Wednesday, January 03, 2007

lagi ke notts lak

aku sebeno bukan saja nak jln2 di UK. Tapi sebab ada program kami gagahkan diri jugak. kali ni ke Nottingham. Perhimpunan musim sejuk. bayangkan berprogran disitu dgn kamilah satu2nya family yang bawak anak kecik. dengan duvet, bantal, penuh satu van. org yang kata nak dtg x dtg. depa mungkin lagi suka jln2 makan angin dari pergi program. maklumlah cuti. ish2 laily ni, husnuzzon. heheehehepenat usah ckp. nak berprogram dgn anak2 yang x reti duduk diam. kang baru lepas tukar nappy angah ngan habil. dah dua2 tu berak plka. aduih. yang x larat, si angah tu, asik nangis jek x renti2. org kata mungkin dia ni ada syptom middle child sydrom. entahlah, aku la ni sedang buat terapy utk dia. kena selalu bercakap dengan dia. harap2 dia Ok lah. pening dibuatnya sebab dia nagis for no reason. aku notice perangai dia sejak habil lahir. mungkin dia rasa terpinggir ke apa ke. Tapi yang pastinya aku sebagai ibu tak pernah lebihkan sesapa. cuba berlaku seadilnya pada 3 anak2 aku tuh. tulah cabaran namanya.

3 hari dua mlm kami tinggal di community centre. aku nilah pestime tidur dlm sleeping beg. eheh. Alhamdulillah adik2 di situ rajin melayan anak2 aku. kalau tak mau pitam aku di buatnye. hubby dah berckp kat dpn aku lak sibuk nagn anak2. mmm,

program habis mlm raya. sempat singgah umah kak suhailah di nottingham ni. jumpe dia masa BTN dulu. balik umah dia dah le sesat wal barat. sampai sheffiled. wei, raye wei. esok nak masak apa. sib baik aku bawak balik adik2 dua org dari ireland yang ikut program tu beraya sekali kat umah aku sebab flight dia isnin malam. mak oi lingtang pukang mlm tu dok pulun masak. resepi sempoi, nasi minyak, ayam masak merah, dalca and trifle.
nak jadi citer, api dapur padam kol satu. ayam masak merah x siap lagi. mata dah nak pejam. hubby kata tidur jelah. pagi esok kelam kabut nak gi solat raye lagi...

Hubby aku jadi imam solat raye. khutbah raye tu antara isinya aku yang bagi idea. heheeh. tapi sebab aku x solat jadi aku bawak anak2 aku gi dewan makan. org kat atas dengar khutbah, kami anak beranak pulun makan le.....

kat sini gila2 org beraya. 3 hari 3 malam aku berjln gi opem house. resepi macam 2 aku jumpe. samapi semalam aku dah x larat bangun kekenyanagn. hubby aku dok sakit perut lak, ialah perut dok isi ayam panggang, ayam tanduri, laksa penang, laksa kelantan, laksa johor, nasi kerabu, nasi dagang, sate pon ade, segala mala masuk perut,mana taknyer...

nanti le aku masuk gambo. lab aku hari ni sunyi sepi. depa x masuk lab lagi lah ni....dok cuti lagi la tuh....

2 comments:

ummu_naqeebah said...

heeheh, tulah i kata, husnuzzon, sangka baik. may be depa ada hal yang jauh lebih penting.

Unknown said...

laily, memang banyak kerenahnya time anak masih kecik2 ni kan.

Minta maaf tak dtg ke rumah. Hari Ahad lepas, yus nak dtg, tapi tepon rumah dua tiga kali,tak berangkat. Mungkin masa tu laily tgh beraya gak..hehe