Monday, June 22, 2009

anak-anak lagi

nampaknya hari ni sampai 2 entry. nilah akibatnya bila apa yang di rancang tidak menjadi. jadi momentum sudah lari. aku sudah membuat appointment untuk guna Afm the whole day hari ni dan technician yang terlibat pulak off. harini last aku training, lepas ni aku boelh guna sendiri tanpa dia. jadi aku terpaksda tukar plan. Entry ini ditulis sewaktu abramin (automatib polishing machine) sedang berjalan.

sambungan cerita...

disebabkan aku selalu bercerita tentang hebatnya Allah, dan hebatnya doa. satu hari aku terkejut, hanis bertanya soalan,
"kenapa Allah bagi kita sakit?"
aku jawab: "sebab Allah sayang kita, nak test kita, kita strong ke tak.."
ooooooo jawab si hanis
Dalam hati, x sangka dia boleh berfikir gitu.

Aku selalui memilih2 dan cerewet membeli barang. aku akan tengok harga dan berfikir ini adalah perlu ke tidak. satu hari di carboot. Husna bertanya (akibat frustla tu x beli apa yang dia nak)
"Umi, nape kita kena beli yang murah je, Allah suruh ke?"
aku jawab " kita x nak membazir, x semestinya apa yang kita nak kita dapat"..
entah faham ke tidak aku tak tau, tapi senyap je dia.

Kadang2 kita jangan underestimate pemikiran anak2. adakala akalnya lebih panjang dari kita.

Hubby sudah berenti kerje petang untuk memberi penumpuan pada anak2. lebih2 lagi soal pendidikan agama yang tidak ada disekolah. selain itu hubby punya banyak masa untuk tengok2kan reading along dan Angah. Alhamdulillah, hampir 2 bulan, husna sudah lancar menbaca buku. satu perkembangan yang sangat laju. sekarang dia Y1 tetapi sudah membaca buku Y2. Iqra'nya pun makin baik dari hari ke hari. termasuk habil jugak. Last2 hubby decided untuk mulakan balik kelas mengaji yang dah lama tutup. alhamdulillah, sambutan menggalakkan. moga anak2 juga bersemangat mengaji bersama anak2 orang lain.

Kalau di Malaysia, mau saja aku hantar mengaji di rumah orang gara2 sibuk belaka, walaupun hubby ustaz. Tapi di sini, penat ke , sibuk ke, tak de pilihan.

Pendidikan anak2 tidak boleh ditangguh2. alah, dia kecik lagi..nanti balik M'sia belajarlah ngaji. Alah, budak sangat, kat m'sia nanti belajarlah solat. Anak2 menjadi 5 tahun, hanya sekali dalam hidup. anak2 membesar sanagt pantas. mereka belajar banayk perkara. tetapi mereka perlukan filter, untuk saring mana betul dan mana salah. Jangan mengambil risiko denagn menangguhkan tarbiyyah awal anak2. Umur bawah 7 tahun adalah waktu emas. Jangan dipersiakn (kata2 buat diri sendiri yang selalu alpa)

Sebelum ni aku hanya menyerahkan pada sekolah untuk didik anak2. attitude dan behaviour anak2 banyak dibentuk oleh cikgu2. anak2 sudah pandai sebut, thank you. please.anak2 pandai berdikari, lepas main kemas, urusan toilet sudah boleh di urus sendiri, habil pun alhamdulillah kat rumah pun dah boelh urus sendiri. Tetapi lama2 aku sedar2, banyak kelompongan yang perlu ditampungi. di sekolah cikgu ajar hello, good morning. tetapi kita kena ajar "assalamua'laikum". disekolah, cikgu2 dipanggil nama saja, tetapi sebagai kita orang melayu tidak gitu, yang tua di panggil pakcik, abang, makcik. disekolah cikgu ajar lepas buang air, lap2 jek dengan tisu dan wash hand. tapi kita di rumah kena ajar cara istinjak yang betul. di sekolah diajar tentang magic, fairy, witch, adabra kadabra, monster. tapi kita ajar tentang buat baik masuk jannah, takde hantu, tapi syaitan, yang tolong adalah Allah bukan fairy.

Bukan kah ini satu tugas yang sukar. disekolah ajar lain di rumah ajar lain?

sebab itu menjadi ibu bukan sekadar mendidik, tapi ibu juga adalah murabbi dan da'ie

Doa

Ya Allah, hari ini aku nak guna AFM Ya Allah, bantulah aku ya Allah agar aku dapat microstructure yang aku nak ya Allah,aku dapat grain boudaries dan imej yang baik ya Allah
Ya Allah, aku masih tidak boleh faham Curie temperature dalam graf TGA, kenapa ada curve yang sebegitu Ya Allah, bantulah aku memahaminya Ya Allah. Bagilah idea pada pRof davies untuk memahami juga.
Ya Allah, aku ada meeting denagn Thomas hari ni ya Allah, permudahkanlah yaAllah. agar semua perbincanagn berjalan baik.
Ya Allah, minggu ni aku kena present ya, Allah, lancarkankanlah lidah ku yaAllah, bagilah aku dapat jawab soalan denagn baik ya Allah. Janganlah bagi aku memalukan diri aku sendiri Ya Allah

doa2 di atas sudah menjadi lumrah pelajar phD seperri aku. pada aku doa perlu spesifik. jika pada hari itu aku ada kerje lab, aku akan nyatakan dengan spesifik apa kerja lab yang aku buat apa yang aku nak mohon pada Allah hari tu. Apa yang aku mohon semestinya result apa yang aku nak. Aku akan sebut secara detail topik2 yang perlu aku fahami, exchange contant, exchange energy, coercivity . semakin lama aku bekerja di dalam lab dan membuat research, aku sangat percaya bantuan Allah. sekiranya tidak berjaya pada hari itu, aku mohon lagi dan lagi. Namun aku yakin Allah tidak akan mensia2kan hambanya yang meminta. Allah Maha mengetahui. Tidak perlu risau untuk menyebut term2 sains seperti Gibbs enery dan Landau equation. tidak mungkin Allah tidak tahu apa itu TGA, SEM atau DSC. Sesungguhnya Allah yang Maha Hebat, tahu segala2nya. Doa kita padaNya perlu lebih intim dan privacy. Kita tidak perlu terlalu formal untuk berbicara denganNYa.Bicaralah dari hati, apa yang ada dalam hati. tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menyusun kata. Subhanallah, indahnya berbicara denganMU....

