Thursday, February 16, 2006
23 days to go
mm, hari ni posa lagi. baru hari ke 3. mak oi, 23 hari lagi nak abis. hai, jenuh juga bersalin waktu bulan posa. banyak nye nak ganti. sempatle aku posa 3 hari sebab bersalin habil pukul 7 pagi puasa hari ke 4. ish, larat ke ni...dah le aku ni menyusu. alhamdulillah, habil dah 4 bulan, blom lagi makan semi-solid dan blom lagi dia menerima walau setitik pon susu formula. harap2 boleh maintain le. bukan mudah wei. dah le kerje, penatnye nak perah selalu. tapi sebab dah masuk dalam list azam tahun baru, cuba jugak lah.
Bila posa dan masa yang sama menyusu, aku kena la bangun sahur. kalau tak lembik dibuatnye. malasnya nak bangun...tapi bila teringat, eh, aku ni menyusu, gagahkan diri jugakla bangun...
Habil baru baik cirit birit. teruk jugak le cirit dia.samapi kena gi jumpa pakar paed kat kbmc. terpaksa lebur lecture nak nator dia kat KL. tapi alhamdulillah, better la dah ni. berat dia naik sikit jek. sellaunya setiap bulan naik sekilo. ni 4 bulan berat dia naik 0.4 kg je. tapi still nampak chubby , naik sket pon tapi berat dia 7.8. kira besar jugak la. dia dah pon meniarap. beberapa hari sebelum 4 bulan. maklomlah badan giant!!seronok dah main ngan dia, dah suka bila orang gagah dia. husna nagn hanis dah pandai le main ngan habil. tapi kena tengok2 jugak. kang dia 'tepuk' adik dia, sapa nak jawab!!
aku sellau kata kat hubby, kan best kalau dia pon boleh susukan anak, boleh gilir2 , hehehehtapi biasalah dia sellau jawab bukan sennag nak dapat syurga. mmmm, what ever, aku enjoy breastfeed, walaupada mulanya, sadis gak. bukan mudah. habil ni isap kuatnya, masa mula2 dulu terkjeut, bila perah kuar susu merah. rupanya susu dah campur darah. pedihnya...walalu anak ke3 masih x cekap lagi breastfeed. tapi alah bisa tegal biasa. lama2 OK.
Bila aku renung2kan, dalam tempoh aku kahwin (4+ tahun) rupanya lebih 27 bulan (lebih 2 tahun tu) aku penuh dengan pregnant. mak oiii lama tuh rasanya lebih separuh usia perkahwinan kami. samapi la ni orang asik dok tanye, dah pregnant dah? ada lagi ke? dah berisi dah? ish awat le depa ni, takde mende lain nak tanye, korang ingat kerje aku ni pregnant aje ker? apapun yang pastinya sekarang AKU TAK PREGNANT setealh beberpa hari lepas aku buat urine pregannacy test. don't worry!! negative!!. Yang pastinya aku blom bersedia untuk menerima yang aku pregnant lagi. Tunggulah 2-3 tahun lagi...dan sekarang aku enjoy boleh pakai apa saja. dulu ken apakai baju besor2 boring. tapi bila dah x pregnant kena pilih2 baju jugak sebab breastfeed. kira baju kelawar dah x boleh pakai dah la kan. jubah yang x de butang depan kira simpan kotak jelah.
OK, weekend ni busy nagn syura di shah laam. hubby pon sibuk. no jalan2....
