saya tahu ramai yang menggunakan tajuk yang sama untuk menceritakan tentang pemergian Ustaz Asri. Saya adalah salah seorang peminat beliau sejak zaman persekolahan dulu. saya membesar dengan lagi2 nada murni. pada masa yang sama saya juga kenal ahli keluarganya. Saya kan orang Klang.
Adik Allahyarham, mashitah (saya sudah tak ingat nama penuh) pernah sekelas dengan saya, Tingkatan 3 dulu. . Adiknya menjual kecil2an kerepek pisang di dalam kelas dan saya antara orang yang selalu membelinya. housemate saya Kak hanita shahadan (kak ita) adalah adik kepada isteri allahyarham Haliza Shahdan (yang juga dikenali sebagai kak jannah) . Teringat satu ketika saya pernah menjawab telefon Ustaz Asri sewaktu beliau telefon rumah sewa (dikenali sebagai Baitul I'zzah) kami untuk jemput Kak Ita balik rumahnya. Saya gatal mulut memanggilnya Abang Asri (sebab dalam telefon tu yang berani tu, hahaha). eheh ni zaman anak dara dulu. Menurut Kak Ita ahli kumpulan Rabbani sangat sempoi, Mungkin mereka sudah biasa susah dulu semasa dalam nada murni menyebabkan mereka tahan cabaran. Apa sahaja yang dihidangkan mereka akan makan saja, tak perlu risau sedap atau tidak,
Sayangnya saya tiada gambarr Kak Ita sekarang. Memang boleh keliru antara kakaknya. Saling tak tumpah.
Kak jannah memakai telekung. Apapun orang lain kata disebabkan allahyarham menceburi bidang seni tanahair. saya tetap menyukai sebab beliau berprinsip dan bersih. Saya akan tetap mengenangnya sebagai insan yang pernah berjasa. Lagu yang paling saya suka adalah "MUnajat" sewaktu nada murni dulu.
apapun, marilah kita sama sedeqah Alfatihah...
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)