Aku juga mengajar anak2 aku untuk berdoa yang mudah. jika aku sapu ubat pada tangan anak aku akan sebut " Ya Allah, baikkanlah tangan Hanis ni Ya Allah, licinkan tangan hanis ni, jangan lah bagi tangan hanis gatal Ya Allah, hanis budak baik ya Allah". adakala anak aku menambah, "Ya Allah, cantik kan hanis ni macam princess ya Allah"
Jadikan doa sesuatu yang mudah dan boleh dimohon bila2.walau anak yang sekecil 3 tahun seperti habil. habil bila dengar angah kata gitu dia plak akan kata "Ya Allah, cantekkan tangan bebey (panggilan yang dia reka utk bahasakan diri dia) macam spiderman"

sewaktu berdoa lepas solat dengan anak2 " Ya allah, bagilah along, angah, habil , anak2 yang soleh, dengar cakap umi ngan babah, rajin solat , rajin ngaji, bangun cepat, Ya Allah, murahkan rezeki kami, rezeki babah"..
nak tau apa yang anak aku sambung??

" Ya Allah , bagilah babah banyak duit ya Allah, boleh pergi disneyland"..
hahahahah

Mula2 pendekatan doa ini aku lihat biasa2 saja tetapi kemudian aku sudah nampak anak2 aku mula praktikkan. jika aku sapu ubat lupa nak doa , dia akan kata "doalah umi"adakala, jika dia sakit ke gatal tanagn ke dia akan kata sendiri "ya allah, baikkanlah angah ni, jangan bagi angah sakit"

Husna sebelum ni asik sebut "oo my god" aku asyik remind utk tukar pada Ya Allah. pernah satu ketika sedang dia main dia cakap sorang2 "oo my God, no no, i mean Ya Allah". aku yang terdengar dia kata gitu tersenyum. ALhamdulillah, berkesan juga.Sebelum ni aku hampir pengsan bila satu ketika dia sebut "Jesus". aku tau dia tak maksudkan tapi aku terus marah dan tegur.ish hangin gak aku masa tu. Fuhh ni antara kesan2 tv may be atau cikgu dia kat sekolah atau kawan2 dia agaknya. Nilah payah sekolah di Uk ni. pantaulah anak2 anda....

Mendidik anak sanagt sukar tapi lagi sukar untuk didik diri sendiri

Dan aku sungguh seronok berdoa. "Mintalah, nescaya Aku makbulkan"

Tuesday, June 16, 2009

kahwin lagi

Hubby: elly, abang nak bagi tau ni. abang dah kahwin lagi satu.
aku: Ha??? abang... (suara terkejut dan sayu)
hubby: abang kesian tengok dia, kena tinggal suami, anak2 lagi nak uruskan..
aku: huhhu, sampai hati abang...kenapa tak bagitau awal.
aku terfikir2 , bukankah hubby perlu minta tandatangan aku dulu? kenapa dia boleh kahwin tanpa izin aku??

aku sudah jadi tidak menentu. orang melihat kami sebagai pasanagn yang sangat ideal, romantik. usrah bersama, tamrin bersama, berkepit2.tup2 hubby menikah satu lagi....sedih, pilu, nangis tak berair mata. tak ada apa yang mampu di lakukan waktu itu, nangis pun rasa dah tak guna.



































aku tersedar....astaqhfirullah, mimpi rupanya. terasa macam betul2. baki2 sayu masa mimpi tadi masih ada. ni la akibat tidur lepas subuh. musim summer camni, subuh masuk pukul ~2.30 pagi.

lantas segera aku kejutkan hubby.

aku: bang
hubby: ya (dengan mata masih tertutup)
aku: elly mimpi abang kahwin lagi la..
hubby: anak dara ke
aku: tak
hubby: tua ke muda
aku: tua
hubby: kaya ke miskin
aku: x tau
hubby: dia ada anak ke idak
aku: ada
hubby: mmm, tak nak lah camtu (dengan nada bergurau, mata masih tertutup, layan x layan dan tidur balik)
aku: ish...abang ni...buat lawak la pulak (banyak plak soalan nyer)

Dan ini bukan pertama kali mimpi camtu, hehee, pernah dulu aku terjaga dan cubit2 hubby. eheh apa ke hal isteri aku ni. ngigau ke apa....


inilah wanita typikal, takut suami kahwin lagi...


mimpi je tau...

jangan jadi nyata...

tapi aku bukan anti poligami. yang pasti , kena yakin poligami itu dibenarkan. cumanya, boleh tapi dengan syarat2 yang sangat ketat..hehehehe


fuh....sensitifnya

samapi ke la ni teringat2 mimpi pagi tadi..

Saturday, June 06, 2009

Jalan kami

slide ini dedicated to abang yang la ni di Turki mengikuti Seminar Badiuzzaman Said Nursi. berikutan kesunyian dan keseorangan ditinggal2kan, maka mengada2kan diri buat slide ni.
Diberi nama "Jalan kami"..Ini jalan yang kami pilih.moga ada barakahnya...

ya...Jalan kami