Saturday, January 24, 2009

Gaza, we with you



mungkin agak lambat entry ni. waktu ini entah berapa ribu anak2 kecil, wanita, orang tua sudah sudah terbunuh. aku tidak punya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kekejaman dan'keiblisan' yahudi durjana itu. terasa sayu dan pilu , tiada yang hebat yang dilakukan oleh aku dan keluarga.

1) DOA!! itulah senjata yang terhebat bagi muslimin. Mungkin Allah rindu rintihan Muslimin di dunia ini. peristiwa di Gaza membangkit semanagt muslimin itu doa dan terus berdoa. Doa dan Doa, jangan putus asa...

2) Demo! aku bawa anak2 berdemo di sheffield. Nyatakan berapa kurang ajarnya yahudi . jeritlah sepuas hati. kat UK ni seronok berdemo. (teringat waktu zaman campus2 dulu). sekurang2nya anak2 aku kenal siapakah yahudi itu. sekurangnya2 walalupun x faham mereka pon ikut jerit
"gaza, gaza we with you"
" stop gaza massacre"
"palestinian, we with you"
nanti aku upload gambar kami berdemo. aku ni bermasalah betul bab mengupload gambar dari kamera. sydrom M betul.


3) boikot! yang mana boleh. sebelum ni tak ambil tahu sangat yang mana america, ke product yahudi. Bila dah kuar list, banyak rupanya. masuk toilet, mm aku pakai syampooo loreal . anak pakai syampooo johnson&johnson . tengok TV, TV sky, anak tengok disney. bila guna komputer , mm intel. fuh!!sturbuck mmg aku x pernah gi minum seumur hidup pun. jadinya dalam byk2 list tu aku tidak lah terasa sangaT sebab aku bukan taste 'mewah". jadi kalau setakat nak boikot mark n spenser tu, no hal lah. aku nak beli hp baru2 ni, sebab semangat boikot nokia, aku x beli nokia. walaupun rasa nokia lagi best. sebenarnya boikot bukan susah. apatah lagi yang melibatkan makanan. hai, x de matinya x minum kat sturbuck..sturbuck pon lani nak tutup.

4)DERMA! Allah tidak melihat banyak maan yang kita beri. Tapi keikhlasan kita. bagi yang tak tahu nak sumbang memalui apa dan siapa. apa kata hantar ke GPM. berikut adalah laporan terkini misi GPM:

GPM telah berjaya mendapatkan gudang 'warehouse' di Cairo dan Al Arish (50km dari Rafah) dengan kerjasama dari Arab Medical Union (AMU) untuk menempatkan stok ubatan dan makanan sebelum di hantar ke Gaza.
Misi juga sedang mengenalpasti kemudahan yang sedia ada di klinik/hospital untuk tujuan GPM menghantar sukarelawan perubatan jika sesuai.

Urusan dokumentasi untuk misi masuk ke Gaza telah pun selesai. Misi dijangka akan masuk ke Rafah dan Gaza esok.

Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230 Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com. my Email: gpmhq@yahoo. com

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:

- BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4
- MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602

(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).

Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.

5)ILMU, educate anak2, dan diri sendiri. apa pentingnya palestine kepada umat islam. siapakah yahudi sebenarnya. aku paparkan video palestine pada anak2 aku. MashaAllah! mereka sedih bercampur takut.
"tengok tu, kesian bbay tu, umi dia dah mati, yahudi tu bunuh, yahudi tu jahat..."
"kesian budak tu, x de makanan, baabh dia kena tembak..."
satu hari, aku makan bersama angah. dia nak tambah lagi nasi. kebetulan habil baru habis makan dan nasinya banyak x habis. lalu aku suakan pada angah
"angah, ni ambiklah nasi habil ni..sayang membazir.." aku memujuk
"eeeii , x naklah umi" kata angah (mungkin geli tengok agaknya sisa habil)
"angah, angah tengok tak video hari tu, budak tu x de makanan, kesian dia, umi ngan babah dia dah mati, rumah pon dah x de, sian dia, angah kat sini banyak makanan"...kata aku ala2 bersyarah, heheeh
aku lihat dia seolah berfikir sejenak
"oklah , ummi" jawab angah tanpa banyak tanya
Sayu terharu aku bila aku tengok dia ambil smeua lebihan nasi atas pinggan habil dan makan dengan selera....
Dalam hati: Alhamdulillah, sukar sebenarnya nak didik anak supaya menghargai apa yang ada di depan mata.

Selain itu hadirlah kemajlis2 diskusi?majlis ilmu untuk memantapkan pemahaman tentang isu ini. isu palestin ada isu kita SEMUA. sesiapa disekita scotland mungkin boleh pergi talk ini.

Resistance to Genocide and Ethnic Cleansing: from Europe in the 1940s to the Middle East Today

The most appropriate way to commemorate the dead in the Nazi Holocaust is to stop current and future genocides.
Sunday January 25th, 11am to 5pm
Glasgow venue: Western Infirmary Lecture Theatre (WILT) download map
Edinburgh Venue: OOTB (Out of the Blue drill Hall) Dalmeny Street, Leith Walk
Agenda

10.30am - 11.00am Registration
11.00am - 11.15am Welcome:
11.15am - 1pm EDINBURGH: Azzam Tamimi (Chair: Vanesa Fuertes)

GLASGOW: Liliane Kaczerginski (Chair: Wael Shawish)
1.30pm - 2.30pm Zionism before the Nazi Holocaust
GLASGOW Mick Napier, Chair, Scottish PSC
EDINBURGH Sofiah MacLeod, secretary, Scottish PSC
2.45pm - 4.30pm EDINBURGH: Liliane Kaczerginski (Chair: Asif Dean)
GLASGOW: Azzam Tamimi (Chair: Simone Burns)
4.30pm - 4.45pm Closing remarks

Dan kalau yang tingal berdekatan bangi/kajang/serdang maybe boleh pertimbangkan talk ini

"Hentikan Kezaliman di Gaza"

Pengisian oleh :
a. Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, EXCO WADAH (pensyarah UM)
b. Hj Mohd Asri Abdul, CEO GPM
Kutipan akan di buat untuk Tabung Palestin GPM


Tarikh :28 Januari 2009, Rabu , Solat Isya’ bersama
Tempat :Surau Sek Rendah Islam ABIM (SERI ABIM), Kompleks Dar Al-Hikmah, Sg Ramal Dalam Kajang


KESIMPULANNYA, sahabat2 semua, siapa kata kita tak boleh berbuat apa2??? Banyak sangat yang kita boleh buat. Contoh 5 di atas maybe boleh jadi panduan. jangan buat x reti saja. langsung x ambil peduli hal sekeliling. Sorry geram.. sebab ada juga orang yang macam ni. asal diri dan keluarga hidup sennag, boleh makan, boleh holiday, boleh shopping. SUDAH!! buat apalah nak susah2.....

Malu kita dengan anak2 kecil di palestine yang memikul senjata. Malu lagi dengan ALLAH. Dahlah memang confrim x berani kalau dihantar ke palestine, paling2 sedeqahlah apa yang patut.

tepuk dada, tanya iman

Tuesday, January 20, 2009

ku seru...

tajuk macam ala2 lagi misha omar. memang tengah menyeru semangat. Mari listkan apa yang perlu dibuat
1) 4th Feb, 3rd year seminar (awal tahun pula dia buat)
2) 6th Feb, 2nd year viva
3) 31th Jan- abstract euromat 2009
4) 28 Feb, abstrat icm 2009
5) 2-3 session VSM di leeds (makan 2-3 hari juga)

kali terakhir present depan ramai2 adalah last september. itu juga kali terakhir aku nervous yang amat. kali ni aku kena present lagi di jabatan. walaupun bukan pertama kali, tapi kali ni gerun juga, sebab namanya 3rd yr seminar. kata lain, ala2 final yr seminar. Dan viva 2nd yr menggerunkan. jadi bulan feb adalah bulan yang menggerunkan selain menyedihkan. kenapa???

Husband akan balik M'sia 7 feb-28feb. makanya aku akan dilanda kerinduan yang paling bersangatan kerana inilah pertama kali dapat usia perkahwinan menjangkau 8 tahun, 'perpisahan' paling lama, hehe 3minggu! nasib baik, alhamdulillah lepas aku viva. Doakan hubby aku moga berjaya dengan apa yang dihajatinya!!

moga aku berjaya. paling2 present dengan baik dan paling2 jgn malukan diri sendiri. paling2 janagn sampai masa viva nanti nampak sangat 'ketidakpandaian' ku itew.

bila buat phd, aktiviti present2 ni memang x boleh dielak. aku tau itu bagus sebenarnya . cuma hormon adrenalin aku akan merembes dengan banyaknya....

Ya Allah, permudahkanlah..Allahumma Ameen

Monday, January 05, 2009

aktiviti waktu cuti-siri 2

Maklumlah kami ni bukan jenis yang ber'wang' dan punya banyak masa. kami hanya bercuti berjalan2 3D2N. itupun sekadar cambridge yang 2 jam dari rumah kami. tidurlah juga 2 malam di travelodge. Yang lain2 kami habis masa dengan aktiviti anak di rumah dan melayan tetamu yang datang. Fuhh, aku yang jarang duduk rumah x betah, duduk saja, kena fikir apa yang anak2 nak buat dalam rumah ni. letih dah tengok depa tengok tv, main game.




aktiviti ala2 "big cook little cook" . apa lagi suka la semua.



laaaast sekali , aku izinkan mereka 'jilat' semua lebih sos cklat yang ada. pheww!


kesan daripada boxing day, babah mereka dengan keterpaksaan mengikut juga desakan dan amukan anak untuk beli make up. maka inilah hasilnya...



along make up angah, angah make up along, habil???




dia pun nak make up jugak...


tada!!!!!inilah hasilnya...