Thursday, February 09, 2006
tempat pertama esei budi bahasa
INi le sijil yang aku dapat...buat kenangan...
ehehh, nak share pasal last 2 days, aku gi amik hadiah olok2 sempena majlis penutup kempem budi bahasa dan nilai murni. kan aritu aku kata aku dapat RM1000. duit dah dapat majlis tu kira official jek. ehhehe duit nye pon dah abis. macam2 aku. ntah, kan aku kata seribu ni kejap je abis. apapun sekurang2nya dapatle beli radio kete baru setelah dimusnahkan oleh husna....kalau nak harap duit gaji, ntah bila, ehheehehhe duit tu dok bayar kad kredit jugak sebab aritu guna banayk beli buku DBP. kebetulan jualan murah DAWAMA buat. apa lagi kami dua2 rambang mata. RM200++ jugaklah, maklumla, kami ni gila beli buku. bacanye blom tentu. hehehehe
oklah, nak citer pasal majlis hadiah tu. yang bagi hadiah tu NC baru UPM. ada lecturer yang tanye,
"u student ke" ,
"x lah, saya kerje kat fakulti sians"
Ada yang tanye lagi,
"eh, u fakulti bahasa ke"
"x lah, fakulti sains, jab. fzik", aku jawab
"eh, orang sains pon boleh tulis esei gak ye"?
"sebenonya orang sains ni lebih kritikal pemikiranya" jawab aku, pandai jelah.....
Sebeno, hubby aku yang banyak tolong. kebetulan dia baru balik seminar jati diri. so banyak le bahan sket nak dimasukkan. siap amik kata siddiq fadhil, yusuf Qaradhawi. sure yang baca tau yang tulis ni orang abim agaknya, heehehehhaku pernak juga menag tempat pertma esei peringkat upm sempena kemerdekaan. itu pun hubby banyak tolong gak. dapatla aku dalam RM 300 kot (x ingat), dan menag tempat ke3 puisi kemerdekaan lagi .daapt le dalam RM150, pastu esei tu antor kat utusan malaysia. kuar plak tu. dapat lagi RM150. dapat le kami honeymoon kat Kuching, sebab kebetulan aku ada conference kat sana. masa tu aku dah pregnant 4 bulan husna . so, duit hadiah buat tambang air asia hubby. aku naik MAS sebab pergi atas tajaan UPM. so naik flight asing2 le.dan sekarang aku realize, kalau rajin, menulis ni boleh buat duit jugak. so sekarang aku semangat nak join pertandinga esei atau puisi, hehehee, dapat le duit tambahan.
ada satu lagi, masa minum lepas majlis kempen budi bahasa tu ada yang tak percaya aku dah kawin dan punye anak 3!!!!! kuang kuang!!!. mereka ingat aku student!!!inipetanda yang aku ni masih maintain cun tu... (dengo tu bang).
Wednesday, February 08, 2006
hot spring sg klah 2
habih je program maal hijrah tu, petang tu kami bergegas balik kampong suami plak. mmm, ingta tak aritu aku dok citer pasal hot spring ni? ~20 nimit je dari rumah mertua. kebetulan, mak nagn ayah ako nak datang esok melawat bapa mertua aku yang sakit jadi kami pon lepak le lagi kat situ...., jom jalam-jalan
Tengok tu, habil pon rendam kaki jugak kat air panas.x le panas sangat. kat situ kita pilih la kolam mana yang kita nak. beza2 suhu. suhu pon ditulis kat situ. so pandai2lah. happy anak2 ku pergi situ. so , nampaknye setiap kali kami balik kampong, kena la kami gi situ......yang bestnye bila mandi kay kolam besar utk kana2 kita pon x risau dia selsema sangat berendam sebab air kat situ suam2 kuku, kira syok le bebudak tu.....
SAmbutan Maal Hijrah
Padasambutan maal hijrah yang baru ni, Abim selangor telah menerima Anugerah Toko Maal Hijrah (pertubuhan). anugerah ini pertama kali diperkenalkan, dan kiranya abim selangor pertubuhan pertama lah yang menerimanya. Alhamdulillah, hasil usaha, abang2 dan akak2 terdahulu, memungkin kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan abim. moga memberi semanagt dan motivasi pada penggerak2 abim semua. hadiah merupakan plak +duit RM5k+RM500 (buku). Jadi hubby aku sebagai YDP mewakini abim selangor menerima anugerah tersebut dari Sultan.
