laporan pertama
Hanis 4y pada 18/8 yang lalu dan kami adakan sedikit majlis, kebetulannya waktu hampir nak puasa, jadi kami ada sedikit tazkirah (persediaan ramadhan), doa selamat, bbq , dan b'day hanis. all in one.
jgn x caya, eheheh kek ini dibuat sendiri. tapi tau jelah, comot jek rupanya. semi pro la katakan.
ini antara tetamu yang hadir. suka summer tahun ni sebab betul2 summer
laporan kedua
dan semalam kami buat pulak birthday habil. habil dah 3y. setakat ni masih bongsu. teringat masa habil baru lahir. husna baru 2y 5m. dah ada 2 adik. ni habil masih lagi bongsu. heheeh setakat ni tiada perancangan lagi nak 'musnah' kan title bongsu . sebab kelelahan, tidur x berapa nak lena dgn anak2 kecik2 ni. InsyaAllah, kalau ada tanda2 macam nak dpt phd nanti, haaa baru boleh pikir nak menambah ahli.
birthday habil pada 8/10. kami agak tergesa2 buat party utk dia, maklumlah selama ni dia x pernah lagi merasa b'day party. shian dia. kali ni dlm keadaan tergesa2 buat le juga.
atas permintaan peribadinya. nak kek spiderman. idokle sempan umi buat. beli kat asda jelah ek.
nilah b'day boy nya. cukup suka pakai baju melayu
meriahle juga dgn jemputan 7-8 family. penuh smapai ke dapur.
sekian dulu laporan b'day anak2. seronok tgk habil happy sangat dapat potong kek tu. tapi yang harunya semua budak2 berebut nak kepala spiderman. fenin aku nak potong kek. ehheh begitulah budak2...
kesimpulan
moga hanis dan habil menjadi anak2 soleh dan solehah. penyejuk hati ummi dan babah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment