Ahh, kami di UK ni pun demam pilihnaraya. dari pagi sabtu, hubby bnagun tidur, terus bukak pc sampai ke tgh malam, dia hanya berenti untuk makan dan solat. tgh malam kami dok call Malaysia. aku kacau mak yang kalah, heheeheh sorry mak. Abah dan adik aku lepak kat bilik gerakan pas. mak aku la sorang2 , ntah kenapa jadi perayu utk BN. dia kata dia tak nak, tapi org suruh jugak. Maklumlah mak aku orang lama kat situ. Atuk aku dulu ketua umno cawangan. jadi mak aku tertempias la juga. Tapi bagusnya mak aku ni, dia tak la teruk macam wanita umno lain. Nak duit je lebih. Mak aku sekadar menolong, jaga hati kawan2.
keputusan yang di luar jangkaan. rasanya tak perlu aku analisis banyak. Namun ada beberapa perkara yang aku rasa perlu di highlightkan.
rakyat dah bosan denagn gelagat YB2 yang tak sedar diuntung. Bila jadi YB habis semua keturunan mendapat habuan. harta rakyat diangkut ke sepupu sepapat, anak menantu, biras besan. segala yang ada kaitan sedara akan mendpaat tempias RM.
seronok sebab empayar Dato' zack telahjatuh. Aku orang Port Klang. Jadi dato' zack telah berdekad2 jadi ketua umno bahagian n sejak aku sekolah rendah lagi. jadi yb pon dah lama sangat.aku pernah pergi rumah dia masa aku kecik2 ikut atuk aku yang masa tu ketua umni cawangan. seronok sebab dpt byk duit raya.Rumah dia biasa2 masa tu. Tapi tengok sekarang. ISTANA!!! Itu yang buat rakyat geram. Haa biar dia rasa. Moga Allah bagi peluang dia berfikir2 apa yang telah dia buat.
Samy vellu dan seangkatan yang kalah. Semua orang bertempik gembira mereka kalah. Sebab apa? sebab mereka berlagak, sombong macam seolah2 akan hidup berkuasa selama2nya. MOga yang pernah amik harta rakyat tu, fikir2kan lah untuk pulangkan kembali.
Sahabat aku W kalah. entah, sedih pun ada, gembira pun ada. Moga Allah memberi peluang untuknya berfikir sejenak waktu. Tiada yang terlambat untuk ke arah kebaikan. Allah Maha Mengetahui. persahabatan kita amsih seperti dulu. Jika ke UK janagn lupa singgah rumah kami ek.
Untuk YB2 yang menang. Tahniah dan Ta'ziah. SEsungguhnya fasa selepas menang lagi mencabar dari Sebelem dan semasa pilihanraya. Inilah masanya untuk buktikan. KIta boleh maju tanpa rasuah, kronisme, nepotisme.
Sahabat kami YB yang kami kenal secara peribadi, aku ingin merakankan rasa syukur dan selamat bertugas, Buat
1) YB Ya'kob sapari , kota Anggerik (yang kami panggil Pak akob)
2) YB Yusmadi, penang
3) YB Ahmad Kassim, kedah
4) Yb Fairus , penang
5) YB anuar tahir, perlis
6) Yb kamarudin jaafar
dan istimewa buat Kak wan sekeluarga, izzah dan Pak syeikh anwar.....Kalian memang sugguh cekal dan tabah. Moga Allah memberi kesihatan dan kekuatan buat kalian.
Takbiir ..Allahu Akbar..
Maha Suci Engkau ya Allah
Tuesday, March 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam. kak..saya demam jugak, bukan setakat demam pilihanraya, demam x bgn2 dah 2 hari. Tido mimpi orang berkempen.Alhamdulillah..MOga kita dapat melihat perubahan besar pada negara..dan masa depan anak2 kita..(hehe..walaupun saya x de anak lagi).All the best kak!
Salam...
First time singgah. best baca citer org ada pengalaman ttg election ni. btw, itulah petunjuk yg diberi oleh Dia dan juga rakyat supaya mereka2 yg terlibat sedar. jgn selamanya menipu rakyat dgn pembangunan sana-sini. tapi RM berkepuk2 dlm poket sendiri.
If I am not mistaken, this morning, Dato'Zakaria meninggal dunia. Tak pasti sebabnya.
Zakaria Md. Deros meninggal dunia
11/03/2008 10:44am
KUALA LUMPUR 11 Mac - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros meninggal dunia awal pagi ini di kediamannya di Kampung Idaman, Klang, akibat serangan jantung.
Kesemua ahli keluarganya berada di samping Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.20 pagi.
Beliau yang berusia 62 meninggalkan seorang isteri, Zizah Ngah dan lapan orang anak.
Sumber: Utusan Malaysia
Post a Comment