Friday, January 11, 2008

cerita hijrah


sewaktu khutbah hari raya


sewaktu hubby ngjar anak2 melayu islam sheffield cara amik wudhu'

rumah kami biasa didatangi tetamu. samada yang diundang mahupun tidak. samada kenal atau tidak. Alhamdulillah, semua kami raikan. Kadang2 aku termenung sendiri. Besar sunguh harapan orang. InsyaAllah, dengan izin Allah, dengan ilmu yang ada , kita berkongsi.

Baru2 ini hubby dihubungi oleh seorang yang tidak dieknali. Jauh datangnya. dari germany. Dia kata dia kenal hubby dari kwn dia di sheffield yang dah balik malaysia. Namun hubby tak kenal pon kawan dia tu. Dipendekkan cerita. Dia datang ke rumah kami. MasyaAllah, rupanya dia datang untuk mencari "Nuur". Aku biarkan sahaja di bermunaqhasyah (diskusi)dengan hubby tanpa kehadiran aku. Mungkin ada perkara yang penting nak dibincang. Suasana di germany membuatkan dia sukar mengamalkan islam, dia rasa tidak kuat. lantas hubby cadangkan amalkan Alma'thurat, dan terlibatlah dengan jamaah islam. Subhanallah, Allah beri hidayah, dari jauh dia datang. Sungguh aku terharu.

Baru tadi ada seorang kakak yang sudah senior umurnya datang ke rumah ingin belajar mengaji. Dia kata dia malu sangat sebab dia tak khatam quran pun. Lantas aku beri contoh kisah professor ini.
Kakak xx: ye ker laily??? akak ingat akak sorang je x reti baca
aku: Ia , kak, jangan malu kak, kita belajar dari awal
Kakak xx: akak ni nak jadi cerita, kejap ngaji, ustaz meninggal, ngaji lagi , ustaz tu meninggal lagi...
aku: mm(dalam hati ish samapi gitu sekali)
kakak xx: lepas tu dah masuk asrama, kolej, semua mana sempat nak nagji. akak kena beljaar ngaji jugak, akak nak gi mekkah ni. tapi x tau ngaji.
Lantas hubby mencadangkan biarlah kakak tu belajar ngan aku.
kakak x: ustaz, ini hijrah saya nih...
suami kakak xx: kami dulu ni mula2 jumpa pun waktu maal hijrah...
aku: haa,,elok lah tu,
kakak xx: akak nak mula secepat mungkin, x nak tangguh2 lagi.
suami kakak xx: ok, esok, mula ngaji....

Kadang2 aku berfikir, sungguh berat tanggungjawab ustaz dan isteri ustaz ni. satu ketika
1) ustaz, ada orang meracau ni (waktu dah pukul 11.30 malam) . ustaz kena datang. x tau buat apa ni. pelik sikit ni. kena ustaz juga
2) panggilan telefon: ustaz, saya termakan pork ni camner ni, saya kena kumur2 air tanah ker....
3) ada apsanagn suami isteri dok gaduh cara sebut huruf mim, katup mulut ke idak..."ustaz, camner sebenarnya sebut mim.."
4) ustaz, saya ni beli microwave kat carboot ni, nak mbasuh caner....
5) ustaz ajar anak saya (anak dia umur 6 tahun) bahasa arab, fardhu ain, ngaji. saya sanggupp bayar £10 sejam... (masalahnya bukan duit, cuma masa....)
6) ustaz nak masuk masjid kena pakai kopiah ke (kata seorang mat saleh dengan pelatnya, dia kawin nagn orang melayu). sungguh kagum dengan dia nih, selepas 15 tahun masuk islam x tau mengaji tapi baru ni Allah bagi hidayah untuk mendpat Nuur. seorang lecturer yang sangat baik, suka dengar dia cakap melayu pelat2 omputih, heheeh dia pernah ngajar kan indon ops indonesia...hhehehe sensitip palk la ni sebut indon).

Kami seronok di sini. Biarpun kami tidak banyak kompol harta mahupun duit, tapi kami ramai sahabat, banyak ukhuwwah yang tertaut. Moga Allah indahkan dan bersihkan hati kami. Ikhlaskan segala amalan kami. Moga Allah tenangkan dan mudahkan hidup kami dengan sahabat2 yang baik di keliling kami....

Hijrah sebenarnya sebagai pencetus. walaupun ikutkan bila2 je kita boleh nak berubah, x yah tungguh 1 muharram. tapi semangat dan keberkatan HIJRAH yang kita mahukan.

Aku dapat banyak pengajaran malam ini.......

1 comment:

alifbaataa said...

Salam Maal Hijrah.....