Tuesday, May 12, 2009

komen tentang isu

pagi ini agak tension sebab nak guna AFM tapi ada problem la plak dan technician x de hari ni kena tunggu esok. fuh pastu appointment untuk guna HF for etching , pukul 2 la plak (terpaksa minta tolong org buatkan) . dan thomas akan dtg jumaat ni. banyak mende lain nak buat sebenarnya. tapi bila apa yang dirancang x menajdi, fikiran berterabur sebenarnya aku boleh handle sendiri HF tapi aku tak lulus ujian COSHH assesment. fuh sebab gagal buat CPR dgn sempurna, ujian teori aku pass. sebabnya aku dahletih sangat sebab sebelum tu masa practical test kena ubah casualty kepada recovery position dan remove lab coat, etc. dan casulaty nya sangat2 gemuk (ni org betul ni, sib baik pompuan)! mengah, jadinya examiner komplen masa CPR, aku tekan x cukup kuat dada patung tu dan hembusan udara pun x cukup. aku sebenarnya sudah mengah!!makanya aku gagal. kena repeat semula termasuk dengar ceramah bla bla... kena gi kursus balik sehari setengah, pheww angin aku satu hari. Rupanya bukan sennag nak buat. cungap juga!


isu paling current adalah isu politik terkini. mungkin ada yang pikir, laily ni asik2 politik, buat jelah phd tu. mmm, pastu sokong pembangkang la tu, x sedar dapat biasiswa kerajaan. x sedar diri. mm, mlm tadi aku baca berita x pasti BH atau UM, dato' saifudin abdullah , timb menteri KPT ( my senior actually) kata "jgn anggap bila pelajar kritik kerajaan mereka adalah pembangkang". yup, aku sangat setuju, satu kesilapan yang sangat2 besar sebenarnya, x boleh langsung kena kritik, terus je label pembangkang. OTAK CETEK!!!jadinya jika ada orang forward entry ni ke KPT x delah takut, ehheh sebab dato' saifudin kata , boleh kritik, heheheeh. lagipon sebagai pelajar kena juga ambil tahu isu2 semasa. supaya kita lebih kritikal memberi pendapat.

biasiswa yang aku dapat bukan milik kerajaan secara mutlak, bukan duit poket dan kantung orang politik tertentu, tetapi duit rakyat, pembayar cukai, termasuk bapak aku, bapak kamu2 semua. Jadinya amanah UMAT yang jauh lebih besar. InsyaAllah akan ku tunaikan sebaik mungkin untuk manfaat umat. ameen. jadi izin kan aku memberi komen tentang masa depan umat aku sendiri.

sangat risau dengan situasi yang terjadi. kejap halal, kejap haram, kejap halal balik, kejap haran balik. macam satu permainan budak2 kecil hingusan. dan banyak masa dan duit dihabiskan untuk urusan kes2 mahkamah yang tidak perlu. kesannya rakyat terbiar. kalau tak saman x boleh pulak, kena jugak saman. jadinya antara kerje pemimpin negeri dan negara la ni, saman menyaman, report mereport,. dan jenayah pon berleluasa, sebab polis dok kepung dan jaga bangunan. bersukaria la peragut, dan penculik.

Dan aku bukan org yang mahir undang2, orang awam saja. tetapi tidak sukar sangat nak memahami undang yang straight forward tu. Tapi tulah, Allah bagi akal untuk berfikir ke arah kebaikan tapi digunakan untuk manipulasi. Cukup takut, bila Allah "permudahkan" saja jalan orang yang tidak benar. Dan seolah2 Allah susah2kan jalan orang ynag benar. Kenapa?? teringat usrah bersama ustaz Razali Nawawi,"ana terasa sungguh lemah nak memahami , kenapa Allah buat macam tu, di luar batasan ilmu kita, ana tidak dapat berfikir, apakah hikmah nya, kita serah kepada Allah"

UJian orang2 yang siddiqin ini bukan sedikit. jika kita singkap dan telusuri sirah2 nabawi, kita akan dapati setiap kali akan ada watak antogonis, Nabi Nuh dengan Kaum luth, Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Salleh, nabi Yunus...Rasulullah sendiri. Allah menciptakan cabaran yang hebat2 dan kita ambil ikhtibar I'brah yang berlaku. Ada yang ditenggelamkan Allah denagn Air bah, harta karun, ditelan bumi, ditimpa penyakit dan macam2 lagi. Tapi amat sedikit dari kita yang berfikir dan mengambil pengajaran.

Sebab itu dalam islam, menipu adalah satu dosa sebab kita plan nak tipu sekali je tapi kemudian kita akan tipu banyak kali untuk tutup tipu yang satu tu (aku dah pernah tulis sebelum ni) . Plan nak buat salah , satu jek, tapi lepas tu terpaksa buat banyak lagi kesalahan untuk tutup salah yang satu tu.

Dan ingat juga kuasa , pangkat dan wang ringgit adalah amanah dan ujian, yang pentingnya statusnya adalah sementara sahaja. boleh juga jadi 'mala petaka' kepada kita jika kita tida IMAN dalam diri. Bila masuk liang lahad , itu semua sudah tidak berguna, melainkan amal soleh. Sebab itu dikatakan orang yang paling cerdik adalah yang mengingati MATI.

Ada orang fikir dengan segala instrument yang ada dia boleh menguasai dunia. Tapi kita kena ingat Allah untuk yang terbaik dalam perancanganNya, dan tiada yang boleh mengatasiNYa. Buatlah semahunya, Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. sampai satu masa bila Allah tunjukkan, sudah tiada guna lagi penyesalan.

Antara cabaran orang berilmu adalah amal. sukar untuk dibuat. termasuk sendiri. Ada orang bermula kehidupan dengan baik, ikut usrah, ikut tamrin bagai, ikut tanzim, wala' dengan pimpinan, namum bila sudah jauh dari pengkalan dan terumbang ambing di tenagh lautan, sudah tidak keruan, nak kembali kepengkalan, dah jauh , sudah hilang dari pandangan, sudah malu nak berhubung sebab terlalu lama ditinggalkan (padahal kalau nak boleh saja) ,. makanya terima saja bantuan sapa saja untuk survive hatta lanun durjana pun. mata dah terpana dengan kilauan emas permata berlian dan janji2 .

Oleh itu, marilah kita berdoa, moga , bila Allah dah tetapkan kita pada jalan kebaikan, janganlah Allah bolak balik kan hati kita, tetapkan hati kita pada jalanNya. Dan doalah moga pengakhiran kita yang baik2 juga, husnul khotimah walapun kita dulu bermula dengan sangat baik tapi berakhir denagn su'ul khotimah tiada gunanya juga.

aku sangat percaya tidak mungkin orang yangbuat salah hatinya tenang dan gembira. Jika hati mereka tenang dan gembira juga maknanya hati telah MATI.

Ampunkan aku Ya Rabb

1 comment:

Nor Azura Kamarudin Sohami said...

mmm... kami di negeri perak ni lg tensen... selagi isu ini tak selesai... imam2 masjid jd masalah, duit peruntukan MAIP untuk prog, aktiviti dll dibekukan... dan mcm2 lagilah... terharu bila akak duk kat sana pun masih concern lagi isu ni... ok lah, nak tidur.. wassalam. jemput ke blog saya.. www.dengarkanpadaku.blogspot.com