Wednesday, January 16, 2008

nostalgia chenta

tengah stress buat abstract untuk poster competition. yang susahnya competition temanya "communicating to the public". Jadinya aku kena buat poster pasal reseacrh aku yang simple2, yang orang biasa2 boleh faham. Jadinya aku ni fenin camner nak mula. Bab mana nak diciterkan, bab methods? mm, banyak sangat term, kang complicated plak, mm, nak buat general? nak buat pasrt history saja? atau apllication?? fuhh camner nak explain rapid solidification kat accountant? devitrification ? nanocomposite? nanocrystalline? aku sudah tgk contoh2 poster, awat sempoi2 jek. hish..lagi susah dari buat abstract report...

Meh jenguk2 blog pertama suami: kisah cintaku dan kisah anak2



Kami ni seminggu sebelum tunnag rasanya (kalau x silap) lepas muktamar pkpim. Fuhh.

masa ni control ayu sungguh. nampak wajah aku yang berseri2 itew....yang bulat2 tu kamilah.



Ini adalah gambo pertama di amik sewaktu malu2 kucing bergambo dengan tunang waktu konvo , mm bakal mak mertua sebelah tu. ish2...malu2 konon aku tuh..




Then, Selepas dijab kabulkan. Haa baru la ilang malu2 kucing tuh. rupanya malu2 kucing tu satu penyakit rupanya. dah kawin terus ilang. haa peluk bagai la kan...ni gambar kat ofis aku yang cam tongkang karam tuh. masa ni tgh buat master di upm.



maka tatkala setahun selepas dijabkabul....jeng2..jweng


aku pun pregnnat kan husna. Gambar ini adalah gambar sewaktu muktamar abim di terengganu. aku baru dalam sebulan pregnnat. mmberseri2 juga...ish ish perasan sungguh...

tatkala 6 tahun berlalu...dengan baju yang sama kami pakai



aku rasa fizikal aku idokle beza sanagt kan? kan? kan? kira maintain le juga...sebabnya baju tu di buat masa kahwin dulu dan masih boleh dipaaki lagi. jadinya kira ok lah kan gaks, hehehe

udah2 tu laily. sambong kerje...
<

Friday, January 11, 2008

cerita hijrah


sewaktu khutbah hari raya


sewaktu hubby ngjar anak2 melayu islam sheffield cara amik wudhu'

rumah kami biasa didatangi tetamu. samada yang diundang mahupun tidak. samada kenal atau tidak. Alhamdulillah, semua kami raikan. Kadang2 aku termenung sendiri. Besar sunguh harapan orang. InsyaAllah, dengan izin Allah, dengan ilmu yang ada , kita berkongsi.

Baru2 ini hubby dihubungi oleh seorang yang tidak dieknali. Jauh datangnya. dari germany. Dia kata dia kenal hubby dari kwn dia di sheffield yang dah balik malaysia. Namun hubby tak kenal pon kawan dia tu. Dipendekkan cerita. Dia datang ke rumah kami. MasyaAllah, rupanya dia datang untuk mencari "Nuur". Aku biarkan sahaja di bermunaqhasyah (diskusi)dengan hubby tanpa kehadiran aku. Mungkin ada perkara yang penting nak dibincang. Suasana di germany membuatkan dia sukar mengamalkan islam, dia rasa tidak kuat. lantas hubby cadangkan amalkan Alma'thurat, dan terlibatlah dengan jamaah islam. Subhanallah, Allah beri hidayah, dari jauh dia datang. Sungguh aku terharu.

Baru tadi ada seorang kakak yang sudah senior umurnya datang ke rumah ingin belajar mengaji. Dia kata dia malu sangat sebab dia tak khatam quran pun. Lantas aku beri contoh kisah professor ini.
Kakak xx: ye ker laily??? akak ingat akak sorang je x reti baca
aku: Ia , kak, jangan malu kak, kita belajar dari awal
Kakak xx: akak ni nak jadi cerita, kejap ngaji, ustaz meninggal, ngaji lagi , ustaz tu meninggal lagi...
aku: mm(dalam hati ish samapi gitu sekali)
kakak xx: lepas tu dah masuk asrama, kolej, semua mana sempat nak nagji. akak kena beljaar ngaji jugak, akak nak gi mekkah ni. tapi x tau ngaji.
Lantas hubby mencadangkan biarlah kakak tu belajar ngan aku.
kakak x: ustaz, ini hijrah saya nih...
suami kakak xx: kami dulu ni mula2 jumpa pun waktu maal hijrah...
aku: haa,,elok lah tu,
kakak xx: akak nak mula secepat mungkin, x nak tangguh2 lagi.
suami kakak xx: ok, esok, mula ngaji....

