Tuesday, March 07, 2006

isteri YDP

entah kenapa malam tadi bila semua anak2 tidur , aku dok tunggu hubby balik. dalam 10 lebih baru balik dari ngajar kat KUIM. aku teringat beberapa tahun dulu waktu kami sama2 terlibat dalam abim selangor. dari jadi exco biasa, timb. YDP hinggalah dia jadi YDP. aku ni dari dulu exco biasa jek. heheeh.dari aku blom ada anak sampailah anak dah 3. terlau banyak pahit manis yang aku nak kongsi. terlalu banyak. cuba singgah hubby aku punya blogspot. abuhabil.blogspot.com.

sewaktu hubby aku jadi timb. YDP aku baru 1-2 hari bersalin husna. masa hubby gi muktamar aku masih kat hospital. sayu gak. yang lawaknya, beberapa hari sebelum bersalin, aku diminta jadi ketua helwa. mak oii. tak sanggup. bila habis muktamar, hubby bergegas ke hospital tengok aku. soalan pertama tanye, "elly jadi ketua helwa ke bang?" , "x lah, kak na jadi",
"alhamdulillah......".


Ini wajah suami ku waktu muktamar di mana dia sebak dan sadis...

muktamar seterusnya, aku mengandung 8 bulan plak. waktu tu hubby bakal menjadi YDP. aduh!!! . tuhan je yang tahu betapa gelisahnya aku bila dengar cikgu muslimin nak minta dia jadi YDP. aku berdoa moga2 ada orang lain. aku x sanggup jadi isteri YDP. aku tahu, masa dia bersama aku dan anak2 akan berkurang. sanggup ke aku. aku tahu dia juga begitu. beberapa hari sebelum muktamar, aku perasan, hubby aku sungguh gundah gulana. asik termenung, muka dia nampak gelisah dan gementar. aku tahu bukan mudah nak pegang amanah pada usia yang muda. waktu dia baru ~27. kira paling muda di malaysia. dia cuba menghubungi sahabat2 lama dia untuk sama2 membantu dia. tapi sedihnya +geramnyer, sahabat2 yang lain asik beri alasan, tgh writting tesis, sibuk kerje, balik lewat, x leh bagi komitmenla. macam2. aku nampak hubby agak down waktu tuh. dia pon boleh beri alasan yang sama kalau dia nak. dia pon tgh writting tesis!! dia pon sibuk kerje, kuar before kol 7 balik pon nak maghrib!!!. aku turut berkongsi gelojak perasaan dia waktu itu. aku tahu aku pon kena berkorban, segalanya, perasaan terutamanya!!!

makin dekat muktamar, makin gelisah aku lihat dia. aku cuba yakinkan dia, aku akan sentiasa disisi dia, baik susah mahupun senang. waktu itu aku ingin umdurkan diri dari exco. tetapi cikgu muslimin mintak aku stay, supaya aku boleh terus bersama hubby.

muktamar dibuat ni Maktab kerjasama malaysia. malam tu aku hantar husna ke kampong. aku dan hubby tidur di MKM. tidur asing sebab asrama lelaki asing nagn ponpuan. masa tu aku memnag tengah sarat. dah 8 bulan. kugagahi jua menghadiri muktamar. apabila diumumkan hubby aku jadi YDP, hati aku macam tersentak!!! walaupun aku dah tau lama. bila hubby aku beri ucapan sulung sebagai YDP baru. dia sebak. aku juga terasa tersentap hati. perasaan keisterian eh ada ke word ni) aku memuncak. lebih2 lagi bila dia sebut aku isterinya di atas pentas. bila dia kata hanya isterinya sahaja yang tahu. Dia makin sebak di atas pentas. satu dewan sunyi, seolah2 dapat merasakan kesedihan dan ketabahn hubby aku. ingin sahaja aku kedepan pentas dan memeluknya, mengusap belakangnya, dan mengatakan padanya,

"abang, elly di sini, kan terus bersama abang"....(alamak, sadis la plak bila tulis ni)

Itulah ceritanya, hingga kini aku masih terbayang2 wajahnya di pentas itu. Aku tahu dia terpaksa berkorban semuanya!!! demi memikul amanah ini. tesis dia tertangguh hampir 2 tahun. yuran masih bayar tapi x de progress. bila masa dia nak nagdap tesis tu. balik kerje, gi usrah, gi meeting, weekend rasmi sana, ceramah sini. kadang tu aku pikir, x de orang lain ke. takkan YDp nak kena buat semua!!dia jenis macam aku, jenis susah nak bagi alasan. terima jek. walalu aku tahu dia kepenatan tahap maksima, tapi dia gagahi jua untuk memenuhi jemputan. hingga kini begitulah dia. x de istilah penat. aku yang penat tengok dia. muktamar seterusnya, tahun berikutnya, aku pregnant lagi, masatuh dah 7 bulan. tapi kali ni, x de sadis sangat. biasa jek. tapi aku tahu, dia dah mula ada keyakinan berkat doa sahabat dan sokongan semua.

master dia dah lama sunyi sepi. aku nampak dia dah x de semanagt nak abiskan tesis dia. tak acilah orang lain. tak nak pegang apa2 jawatan sebab nak siapkan tesis. sibuk kerje la, macam le hubby aku ni x keje. geram...nyer. aku rasa aku kena ambil langkah drastik. satu malam, lepas habis usrah di rumah, aku pon bertanya pada dia dengan penuh hikmah
"abang, elly tengok, sem ni abang x daftar pon master abang"
aku tengok dia senyap jek. aku tahu ini soalan sensitif.
"abang elly rasa abang kena amik cuti la, siapkan tesis tu"
aku nampak dia termenung dan senyap. bila dia senyap aku mula kan lan ceramah motivasi aku.
bla..bla......bla.( x sangka rupanya aku ni motivator yang baik, heheh)
Akhirnya, aku nampak sedikit ceria di wajahnye. namun gundah tu tetap ada. OK bang, kita cari mana surat pendaftaran. tgh2 malam buta aku selongkar cari. x jumpe juga. Ok bang, x pe, call UKM, boleh daftar lagi tak. bayar denda pon x pe esok abang amik cuti 1-2 bulan? kuarkan duit kwsp abang. setelkan yuran tertangguh+ yuran sem ni. tak pe, duit boleh cari.
esoknya aku call dia , boss dia bagi cuti tanpa gaji 2 bulan. alhamdulillah. alternatif, aklau boss dia x bagi cuti, dia nekad berenti kerje. siapkan tesisi then pikir le kemudian nak keje apa. aku tahu rezeki dia ada. alhamdulillah...syukur teramat. kami berjaya melaluinya. aku sanggup temankan dia malam2 denagn sarat mnegndung anak ke3 supaya hubby aku termotivasi sellau. masa tu aku tengok dia gembira sebab tesis dia hampir siap. orang siap dalam 2 tahun. dia boleh siap 2 bulan. hewheeheh, power tak power tuh. hidup dia jadi macam student abis. lepak librray sampai malam. aku yang tengah sarat , gagah diri masak awal untuyk dia supaya lepas maghrib dia boleh terus gi library. aku nak dia makan yang aku masak. even breakfast dan lunch. solehah nye aku waktu tuh, heheheh akhirnya siap jugak tesis dia setelah ranaju duri ditempuhi....bayangkan selama ini dia kerje fulltime dan belajar juga fulltime!!! hebat hebat.....

sekarang ni dia tunggu viva , dah 3 bulan ni. lambat betul. aku dah x sabar nak peluk dia wkatu konvo dan katakan pada dia " abang dah buktikan!!!". tak sabar nak kongsi kegembiraan. dan aku rasa abim selanmgor byk menyuntik semanagt dia....

apapun, hingga ke saat ini, sampai bila2, aku bangga menjadi isterimu....

i love u sayang....

jgn mare...jiwang sket, apa salahnye ek, sekali sekala...




1 comment:

uDA said...

faham..faham. bukan senang kan.. banyak komitmen sana sini.

semoga berjaya menempuh semuanya.

jiwang lebih2 pun takpe..suami senirik kak..ngeh ngehhh