"Pejabat kat mana" kata sultan
"pejabat jak bangi, tuanku, dulu kat klang" kata hubby aku
"oooo" kata sultan,
itulah je kata2 sultan semasa hubby aku amik hadiah tu...mm, merasa jugakle cakap ngan sultan, heheehh aku usik hubby, ingatkan dia nak tanye, ada tak helwa abim yang boleh dikenenkan dengan beta, ehheheh (alamak , AMPUN TUANKU)
hai, hubby aku duduk kat meja VIP, depan khemah di Raja, yang aku n the geng duduk le khemah rakyat jelata. hai terasa nye antara 2 darjat. makanan yang dihidang pon lain, jenis air pon lain, layan usah nak kata le, nasib baik kami2 ni muka x malu, heheh x cukup , kami bangun carik sendiri...samapi ada caterer marah kami amik air VIP. sian tengok ada yang x dapat makan. bayangkan ada 4 kategory makanan semasa hidanagn makan. 1) hidangan di raja 2) VIP 3) orang awam 4) orang awam , orang kampung. Yang lawoknya, anak2 Kak Na (ketua helwa selangor) teringin nak makan ikan kat meja di raja. abis je program, anak2 dia gi cubit ikan kat situ. kena le marah nagn urusetia. padahal aku tengok urusetia yang dok pulun makan lebih2 tu. ala, urusetia x de buat mende pon, pakai baju punye le lawa, seragam plak tuh..duit sapa tuh...duit rakyat...chewah...geram gak, sian budak tuh, ala, budak kecik biasale....
progran nye mula kol 10, tapi sebab hubby aku terima anugerah di minta datang kol 8. mak oi, malehnye le aku cuti2 ni nak kuar awal. terpaksa le juga. sampai2 je depan masjid kanchong darat, kami di sambut
" Urusetia makan dulu ye, ada sedia sarapan"...mmm, dalam hati aku awatnye nye depa panggil aku urusetia, ooooopatutle, ish tensionnye, baju kami hari tu sedondon, warna pic, sama dengan baju urisetia, sabo jela, cuma pic kami ni terang sket and kain satin. kira kami lawa lagi le, heheh. aku pulak lately ni, suka plak pakai sedondon ngan hubby kalau program formal. maklumla, aku ni asik ngekor dia jek. samapi ada yang kami kami pengantin baru, kuang!!kuang !!. jubah yang aku pakai tu aku buat masa nagndung 8 bulan. kami buat sedondon sempena muktamar abim tahun lepas. heheh, sebab nak sedondon nagn bajumelayu hubby pakai jugaj jubah walau besar, ehhehehe
tokoh maal hijrah jatuh pada Dr. Mujaini (mantan ydp abim klang). wah, seronot le kami lepas program. pastu dengo Prof yusuf othman menag plak peringkat kebangsaan. lagi satu dr siddiq fadhil pon dapat peringkat perak.......alhamdulillah...sekurang2nya jasa2 mereka dirasai.....
Family Day ABIM Selangor
Cuma yang x laratnye, malam tu habil meragam rupanya demam. alhamdulillah le bawak paracetamol (cam salah je ejaan nye, heh) dan termometer lagi. mak oi, 37.8 darjah celsius tu. tak tidur le aku malam tu. dah le babah tidur kat dewan dengan semua brothers (ala2 tamrin gitu) . sib baik bawak helper, gilir ngan dia la. hai, dah azan subuh baru dia tidur. aku dah jadi cam zombi!!!!
Bukan senang nak berkumpul ramai2. tapi bila dah berkompol, happening!!! aku yang nagntuk ni pon jadi segar!! anak2 aku, si husna ngan hanis, memang le hantu air. tu le sebab aku buat kat Ulu Yam. kehadiran sekitar 70++.