Thursday, December 14, 2006

Jalan berliku

Sudah hampir sebulan aku di bumi asing ini. terasa bagai dah setahun. Byk mende aku nak tulis tapi pelan2 lah ek. memang agak terasa kepenatan hari2 yang aku lalui. Tanpa maid , tanpa keluarga. tapi alhamdulillah, berkat tarbiyyah yang aku lalui hampir 10 tahun (1996-2006) membuatkan aku jadi insan yang tabah dan kuat. 2 tahun aku ada maid, tapi kat sini, akulah segala. Tq pada husband yang sudi jaga anak sepanjang aku di lab. rutin harian sgt memenatkan. kadang tu rasa x percaya aku boleh lakukan itu semua.
Sebelum aku ke lab aku akan pastikan makanan sepnjag hari utk suami dan anak2 dah ada. lagipon aku bawak bekal nasi ke lab. aku akan jln kaki kesejukan dlm 15-20 min ke tram station, then tunggu tram 5-10 min, then naik tram 20 minit, jln kaki 5-10 min ke lab. badan aku melayang2 di tiup angin yang kuat. Last week, aku sampai x de suara. demam. x pergi lab 2 hari. anak2 pon. YaAllah , hebat betul ujian sejuk + demam

musim sejuk , asik lapo je. kol 3 lebih dah maghrib. terasa sayu bila aku balik umah kol 5 ( dah gelap gelita) , jln sorang2, gelap2, sejuk2, batuk2, idung meleleh. bila sampai umah, tau jelah budak 3 org tu. aku x salahkan huby aku x kemas umah, sbb kemas pon x guna, depa akan sepahkan jugak. tgk lauk habis dah, sinki penuh. aduih, kena masak lagi, layan anak, bla bla...bla...Tapi la ni kol 6-8 hubby akan ajar ngaji budak melayu sekitar umah aku. buat kat umah aku. meriah la umah aku. husna, hanis, habil pon seronok org dtg umah. Husna pon join ngaji sekali. dia cpt belajar. kejap je dah kenal huruf.

Last week aku sefamily ke staffordshire University. Hubby aku bagi ceramaha kat situ. under MISG abim Uk. seronok jumpe adik2 semelayu di sana. kat situ hanya ada 1 je family melayu. bayangkan , jauh gak 2 jam lebih tu dari sheffield. Dulu aku pikir, kena ada maid baru aku boleh bergerak dgn 3 anak. tapi la ni tidak lagi. Aku kena jadi supermom. masa hubby bagi ceramah, husna tersepit pintulah, dgn habil yg x reti duduk diam. dgn hanis yang asik nak makan, main bawah meja, poastu x leh kuar. makan sepah2. pening gak dibuatnye, tapi aku positif jek. ramai adik2 kat sini tolong. aku x boleh tunggu anak2 aku warak duduk diam2 kat kerusi baru aku boleh pergi program. adik2 stafford tu pandai masak sedap gak depa masak. yang kelako nyer husna dok kata x sedap, tapi 2 pinggan gak makan. hanis makan x abis pon dia tolong abiskan. Malam tu kami tidur di travelodge. habil meragam. dia hanay tidur bila nyonyot breast jek. dia nak tidur kat pangku je. bila ltk nangis. aduih penat nyer. Baru aku sedar, utk jadi org berjaya kita kena terror semua, jaga anak, masak, layan suami, study excellent, usrah , program. Suami sayang kita, anak2 sihat, pada masa yang sama kita dpt menyumbang utk islam. ramai org boleh buat naper x aku. So, laily boleh!!!

nanti citer lagi ek

2 comments:

ZLAA said...

InsyaAllah, you will survive. Ni belum pergi lagi UK, dah mula rasa peritnya preparation yang nak kena buat. Hope to go by Januari ni. Kat airport, dia orang check strict tak? Cuba nak bawa maid, entah dapat atau tidak visa nanti, sebab kami pun dah ramai (8 family member + 1 maid). http://www.zlaa.blogspot.com

ummu_naqeebah said...

kadang tu bila dah desperate semua jadi. nanti email dgn saya kalau dah samapi uk. mtp06nm@sheffield.ac.uk