Monday, March 27, 2006
PhD ku....
aku hanya reapply sheffield jek. pastu cepat le dpt nye. kebetulan bidang material kat situ 5*, Ok kot. bidang aku pon ada kat situ. rumah pon agak murah. kira Oklah kot. kawan2 pon ramai dokat2 situ.
HIJRAH!!! semanagt itu yang aku tengah garapkan. kadang kala , hijrah tempat untuk menuntut ilmu itu penting, untuk memotivasikan diri. ehhehe, dah x larat belajar kat malaysia. chewah! bunyi cam eksen la plak. cukuplah, pengalaman aku buat master kat sini. cukup perit dan tragis. punye le lama samapi tesis aku pon dah rupa tesis phD. majoriti komiti aku suruh convert, aku dah x larat wei. dah rasa nak muntah tengok tesis tu. eeiii, bertahun2 buat master, dari blom kawin samapi semapt beranak pinak.
Yang penting, aku boleh belajar, tuntut ilmu yangbermanfaat untuk disumbnag kepada agama bangsa dan negara chewahh. yang penting untuk UMMAH.
Walaupun aku tau bukan mudah untuk menggapai kejayaan. aku telah memilih jalan ini sebagai pendidik. aku tak mahu menyerah kalah. aku kena teruskan perjuangan ini. kadang kala stress juga jadi lecturer ni. kena ngajar, bukan mudah. lecture nya 1 jam, tapi prepare lecture notes sampai 1 hari. kadang kala kena stay up malam2, hujung minggu kena dtg ofis. supervise student, meeting, kursus sana sini. hadapi karenah student yang pelik2. balik umah, karenah anak nan 3 itu. malam kang usrah la meeting la. usung le anak2 pergi. hujung minggu pon x macam cuti. bila le aku rasa nak rehat. kadang tu menguji kesabaran aku. kadang kala aku pikir, lagi senang jadi cleaner, deal nagn sampah, basuh toilet, dah. malam boleh tidur lena. esok kutip sampah lagi. hehehe tapi hubby kata jadi cleaner pon stress jugak. kang plstik sampah x cukup le, gaduh ngan cleaner lain sebab ada yang pakai sabun byk2 la. ntah macam2 (ini kisah tpt keje hubby aku le) . kena marah nagn boss, stress jugak. heheeh. kesimpulannya, semua kerje ada kelebihan dan kekurangan masing2. kita kena jadi berbeza dengan org lain utk berjaya. stress ada di mana2.
Menjadi pendidik memang idaman aku sejak kecik lagi. bukan mudah nak didik jiwa supaya betul2 jadi MURABBI. aku selalu tekankan pada student kepentingan keberkatan ilmu. sebab aku ni bukannya pandai sgt, cuma entha, rezeki aku dpt kerje ni. kepuasan yang tidak terkira bila pelajar2 faham apa yang aku ajar. atau paling minimum pon, bila pelajar jumpa dan ucap terima kasih pon aku rasa satu kenikmatan. bila pelajar dtg denagn muka sodih dan pergi dari bilik aku dengan muka ceria, itupon satu keseronokan. walaupun kadang2 ada pelajar dtg dgn masalah yang ntah apa2, yang aku rasa malasnya nak layan, tapi aku gagahi jua, walau dlm hati, eeei, geramnyer. sapa yang tak geram. pegi class malas, test x dtg. asik nak merayu jek. sakit jiwa nye aku. susah nye nak ikhlaskan diri. kadang tu peliknye, pelajar aku ni ada yang masuk bilik aku cam x nak kuar jek. diaorang suka dengar aku membebel. katanye best. sabo jelah. Dan satu lagi, kita bukannya ajar fizik semata. aku pernah dlm kelas dok citer pasal budi bahasa ni. pastu bila aku pergi ATM, dah le que berjjela2. aku tgh sarat pregnnat . dan tiba2 ada seseorang pelawa aku kedepan. Ohhhhh, my student rupanya, terharunya aku....
Hai, dalam sedar tak sedar, dah 10 tahun aku di bumi UPM, sejak aku masuk sebagai pelajar matrik 1996. tak gitu Uda? peliknya, awat aku tak boring duduk UPM?? aku sendiri tiada jawapannya.......
Kalau ada rezeki teringinnya nak main snow, ehheeh . andai kata x de rezeki, pandai2lah aku memburu ilmu dibumi MALAYSIA nan tercinta ini, MAlaysia boleh!!!!
Tuesday, March 07, 2006
isteri YDP
sewaktu hubby aku jadi timb. YDP aku baru 1-2 hari bersalin husna. masa hubby gi muktamar aku masih kat hospital. sayu gak. yang lawaknya, beberapa hari sebelum bersalin, aku diminta jadi ketua helwa. mak oii. tak sanggup. bila habis muktamar, hubby bergegas ke hospital tengok aku. soalan pertama tanye, "elly jadi ketua helwa ke bang?" , "x lah, kak na jadi",
"alhamdulillah......".
Ini wajah suami ku waktu muktamar di mana dia sebak dan sadis...
muktamar seterusnya, aku mengandung 8 bulan plak. waktu tu hubby bakal menjadi YDP. aduh!!! . tuhan je yang tahu betapa gelisahnya aku bila dengar cikgu muslimin nak minta dia jadi YDP. aku berdoa moga2 ada orang lain. aku x sanggup jadi isteri YDP. aku tahu, masa dia bersama aku dan anak2 akan berkurang. sanggup ke aku. aku tahu dia juga begitu. beberapa hari sebelum muktamar, aku perasan, hubby aku sungguh gundah gulana. asik termenung, muka dia nampak gelisah dan gementar. aku tahu bukan mudah nak pegang amanah pada usia yang muda. waktu dia baru ~27. kira paling muda di malaysia. dia cuba menghubungi sahabat2 lama dia untuk sama2 membantu dia. tapi sedihnya +geramnyer, sahabat2 yang lain asik beri alasan, tgh writting tesis, sibuk kerje, balik lewat, x leh bagi komitmenla. macam2. aku nampak hubby agak down waktu tuh. dia pon boleh beri alasan yang sama kalau dia nak. dia pon tgh writting tesis!! dia pon sibuk kerje, kuar before kol 7 balik pon nak maghrib!!!. aku turut berkongsi gelojak perasaan dia waktu itu. aku tahu aku pon kena berkorban, segalanya, perasaan terutamanya!!!
makin dekat muktamar, makin gelisah aku lihat dia. aku cuba yakinkan dia, aku akan sentiasa disisi dia, baik susah mahupun senang. waktu itu aku ingin umdurkan diri dari exco. tetapi cikgu muslimin mintak aku stay, supaya aku boleh terus bersama hubby.
muktamar dibuat ni Maktab kerjasama malaysia. malam tu aku hantar husna ke kampong. aku dan hubby tidur di MKM. tidur asing sebab asrama lelaki asing nagn ponpuan. masa tu aku memnag tengah sarat. dah 8 bulan. kugagahi jua menghadiri muktamar. apabila diumumkan hubby aku jadi YDP, hati aku macam tersentak!!! walaupun aku dah tau lama. bila hubby aku beri ucapan sulung sebagai YDP baru. dia sebak. aku juga terasa tersentap hati. perasaan keisterian eh ada ke word ni) aku memuncak. lebih2 lagi bila dia sebut aku isterinya di atas pentas. bila dia kata hanya isterinya sahaja yang tahu. Dia makin sebak di atas pentas. satu dewan sunyi, seolah2 dapat merasakan kesedihan dan ketabahn hubby aku. ingin sahaja aku kedepan pentas dan memeluknya, mengusap belakangnya, dan mengatakan padanya,
"abang, elly di sini, kan terus bersama abang"....(alamak, sadis la plak bila tulis ni)
Itulah ceritanya, hingga kini aku masih terbayang2 wajahnya di pentas itu. Aku tahu dia terpaksa berkorban semuanya!!! demi memikul amanah ini. tesis dia tertangguh hampir 2 tahun. yuran masih bayar tapi x de progress. bila masa dia nak nagdap tesis tu. balik kerje, gi usrah, gi meeting, weekend rasmi sana, ceramah sini. kadang tu aku pikir, x de orang lain ke. takkan YDp nak kena buat semua!!dia jenis macam aku, jenis susah nak bagi alasan. terima jek. walalu aku tahu dia kepenatan tahap maksima, tapi dia gagahi jua untuk memenuhi jemputan. hingga kini begitulah dia. x de istilah penat. aku yang penat tengok dia. muktamar seterusnya, tahun berikutnya, aku pregnant lagi, masatuh dah 7 bulan. tapi kali ni, x de sadis sangat. biasa jek. tapi aku tahu, dia dah mula ada keyakinan berkat doa sahabat dan sokongan semua.
master dia dah lama sunyi sepi. aku nampak dia dah x de semanagt nak abiskan tesis dia. tak acilah orang lain. tak nak pegang apa2 jawatan sebab nak siapkan tesis. sibuk kerje la, macam le hubby aku ni x keje. geram...nyer. aku rasa aku kena ambil langkah drastik. satu malam, lepas habis usrah di rumah, aku pon bertanya pada dia dengan penuh hikmah
"abang, elly tengok, sem ni abang x daftar pon master abang"
aku tengok dia senyap jek. aku tahu ini soalan sensitif.
