus jiwa, hingga hari ni masih terbayang wajahnya. Dan aku yakin antara penyebab kejayaan masa PMR dulu adalah berkat doa2 guru, antaranya Ustazah sarah.dan yang pastinya doa2 itu bukan terhenti setakat PMR, tetapi berkatnya hingga kini. pengajaran buat aku, hubungan guru dan murid yang indahnya dan dikenang bukan sanagt di dalam kelas, tetapi di luar kelas. keikhlasan budi dan akhlak.

Makanya, Guru dan Doa x dapat dipisah, dan aku berjanji pada diri sendiri untuk menjadi guru yang sentiasa mendoakan anak muridnya. Sebab keberkatan guru pada doanya......

P/s: hari ni ada masa senggang lantaran last week dah hempas pulas untuk persediaan meeting. maka hadiahnya adalah entry ini!

2 comments:

Jannah Ibrahim said...

huhuhu... teringat balik ek... tak letak ke gambar zaman penari tuh??hehehehehe...zaman ramai peminat tak cite ke???
Teringat kt Ust Sarah jugak...memang best ...

Unknown said...

kak balik mesia nnt bole la tubuhkan group high school musical yer..huhuhuh