Thursday, May 28, 2009

potty training dan botol susu

ada kawan2 bertanya aku macam mana nak handle 2 bende ni, botol susu dan potty training. yelah, keterlaluan juga kalau dah umur 6-7 tahun tapi masih perlu minum susu melalui botol, apatah lagi nak tidur masih perlu berlampin (walau dah ke school) . aku bukan pakar tapi ini berdasarkan pengalaman yang terbatas ini dan ilmu2 yang setakat inilah.alhamdulillah, anak2 la ni aku semua 100% dah x pakai nappy dan x minum botol. kedua2 bende ni sangat berkait rapat. sekiranya anak kita masih menyusu botol sukar sebenarnya nak manage potty training lebih2 lagi yang suka sangat minum susu botol ni. sebab dia banyak kencing banding dengan yang x minum susu botol, aku rasa lah. agak sukar sikit nak control.

sekiranya anak kita fully breastfeeding (tanpa campur susu formula) , tersangatlah mudah. contohnya habil. masa dia 2 tahun, dia masih lagi x de tanda2 nak berenti nyusu. jadi hubby cadangkan "apa kata kita beli botol susu, kalau dia minum susu botol, dia x nak lah kot breastfeed lagi". OK, aku ikutkan sebab masa tu dah rimas dia berkepit nak nyonyot saja. kalau tak bagi, dia berguling2, nangis macam nak pecah dunia. tapi habil x nak botol, yang terkejutnya husna dan hanis plak yang suka. aku kata "udah, x boleh jadi, kakak2 dia plak yang nak". masa tu dah lama kakak2 dia aku dah train minum cawan. mengada2lah plak nak minum botol. laaast decision...aku buang dalam bin semua botol2 yang dibeli. dan aku decide teruskan saja nyusu habil, selagi dia nak. aku kena pikir cara lain nak ceraikan susu dia kemudian. lagipun aku bukan nak ada baby lagi. jadinya, susukan jelah dia. habil sangat2 beruntung.

nasihat aku pada susah sangat nak "cabut" botol dari mulut anak, mulalah train anak minum susu pakai cawan. dan kemudian "buang semua" botol2 dalam bin. jangan tinggal satu pun. sebenarnya lebih sihat, bersih dan hygine anak2 minum dari cawan. botol susu dan puting sukar dijaga. kalau x kena cara, anak2 boleh sakit perut la, contaminate segala macam, dan nak jalan2 pun susah, dah kena bawak ke sana ke mari. pada aku umur lebih 2+ tahun dah x perlulah botol. kejam kah???. x taulah, anak2 aku gitulah. kesannya, anda tidak perlu risau sebab dah x perlu bangun malam. kalau bangun pun anak2 aku minum air kosong saja, habil la ni 3y+ bangun minum air kosong saja.sian jugak, kalau ada anak2 yg umur 5-7y pun mak ayah kena bangun malam buat susu.

apapun bergantung pada citarasa masing2. masing2 ada cara tersendiri . dan mungkin cara aku "ganas" sikit. heeh mak aku kata, biarlah minum botol, kecik lagi.. sebab mak aku takut kalau aku layan anak aku cam org besar, dan aku akan tambah anak lagi. heheh dan aku suka layan anak aku macam org besar, berfikir macam org besar. mereka akan cepat matang, tapi tanpa menafikan sifat anak2 semulajadi, of cozlah kan. gaduh, jerit2, manja, tantrum, ngada, rengek2, lumrahlah kan.

ok bab potty traning plak. husna seawal 2y 3 m , hanis, lambat sikit, 3y (sebelum masuk nursery) , habil 2y8m, mereka sudah 100% potty training. caranya? anda kenalah ambil cuti. penting ni. dan concentrate pada dia jek. eheheh dan aku tidak pernah belikan apa potty trainer pun. bekas ke apa. aku ajar dia guna toilet yang kat rumah terus. masa kat M'sia aku suruh dia wee wee cangkung je. lepas tu ajar dia guna toilet bowl yang kita guna. just guna lapik utk budak. setiap 10 minit, suruh, pastu setiap 20 min, 30 min, sejam. camtulah. tidak ke banyak kerje tu. sebab tu kena cuti. jangan harap kan pengasuh sangat untuk buat. kita kena buat. hari 1-3 siksa sikit. dan akan byk kali accident. masa ni kesabaran kita macam dicarik2. heheh. lepas tu kita kurangkan masa, sejam, ke 2 jam. masa 2-3 hari tu, malam2 pakaikan lah nak tidur, lepas tu, kita kena berani untuk x pakaikan dia. macam tulah. kita psiko anak kita, kencing kencing kencing, wee wee wee wee. hahahaa, letih sapa jadi anak aku ni. InsyaAllah, lepas 1-2 minggu anak kita akan ok.

di uk lagi azab. hanis dan habil potty training di sini. dgn rumah berlapik carpet lagilah haru biru hidup. temperature nak naik saja. tapi mungkin sebab ada sikit pengalaman, alhamdulillah, cuma di sini aku cuba, awal2 guna pampers yang cam seluar tu dulu. at least kalau terkucil, dalam pampers tu. tapi sama jugak. 10 min, 20 min..bawak dia ke toilet. tapi kelemahan nya, kita jadi malas sebab " ala, ada pamper". heheh kita x boleh beri peluang pada diri kita untuk malas...

apa dah merapik laily ni, ada ke org nak baca citer bab pempers ni.heheehh

mungkin aku ni sebab terpaksa. dapat anak setiap tahun, kalau tak tegas potty traning. matilah aku kena beli pampers utk 3 org, susu, botol susu, puting. fuhh. itulah agaknya aku lebih berdaya juang.

ok, kawan2, moga terjawab soalan. dan mungkin cara aku kureng sesuai, anda boleh guna cara dan rekacipta sendiri , ok jek, tak de betul salahnya. kadang2 anak2 kita x sama. cara ni sesuai utk anak saya, maybe x sesuai untuk anak anda. bagus di uk ni, walau camner pun sebelum 3y kena lulus potty training.heeeh

itu yang fenin nak tambah anak, sebab lepas tu kena lagi jalani potty training...huhuhu


p/s: ini lah kesanya bila data analysis untuk hari ni dah siap. makanya terimalah entry yang meleret2 ni.

No comments: