Sunday, July 19, 2009

pilihlah aku

sejak menggunakan FB, blog ni sudah jarang di jengah. Lagipun, sejak 3 minggu ni kesibukan aku sangat luar biasa. inilah tempoh paling sibuk dalam sejarah buat phd rasanya. tapi aku suka sibuk! bila sibuk aku tidak rasa bersalah sebab minggu depan ni aku akan berconference+bercuti. last sekali bercuti adalah masa easter haritu. kebetulan pulak kali ni memang anak2 semua cuti sekolah.

dalam tempoh 3 minggu ini juga terlalu banyak suka duka yang aku lalui. bagi yang ada fb mungkin faham dengan status yang selalu aku buat.
Apapun, aku sangat percaya bahawa Allah itu Maha Adil kepada hambaNya. Ada masa Allah susahkan, ada masa Allah mudahkan. Allah itu Maha Bijaksana. Satu masa kita akan tahu, sungguh cantiknya perancangan Allah.

Menghadapi momen2 sedih dalam hidup amat memerlukan kekuatan luar biasa. Dan kekuatan itu hanya terdapat PadaNYa. Mintalah PandaNya.
ungkapan ini sering aku ulang2. Allah memberi kita ujian kerana Allah rindu hendak mendengar rintihan dan rayuan hati dari kita. Sebab Allah tahu, manusia biasa seperti aku, lebih mengingat Allah bila susah, Ahh! malunya dengan Tuhan, bila senang lupa Dia, bila susah baru mencari!.Bukan lupa Tuhan cuma kurang akrab dan intim berbanding masa susah. Ahh lemahnya iman.

Rasulullah juga diuji, dan Baginda sabar. sabar dalam ertikata proaktif. ujian baginda tersangat jauh bezanya dengan yang kita lalui sekarang. hanya sekelumit. ahh sebesar zarrah! tapi kita sering mengeluh. Ahh lemahnya iman.

Ilmu itu Nur, cahaya. hanya akan dimiliki oleh bersih, luar dan dalam, dan orang itu pasti orang yang dipilihNya.

Ya Allah, pilihlah aku untuk memiliki setitis ilmuMU. Muliakan aku dengan ilmuMu, Kuatkan aku dengan ilmuMu.

Pilihlah aku Ya Allah
Pilihlah Aku Ya A'ziz, Ya Rahman
Pilihlah aku

Thursday, July 02, 2009

what a day!

hari ni pagi2 la dah screaming, hanis susah betul nak bangun tidur untuk ke sekolah. almost everyday aku kena menjerit2, kalau tidak dia buat tak reti jek, bila aku cakap slow2, pujuk baik2, tak jalan. masa dah suntuk untuk ke school. mau sakit jantung kalau hari2 macam ni. skill2 parenting dah tak jalan pagi2 ni kalau nak ke school. depa nak gi schopol, kita pon nak gi school.

sampai saja terus tuju ke lab VSM. sebelum tu jumpa technician, tanye dia dah check ke, dia kata dia tak tau, dia tunggu aku juga. ok, ok aku check. tak ok juga. temperature controller tu crazy, naik mencacak. padahal aku dah set 300K. aku pedulikan temperature 1080K di controller dah terus je letak nickel standard. ahh! stuck . software plak asyik error saja. bila kau check guna thermometer idoklah suhunya smapai 1080K. sekita2 24 degree celcius jek, so awat controller tu baca lain. then aku nak masuk afm room. x de kunci. tunggu punye tunggu, takpelah, aku off vsm, naik office, buat analysis dulu. then, aku ambik sample pergi utk SEM. smapai sana, aku confuse, aku booking 11.30 tapi nama org lain. nama aku kat 2.30. technician masa tu busy.last2 dia kata dia tersilap. kul 2.30 tu plak depa nak service SEM tu. dah la aku tak boleh pakai. balik ofis. lif rosak. aku duduk tingkat 6.pergi lab level C nak collect sample. tapi x leh masuk plak sebab depa tgh on generator, service ke apa, bunyi terlalu kuat dah x dibenar masuk. aduh. ok, memanjat la gamaknya. hari panas. singgah ke cafe kat level E, konon nak beli air oren, cafe tutup 11.30-12.30. pastu aku singgah di level F jumpa Prof gibbs untuk bincang conference di glasgow. tup2, dia kata dia tgh busy, jumpa nanti.

last2 sampai ke la ni, kul 11.54 x de mende sangat yang aku dapat. penat, geram dam segala. aku terlepas sport's day anak2 disekolah 9.30-11.30.


what a day!


positif laily..
moga ada hikmahnya...