Kadang2 aku berfikir, sungguh berat tanggungjawab ustaz dan isteri ustaz ni. satu ketika
1) ustaz, ada orang meracau ni (waktu dah pukul 11.30 malam) . ustaz kena datang. x tau buat apa ni. pelik sikit ni. kena ustaz juga
2) panggilan telefon: ustaz, saya termakan pork ni camner ni, saya kena kumur2 air tanah ker....
3) ada apsanagn suami isteri dok gaduh cara sebut huruf mim, katup mulut ke idak..."ustaz, camner sebenarnya sebut mim.."
4) ustaz, saya ni beli microwave kat carboot ni, nak mbasuh caner....
5) ustaz ajar anak saya (anak dia umur 6 tahun) bahasa arab, fardhu ain, ngaji. saya sanggupp bayar £10 sejam... (masalahnya bukan duit, cuma masa....)
6) ustaz nak masuk masjid kena pakai kopiah ke (kata seorang mat saleh dengan pelatnya, dia kawin nagn orang melayu). sungguh kagum dengan dia nih, selepas 15 tahun masuk islam x tau mengaji tapi baru ni Allah bagi hidayah untuk mendpat Nuur. seorang lecturer yang sangat baik, suka dengar dia cakap melayu pelat2 omputih, heheeh dia pernah ngajar kan indon ops indonesia...hhehehe sensitip palk la ni sebut indon).

Kami seronok di sini. Biarpun kami tidak banyak kompol harta mahupun duit, tapi kami ramai sahabat, banyak ukhuwwah yang tertaut. Moga Allah indahkan dan bersihkan hati kami. Ikhlaskan segala amalan kami. Moga Allah tenangkan dan mudahkan hidup kami dengan sahabat2 yang baik di keliling kami....

Hijrah sebenarnya sebagai pencetus. walaupun ikutkan bila2 je kita boleh nak berubah, x yah tungguh 1 muharram. tapi semangat dan keberkatan HIJRAH yang kita mahukan.

Aku dapat banyak pengajaran malam ini.......

Saturday, January 05, 2008

Oh para suami


kami bergambar sendiri guna N73, ni fav. gamba, hubby suka letak kat hp dia.


Gambar terbaru waktu aidil adha haritu

Mengikuti cerita Chua Soi Lek buat hati aku geram dan nyampah. Aku tak percaya langsung mudah2nya isteri dia nak maafkan dia. Hubby aku kata, mesti dah kena 'belasah' baru maafkan atau dapatla baper2 juta, baru maafkan. heheh itu teori hubby aku.

Hati isteri mana yang tak panas hati bila suami tidur dengan perempuan lain. (Ya Allah jauhilah aku dari situasi ni. ). Tak kan nak sennag2 maafkan jek. Ini bukan salah sikit. Ini bukan kes suamai terlupa beli beras waktu rumah dan x de langsung beras. Ini salah besar!!! tidur ngan pompuan lain!!!! ...eeeii, ^*&())_+_%Aku tahu isteri dia pasti remuk hati jiwa raga. Mana nak sorok muka semua. anak2 juga..satu malaya tahu. Malu tu bukan boleh tutup dengan maaf. hatta juta2 maaf pun.

ok tutup citer Dr. Chua, kembali ke alam kita plak. Apa nak buatnyer kalau suami curang??? tuntut cerai?? nak maafkan?? nak baling pinggan?? nak penampar???? nak ganyang????. kalau suami lembik kena belasah ngan kita pun bukannya kejadian tu boleh patah balik.

Aku sendiri x de jawapan sebab tak pernah alami dan tak harap untuk alami dan tak pernah terfikir pun suami akan buat gitu. Tapi aku cukup tak puas hati suami2 di luar sana yang sanggup buat perkara x senonoh. Bila susah masa awal2 kahwin dulu, isteri sanggup korban itu ini. Sanggup pakai motor kapcai. sanggup tahan nafsu dari nak beli baju lawa2. sanggup kongsi duit gaji smeua. Tapi bila suami dah berjaya, langsung x hargai kasih sayang isteri. masatulah start gatal nyer. masatulah rasa isteri kita macam dah tak best. Masa tulah syaitan menggoda macam2. alamak ter emo la plak. ehheeh tapi hangin tau sebab ada satu saudara aku begitu. macam2 alasan di buat. konon2 isteri x boleh bagi anak pompuan. semua anak lelaki. ish ish..x bersyukur sungguh!!!

Aku berdoa moga rumahtangga kami sentiasa dilimpahi mawaddahwarahmah dan mendapat keberkatan Ilahi. MOga kami saling cinta menyintai dan juga saling merindui...Sesaat berpisah bagai setahun lamanya...(ish udah2 le tu laily..)

Menjelang Maal Hijrah





Anak2 penguat semangat..

dan juga suami tercinta


Dan kawan2 juga



ganbar di atas antara insan2 pendorong....