"abang elly rasa abang kena amik cuti la, siapkan tesis tu"
aku nampak dia termenung dan senyap. bila dia senyap aku mula kan lan ceramah motivasi aku.
bla..bla......bla.( x sangka rupanya aku ni motivator yang baik, heheh)
Akhirnya, aku nampak sedikit ceria di wajahnye. namun gundah tu tetap ada. OK bang, kita cari mana surat pendaftaran. tgh2 malam buta aku selongkar cari. x jumpe juga. Ok bang, x pe, call UKM, boleh daftar lagi tak. bayar denda pon x pe esok abang amik cuti 1-2 bulan? kuarkan duit kwsp abang. setelkan yuran tertangguh+ yuran sem ni. tak pe, duit boleh cari.
esoknya aku call dia , boss dia bagi cuti tanpa gaji 2 bulan. alhamdulillah. alternatif, aklau boss dia x bagi cuti, dia nekad berenti kerje. siapkan tesisi then pikir le kemudian nak keje apa. aku tahu rezeki dia ada. alhamdulillah...syukur teramat. kami berjaya melaluinya. aku sanggup temankan dia malam2 denagn sarat mnegndung anak ke3 supaya hubby aku termotivasi sellau. masa tu aku tengok dia gembira sebab tesis dia hampir siap. orang siap dalam 2 tahun. dia boleh siap 2 bulan. hewheeheh, power tak power tuh. hidup dia jadi macam student abis. lepak librray sampai malam. aku yang tengah sarat , gagah diri masak awal untuyk dia supaya lepas maghrib dia boleh terus gi library. aku nak dia makan yang aku masak. even breakfast dan lunch. solehah nye aku waktu tuh, heheheh akhirnya siap jugak tesis dia setelah ranaju duri ditempuhi....bayangkan selama ini dia kerje fulltime dan belajar juga fulltime!!! hebat hebat.....
sekarang ni dia tunggu viva , dah 3 bulan ni. lambat betul. aku dah x sabar nak peluk dia wkatu konvo dan katakan pada dia " abang dah buktikan!!!". tak sabar nak kongsi kegembiraan. dan aku rasa abim selanmgor byk menyuntik semanagt dia....
apapun, hingga ke saat ini, sampai bila2, aku bangga menjadi isterimu....
i love u sayang....
jgn mare...jiwang sket, apa salahnye ek, sekali sekala...
Thursday, March 02, 2006
Angah telefon MAWI??
" elo, mawi? awi? ,sambil pegang hp. aku dan suami saling berpandangan dan meletus lah ketawa kami bagai nak rak. tolong!!! anak aku dah kena penangan mawi....
sebeno sebelum ni kami sekeluarga x tau mende dan x nak amik tau pon pasal mawi ni. lagipon umah kami mana ada astro. dengo2 gitu jek pasal AF. cerita bermula masa hari raya aritu. rupa2nya mertua aku, (opah diorang ) peminat mawi. lagipun umah kat kampong ada astro. jadi masa raye asik dok pulun le pasang CD mawi kat umah. tup2 dah melekat di minda along . si angah masa tu x tau mende lagi. Bila balik sini, dah le along cam fanatik la plak. dengo lagu je kat pasaraya, walhal aku sendiri pon x pasti ye ke mawi nyanyi ni...
"ummi, mawi".
aritu aku nak beli CD education, "ummi, beli CD mawi"
Amboi2, bila le hang pandai sebut mawi ni. pastu plak, kat TV, iklan mamee, pernah le aritu beli, masak kat umah, setelah bertahun2 aku dan suami x makan maggie, Ya Allah, si along dan angah makan dengan penuh selera sekali sambil menyebut perkataan mawi berkali2. mulai dari saat itu, segala bentuk yang serupa mee adalah mawi, x kiralah, spaghetti ke, mee , ...la ni, dari dapur dengar intro iklan mamee tu, x tengok lagi pon, along dah jerit, mawi! mawi!
ish!ish!lagi satu aku ajar si along part of body, mouth, neck, chest, tummy!!, bila aku sebut tummy, si along jerit: mawi!! sambil pegang perut dia....hai haru2 . tummy pon boleh jadi mawi. sabo jelah.
entah apa yang hebat sangat dengan mawi tu, aku pon x tau. dari segi suara, hubby aku lagi sedap kalau nyanyi rasanya. aku citer kat class, " kalau husbnad saya masuk AF, mesti boleh menang, suara dia lagi sedap, dan pandai ngaji gak, heheeh"
rezeki dia, nak buat caner....tapi kadang tu aku pikir rakyat malaysia ni can x de mende nak buat dan fikir. pernah sekali tu aku dengar kat radio, org boleh tanye apa2 jek pada mawi, ada yg tanye kenapa mawi suka botak x suka ada rambut ke? Ya Allah, aku dengar,hai, mentaliti rakyat malaysia pikir bende2 gitu jek, x de le nak pikir jauh sikit. kalau borak, citer artis jek.mak nenek dia semua ambil tahu, suka kaler apa, sedara mara semua kenal la. cuba tanye, kenal tak imam ghazali, ibrahim adham, ibnu rusyd sure x kenal punye...
begitulah kita (termasuk aku jugak) sering terlalai dan leka dengan bende2 yang kurang penting. bak kata ustazah bahyah : kita nak lahirkan insan macam ibnu rusyd, bukan george bush, nak lahirkan imam ghazali bukan elvis presly, nak lahirkan ibrahim adham bukan david beckham.....
sedikit sangat orang nak berfikir......
betul ke ni...
dear abang,