anak2 juga ku kerah untuk intensif mengaji Iqra', membuat latihan membaca, story telling (fuhh letih sebab 3 anak, 3 jenis sebelum tidur, cuti x per arrr) . So antara target tahun baru adalah pastikan anak2 , husna akan habis iqra'5, dan hanis iqra' 4. habil? sekadar ba ngan ta x abis2.

di sheffield waktu malam menjelang kristmas cantik jugak, namun sebab camera yang koman idaklah cantik bila ambil gambar.




excited nak naik bus.


bersama snowman...

kami juga menerima tetamu dari dublin, datang waktu yang berasingan. 2 family. satu family intan dan satu family izwan dan aqidah. namun masa izwan datang x sempat amik gambar. ngan family intan jelah..


denagn cuaca yang amat2 sejuknya. mencecah -3. idoklah mampu nak jalan2 ke mana2. duduk jelah rumah....winter kali ni sejuk banget. ni yang rasa nak balik malaysia ni...

aktiviti waktu cuti-siri 1

alhamdulillah cuti telah berakhir. cukup2lah tu. 2 minggu cuti, 2 minggu x baca buku. pihak university tutup lab semua sampai esok, jadi kami x boelh masuk langsung waktu cuti.
antara aktivitinya adalah perhimpunan musim sejuk. anak2 aku telah biasa tidur dimasjid dan tidur merata2 alam, termasuklah di uk ni. sejak kami sampai ke uk, dah banyak kali kami tidur di masjid. alhamdulillah anak2 aku ok jek. Moga anak2 aku akan tahan cabaran dan tidak manja.

.


selain itu kami menemani sahabat kami dari Malaysia, Prof. dr. Nor zuraida a.k.a Kak nor sefamily ke cambridge.kebetulan hubby pon cuti juga kami sambung sampai ke skegness. Ya Allah sejuk yang amat.

di cambridge nan damai...


hubby yang ketaq lutut kesejukan, sempat minta ambilkan gambar bersama seal

skegness yang "sejuk gedik"



kami juga smepat bawa kak nor anak beranak naik tram dan jalan2 ke sheffield.

sebenarnya aku secara peribadi amat mengkagumi Kak Nor. Sebagai seorang doktor dan pensyarah beliau pastinya amat2 sibuk namun tabik spring, usrah hampir boleh kata, x pernah ponteng.

terima kasih Kak nor, nanti datang lagi ek....Tu yang pelik bila yang baya2 aku asik dok komplen, busy, busy. kalau nak ikut, beliau lebih layak untuk memberi alasan macam tu. Orang nya sangat simple dan low profile. walau boleh dikata kaya tapi kekayaannya tidak diserlahkan. Beliau masih boleh makan sedulang even dengan bibik aku sendiri masa di Malaysia dulu. Tidak timbul soal class pada beliau. Suami beliau Abang zahir juga begitu. loving couple yang sangat disenangi oleh semua. semangat juang, berusrah, bertamrin, berprogram tidak pernah luntur. dulu, kini dan selamanya...

p/s: terima kasih Kak nor atas 'tajaan' 2 tudung munawwarah itu. i love them..Moga Allah murahkan rezeki Kak nor sefamily

Sunday, January 04, 2009

berita bergambar ringkas

Terlalu banyak yang hendak direport. ada yang sudah ketinggalan ceritanya tapi sebab baru upload gabar dari camera, kira oklah.
1. jamuan eidul fitr misg-abim di rumah kami. Alhamdulillah, pengarah msd dan ustaz erfino hadir sebagai tetamu jemputan. jadi kami2 ni, sibuk la malam tu 'mengerjakan sate'




yang lelaki mencucuk sate





yang helwa 'membuat' kek ..


antara yang hadir..

2. gambar2 autumn 2008
maklumlah hubby bukan jenis suka bergambar. tak banyak la gamabr2 kami.apada..orang dah winter dok citer autumn lagi..


3. weston park museum
museum ni free. jadinya keraop mejadi kunjungan kami disheffield. sampai dah tak ingat berapa kali dah pergi. kerap sangat. peliknya anak2 tak boring.akulah yang boringnya. ikutkan jelah anak2....kebetulan temanya haritu adalah charlie and lola


4. raya haji
untuk kesekian kalinya hubby menjadi khatib. lawaknya gambar dia baca khutbah backgroundnya sama je dari tahun 2006 kami datang cuma baju dia je yang berubah



kami pakai tema ala2 arab la konon. husna dan hanis adalah baper minit pakai tudung..



bang, takde duit raya ke bang....
5. jemputan ceramah di leeds
mengikut suami untuk memenuhi permintaan komuniti leeds sempena raya haji ni. bagus juga, dapat menambah kenalan.


6. Winter gathering misg abim UK di birmingham
alhamdulillah, dalam byk yang last minute kami dapat jugak kumpulkan sahabat2 di uk ni..inipun tak semua bergambar...


ok, akan buat entry khas sempena aktiviti cuti krismas dan new year. habil dan menjerit nak guna pc.

sekian dulu bersiaran.