Kira azam tahun baru la ni. Tahun baru 2008 dan sekali juga tahun islam 1429H.
HIJRAH!!!!beberapa hari lagi
Kalau di amik semgat tahun baru 2008 asik terpikir azam jek (azam dulu x gak setel), Tapi bila amik iltizam HIJRAH, ya..aku kena berubah dari tak baik ke arah baik..Walaupun kalau d pikir2 macam sama jek tapi pada aku HIJRAH ni ruh nya lain, terutama buat muslim ,,

Untuk fizikal, husna dan hanis , babahnya telah buat make over wajah mereka untuk tampil anggun denagn rambut ala2 Dora!! Ummi juga telah di buat make over oleh Babah, tapi x habis lagi. Hujung minggu hubby akan meneruskan usaha untuk mengubah penampilan isterinya yang tersayang. mm, nasi beriyani tu sedap tapi kalau hari2 makan nasi beriyani jemu juga. So, itulah analogi nya untuk penampilan terbaru aku ni. Idokla gah sanagt asal sejuk hati suami memandang.

Seterusnya kami telah mengubah set bilik tidur kami. eheheheh. lebih harmoni dan ada unsur2 privacy. Kami juga telah mengasingkan bilik tidur anak2. So, husna dan Hanis, x delah nyibuk2 celah2 ummi dan babah lagi. Untuk itu, kami TERPAKSA menyediakan katil princess untuk husna, katil Dora untuk angah dan tidak lupa set tidur Thomas untuk Habil. Aduh!!! lebur £££££. Walaupun tgh2 mlm masing cari ummi, tapi kira oklah dari dulu. asyik nak nyempit celah ketiak ummi dan babah.

Seperti biasa , seperti dulu2, azam aku untuk tampil anggun untuk suami tetapi bukan sekadar fizikal saja tapi emosi dan lebih kasih sayang. chewah, cam gatal bunyinyer. ehheeheh. lebihkan touch gitu. kan gugur dosa2 di celah2 jari kan...hehe. Termasuk lebih bijak menyediakan menu2 baru untuk family.

Aku harap aku akan dapat lebih istiqamah untuk baca al ma'thurat. syaitan ni memang suka tengok orang leka. So, iltizam hijrah ialah komited baca Alma'thurat. paling2 dapat sekali sehari. Moga Allah bagi kekuatan...Bila nak beranak pinak ni bab2 ni susah sungguh nak komited

Aku juga beriltizam untuk banyakkan solat jamaah, dengan suami mahupun dengan sahabat2 di surau. Selain kena banyakkan baca al quran. Dan aku juga iltizam untuk merajinkan diri semak iqra' Husna dan Hanis. Husna cepat tangkap cumanya Hanis yang aku letih. Dia plak yang ajar aku balik. sabo jelah.

Selain itu aku berazam nak berentikan Habil dari penyusuan susu ibu!!!!! Disebabkan sudah lebih dari tempoh. Dia sudah pun 2y 3m. Makanya sudah AMAT patut aku ceraikan susu. NAMUN, kadangkala aku tak berdaya mendengar tangisan dan amukannya. huhuh. tapi sebab dah jadi azam, kena jugalah. Hai, nampka gayanya kena letak asam jawa, kopi, nescafe, apa lagi ek...

Aku juga nak ajarkan husna untuk mula pakai tudung. Dia pun nak massuk 5 tahun. Tadi dia pi school dah mula pakai tudung. Takpelah, pergi school je pun tak apa. aku tak nak paksa2 lagi. saja kenal2kan dia tudung tuh. at least dia dah biasa.

Untuk study plak. Aku nak improve English dengan ambil lagi class semester ni di samping rajin buat appointmnet dengan tutor. Banyak2 kan bercakap!!! (hehe yang ni aku Ok). Aku kena rajin bertanya itu dan ini pada lecturer yang related bidang aku di samping orang2 yang terror dengan bidang aku. penting tu.

Kerap berjumpa dan berbicang. ini smeua boleh cambah minda di samping networking yang baik dengan reseacrher lain. So tahun ni target MESTI gi conference di luar. Dan MESTI publish paper (aku rasa supervisor wajibkan juga). Jadi kena rajin2 lah baiki sill writting wahai Laily...

Quality time dengan family. Nak jadi ummi yang tak garang sangat, eheheheh

Banyakkan membaca Laily......Banyakkan masa untuk study dan kerja kuat!!!!

Aku plan nak kerje part time sebab pulus dah surut sebab beli keter. jadi aku kena lebih sihat untuk kerja, study dan anak2...

Aku nak cepat2 habis phD, huwaaaa nakbalik...nak makan abc, nak makan sate samuri...nak jupe mak abah...

Laily, study rajin2 tau. 3 tahun mesti siap tau.....